Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERPUSTAKAAN SK TAMAN UNIVERSITI 2

JADUAL MASUK KE PERPUSTAKAAN 1. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikehendaki masuk ke perpustakaan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 2. Jadual waktu perpustakaan adalah untuk membaca, meminjam dan memulangkan buku BUKAN untuk mencari maklumat, rujukan atau sebagainya. Oleh itu, guru hendaklah memastikan : Semua murid Tahap 2 ada kad pinjaman untuk B. Melayu dan B. Buku yang dibaca hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Nilam. Murid hanya membaca sama ada buku cerita BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS mengikut jadual sedia ada (bukan buku rujukan) 3. Bagi guru yang hendak membuat rujukan atau mencari maklumat untuk murid muridnya hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan di luar waktu penggunaan perpustakaan sahaja. Murid tidak boleh mengambil atau memulangkan buku, HANYA guru dan pustakawan sahaja. 4. Buku- buku perpustakaan tidak boleh dibawa keluar melainkan dicatat nama buku yang dipinjam ke dalam Rekod Pinjaman Buku. 5. Pada waktu rehat murid tidak dibenarkan membuat pinjaman dan pemulangan buku. Murid hanya dibenarkan membaca dengan diawasi oleh pustakawan bertugas.

Inggeris. atau

PERATURAN PERPUSTAKAAN 1. Guru-guru hendaklah mengadakan orientasi untuk murid-murid ketika kali pertama masuk ke perpustakaan: Susun kasut di luar perpustakaan dengan kemas. Tidak dibenarkan membawa masuk bahan bacaan atau beg ke dalam perpustakaan. Tidak dibenarkan makan atau minum. Tidak dibenarkan membuat kerja rumah di perpustakaan. 2. Masuk ke perpustakaan dalam keadaan senyap dan duduk di tempat yang sesuai. 3. Guru dan pustakawan sahaja yang dibenarkan mengambil buku dari rak dan mengagihkan buku kepada murid untuk dibaca dan membuat pinjaman. 4. Pastikan hanya murid yang ada kad pinjaman sahaja dibenarkan meminjam buku. 5. Buku Nilam hendaklah diisi oleh murid selepas membaca buku. Ia perlu disemak dan ditandatangani oleh guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris. 6. Bilangan buku yang dibaca oleh murid setiap bulan hendaklah direkodkan ke dalam borang program Nilam yang diedarkan untuk tindakan Penyelaras Program Nilam. 7. Guru hendaklah mencatat penggunaan perpustakaan ke dalam Rekod Penggunaan Perpustakaan setiap kali masuk ke perpustakaan. 8. Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertanggungjawab di atas peminjaman dan pemulangan buku yang dipinjam oleh murid. Tarikh pinjam dan Tarikh Pulang Pastikan murid menjaga buku dan memulangkan buku mengikut tarikh JIKA tidak denda sebanyak DUA PULUH SEN dikenakan terhadap mereka SEHARI. Jika buku hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau wang mengikut nilai buku. Wang tersebut hendaklah diserahkan kepada Cik Nora Binti Abdulah Guru-guru hendaklah menyimpan kad pinjaman murid di bakul yang disediakan mengikut kelas masing-masing.

9. Lima minit sebelum masa tamat, guru hendaklah memastikan perpustakaan dalam keadaan sedia kala.

SENARAI TUGAS GURU PEMBANTU PERPUSTAKAAN

1. 2. 3.

Membantu Guru Penyelaras Perpustakaan untuk menguruskan perpustakaan. Membantu memilih dan memesan buku-buku, majalah dan lain-lain jenis bahan yang sesuai untuk murid-murid dan guru. Mengelaskan, mengkatalog buku-buku, memproses buku-buku baru, membaik pulih buku-buku yang rosak dan menyediakan satu katalog yang dikemaskini.

4.

Membantu menguruskan semua program yang ada kaitannya dengan perkhidmatan, kegiatan menggalakkan penggunaan perpustakaan seperti pameran buku, minggu perpustakaan, peraduan membaca, sudut cerita dan lain-lain.

5. 6. 7. 8. 9. 10.

Mengadakan orientasi dan sesi tunjuk ajar kepada murid-murid tentang caracara menggunakan perpustakaan. Membantu murid cara menggunakan buku-buku dan memilih bukubuku yang sesuai untuk bacaan dan rujukan. Membantu guru-guru memilih dan memperolehi buku-buku atau bahan-bahan yang sesuai untuk rujukan dan pengajaran. Memberi kerjasama dan memastikan bilik perpustakaan dalam keadaan kemas, tersusun dan teratur setiap hari. Membantu menjaga keselamatan buku-buku dan bilik perpustakaan. Membantu guru perpustakaan menyemak stok hujung tahun.

SENARAI TUGAS PENGAWAS PERPUSTAKAAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Membuka tingkap-tingkap, mengemas dan membersihkan habuk-habuk dari rak-rak dan perabut perpustakaan. Menyusun buku-buku mengikut pengkelasan Dewey. Menyusun majalah-majalah mengikut jenisnya. Membantu guru perpustakaan memproses buku-buku baru dan membaik pulih buku-buku. Membantu guru menguruskan pinjaman buku semasa waktu penggunaan perpustakaan mengikut kelas. Mengemas dan membersihkan serta bertanggungjawab menutup tingkap dan pintu bilik perpustakaan. Pastikan semua suis lampu dan kipas dipadamkan sebelum menutup pintu.