Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Skizofrenia merupakan kecelaruan personality yang dicirikan oleh gangguan kognatif, gangguan emosi dan tarik diri

social. Skizofrenia digolongkan dalam psikologi Bizalim yang tertumpu dalam bidang tingkah laku. Atau dengan kata lain pesakit ini mengalami dari segi kecelaruan tingkah laku (tak adnormal) dan kecelaruan mental. Skizofrenia ini menyerang manusia tanpa mengira umur meskipun ada tanggapan yang mengatakan dalam kategori usia 16 hingga 33 tahun lebih risiko mengahdapinya. Skizofrenia juga adalah kecelaruan mental yang serius dan terbahagi kepada dua bentuk iaitu Skizofrenia Tenat dan Skizofrenia Kronik. Skizofrenia Tenat merupakan masalah yang terbentuk secara mengejut tanpa adanya sejarah lampau kecelaruan mental. Sesiapa yang mengalami Skizofrenia Tenat ini mempunyai peluang lebih baik untuk sembuh. Skizofrenia Kronik pula berlaku kepada individu yang mempunyai sejarah Skizofrenia yang panjang dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh. 2.0 2.1. Ciri-ciri Skizofrenia KECELARUAN KOGNITIF

Kecelaruan kognitif ini akan terjadi apabila adanya gangguan kognitif. Individu yang mengalami kecelaruan ini akan menjadi seperti tidak normal atau "tidak berpijak di alam nyata". Pesakit ini biasanya mempunyai kepercayaan yang ganjil dan tidak betul, mempunyai persepsi yang herot, memperlihatkan pemikiran dan bahasa yang terpisah-pisah dan tidak logik. Mereka juga mempunyai kecelaruan tumpuan, iaitu pesakit tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara atau peristiwa. 2.1.2 KECELARUAN PERSEPSI adalah dikenali sebagai HALUSINASI

HaIusinasi merupakan PENGALAMAN PERSEPSI tetapi tanpa kehadiran rangsangan deria. Halusinasi terbahagi kepada tiga iaitu halusinasi pendengaran, halusinasi pandangan dan halusinasi pengalaman. Pesakit skizorfernia ini mungkin dapat melihat, mendengar,merasa, atau bau perkara yang ganjil tanpa sebenarnya wujud dalam alam yang nyata. Mendengar suara merupakan halusinasi yang biasa. Misalnya seseorang itu terdengar suara yang mengejeknya walhal suara itu sebenarnya tidak wujud. Dengan kata lain bisikan-bisikan di telinga pesakit ini adalah dari segi pendengaran. Manakala halusinasi pandangan pula ialah seperti melihat Tuhan, Nabi dan sebagainya yang tidak lojik atau masuk akal dalam dunia reality. Seterusnya, halusinasi yang berbentuk pengalaman pula adalah seperti pengalaman yang menakutkan dan menyakitkan seperti kena pukul, dera dan sebagainya.

2.1.3

KECELARUAN KEPERCAYAAN dikenali sebagai DELUSI.

Delusi ini adalah KEPERCAYAAN PALSU yang biasanya tidak dikongsikan sesama ahli-ahli lain dalam masyarakat. Orang yang mengalami skizofrenia misalnya percaya bahawa beliau adalah orang yang terkenal, maksudnya dikenali oleh semua orang dikenali sebagai DELUSI GRANDEUR. Sementara itu DELUSI PENGANIAYAAN pula merupakan KEPERCAYAAN PALSU bahawa sesetengah orang itu cuba menipu, memalu, mengintip,menjatuhkan,mencederakan, membunuh atau menhancurkan diri mereka. 2.1.4 KECELARUAN MOTOR

Kecelaruan ini adalah termasuk dalam melakukan EKSPRESI MUKA yang GANJIL, TERLALU AKTIF, atau sebaliknya TIDAK BERGERAK LANGSUNG atau seperti ROBOT. kadang kala bahasa pesakit skizofrenia ini sukar difahami. Mereka juga boleh bertindak seperti kanak-kanak, tingkah laku yang tidak sesuai dalam khalayak ramai misalnya dari segi pemakaian.

2.2

GANGGUAN EMOSI

Pesakit ini mengalami gangguan emosi namun gangguan ini antaranya tidak atau kurang menunjukkan gerak balas emosi yang tidak sesuai dengan situasi. Contohnya pesakit menagis ketika orang bergembira. Bagaimanapun gembira dan ketawa ketika orang lain bersedih seperti berada dalam kematian. 2.3 TARIK DIRI SOSIAL

Penarikan diri dalam PERHUBUNGAN SOSIAL iaitu pesakit ingin hubungan yang rapat dengan orang lain, tetapi TAKUT kepada orang ramai, atau menunjukkan KURANG MINAT terhadap orang lain. Mereka ini kadang kala hilang motivasi dan tiada aktiviti berarahkan matlamat.

