P. 1
Tugasan 2_Ulasan Jurnal

Tugasan 2_Ulasan Jurnal

|Views: 1,655|Likes:
Dipublikasikan oleh atulasca
Ulasan Jurnal ini dilakukan dalam beberapa tahap iaitu:

1-Pendahuluan(ringkasan jurnal)
2-Perbandingan (ketiga-tiga jurnal)
3-Analisis (stail penulisan&pengorganisasian tulisan/kajian)
4-Penilaian (kesimpulan)
Ulasan Jurnal ini dilakukan dalam beberapa tahap iaitu:

1-Pendahuluan(ringkasan jurnal)
2-Perbandingan (ketiga-tiga jurnal)
3-Analisis (stail penulisan&pengorganisasian tulisan/kajian)
4-Penilaian (kesimpulan)

More info:

Categories:Types, Research
Published by: atulasca on May 31, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PENDIDIKAN

GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL ARTIKEL

Jurnal 1: An Action Research Exploration Integrating Student Choice And Art Activities In A Sixth Grade Social Studies Classroom [By: Coutney Kosky & Reagan Curtis, 2008] Jurnal 2: The Action Research Endeavors Of Six Classroom Teachers And Their Perceptions Of Action Research [By: Deborah Sardo-Brown] Jurnal 3: Action Research: A Developmental Model Of Professional Socialization. [By: Sharon Schoen]

NAMA: Nik Hidayatul Nursaadah Bt. Husin (P48637) Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Biologi)

PENSYARAH: Dr. Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin, Dr. Mohd Izham Hamzah, Hajjah Halimah Harun, Pn. Norsakinah Mohamed

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN Terdapat tiga artikel junal yang dipilih untuk diulas. Jurnal pertama bertajuk An Action Research
Exploration Integrating Student Choice And Art Activities In A Sixth Grade Social Studies Classroom oleh Coutney Kosky & Reagan Curtis, 2008. Jurnal kedua pula bertajuk The Action Research Endeavors Of Six Classroom Teachers And Their Perceptions Of Action Research yang ditulis oleh Deborah Sardo-Brown Manakala Jurnal ketiga adalah bertajuk Action Research: A Developmental Model Of Professional Socialization yang ditulis oleh Sharon Schoen. Secara umumnya, jurnal pertama adalah berkisarkan tentang pengaplikasian kaedah mengajar ataupun pedagogi berteraskan kesenian dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid gred-6 yang mengambil aliran sains sosial di sekolah-sekolah terpilih di Amerika Syarikat. Kaedah kesenian yang diterapkan adalah seperti drama, menulis sajak dan sebagainya. Refleksi yang dilakukan keatas sisi P&P menunjukkan bahawa dengan kaedah ini, peningkatan penguasaan pelajar keatas matapelajaran yang diajar seperti sejarah dan lain-lain berlaku. Motivasi pelajar juga meningkat kerana mereka diberi peluang untuk menyatakan kaedah P&P yang mana yang lebih mereka suka. Jurnal kedua adalah ‘classroom research study’ yang berkisar kepada kajian yang dijalankan oleh enam orang guru keatas tiga peringkat murid, iaitu, pra-sekolah (elementary), peringkat menengah (middle-level) dan sekolah tinggi (high school). Kajian yang telah dijalankan adalah meliputi tiga kawasan kajian iaitu di pedalaman, pinggir bandar dan bandar. Pelbagai kaedah P&P telah dicuba bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam matapelajaran yang dipilih. Antara kebaikan yang diperolehi oleh keenam-enam guru ini adalah seperti ianya dapat meningkatkan tahap keprofesionalisma mereka, meningkatkan hubungan baik diantara mereka dengan guru-guru lain serta pihak pentadbiran, serta pertambahan maklumat tentang tingkahlaku pelajar. Jurnal ketiga lebih menjurus kepada penghasilan model bagi meningkatkan keprofesionalismaan para guru di semua peringkat iaitu preservice, novice & experienced.

PERBANDINGAN Ulasan artikel jurnal ini akan dilakukan berdasarkan kepada perbandingan ketiga-tiga artikel dalam konteks sampel, setting, prosedur serta pengumpulan dan penganalisisan data. Perbandingan dibuat dalam bentuk table bagi memudahkan perbezaan dan persamaan setiap item untuk dilihat. 1- Sampel / Penyertaan: • • • • Jurnal 1 Pelajar sekolah gred 6 630 orang 95% kulit putih 5% lain-lain. Jurnal 2 • 6 orang guru. • Pelajar sekolah daripada tiga peringkat[elementary, middle school, high school] Jurnal 3 • Bakal guru Prasiwazah dan siswazah • Guru baru (novis) • Guru berpengalaman.

