Anda di halaman 1dari 2

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK SCE 3109 TENAGA DALAM KIMIA MANUAL AMALI AMALI 4 Tujuan : Untuk mengkaji

tindak balas pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan elektron pada satu jarak. Bahan : 2.0 mol dm-3 asid sulfurik, 0.5 mol dm-3 larutan ferum (II) sulfat yang baru disediakan , 0.2 mol dm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid , 0.5 mol dm-3 larutan kalium iodida, 0.2 mol dm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 mol dm-3 larutan kalium heksasinoferat (III), 1% larutan kanji. Radas : Tiub-U, galvanometer ,wayar penyambung dengan klip buaya, elektrod karbon, kaki retort dan pengapit, tabung uji, penitis, gabus dengan satu lubang. Prosedur : 1. Apit tiub- U pada kaki retort. 2. Tuangkan asid sulfurik cair ke dalam tiub-U hingga ke paras 6 cm tinggi dari mulut tiubU. 3. Dengan menggunakan penitis, tambah 0.5 mol dm -3 larutan ferum (II) sulfat ke dalam satu lengan tiub-U sehingga lapisan larutan ferum (II) sulfat itu sampai pada ketinggian 3 cm. 4. Ulang prosedur 3 dengan menambahkan 0.2 mol dm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ke dalam lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Letakkan elektrod karbon pada setiap lengan tiub U. 6. Sambungkan elektrod dengan galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Berdasarkan arah pesongan jarum galvanometer , tentukan elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan terminal negatif. 7. Biarkan radas selama 30 minit. Rekodkan pemerhatian anda. 8. Gunakan penitis yang bersih, pindahkan 1cm3 larutan ferum (II) sulfat dari lengan tiub U ke dalam tabung uji. Tambahkan beberapa titis 0.2 mol dm -3 larutan kalium heksasainoferat(III) ke dalam tabung uji tadi. Perhatikan dan rekod sebarang perubahan. 9. Ulang langkah 1-7 d engan menggunakan 0.5 mol dm-3 larutan kalium iodida dan 0.2 mol dm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid untuk menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat (VI) berasid. 10. Ulang langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan 1% larutan kanji. Perhatikan dan rekod sebarang perubahan.

Gambarajah:

Elektrod karbon Larutan ferum (II) sulfat Tiub-U Asid sulfurik Larutan kalium dikromat (VI) berasid

Rajah 4: Pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan elektron pada satu jarak

Soalan 1. (i) Tulis persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam ujikaji di atas. [4] (ii) Dalam setiap persamaan, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan [4] 2. Nyatakan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks yang berlaku dalam ujikaji di atas. [2] 3. Nyatakan fungsi asid sulfurik dalam ujikaji ini. [1] 4. Nyatakan dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk menjalankan ujikaji di atas. [2] 5. Terangkan mengapa larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik. [2]