Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU PERTAMA Alhamdulillah, minggu pertama sesi praktikum yang bermula pada 31 Mac hingga 4 April tempoh

lalu berjalan dengan lancar. Saya bersyukur dipermudahkan segala urusan, hari pertama sesi praktikum sudah disediakan jadual kelas oleh pihak pentadbiran sekolah. Hal ini memudahkan lagi permulaan sesi praktikum yang saya sedang jalani, 4 minggu persekolahan ini sangat singkat untuk mengutip segala macam pengalaman. Jadi, saya cukup bersyukur diberi jadual kelas pada hari pertama persekolahan lagi. Lapan masa seminggu bermula pada hari ahad, selasa, rabu dan khamis. Oleh sebab pada hari ahad, hari pertama persekolahan saya diisi dengan taklimat guru besar, guru penolong kanan dan guru pembimbing jadi sesi pengajaran saya bermula pada hari selasa di kelas 2 Fatanah. I. Masalah

Sepanjang minggu pertama sesi praktikum, saya dapati masalah saya banyak berkaitan dengan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sama ada di kelas 2 Fatanah mahupun 4 Abu Daud. Masalah yang saya alami adalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Saya gagal mengurus kelas dengan sebaik mungkin, kawalan kelas yang kurang berkesan dan kualiti pembelajaran yang kurang memberangsangkan. Saya berusaha merancang sebaik mungkin pengajaran, namun saya dapati masih wujud kekurangan-kekurangan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, saya gagal mengawal kelas, pengajaran dan pembelajaran serta gagal memberi keseronokan kepada murid. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Malah, ada yang menunjukkan kurang minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid sering mengulang soalan yang sama walaupun arahan diberikan berulang kali.

II.

Analisis Masalah

Setelah saya melakukan analisis bagi mencari punca-punca masalah ini berlaku, saya dapati masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan saya sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Saya sedar akan masalah itu kerana fitrah kanak-kanak bermain dan aktif bukan semata-mata diam dan duduk untuk mendengar arahan dan murid cenderung kepada sesuatu yang seronok. Saya tidak menafikan bahawa saya gagal memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran. III. Cadangan

Antara langkah penyelesaian masalah yang boleh diambil ialah dengan saya sendiri mengambil langkah mengatasi masalah yang timbul termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah dan melalui cara ini, mungkin wujud satu jalinan yang agak kuat. Amnya murid suka perhatian, dengan cara mengingat nama mungkin dapat membantu untuk menarik perhatian murid. Antara lain cadangan bagi mengatasi masalah ini adalah 1. Merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya sendiri perlu lebih kreatif. 2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.

3.

Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

IV.

TEMPOH PENYELESAIAN 7 APRIL-11 APRIL 2013 (1 Minggu Percubaan)

V.

TINDAKAN SUSULAN

Sepanjang minggu pertama, beberapa langkah di ambil bagi mengatasi masalah dengan melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan. Proses pengajaran dan pembelajaran disertai dengan didik hibur. Pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan mampu memperlihatkan perubahan positif dari aspek penerimaan murid untuk belajar dan terus bermotivasi untuk belajar.

Tanda Tangan Guru Pelatih, ______________________________ (NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH)

Tanda Tangan Pensyarah Pembimbing, _______________________________ (DR. HJ. ROSLI BIN HJ. AB. RAHMAN)

Anda mungkin juga menyukai