3.0 3.1

JENIS-JENIS SKIZOFRENIA Skizofrenia PARANOID

Pesakit yang mengalami skizorfrenia PARANOID ini adalah mereka yang mempunyai KEPERCAYAAN PALSU atau DELUSI. 3.2 Skizofrenia TIDAK TERATUR (KACAU BILAU)

Skizofrenia jenis ini adalah tahap yang serius dan cenderung berlaku pada peringkat awal hidup seseorang. Ia dicirikan oleh tarik diri sosial yang EKSTRIM, halusinasi, delusi, kebodohan, ketidaksesuaian ketawa, tingkah laku yang ganas, dan tingkah laku yang danjil dari yang lain. Biasanya pesakit menunjukkan tingkah laku yang tdak senonoh, tidak sopan, dan

sebaginya.Skizofrenia jenis ini menyababkan terjadinya PERPECAHAN PERSONALITI dan pesakit mempunyai peluang tipis untuk sembuh. 3.3 Skizofrenia KATATONIK

Dimana pesakit sering tidak menunjukkan PERGERAKKAN (tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri, atau mengongcangkan badan yang melampau. Biasanya ia akan bertindak keduadua tindakan itu, berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan dalam waktu yang lain. Meraka mugkin berada dalam keadaan yang kaku sehingga beberapa jam lamanya. 4.0 4.1 FAKTOR-FAKTOR penyebab SKIZOFRENIA. PENDEKATAN BIOPSIKOLOGIKAL

Pendekatan ini menekankan kepada FAKTOR-FAKTOR GENETIK, BIOKIMIA, dan NEUROLOGI. Skizofrenia berkait rapat dengan FAKTOR GENATIK, iaitu seseorang itu LEBIH CENDERUNG mengalami skizofrenia SEKIRANYA...mempunyai IBU BAPA atau ADIK BERADIK KEMBAR SEURI yang juga bermasalah skizofrenia.

Dari segi KIMIA OTAK, di dapati PENEUROPANCAR DOPAMINE memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada skizofrenia di mana kelebihan DOPAMINE menyebabkan aktiviti di SINAPS bertambah pesat. Selain itu juga skizofrenia ini ada kaitannya dengan KETIDAKFUNGSIAN NEURONLOGI dimana berkaitan rapat dengan aktiviti OTAK yang luar biasa. 4.2 PENDEKATAN PSIKODINAMIK/PSIKOANALISIS

Pendekatan psikodinamik / psikoanalisis ini ialah seseorang yang mengalami skizofrenia adalah gagal untuk mengatasi KEBERGANTUNGAN keatas ibu bapa mereka dan akibatnya mereka mempunyai lekatan diperingakat ORAL. Ini memberikan mereka ego yang lemah yang gagal untuk mempertahankan mereka dari kebimbangan yang disebabkan implus ID bawah sedar dan tekanantekanan luaran. Sebaliknya mereka berdaya tindak keatas kebimbangan dengan mengalihkan kepada tingkah laku yang bercirikan di peringkat oral termasuk berkhayal (fantasi), tindakan bodoh, bercakap secara tidak selaras, dan berfikir secara tidak rasional. 4.3 PENDEKATAN BERHAVIORISME (tingkah laku) Dimana, ahli teori tingkah laku yang menekan peranan pembelajaran, mengandaikan bahawa orang mengalami skizofrenia adalah diberi ganjaran apabila tingakh laku dalam keadaan ganjil.Meraka juga mengandaikan bahawa seseoarang yang terlibat dalam tingkah laku danjil mendapat penolakn sosial dan seterusnya menyumbangkan kepada PERASAAN CURIGA terhadap orang lain dan tarik diri sosial.

4.4

PENDEKATAN KOGNITIF

Pandangan kognitif ini menekankan bahawa skizofrenia adalah disebabkan oleh GANGGUAN terhadap TUMPUAN atau PERHATIAN dan PEMIKIRAN iaitu penerimaan maklumat yang di sampaikan itu dengan pelbagai cara yang kdang kala mengelirukan dantidak rasional. 4.5 PENDEKATAN HUMANISTIK

Penyakit ini disebabkan oleh ketidak kelarasan diantara KENDIRI AWAM dengan KENDIRI SEBENAR yang mana ianya terjadi apabila seseorang itu membentuk kendiri awam palsu unutk menghadapi sesuatu situasi kehidupan yang mencabar. Pelarian daripada realiti ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami kendiri sebenar. PEMIKIRAN, BAHASA, dan TINGKAH LAKU GANJIL seseorang yang mengalami skizofrenia ini merupakan tanda-tanda pelarian daripada realiti ini.