Anda di halaman 1dari 2

Lancelot Doom ISL 1 Mendapatkan maklumat dari bahan bacaan dan multimedia berkaitan dengan jenis-jenis apungan untuk

perbincangan sesi seterusnya.

Jenis-jenis apungan Apungan adalah asas berenang. Keapungan adalah sifat semulajadi tubuh sebab ianya dibantu oleh kandungan lemak dan kandungan udara dalam paru-paru. 3 unsur yang mengawal keapungan i. ii. iii. kawalan nafas posisi tubuh kesantaian / rehat

Back Star Float Salah satu teknik asas apungan ialah back star float. Teknik ini merupakan teknik apungan yang mana badan akan melentang diatas permukaan air. Kaki dibuka membentuk huruf v dan tangan didepa membentuk huruf T untuk membentuk bintang. Kedudukan badah adalah selari dengan permukaan air (streamline with the water surface). Muka melihat ke arah langit perut diangkat keatas. Tenangkan fikiran dan kawal pernafasan. Tidak ada pergerakan pada ketika ini.

Prone Float Teknik apungan yang kedua ialah apungan meniarap iaitu prone float. Teknik ini adalah sama dengan teknik apungan back star float. Yang membezakan ialah muka dimasukkan ke dalam air. Jangan lupa untuk bernafas. Peralatan pernafasan biasa boleh digunakan dalam teknik ini. Keadaan tangan dan kaki adalah sama dengan teknik apungan belakang. Mushroom Float Teknik apungan cendawan ialah teknik apungan yang amat mudah. Kaedah melakukan teknik ini ialah kaki dibengkokkan dan tangan memeluk kaki, kepala ditundukkan sehingga badan kelihatan seperti bola (berbentuk bulat). Jangan bergerak dan anda akan terapung.

Water Treading Water treading adalah satu aspek renang yang memerlukan perenang berada dalam kedudukan tegak di dalam air dengan kedalaman air yang tidak dapat dipijak dengan kaki dalam jangkamasa tertentu (bergantung pada tujuan). Kedudukan kepala berada di atas permukaan air. Water treading ini menyediakan peluang kepada perenang menjaga kepala

mereka daripada tenggelam. Dengan ini mereka boleh berkomunikasi kepada sesiapa sahaja semasa melakukan latihan ini. Kepada seorang perenang, kebolehan atau skil ini merupakan perkara wajib yang mesti dikuasai. RUJUKAN 1. Paparan video 2. ml.scribd.com/.../Kerja-Kursus-Pendek-Pendidikan...