Anda di halaman 1dari 3

SCE3106 BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

TUGASAN PROJEK Tajuk : Jenis Permukaan Mempengaruhi Daya Geseran Hasil Pembelajaran : 1. Mengawal Pemboleh ubah untuk mengkaji gerakan objek di atas pelbagai permukaan. 2. Membuat kesimpulan tentang gerakan objek di atas pelbagai permukaan. Tujuan : Menyiasat kesan gerakan objek di atas pelbagai jenis permukaan. Hipotesis : Semakin kasar sesuatu permukaan, semakin kurang jarak gerakan bongkah kayu. Bahan / Radas : Bongkah kayu, kertas pasir, permaidani, kaca, papan, pita pengukur, dan jam randek. Prosedur : 1. Sediakan permukaan-permukaan berikut: a) kertas pasir b) permaidani c) kaca, dan d) papan 3. Tolak troli berspring menggunakan daya yang sama (pastikan spring ditekan pada senggatan yang sama) di atas permukaan kertas pasir, permaidani, kaca, dan papan. 4. Rekodkan jarak yang dilalui oleh troli berspring bagi setiap permukaan yang diuji di dalam jadual 1.

SCE3106 BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

Pembolehubah : 1. Pembolehubah yang dimanipulasi : Jenis permukaan Definisi secara operasi :Pembolehubah yang dimanipulasi diubah bagi memerhatikan perkaitannya dengan pembolehubah bergerak balas. 2. Pembolehubah yang bergerak balas : Jarak yang dilalui oleh bongkah kayu Definisi secara operasi :Pembolehubah bergerak balas sentiasa berubah mengikut perubahan pembolehubah yang dimanipulasikan. 3. Pembolehubah yang dimalarkan : Saiz bongkah kayu. Daya tolakan yang dikenakan. Ketinggian landasan setiap permukaan. Definisi secara operasi : Pembolehubah yang ditetapkan dari awal eksperimen hingga ke akhir eksperimen bagi menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen. Hipotesis : Semakin kasar sesuatu permukaan, semakin kurang jarak gerakan bongkah kayu. Keputusan : 1. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah ini. Jenis permukaan Permaidani Kertas pasir Papan Kaca Jarak yang dilalui (cm) 3 cm 4 cm 5 cm 7 cm

Kesimpulan :

SCE3106 BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

Dengan menyatakan inferens iaitu jenis permukaan kasar akan menyebabkan bongkah kayu bergerak paling dekat, disebabkan oleh kesan daya geseran yang tinggi, maka kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut; Daya geseran bertindak paling besar pada permukaan kasar jika dibandingkan dengan permukaan yang lebih licin; oleh itu; Semakin kasar sesuatu permukaan, semakin kurang jarak gerakan bongkah kayu. Refleksi : Berdasarkan data dan keputusan yang diperolehi, jelas menunjukkan jenis permukaan amat mempengaruhi jarak yang dilalui oleh bongkah kayu. Jarak paling singkat yang dilalui bongkah kayu ialah di atas permukaan kertas pasir iaitu sebanyak 3 cm sahaja. Ini diikuti dengan permaidani iaitu sejauh 4 cm sahaja. Manakala permukaan papan jarak bongkah kayu sejauh 5 cm. Jarak paling jauh yang dilalui bongkah kayu ialah di atas permukaan kaca iaitu sejauh 7 cm. Didapati pola bagi data tersebut ialah semakin meningkat jaraknya. Mengapa ini berlaku? Kita sedia maklum, jenis permukaan akan mempengaruhi jumlah daya geseran yang akan wujud. Oleh itu, sekiranya permukaan kertas pasir yang digunakan, jelas, ianya merupakan permukaan paling kasar yang digunakan di dalam eksperimen ini. Jadi, sudah tentulah jarak bongkah kayu tersebut paling dekat. Sementara jika dilihat jarak bongkah kayu yang paling jauh ialah 7 cm, iaitu permukaan kaca. Jelas di sini kita dapati permukaan licin seperti permukaan kaca akan mengurangkan kesan daya geseran. Jika daya geseran kurang, maka sudah tentu jarak yang boleh dilalui oleh bongkah kayu akan bertambah jauh.

Anda mungkin juga menyukai