Anda di halaman 1dari 5

VOKAL DEPAN SEMPIT [ i ] - depan lidah diangkat setinggi-tingginya - depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras,

- sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

- Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. - Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari VOKAL DEPAN SEPERUH SEMPIT [ e-taling ] - depan lidah diturunkan sepertiga - contoh perkataan : epal, elok, enak

VOKAL DEPAN LUAS [ a ] depan lidah diturunkan serendah-rendahnya Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak contoh perkataan : barang, sayang, abang

VOKAL TENGAH [ e-pepet ]


1

- dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. - Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit - rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.

- Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

VOKAL BELAKANG SEMPIT [ u ] - dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas - tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

- Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [ o ] - dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 - di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. - Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

PERSAMAAN SEMASA MENGUJARKAN SEMUA BUNYI VOKAL 1. Udara keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. 2. Semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara 3. Semasa menghasilkan bunyi vokal pita suara bergetar 4. Semasa menghasilkan bunyi vokal depan, bibir berada dalam keadaan terhampar 5. Semasa menghasilkan bunyi vokal belakang, bibir berada dalam keadaan bundar

http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/09/fonologi-huruf-vokal.html http://camy044926.blogspot.com/2011/11/perkataan-yang-mengandungi-diftong.html http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-dan-vokal-berganding.html http://cikgimaz.blogspot.com/ http://limineddie.blogspot.com/2012/05/huruf-vokal-konsonan-diftong-dan-suku.html http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-huruf-vokal-konsonan-dan.html 2

Menurut Kamus Dewan diftong bermakna gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Profesor Nor Hashimah Jalaludin dalam bukunya Asas Fonetik (DBP, 1998: 41) pula menulis, Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas. Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului vokal yang mengikutinya. Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [ ai ], [ au ], dan [ oi ]. Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong seperti di bawah : a ) diftong [ ai ] aising, hairan, pandai. b ) diftong [ au ] aurat , saudara, kerbau. c ) [ oi ]- boikot, amboi.

rantai pisau kedai

limau hijau murai

cakoi kuih amboi

laici kicau kaloi kulai

pakai pulau

ANALISIS PERKATAAN
Dengan berdasarkan analisis DBP, struktur suku kata perkataan pisauialah KV+KV. Diftong au ialah satu bunyi dan dilambangkan dengan satu V dalam pola suku kata KV. Struktur suku kata sau bukan *KVV. Hal ini mustahil kerana satu suku kata hanya ada satu V. Di halaman 58 buku Panduan Menulis dan Mengeja Jawi (DBP, 1999), Hamdan Abdul Rahman menggunakan D untuk diftong. Apabila kita menggunakan D, struktur perkataan pisau ialah KV+KD. Suku kata sauialah KD. Analisis ini tepat kerana dalam suku kata ini hanya ada satu diftong. Silaplah sekiranya kita katakan pola suku kata sau ialah *KDD. Dalam bahasa Melayu tiada pola suku kata KVV atau KDD. Sekali lagi, dalam bahasa Melayu hanya ada satu V atau D dalam satu suku kata. Marilah kita lihat perkataan daun. Pemisahan suku kata ini ialah da+un. Struktur suku katanya ialah KV+VK. Huruf vokal a berada dalam suku kata pertama (praakhir). Huruf vokal u berada dalam suku kata kedua (akhir). Kedudukan vokal dalam perkataan ini sama dengan dalam perkataan paus, taun, pais dan kais. Huruf au dan ai dalam perkataan-perkataan ini bukan diftong. Demikian juga halnya vokal io dalam perkataan rasional (KV+KV+V+KVK), ia dalam diam (KV+VK) dan ua dalam tuam (KV+VK), ialah dua vokal yang berada bersebelahan atau

bergandingan. Gandingan io, ia dan ua dalam perkataan-perkataan ini bukan diftong. Seterusnya, kita analisis perkataan mulai. Pemecahan suku kata perkataan ini ialah mu+la+i dan berstruktur KV+KV+V. Mula ialah kata dasar dan i ialah imbuhan akhiran. Sebutan yang betul bagi perkataan ini seperti yang tercatat dalam DKBM (halaman 1157) ialah [mu.la.i]. Demikianlah juga halnya dengan perkataan lain seperti sertai, rasai danwarnai. Tegasnya, ai dalam perkataan-

perkataan ini bukan diftong. Walau bagaimanapun, bagi perkataan tertentu seperti gulai, ada dua cara pemecahan suku kata, iaitu gu-lai (KV+KD) dan gu-la-i (KV+KV+V).

Istilah diftong sudah mantap. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I (DBP, 1958), sejak tahun 1940-an Zaba menggunakan istilah bunyi berkait rapat untuk diftong dan bunyi berkait renggang untuk dua vokal yang berganding dalam satu perkataan seperti dalam perkataankail, laut dan duit. Kini, rujukan terbaik ialah Kamus Linguistik. Sayangnya tiada istilah bagi perkara ini dalam kamus itu. Bagi bunyi berkait renggang yang dikatakan oleh Zaba, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP menggunakan istilah vokal berganding. Banyak soal jawab tentang perkara ini di PRPM. Ada jawapan tidak tepat atau silap. Terdapat tiga jawapan yang tepat. Jawapan terbaik ialah " Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut." Jawapan ini diberikan pada 28 Disember 2010.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) juga menggunakan istilah vokal berganding. Pakar ejaan Rumi bahasa Melayu, Ismail Dahaman dalam

bukunya Ejaan Rumi Sepanjang Zaman (DBP, 2007) pula menggunakan istilah vokal rangkap, rangkap vokal, urutan vokal dan gugus vokal. Oleh sebab penggunaan istilah vokal rangkap lebih banyak dalam buku itu, maka kita menganggap istilah vokal rangkap menjadi keutamaan beliau.