Anda di halaman 1dari 5

kelebihan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

Guru-guru memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Juteru itu dalam bidang pendidikan, pelbagai cara

pengajaran dan pembelajaran digunakan .Pelbagai kaedah-statergi serta bahan bantu mengajar yang cuba digunakan dengan sebaik-baiknya. Tujuan tersebut

adalah semata-mata untuk menjadikanpengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dalam ertikata lain, murid mendapat manfaat yang maksimum untuk memperoleh pengetahuan . Salah satu cara yang paling dianggap moden dan berkesan adalah belajar dan mengajar menggunakan komputer. Alat ini begitu sinonim di dalam era teknologi pendidikan dewasa ini. Alat Bantu Mengajar Berbantukan Komputer adalah sebahagian daripada alat atau bahan bantu mengajar yang sangat efektif. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan komputer secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran Usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer. Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer? Menurut Faharol Razi (1998) , istilah Komputer Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kini mendapat perhatian yang begitu serius di kalangan para pendidik untuk meralisasikan aspirasai negara untuk melahirkan murid-murid yang celik IT., bertepatan sekarang ini dengan program terbaru kementerian iaitu KSSR(Kurikulum Standard sekolah Rendah)yang
PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH[RBT3117] Muka Surat 1

mula dijalankan pada tahun 2011.Contoh lain yang membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer mempunyai kelebihan apabila

Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini, 1998). Projek perisian yang digelar Computer Integrated Learning System telah melaksanakan penggunaan komputer secara besar-besaran di dalam bilik darjah telah dilancarkan pada tahun 1998. Perkembangan kelebihan menggunakan komputer dalam bagi seorang guru adalah dapat memudahkan penyampaian maklumat. .sebagai contoh, guru tidak perlu membawa bahan-bahan yang sukar dibawa untuk dirunjukkan kepada muridmurid , segalam maklumat atau bahan boleh disimpan di dalam computermewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,membolehkan murid mengumpul maklumat yg perlukan masa yang lama atau yangg terlalu mahal untuk diperolehi, membolehkan murid ,mempelajari sesuatu eksperimen yang yg sukar , terlalu mahal, bahaya atau mustahil untuk dilaksanakanm, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid-murid, memberikan peluang kepada murid- belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minuman serta meningkatkan kemahiran ICT untuk tujuan kegunaan muridmurid pada masa hadapan apabila melangkah kealam pekerjaan . Selain itu Komputer berperanan sebagai alat tutor dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menjadikan komputer sebagai pengajar kepada murid. memberi pelbagai maklumat kepada murid-murid termasuklah menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.ia merangkumi pembelajaran ekspositori, demonstarsi sesuatu fenomena yang ditunjukkan, latihan atau latihtubi yang disampai dikawal oleh system dan perisian sama ada disimpan dalam CD-ROM , ataupun laman web. terdapat banyak komponen untuk pembelajaran sepeti mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan atau memberi latihan dan menilai pencapaian murid. Komputer dapat menjadikan pelajar sebagai independent leaner seperti yang disenaraikan di dalam hasrat Kurikulum Standard sekolah Rendah KSSR.murid-murid dapat menyahut cabaran abad ke 21 menjadikan mereka global
PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH[RBT3117] Muka Surat 2

payer, iaitu menjadikan individu mempunyai daya saing, daya tahan, kemahiran berkomunikasi dan jati diri, serta pekerja berilmu,menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,kemahiran nilai tambah yang dihasratkan , elemen merentas kurikulum termasuklah teknologi maklumat dan kominikasi. Melalui komputer, pelajar menyelesaikan masalah terutamanya mata pelajaran matematik , sains dan kemahiran Hidup. Murid-murid juga dapat belajar sendiri dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi, cotohnya seperti mempelajari tentang tajuk alam semesta. Pengetahuan murid terbatas jika hanya mendengar penerangn daripada guru dan buku semata-mata. Murid boleh meneroka kealam semesta dengan mengakses lama-laman web yang berkaiatan. Murid juga boleh mendapatkan maklumat sama ada berbentuk imej atau pun video. Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang sukar di temui dan berbahaya seperti ikan paus Murid dapat mencari sendiri apa kah yang ingin mereka ketahui dan apa juga persoalan yang bermain di fikiran mereka. Semuanya jawapan ada dihujung jari. Komnputer juga ssebagai bahan yang memberi peluang kepada murid mengalami , mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Mereka juga dapat melihat demonstarsi sesuatu kejadian. Seperti dalam mata pelajaran kemahiran hidup, bidang rekacipta seperti menjahit, bertukang, menanam pokok, dan sebagainya.murid juga akan dapat berfikir dengan lebih kritis, penyelesaian masalah dalam masa sebenar, pengalaman pem belajaran melalui praktikal dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial . Ia juga memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing, mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.m emberi peluang kepada murid untuk menaganni masalah sebenar di dalam kelas, memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstuktivisme,dan lain-lain. Komputer juga adalah sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila komputer digunakan sebagai medium bagi membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Menurut Clark dan Sun, penggunaaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pedidikan sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesin taip sahaja, namun apabila murid
PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH[RBT3117] Muka Surat 3

berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan esei dan huraian , barulah boleh dikatakan komputer telah digunakan secara bermanfaat. Guru boleh mengemukakan masalah yg mencabar minda murid dan murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran , komputer dapat dijadikan sebagai alat komunikasi, apabila komputer digunakan untuk menghantar , menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media elektronik di antara dua pihak. Komunikasi melalui komputer boleh dilakukan dalam pelbagai mod termasuklah teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod daripada seorang dengan seorang yang lain. Contohnya, murid digalakkan menggunakan laman yang disediakan oleh Kementerian Pendididkan melalui EDUWEB TV,. Melalui laman ini, murid bukan sahaja dapat mengkases pelbagai bahan pengajaran dari semua matapelajaran yang disediakan malahan mereka boleh mendaftar dan belajar serta menjawab soalan-soalan guru .Guru membina soalan dengan memilih soalan atau maklumat yang terdapat di dalam aplikasi dan seterusnya berkongsi dengan murid-murid.Ia juga boleh dijadikan sebagai kerja rumah. Murid juga dapat meningkatkan penglibatan proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. Dalam konteks pengajaran komputer dijadikan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik minat murid. Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan pencapaian yang tinggi.Kajian yang telah dijalankan Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (1993).membuktikan bahawa apabila alat komunikasi digunakan dengan bijak peratus pemahaman adalah.sebanyak 30 peratus, dan peratus ingatan ialah 40 peratus. Pengunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru mengurus data atau maklumat untuk di ajar kepada murid dengan mudah. Bahan-bahan boleh disaring daripada buku-buku rujukan , majalah, suratkhabar dan sebagianya, mengumpul bahan dari internet dan menyimpan dalam folderuntuk persediaan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maklumat boleh di persembahkan
PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH[RBT3117] Muka Surat 4

dalam bentuk power point,dengan cara ini bukan sahaja memudahkan guru, malahan dapat menarik perhatian murid-murid. Penyampaian guru akan menjadi lebih kemas dan teratur. Komputer dapat bertindak sebagai media hiburan dan permainan. Ia sesuai digunakan semasa menjalankan set induksi untuk menarik minat murid supaya terus mengikuti pembelajaran. Terdapat banyak perisian permainan yang boleh diperolehi menggunakan komputer .Permainan tersebut boleh dimuat turun dari internet. Dalam Facebook juga terdpat pelbagai permainan yang secara tidak disedari ia menguji tahap kreativiti murid. Contohnya seperti permainan happy akuarium memerlukan seseorang menyusun atur aksesori dalam sebuah akuarium. Permainan ini boleh diaplikasikan semasa mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup tentang tajuk Ikan hiasan.. Situasi yang terdapat dalam permaian sebenarnya secara tidak langsung memberi motivasi kepada murid. Kesimpulannya ,penggunaan komputer mempunyai banyak lelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran . terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kepada keberkesanan dan dapat meningkatkan lagi kelebihan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Di antara faktornya adalah peranan dan dorongan pihak sekolah,rakan sekerja, Pejabat Pelajaran daerah, ahli keluarga dan dorongan dalam diri guru sendiri. Maka secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran .Namun agak mengecewakan apabila penggunaan komputer tidak dapat dijalankan dengan seratus peratus, atas alasan komputer yang tidak mencukupi, telah lama,serta capaian internet yang masih diperingkat yang sangat lemah. Bagi murid pula mereka harus menggunakan alat komunikasi mereka sebaik mungkin seperti pancaindera supaya mereka dapat menguasai pelajaran mereka.

** T A M A T **

PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH[RBT3117]

Muka Surat 5