Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

GGGB 5023
TUGASAN 2: ULASAN ARTIKEL JURNAL
SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR P48667

Jurnal 1
Improving Soft Skills of University Students
through Software Development Team Projects
Siew Hock Ow

Jurnal 2
The Action Research Endeavors of Six
Classroom Teachers and Their Perceptions of
Action Research
Deborah Sardo-Brown

Jurnal 3
An Action Research Exploration Integrating
Student Choice and Arts Activities in a Sixth
Grade Social Studies Classroom
Courtney Kosky
Reagan Curtis

1
PERBANDINGAN

Sampel
Jurnal 1
67 pelajar Tahun 2 Jurusan Kejuruteraan
Perisian, Program Sains Komputer
Jurnal 2
Pelajar dari 6 kelas (2 Sekolah Rendah, 2
Sekolah Tengah, 2 Sekolah Tinggi)
Jurnal 3
Pelajar Tahun 6

Setting
Jurnal 1
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Maklumat, Universiti Malaya Kuala Lumpur,
Malaysia
Jurnal 2
2 Sekolah Rendah, 2 Sekolah Tengah, 2
Sekolah Tinggi di kawasan pedalaman, pinggir
bandar dan bandar di Pennsylvania, Amerika
Syarikat
Jurnal 3
Sekolah (Pembentukan) Profesional di Amerika
Syarikat

2
Prosedur

Jurnal 1
1. Kursus Pengurusan Projek (Projek
Management @ PM) mengandungi 3 jam
kredit iaitu 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial
2. Pelajar diperkenalkan kepada teori dan
konsep Pengurusan Projek semasa sesi
kuliah
3. Dalam kelas tutorial, pelajar diminta
mengaplikasikan teori dan konsep yang
telah dipelajari bagi menguruskan Projek
Pembangunan Perisian
4. Setiap kumpulan projek dianggotai oleh
pelbagai kaum, seorang ketua dilantik di
kalangan ahli
5. Sesi tutorial dibahagikan mengikut
kumpulan
6. Semasa sesi tutorial, ketua akan mengetuai
perbincangan serta pengagihan tugas
projek
7. Setiap kumpulan juga diminta memberikan
laporan projek bagi mengetahui
perkembangan projek semasa sesi tutorial

3
Jurnal 2
1.6 orang guru dari program sarjana
menjalankan Kajian Tindakan yang
merupakan tugasan wajib untuk pengajian
mereka
2.6 orang guru tersebut mengajar di sekolah
yang berlainan, kawasan yang berlainan,
subjek yang berlainan serta
pendekatan/kaedah yang berlainan
3. Bidang yang dikaji juga berbeza; 2 guru
mengkaji keberkesanan inovasi seperti
pendekatan kurikulum yang baru serta
pendekatan Matematik/Sains, 3 guru
mengkaji penggunaan pendekatan kajian
literatur seperti arahan berbantukan
komputer, penguasaan pembelajaran serta
kaedah pembelajaran metakognitif,
manakala 1 lagi guru mengkaji
kecenderungan menjadi pemimpin dalam
aktiviti pembelajaran koperatif mengikut
jantina.

4
Jurnal 3
1. Penulis 1 mengajar subjek Pengajian Sosial
selama 4 waktu, sambil
mengimplementasikan Seni dan Kajian
Tindakan.
2.Setiap kelas diajar pelajaran yang sama,
sebarang perubahan bergantung kepada
keperluan kelas.
3. Pelajar menggunakan kepandaian dari segi
visual, kinestetik, verbal dan logikal dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
4.Guru (pelajar/bakal guru) menggalakkan
pelajar berfikir, bertanya soalan serta aktif di
dalam kelas.

