Anda di halaman 1dari 4

1.

2.

Dasar liberalisasi pendidikan mempunyai hala tuju ke arah pembentukan budaya ilmu, iaitu masyarakat mengamalkan konsep pendidikan seumur hidup bagi tujuan: Membina keupayaan pemikiran dan penguasaan ilmu untuk mencapai perkasaan (empowerment) sebagai individu dan bangsa yang progresif dan maju. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam pekerjaan atau kegiatan ekonomiiaitu menjadi sumber manusia yang mampu menjana saluran pendapatan baharu atau teknologi baharuyang mampu menyokong keutuhan ekonomi negara.

Memperolehi kematangan dan sensitiviti politik dalam proses membina negara bangsa berdaulat, maju, sistematik, adil dan bersatu padu. 4. Mencapai tahap kemanusiaan tertinggi, iaitu manusia memandang manusia lain sebagai saudarnya, tanpa mengira warna, agama dan keturunan. Dengan kesedaran mustahaknya konsep bagi kemajuan ilmu dan pendidikan maka kerajaan meluluskan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 (31/12/97) yang merupakan gagasan legislatif Dasar Pendidikan Kebangsaan menggantikan Akta Pendidikan 1961.
3.

AKTA PENDIDIKAN 1996. (Akta 550)


Sesuatu Akta untuk mengadakanperuntukan bagi pendidikan dan bagi pekara-pekara yang berkaitan dengan nya. [ 31 Disember 1997] BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi,keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan satu masyarakat yang beratu padu, demokratik, liberal da dinamik.

DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu miss untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandasankan FPK yang dizahirkan seperi berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani dan jasmani, berasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yag berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmoran keluarga, masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai