Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN RINGKASAN PERUBAHAN KONSEP DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Bagi memantapkan lagi keberkesanan pendidikan kearah melahirkan generasi yang diimpikan , penyemakan kurikulum dan perubahan telah pun diakukan yang bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Sukatan Pelajaran KH KBSR, 2000).. Menyedari akan pentingnya pelaksanaan mata pelajaran KemahiranHidup di sekolah rendah, beberapa perubahan telah dilaksanakan. Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran satu semakan semula telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.. Oleh itu, terdapat perubahan-perubahan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran Hidup Sekolah rendah yang diajar pada Tahap Dua (Darjah IV, V,VI) yang turut merangkumi pelbagai aspek iaitu:

1. Objektif dan matlamat masih tidak berubah Iaitu , memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, mereka cipta dan keusahawanan.

2. Perubahan kandungan Mata pelajaran sedikit sebanyak diolah dan diperkemaskan. Tujuannya adalah supaya dapat mengukuhkan kesinambungan serta mengelakkan pertindihan isi kandungan . Ia lebih fokus kepada reka bentuk seperti tajuk projek berasaskan logam, jahitan , ikan hiasan dan sebagainya. 3. Elemen kretiviti dan reka cipta ditambah. Terdapat dua bidang iaitu i) Reka bentuk dan teknologi - menggunakan teknik dan proses pembuatan seperti bahan gabungan kayu dan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik, penanaman tumbuhan hiasan dan ikan hiasan

PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHR[RBT3117]

Muka Surat 1

ii)Perniagaan dan Keusahawanan. - keusahawanan seperti mempromosi jualan, mengurus jualan dan mengurus perbelanjaan. Reka bentuk dan teknologi Murid dapat .

4. Penekanan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dan murid-murid hendaklah menguasai kemahiran praktis seperti kemahiran membuat lakaran, mereka bentuk dan penghasilan projek,mengenal pasti dan membezakan litar elektrik, menyenggara dan membaik pulih alatan, menghasilkan tumbuhan hiasan dan mengusaha niaga barang..

5. Penekankan kepada kemahiran berfikir. Ia amat penting dalam matapelajaran Kemahiran hidup kerana untuk menghasilkan sesuatu produk yang baik, daya imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan , supaya murid dapat menghasilkan suatu inovasi untuk Negara pada suatu masa kelak. 6. Kemahiran Perniagaan dan keusawanan dilaksanakan. i)Dapat menanam minat dalam diri murid-murid menjadi seorang usahawann yang berjaya suatu hari nanti. ii) Mahir merancang penyediaan jualan iii) Dapat menerapkan murid dengan etika jualan , iv) Murid mahir mempromosikan jualan,melayan pelanggan v) Murid dapat merekod jual beli dengan lebih sistematik . vii) Murid-murid dilatih supaya bersikap positif seperti berdikari, yakin diri, bersungguh-sungguh serta berdaya saing. 7.Menekankan Kaedah Kajian Masa Depan. Ini bertujuan membolehkan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup.Muridmurid didedahkan dengan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual..Murid belajar dengan melalui pengalaman sendiri. Guru pula berperanan mengatur dan merancang strategi , menggunakan pendekatan dan
PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHR[RBT3117] Muka Surat 2

kaedah bagi membantu murid mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka dengan perkara yang diajar. 8. Memberi peluang murid berdikari dan berani mencuba i) Membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba. khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. ii) Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka.

9. Murid mengamalkan nilai kerja yang positif Murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. 10. Mengembangkan bakat dan kreativiti Dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti murid bebas menghasilkan sesuatu projek menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing contohnya seperti menghasilakn rekaan dengan mengabungkan bahan-bahan terbuang . seperti botol, kotak dan sebagainya untuk dijadikan alat seperti bekas pensel, pasu bunga dan sebaginya.

11. Menanamkan sifat jimat cermat dan inovatif . Mereka akan lebih sedar kepada sumber yang ada di sekeililing mereka dan berupayamenggunakannya untuk mendapat faedah .serta berinovatif dalam menghasilkan barangan baru hasil daipada bahan-bahan buangan.

PENGENALAN DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHR[RBT3117]

Muka Surat 3