2- Setting Jurnal 1 • Kelas • Sekolah Jurnal 2 • Kelas • Sekolah • Ada dinyatakan kawasan sekolah adalah dari [rural, suburban, urban] Jurnal 3 • University [La Salle University]

3- Prosedur Jurnal 1 • Perancangan kajian • Proses adaptasi pelajar kepada guru baru. • Menggunakan dua kaedah dalam P&P [kedah yang berteraskan seni & kaedah biasa] • Pengumpulan data hasil P&P. • Penganalisisan data. • Refleksi & Penambahbaikan • Kesimpulan kajian. Jurnal 2 • Pemilihan 6 guru yang membuat kajian tindakan. • Dua daripada enam guru mengajar di prasekolah (elementary), Dua daripada mereka mengajar di peringkat pertengahan (middle school) dan Dua daripada mereka mengajar di peringkat atas (high school). • Kesemua mereka mengajar di tiga kawasan sekolah yang berbeza iaitu pedalaman, pinggir bandardan bandar. • Subjek yang diajar adalah merangkumi sains sosial, bahasa Inggeris, dan sains. • Proses P&P adalah menggunakan kaedah visualisasi, pembelajaran kooperatif,(C.A.I), pembelajaran metakognitif dan sebagainya. • Perolehan dan penganalisisan data kuantitatif dan kualitatif dilakukan. Jurnal 3 • Melibatkan tiga langkah utama iaitu: [acquisition, fluency dan generalization] • Ketiga –tiga langkah ini melibatkan kemahiran melihat, memberikan matlamat yang terbaik, mengenalpasti, dan mengumpul data. • Kajian bertumpu kepada bagaimana untuk meningkatkan tahap keprofesionalan guru.

4- Pengumpulan dan Penganalisisan Data • Jurnal 1 Survey- Pertanyaan harian kepada pelajar tentang bagaimana mereka menilai P&P tersebut. Jurnal Refleksi guru- sesi dialog, nota harian tentang perjalanan aktiviti. Darjah penglibatan pelajar untuk setiap sesi P&P ’informal online multiple intelligenge evaluation’ dilakukan di awal kajian, sebagai pre-test. Survey tingkahlaku ‘attitude survey’ Jurnal 2 Data yang dipungut adalah dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Jurnal 3 • Refleksi kendiri • Penilaian kendiri • Typical Observational Recording method • Bagi analisis data pula, “A five-day decision model is employed to schedule the routine analysis.”

• • •

• Kualitatif: - Bales interaction analysis. - Likert scale questionnaire • Kuantitatif: - pre-test - post-test - Performance based exam.

ANALISIS Analisis untuk ketiga-tiga jurnal akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama, iaitu:1. Stail penulisan 2. Pengorganisasian tulisan/ kajian Terdapat perbezaan stail penulisan dipaparkan dalam ketiga-tiga jurnal ini. Jurnal pertama oleh
Coutney Kosky & Reagan Curtis memberikan penulisan yang teknikal dan begitu analitikal, dimana dapatan kajian dinyatakan dengan lengkap dan tersusun. Susunan ayat juga sangat mudah untuk difahami. Namun begitu, terdapat sedikit kecelaruan apabila jenis-jenis kesenian yang diterapkan untuk P&P tidak diperjelaskan secara detail. Bagi jurnal kedua pula, teknik penulisan yang mudah dan straightforward dipaparkan. Terdapat kesukaran untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kajian ini. Ini kerana, kaedah dan dapatan kajian bagi keenam-enam pengkaji hanya ditulis secara umum dalam bentuk ringkasan sahaja. Jurnal ketiga membincangkan tatacara model bagi melakukan kajian tindakan. Jurnal ini ditulis dalam laras bahasa yang agak tinggi, menyebabkan ulangan bacaan diperlukan bagi memahaminya. Namun begitu, huraian yang begitu teliti dipaparkan. Dalam skop pengorganisasian tulisan, kesimpulan dapat dibuat bahawa ketiga-tiga jurnal berada pada landasan yang betul, dimana setiap jurnal diorganisasi berdasarkan skop kajian. Laras kajian yang sederhana ditonjolkan dengan pengorganisasian yang mudah difahami bagi jurnal kedua. Namun, bagi jurnal pertama dan ketiga, pengorganisasian yang kompleks dan melibatkan dapatan-dapatan yang banyak dimuatkan di dalamnya.

PENILAIAN Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa ketiga-tiga jurnal yang di ulas ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri menepati skop kajian. Namun, pandangan peribadi saya adalah:“apabila melakukan kajian, penekanan perlu diberikan dan diperincikan dalam semua langkah kajian, bermula daripada fasa awal hinggalah ke fasa akhir. Ini bagi mengelakkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian dipertikaikan”

Rujukan:
Buckley, Joanne.1995. “Keeping Your Head: Kinds of Essay Writing” Fit to Print. Toronto:Harcourt Brace. 93-96. Coutney, K & Reagan, C. 2008. An Action Research Exploration Integrating Student Choice And Art Activities In A Sixth Grade Social Studies Classroom. Social Studies Research. 32: 22-27 Deborah, S. The Action Research Endeavors Of Six Classroom Teachers And Their Perceptions Of Action Research. Education. 116: 196-200 Northey, Margaret.1993. Making Sense. 3re ed. Toronto: Oxford. 33-36. Read, Jennifer.1997. Critical Book Reviews: Workshop Notes. Sharon, S. 2007. Action Research: A Developmental Model Of Professional Socialization.80: 211-216

Thomson, Ashley.1975. How to Review a Book. Laurentian University Library.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->