Anda di halaman 1dari 2

Permainan Wau

Permainan wau ini lebih kurang sama dengan permainan layang-layang dan ia digemari di kebanyakan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau bulan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Wau bulan sangat digemari orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat dan flora menghiasi wau dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraf tangan dan hiasan dinding oleh sesetengah penggemarnya, kata Azrul kepada penulis. Beliau yang juga mahir melukis corak wau berkata, pada kebiasaannya wau akan dimainkan dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Pancaran cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu. Bahan untuk menghasilkan wau selalunya mesti ada buluh untuk dijadikan rangka wau, benang sebagai tali wau, kertas warna untuk badan wau serta corak, gam, gunting dan penebuk, katanya.

Baca petikan dan jawab soalan di bawah. Permainan Wau