Anda di halaman 1dari 4

Pengaruh TMK dalam peningkatan gejala sosial dalam Negara. 1. Menggugat keamanan negara.

- Terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. 2. Menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. - Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. - Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. - Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. 3. Merosakkan moral dan akhlak. - khususnya di kalangan remaja dan pelajar. - Kemajuan kehidupan ekonomi yang terlalu menekankan untuk memenuhi berbagai keinginan material, telah menyebabkan sebahagian warga masyarakat menjadi kaya dalam material tetapi miskin dalam rohani. 4. Pelajar cenderung untuk menjadi pemalas. - Budaya copy and paste. 5. Pelajar cenderung untuk lupa akan kewajiban belajarnya. - Bermain game atau sibuk dimedia social.

6. Meningkatkan tahap kemasukan budaya asing. - Pelajar mudah terpengaruh dengan budaya asing dari segi pemakaian, tingkah laku dan pertuturan. - Contohnya dari youtube, laman social dsb. 7. Mampu merosakkan sebuah institusi kekeluargaan - Remaja mudah meniru dan mengikut tingkah laku yang tidak baik dilihat dari media massa. - Contoh : membuli, mencuri, meragut, membunuh 8. Pengamal media yang berpengaruh lebih dipercayai oleh orang awam.

masyarakat yang cetek fikiran akan mudah terpengaruh dengan tulisan berbentuk khabar angin dan gosip di blog yang wujud di ruang siber.

MAKSUD GEJALA SOSIAL Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan KanakKanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan

Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. Masalah sosial di Malaysia telah berlaku dengan teruk sekali di kalangan remaja belasan tahun seperti rempit, lari dari rumah, buli, dan seks bebas.

RUJUKAN
http://cikgumart.blogspot.com/2012/03/kesan-kesan-teknologi-maklumat-dan.html http://communingcatalyst.wordpress.com/2012/12/13/impak-positif-dan-negatif-teknologimaklumat-terhadap-masyarakat/ http://www.scribd.com/doc/55146383/Manual-Kajian-Tindakan-EPRD http://keepurdream.blogspot.com/2010/10/pengaruh-teknologi-informasi-di-dalam.html http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-1.html

Anda mungkin juga menyukai