Anda di halaman 1dari 9

Teknik Resis

Teknik Resis merupakan teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti warna air dengan lilin, warna air dengan krayon. Teknik ini dapat dihasilkan dalam proses penghasilan batik. Langkah 1 Menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan seperti kertas lukisan, pensel, lilin, warna air, berus warna, bekas warna, bekas air dan kain. Langkah 2 Melukis corak batik pada kertas lukisan dengan pensel. Langkah 3 Melukis corak batik dengan lilin mengikut garisan asal. Langkah 4 Mewarna corak batik dengan warna air. Permukaan kertas lukisan yang diliputi dengan lilin tidak akan menyerap warna. Langkah 5 Corak batik dihasilkan dengan menggunakan teknik resis.

DEFINISI MONTAJ 1. Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema. contoh 1 : Tema-Fesyen Kanak-kanak
2. Merupakan satu proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.

contoh 2: Tema-Koleksi Upin dan Ipin


Tambah kapsyen 3. Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau cetakan contoh 3 dan 4: Tema: Bersiar-siar. 4.Imej/gambar disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.

DEFINISI GOSOKAN gosokan menggunakan duit syilling 1. Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.

2. Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut. 3. Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis. 4. Tujuannya untuk menghasilkan atau merakamkan merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.

Teknik Kolaj
Teknik Kolaj merupakan teknik guntingan, tampalan atau cantuman ke atas suatu permukaan dengan menggunakan kertas-kertas, keratan akhbar, gam, gunting dan sebagainya untuk menghasilkan reka bentuk atau corak yang tertentu. Langkah 1 Menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan seperti kertas warna, kad manila, gunting, gam, pensel, jangka lukis dan pembaris. Langkah 2 Melukis bulatan pada kertas warna dengan jangka lukis. Langkah 3 Menggunting bulatan yang telah dilukis pada kertas warna. Langkah 4 Menampal bulatan pada kad manila dengan gam. Langkah 5 Mengulangi langkah 2 hingga langkah 4 untuk menghasilkan corak ayam yang comel. Langkah 6 Corak ayam dihasilkan dengan menggunakan teknik kolaj.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 14 (STENSILAN)


Bidang : Mencorak dan Membuat Rekaan Tajuk : Corak Hiasan Aktiviti :Stensilan Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Warna Pastel, Kertas. Penerangan : Murid diminta menghasilkan corak hiasan dengan teknik stensilan.

Apakah itu STENSILAN? Stensilan merupakan teknik menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletajjan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan siserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Langkah 3 memerlukan kesabaran supaya corak hiasan yang dibentuk cantik.

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 8 (TIUPAN)


Bidang : Mencorak dan Membuat Rekaan Tajuk : Corak Tidak Terancang Aktiviti : Tiupan Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Berus, Warna Poster, Penyedut Minuman. Penerangan : Murid diminta menghasilkan corak dengan teknik tiupan.Murid menghasilkan corak sendiri.

Apakah itu Teknik TIUPAN ? Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang)kitan juga boleh menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup atai tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki

MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN 12 (CETAKAN)


Bidang : Mencorak dan Membuat Rekaan Tajuk : Corak Hiasan Aktiviti : Cetakan. Alat Dan Bahan : Kertas Lukisan, Pisau Pemotong, Warna Poster, Bekas pembungkus makanan . Penerangan : Murid diminta menghasilkan lukisan corak menggunakan bahan terbuang. Apakah itu CETAKAN? Cetakan merupakan satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakeat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanyaakan menentukan beberapa banyak catakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat di atas permukaan rata. Proses ini menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan daripadan satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu kertas.

RENJISAN DAN PERCIKAN qTeknik renjisan dan percikan merupakan teknik penghasilan karya menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan. qRenjisan dan percikan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yangberselerak kesana-sini.

q Renjisan dan percikan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap. q Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang.

CARA MEMBUAT GURISAN


CARA PENYEDIAAN: Error: Reference source not found LANGKAH PERTAMA: Sediakan alat dan bahan seperti di atas. Error: Reference source not found LANGKAH KEDUA: Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon. Anda semua digalakkan menggunakan kreativiti masing2 dalam pemilihan unsur seni warna. Warnakan sehinnga kertas lukisan anda penuh ya...

Error: Reference source not found LANGKAH KETIGA: Kemudian, setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama (seperti diatas, cantikkan..hehe) Lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan. Error: Reference source not found LANGKAH KEEMPAT: Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam, warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna hitam. Sila jaga kebersihan tangan anda ya... Error: Reference source not found LANGKAH KELIMA: Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas. Lakukan kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan anda. Error: Reference source not found LANGKAH KEENAM: Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel) mula melukis ikan paus dengan menggunakan teknik gurisan. Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda bewarna-warni (seperti diatas) You might also like:

Bahagian c

Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.

PUALAMAN
Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air

biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan. Cara Membuat Pualaman pelbagai warna cat minyak Error: Reference source not foundmasukkan cat minyak ke dalam besen yang berisi air. Jika mahukan corak lukiskan diatas cat minyak didalam air tersebut. Error: Reference source not foundLetakkan kertas lukisan di atas permukaan air dan tarik perlahan-lahan Setelah itu keringkan kertas tadi. Error: Reference source not foundAntara produk yang boleh dihasilkan. Error: Reference source not found