Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIKUM 2 SEKOLAH KEBANGAAN PAKA

JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1
Bilangan Jurnal Tarikh Nama Tajuk Jurnal :1 : 14 Julai 2013 18 Julai 2013 : Muhammad Syazwan Bin Idris : Pelaksanaan proses pangajaran dan pembelajaran tidak seperti yang dirancang

MASALAH Minggu ini adalah minggu pertama dalam saya menjalani praktikum saya yang kedua. Semestinya perasaan gemuruh, gementar berbaur dengan teruja berada dalam diri saya. Namun, bukan itu yang ingin saya nyatakan di dalam jurnal ini. Saya telah mendapat jadual tugas pada hari kedua dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ketiga kerana pada hari kedua masih belum membuat sebarabg persediaan. Selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pada hari-hari berikutnya, saya mengalami masalah di mana pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan adakalanya tersasar sedikit daripada rancangan. Sebagai contoh, aktiviti pengukuhan dan penutup kerapkali tertinggal disebabkan kesuntukan masa.

ANALISIS Sebelum ini, pensyarah saya ada pernah menyatakan bahawa apabila kita berada di praktikum kelak dan masuk mengajar di dalam kelas, tidak semua yang dirancang akan menjadi. Daripada hasil pemerhatian saya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan apa yang dirancang pada awalnya tidak seperti yang dirancang di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu faktornya mungkin disebabkan pengurusan masa. Saya sudah bergerak ke kelas dari bilik guru 5 minit lebih awal dan proses pengajaran dapat berjalan pada waktu yang teah ditetapkan. Namun begitu, kesuntukkan masa jelas lagi tersuluh apabila aktiviti pengukuhan dan penutup tidak dapat dilaksanakan. Saya mendapati kemungkinan saya mengambil masa yang lama pada langkah 1 dan langkah 2. Sebenarnya saya sukar untuk meneruskan ke langkah

PRAKTIKUM 2 SEKOLAH KEBANGAAN PAKA

JURNAL MINGGU 1

seterusnya sekiranya saya mendapati murid masih tidak memahami pengajaran saya. Mungkin inilah punca utama mengapa saya tidak dapat melaksanakan langkah aktiviti pengukuhan dan penutup sedangkan kedua-dua langkah ini penting untuk mengetahui tahap pemahaman murid hasil daripada pengajaran saya.

TINDAKAN SUSULAN Dalam mengatasi maslah yang timbul, pada minggu ini itu juga, saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya untuk mengetahui tindakan yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah tersebut. Hasil daripada perbincangan saya, guru pembimbing saya menyarankan kepada saya untuk: Sentiasa berhati-hati dengan pengurusan masa yang telah ditetapkan dalam setiap langkah. Tidak mengambil masa yang berlebih-lebih kerana takut mempengaruhi masa yang diperuntukkan untuk langkah seterusnya. Melaksananaka set induksi yang ringkas namun memberi manfaat kepada murid untuk terus mengikuti pengajaran pada hari tersebut. Endahkan murid yang kerap bertanya dengan tujuan ingin mengambil perhatian guru. Tunjukkan contoh di hadapan kelas daripada bergerak ke meja murid yang tidak faham. Selepas mendengan pendapat dan pendangan daripada guru pembimbing, tindakan susulan yang perlu saya lakukan ialah mengenai pengurusan masa. Di samping itu, perancangan sampingan ataupun Plan B juga perlu saya utamakan sebagai langkah penjagaan sekiranya terdapat halangan-halangan yang mengganggu pengajaaran saya seperti gangguan murid bising, ketidakfahaman murid dan sebagainya.

TEMPOH MASA Sebagai seorang pelatih yang masih baru di dalam dunia praktikum, masalah seperti ini mungkin mengambil masa melebihi seminggu. Saya perlu membiasakan diri saya dahulu dengan persekitaran kelas dan murid-murid supaya langkah yang sesui bleh diambil. Walaubagaimanapun, tindakan yang segera perlu diambil kerana

PRAKTIKUM 2 SEKOLAH KEBANGAAN PAKA

JURNAL MINGGU 1

sekiranya masalah ini berlanjutan pada masa akan datang, hasil pengajaran tidak dapat dikecapi oleh saya dan murid-murid di samping akan mengganggu proses penilaian guru pembimbing dan pensyarah penyelian yang akan bermula pada minggu hadapan (minggu kedua). Saya juga perlu berusaha dalam memastikan masa yang lama tidak perlu diambil dalam mengatasi masalah tersebut.

PENILAIAN KEJAYAAN Kejayaan saya dalam mengatasi masalah ini dapat dinilai dengan tahap keberkesanan pelaksanaan proses pengjaran dan pembelajaran yang dirancang. Sekiranya saya mampu menyempurnakan proses pengajaran saya besama dengan penutup yang jelas, ini secara tidak langsung dapat memberi sedikit gambaran kepada saya bahawa saya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di samping itu, saya juga akan meminta pendapat guru pembimbing saya sewaktu sesi refleksi selepas beliau menilai proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Disemak dan disahkan oleh

Disemak dan disahkan oleh

(PUAN

NORHAYATI AZAINI BT MUHAMMAD) Guru Pembimbing

(TN HAJI ZIZ BIN OMAR) Pensyarah Penyelia Major

Disemak dan disahkan oleh

(HAJJAH CIK MEK YAM BT YUSOF) Pensyarah Penyelia Elektif

Anda mungkin juga menyukai