Anda di halaman 1dari 6

Zaman Romantik (1820-1900_

Ciri-ciri Muzik Zaman Romantik

1. Menekankan stail dan ekspresi kendiri yang menggambarkan personaliti komposer. 2. Meneroka perasaan yang pelbagai seperti perasaan mesra, riang, seronok, rindu dan sedih. 3. Beransur patriotik. 4. Dipengaruhi oleh muzik dari Asia yang dianggap exotic. 5. Mementingkan warna ton yang pelbagai untuk menghasilkan pelbagai mud dan suasana. 6. Menekankan harmoni yang kompleks dengan penggunaan kord disonan dan kord kromatik. 7. Nada sesebuah lagu sering bertukar. (rapid modulation) 8. Sering menggunakan nada yang ekstreme seperti fff dan pppp , perubahan crescendo dan decrescendo yang kerap dan perubahan dinamik yang mendadak. 9. Perubahan tempo dalam karya muzik Romantik adalah tidak kekat. Tempo rubato diperkenalkan dalam karya muzik zaman Romantik. 10. Karya muzik zaman Romantik adalah sama ada sangat panjang atau sangat pendek. 11. Fokusnya ialah melodi yang merdu dengan modulasi yang mencabar serta harmoni yang padat. 12. Tekstur lebih padat, tebal dengan kontras yang sangat prominen menerokai renj pic, dinamik dan warna ton yang lebih meluas. 13. Kaya dengan pelbagai jenis/genre muzik.

GENRE/JENIS MUZIK DI ZAMAN ROMANTIK (1828-1900)

(a) JENIS/GENRE MUZIK VOKAL

1. Opera

2. Lagu solo (Lied) 3. Song cycles

(b) MUZIK KIBOD

1. Nocturnes 2. Ballades 3. Etudes 4. Preludes 5. Fantasies 6. Waltzes 7. Marzukas 8. Polonaises 9. Rhapsodies

KOMPOSER MUZIK ZAMAN ROMANTIK (EARLY ROMANTIC) 1. Franz Schubert 2. Hector Berlioz 3. Felix Mendelssohn 4. Frederic Chopin 5. Robert Schumann 6. Franz Liszt 7. Guiseppe Verdi

8. Richard Wagner 9. Johannes Brahms 10. Peter Tchaikosvsky (LATE ROMANTIC) 1. Gustav Mahler 2. Claude Debussy 3. Richard Strauss 4. Maurice Ravel

Zaman Abad ke-20 (20th Century)


Ciri-Ciri Muzik Abad ke-20

1. Warna ton (a) Bunyi-bunyi yang bising dan alat perkusi sering digunakan (b) Teknik permainan alat yang luar biasa dipraktiskan seperti glissando. (c) Instrumen digunakan untuk menghasilkan irama dan warna ton yang unik.

2. Melodi (a) Skel tidak dipengaruhi oleh kord-kord tradisi Major dan Minor. (berdasarkan variasi skel secara meluas, atau ia mungkin menggunakan kesemua 12 ton kromatik secara bebas) (b) Melodinya pendek. (c) Pic di dalam melodi zaman ini mempunyai jeda yang besar dan melompat-lompat (wide leaping of notes) (d) Penggunaan skel kromatik dan berjeda disonan. (e) Penggunaan glissando dari satu pic ke satu pic.

3. Irama (a) Penukaran meter yang kerap. (b) Penggunaan sinkopasi dan tekanan pada bit yang lemah. (c) Penggunaan poliritma (meter berlainan digunakan pada masa yang sama) (d) Penggunaan ostinato di mana motif atau frasa yang diulangi pada pic yang sama sepanjang satu bahagian. boleh Ostinato boleh diadakan pada melodi ataupun iringannya.

4. Harmoni

(a) Penggunaan kord disonan, polikord, kod keempat dan kord kluster. (b) Tiada penggunaan nada yang khusus.(atonal)

STAIL PENCIPTAAN MUZIK ABAD KE-20

(A) IMPRESIONISME - dipengaruhi oleh penyajak Perancis seperti Rimbaud, dan pelukis MOnet dan Renoir dan pemuzik menghasilkan stail di mana dapat mencakupi pandangan terhadap sesuatu objek. - Pencipta yang terkenal dengan stail ini ialah Claude Debussy (1862-1918) - irama yang fleksibel, warna ton yang unik, harmoni yang bebas seperti angin yang menderu atau air yang mengalir.

(B) NEOKLASISISME - dalam percubaan untuk mengembalikan muzik yang seimbang dan simeteri dari Zaman Klasikal, pemuzik seperti Igor Stravinsky (1882-1971) menghasilkan muzik yang dikenali sebagai neoklasisisme. - elemen harmoni, irama dan warna ton moden. - muziknya lembut dan mempunyai ekspresi yang nyata.

(C) NASIONALISME - pada abad ke-20, stail muzik mula menjadi bahasa antarabangsa dan pada masa ini semangat nasionalisme bersemarak di kalangan pemuzik seperti Bela Bartok (1881-1945) dari Hungary bersama Kodaly menjelajahi ke seluruh negara Hungary untuk mengumpul lagu dan muzik rakyat dan menggunakannya di dalam ciptaan muzik mereka.

(D) EKSPERIMENTALISME - kebanyakan muzik di abad ke-20 dieksperimenkan

- pemuzik menghasilkan muzik secara kreatif dan inovatif. - stail muzik dikenali sebagai muzik aleatorik atau muzik "chance", serialis ( berdasarkan sistem 12 ton) dan minimalis (ostinato melodi, konsonan dan harmoni yang statik dan perkembangan pergerakan idea muzik yang beransur lambat)

(E) NEOROMANTISISME - dalam muzik yang penuh dengan bunyi disonan dan abstrak, ada juga pencipta ynag kembali kepada penciptaan yang lebih subjektif dan berpusat kepada sesuatu ton yang menunjukkan stail neoromantisme. - menggunakan bunyi yang kontemporari.

KOMPOSER ABAD KE-20 1. Claude Debussy 2. Arnold Schoenberg 3. Bela Bartok 4. Igor Stravinsky 5. Alban Berg 6. Krzysztof Penderecki

Anda mungkin juga menyukai