5
Pengumpulan & penganalisisan data

Jurnal 1
1. Pemerhatian semasa sesi tutorial
2. Tinjauan soal-jawab bagi mendapatkan
maklum balas

Jurnal 2
1.Ujian sebelum dan selepas (Pre & Post
Test)
2.Penulisan jurnal
3.Sesi pembentangan pelajar (rakaman video)
4.Tinjauan sikap
5.Ujian kemahiran asas
6.Ujian T
7.Soalan ‘open-ended’
8.Aktiviti di dalam kelas (rakaman video)

6
Jurnal 3
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan,
antaranya:
1.Perbualan harian antara guru dengan
pelajar
2.Jurnal reflektif pengajaran guru (merekod
perbualan harian guru-pelajar, catatan
harian pengajaran serta tahap penglibatan
pelajar dalam pelajaran dan aktiviti)
3. Penilaian Multiple Intelligence secara online
dilakukan oleh guru sebelum permulaan sesi
pengajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang minat dan kekuatan bidang pelajar
4.Tinjauan sikap pelajar, sebelum dan selepas
projek Kajian Tindakan
5. Penilaian setiap sesi pelajaran dengan
menggunakan kad “Rate This Lesson” dan
maklum balas oleh pelajar
6.Penilaian markah pelajar melalui pelbagai
tugasan (projek, ujian, kuiz, buku kerja)

7
ANALISIS

Jurnal 1
Perancangan
Meningkatkan soft skills terutama komunikasi
dan rundingan di kalangan pelajar Universiti
melalui Projek Pembangunan Perisian dalam
Kumpulan.

Tindakan
1. Pelajar belajar teori dan konsep semasa
kuliah.
2. Semasa tutorial, pelajar mengaplikasikan
teori dan konsep dalam menguruskan
Projek.
3. Setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai
kaum, seorang ketua dilantik.
4. Sesi tutorial dibahagikan mengikut
kumpulan. Semasa sesi tutorial, ketua
akan mengetuai perbincangan serta
pengagihan tugas projek, seterusnya
melaporkan perkembangan projek.

8
Pemerhatian
1. Pelajar dinilai berdasarkan pemerhatian
serta tinjauan dan analisis soal jawab.
2. Soal jawab membolehkan pemerolehan
maklum balas kemahiran pelajar dalam
berkomunikasi dan berunding,
perhubungan sesama ahli kumpulan serta
pembelajaran konsep praktikal pengurusan
projek.
3. Maklum balas pelajar menunjukkan
terdapat peningkatan dalam kemahiran
berkomunikasi dan berunding pelajar.
Kerjasama dalam kumpulan yang berbilang
bangsa juga membantu pelajar lebih
memahami konsep pembelajaran.

Refleksi
Kemahiran berkomunikasi dan berunding boleh
dipelajari dengan efektif melalui projek
berkumpulan yang melibatkan penyertaan
berbilang kaum.

9
Jurnal 2

Perancangan
Guru 1
Melihat keberkesanan kurikulum baru iaitu
A.I.D.S dalam membantu pelajar 32 pelajar
Gred 4 memperolehi pengetahuan berkaitan
virus HIV.
Guru 2
Mengetahui kesan pendekatan teras Matematik-
Sains dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains secara interdiscipline dan
dwiwaktu di kalangan pelajar 26 pelajar Gred 6.
Guru 3
Melihat peningkatan skor ujian unit Sains 31
pelajar Gred 8 selepas penggunaan
pembelajaran berbantukan komputer,
berbanding buku teks.
Guru 4
Meningkatkan tahap pencapaian 109 pelajar
menggunakan pendekatan Penguasaan
Pembelajaran (Mastery Learning).
Guru 5
Mengetahui samada kemunculan ketua di dalam
kumpulan berlainan jantina adalah disebabkan
jenis aktiviti.

10
Guru 6
Melihat samada penggunaan kaedah
pengajaran metakognitif mampu memperbaiki
pencapaian 22 pelajar dalam ujian bab
Pengajian Sosial sekaligus meningkatkan sikap
mempelajari Sains Sosial.

Tindakan
Guru 1
1. Guru melakukan Ujian Sebelum dan
Selepas (pre & post test).
2. Guru membuat perbandingan catatan
jurnal, sebelum dan selepas penggunaan
A.I.D.S.
3. Persembahan pelajar dirakam
menggunakan video.
Guru 2
1. Guru melakukan tinjauan sikap semasa
awal dan akhir tahun persekolahan.
2. Guru membandingkan pencapaian ujian
kemahiran asas pelajar tahun tersebut
dengan pelajar tahun sebelumnya.
Guru 3
1. Pelajar menggunakan C.A.I (Computer
Assisted Instruction) dalam mempelajari
Sains.
2. Guru melakukan penilaian berdasarkan
ujian t serta tinjauan sikap.

