Anda di halaman 1dari 3

Persatuan Kaki Troli, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ --------------------

Pengurus, Pasaraya 27 Jun 2013

Tuan/ Puan , Memohon Kebenaran Mengadakan Pertandingan Kembara Pengguna Bijak di Pasaraya

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Saya selaku penganjur ingin mengadakan satu pertandingan berkaitan kepenggunaan. 3. Tujuan saya adalah untuk memohon kebenaran dan keizinan daripada pihak tuan/ puan untuk menggunakan ruang membeli belah bagi menjayakan pertandingan serta melengkapkan salah satu tugasan kursus kami.. 5 Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta/ kumpulan yang terbaik bagi pertandingan tersebut sekaligus meningkatkan tahap kesedaran kepada para peserta. 6. Berikut adalah masa,nama pertandingan jumlah peserta,tarikh dan hari untuk menggunakan pasaraya Masa :2.30 petang 3.30 petang

Tarikh : 03 Julai 2013 Nama Pertandingan : Kembara Pengguna Bijak Jumlah Peserta : 22 orang

7. Untuk makluman pihak tuan/puan, bersama sama surat ini disertakan syarat pertandingan bagi rujukan pihak tuan/puan. 8. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini seterusnya menjayakan program .Budi bicara dan kesudian daripada pihak tuan/ puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Yang benar,

-----------------------------------------------------

Setiausaha Persatuan Kaki Troli

LAMPIRAN 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KEMBARA PENGGUNA BIJAK

1) Guru pelatih dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi setiap kumpulan. 2) Setiap kumpulan diberikan 10 saat untuk mengecam dan mengingat 10 item/barangan yang perlu dicari. 3) 10 minit diperuntukkan bagi setiap kumpulan untuk menyelesaikan tugasan mereka. 4) Setelah masa ditamatkan, setiap kumpulan perlu membawa troli yang mempunyai 10 item/barangan tersebut ke meja penganjur untuk disemak dan diadili. 5) 1 item/barangan yang betul mewakili 10 markah. 6) Kumpulan yang terlebih mengambil barangan akan ditolak markahnya. 7) Kumpulan yang gagal melaporkan diri pada masa yang telah ditetapkan juga akan ditolak markahnya.