11
Guru 4
1. Guru menggunakan borang penguasaan
pembelajaran sebanyak 4 bahagian
pelajaran.
2. Pelajar diberi peluang mengambil semula
ujian sekiranya markah kurang dari 85%
bagi ujian bab 1.
3. Pelajar tidak dibenarkan untuk melangkah
ke bab seterusnya sebelum menguasai
bab tersebut.
4. Pelajar diuji dengan soalan open-ended
bagi memperolehi reaksi pelajar terhadap
pendekatan pembelajaran yang
digunakan.
Guru 5
1. Selepas sesi perundingan kesusasteraan,
pelajar dinilai berdasarkan aktiviti tugasan,
aktiviti sosial dan aktiviti yang tidak
spesifik.
2. Aktiviti tugasan kebiasaanya dikuasai oleh
lelaki dan melibatkan sumbangan secara
langsung. Aktiviti sosial kebiasaannya
dikuasai perempuan dan melibatkan moral
serta perhubungan sesama ahli. Aktiviti
yang tidak spesifik tidak spesifik kepada
mana-mana jantina.
3. Aktiviti pelajar dirakam dengan video.

12
Guru 6
1. Guru fokus kepada 1/10 daripada seksyen
sejarah Amerika, yang melibatkan pelajar
yang menghadiri sekolah vokasional/teknik
setengah hari.
2. Guru mengajar pelajar menggariskan kata
kunci serta idea semasa membaca serta
penggunaan mnemonics dalam proses
mengingat.
3. Skor pelajar dilihat berdasarkan ujian
sebelum dan selepas.
Pemerhatian
Guru 1
1. Berdasarkan ujian, pencapaian pelajar
meningkat 88%.
2. Melalui catatan jurnal, pelajar didapati
lebih sensitif kepada kawan yang
dijangkiti virus HIV.
3. 75% pelajar mampu mengawal
pendarahan melalui latihan menggunakan
model patung.

13
Guru 2
1. Tinjauan sikap yang dibuat selepas kajian
menunjukkan pelajar terutama perempuan
cenderung untuk mempelajari Matematik
dan Sains.
2. Ujian kemahiran asas juga menujukkan
terdapat perubahan yang signifikan dalam
persembahan pelajar.
Guru 3
1. Ujian t mengesahkan terdapat peningkatan
dalam skor ujian unit Sains.
2. Namun begitu tinjauan sikap tidak
memberikan sebarang perubahan.
Guru 4
1. 90% daripada pelajar menyukai
pendekatan penguasaan pembelajaran
dalam memahami pelajaran.
Guru 5
1. Ketiga-tiga aktiviti menunjukkan pelajar
lelaki lebih cenderung untuk menjadi ketua
dalam sesi pembelajaran koperatif.
Guru 6
1. Skor ujian pelajar meningkat terutama bagi
pelajar yang lemah.
2. Berdasarkan soal jawab, sikap pelajar
dalam mempelajari sejarah Amerika juga
meningkat.

14
Refleksi
Guru 1
Guru mendapati kurikulum A.I.D.S boleh
digunakan sebagai contoh tambahan kepada
fakta dalam pengajaran, tambahan pula pelajar
gemar berfikir.
Guru 2
Guru mendapati terdapat perubahan yang tidak
signifikan dalam pencapaian pelajar, maka guru
perlu lebih berpengalaman dalam sesi
pengajaran tahun seterusnya.
Guru 3
Guru mendapati terdapat peningkatan dalam
skor ujian unit Sains, tetapi mencari cara untuk
membaiki sikap pelajar dalam mempelajari
Sains.
Guru 4
Guru berhasrat untuk meneruskan penilaian
minat pelajar menggunakan kaedah baru,
peperiksaan berdasarkan persembahan pelajar.
Guru 5
Guru bercadang menetapkan peranan yang
spesifik kepada setiap pelajar dalam sesi
pembelajaran secara koperatif.
Guru 6
Guru mahu menyambung kajian dalam seksyen
yang lain.

15
Jurnal 3

Perancangan
Meningkatkan penyertaan dan motivasi pelajar
dalam Pengajian Sosial menggunakan Seni

Tindakan
1.Pelajar diajar Pengajian Sosial sambil
diselitkan penggunaan Seni dalam sesi
pembelajaran.
2. Semasa menyelesaikan tugasan yang
diberikan, pelajar menggunakan kepandaian
dari segi visual dalam menghasilkan peta,
kepandaian kinestetik semasa melakonkan
sesuatu watak, kepandaian verbal semasa
bercerita, membaca dan menulis serta
kepandaian logikal dalam menyelesaikan
masalah purba kala.
3.Guru juga menggalakkan pelajar berfikir
sendiri, bertanya soalan serta melibatkan
diri sepenuhnya semasa perbincangan di
dalam kelas.
4.Pelajar mengambil masa lebih kurang
seminggu untuk menyesuaikan diri dengan
kaedah pembelajaran yang baru.
5.Pelajar mempelajari bahawa setelah
memahami latar belakang sesuatu topik,

16
pelajar akan lebih mudah melibatkan diri
dengan aktiviti sekaligus meningkatkan daya
fokus dan motivasi untuk belajar.

Pemerhatian
1. Kebanyakan pelajar mempunyai kekuatan
dari segi kinestik atau verbal. Oleh itu guru
menggunakan perbincangan secara terbuka
semasa di dalam kelas.
2. Guru memberikan kebebasan kepada
pelajar untuk memilih sebarang jenis Seni
dalam menyelesaikan tugasan projek.
Hasilnya, ada pelajar yang menggunakan
seni lukis, puisi dan juga lakonan.
3. Sesi pembelajaran sentiasa dipantau
melalui penilaian oleh pelajar. Didapati,
aktiviti pembelajaran yang melibatkan Seni
mendapat penilaian yang lebih tinggi
berbanding kaedah pembelajaran
tradisional.
4. Tahap penyertaan pelajar dicatatkan dalam
jurnal relektif guru. Data menunjukkan
tahap penyertaan pelajar lebih tinggi
apabila sesi pembelajaran melibatkan
aktiviti Seni. Tahap penyertaan pelajar
paling tinggi adalah semasa melakukan

17
projek kerana pelajar diberi peluang
membuat pilihan sendiri.

Refleksi
1. Apabila pelajar gembira semasa sesi
belajar, maka pelajar dapat belajar dengan
lebih baik. Keputusan menunjukkan gred
pelajar adalah lebih baik semasa Kajian
Tindakan dijalankan.
2. Pelajar perlu diberikan peluang untuk
melibatkan diri secara aktif semasa sesi
pembelajaran, daripada hanya duduk
mendengar.
3. Pengintegrasian Seni dalam pembelajaran
boleh diaplikasikan dalam semua kelas.
Namun, guru perlu menyesuaikan Seni
dengan kandungan/sukatan subjek dan
objektif pengajaran.
4. Guru juga perlu fleksibel, sanggup
mengambil risiko dan mempunyai
hubungan dan komunikasi yang baik
dengan pelajar.

18
SINTESIS

• Kesemua Kajian Tindakan melibatkan 4


langkah yang utama iaitu:
o perancangan
o tindakan
o pemerhatian
o refleksi
• Ada artikel jurnal yang tidak menyatakan
dengan spesifik:
o prosedur dan tindakan yang diambil
semasa Kajian tindakan dijalankan
o jumlah sampel yang digunakan
o tempoh dan kitaran kajian dibuat

19
RUMUSAN

• Kajian Tindakan sangat penting dalam


meningkatkan, merperkembangkan serta
memperbaiki minat, pencapaian serta
prestasi pelajar dalam sesuatu subjek.
• Justeru setiap guru perlu menjalankan
Kajian Tindakan bagi memperbaiki prestasi
pelajar selain menambah baik kaedah
pengajaran dan pembelajaran.

20

Anda mungkin juga menyukai