Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN

IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

BENGKEL MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MeKAR)


*Disediakan untuk rujukan umum

Disediakan oleh:

Facilitating and Development Team of Trainers IQ Class Management

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

PENGENALAN BENGKEL| Gejala sosial yang menular dikalangan remaja hari ini adalah
amat membimbangkan. Kita boleh dapati dimana-mana sahaja bahagian kehidupan masyarakat Malaysia, baik di bandar atau luar bandar menghadapi krisis pembangunan jatidiri remaja yang kini lebih cenderung untuk mengisi masa hidup mereka dengan perkara-perkara yang lebih kepada budaya keseronokan dan bermewah-mewahan.

Budaya yang juga dikenali sebagai budaya hedonisme ini merupakan budaya penjajahan yang memerdekakan jasad dan kehidupan kita di Malaysia tetapi masih berkuasa dan memerintah serta menjajah pemikiran serta budaya hidup kita khususnya anak-anak remaja pada hari ini. Ini tidak bermakna, secara keseluruhannya remaja itu terbabit dalam keadaan ini, tetapi dikhuatiri, jika tiada usaha untuk membangun dan memperingatkan mereka, maka, semakin hari, akan semakin ramailah yang terjebak dalam kancah gejala sosial yang amat membimbangkan. Budaya hidup remaja hari ini sudah mula melihat kehidupan bebas dan tidak berpegangan adalah cara hidup yang ideal. Pemikiran ini akan melahirkan generasi yang tidak lagi berpegang kepada budaya dan adat yang diwarisi dari nenek moyang kita di Malaysia dan lebih malang lagi apabila agama bukan lagi keutamaan dan diasingkan dari cara hidup sebenar mereka.

Atas kepentingan dan keprihatinan kepada perkembangan diri remaja di Malaysia hari ini, kami di IQ Class Management berasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang idea dan pengalaman dalam memastikan generasi muda dan remaja hari ini diberikan peringatan dan nasihat tentang perubahan diri serta persiapan mereka dalam mendepani kehidupan penuh cabaran pada hari ini.

Modul Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja atau MeKAR ini diharapkan akan dapat memberikan mereka inspirasi untuk menjadi remaja contoh kepada rakan-rakan mereka. Selain itu, ia juga dapat memberikan amaran awal kepada peserta tentang gejala tidak sihat dan kesannya jika mereka tidak berada dalam keadaan yang baik dan terkawal. Cabaran dan isu semasa juga akan dikongsikan bagi memastikan, pada peringkat akhir penetapan matlamat diri mereka, sentiasa melihat kehadapan dan ingin perubahan yang terbaik dan tepat.

MATLAMAT BENGKEL| Memberikan pendedahan tentang cabaran dan hal keremajaan


serta meningkatkan kesedaran mengenai masa depan serta pembinaan sahsiah diri peserta.

OBJEKTIF BENGKEL| Selepas mengikuti bengkel ini peserta akan dapat; BUTIRAN BENGKEL| Untuk perlaksaanaan bengkel ini;
1. 2. 3. 4.

Mengenali perbezaan antara dunia kanak-kanak dan dunia remaja; Mengetahui tentang cabaran persekitaran sosial seorang remaja serta; Memahami apakah peranan sebenar sebagai seorang remaja hari ini; Menimbulkan kesedaran untuk memperbaiki diri menjadi remaja contoh yang terbaik.

1. Tempat pelaksanaan bengkel adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara pihak penganjur dan pihak IQ Class Management; 2. Tarikh pelaksanaan bengkel juga adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara pihak penganjur dan pihak IQ Class Management. Ia boleh dilaksana pada hari Isnin sehingga hari Jumaat; 3. Jangka masa pelaksanaan bengkel adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang dan waktu rehat adalah pada jam 10.00 pagi (30 minit);

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

KOS PELAKSANAAN BENGKEL|

Satu sebutharga akan dikeluarkan berdasarkan permintaan penganjur. Sila hubungi pihak kami ditalian 03-3289 1080 atau pegawai kami ditalian 019-316 1738 (Encik Johari) atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com. Kami akan menawarkan harga yang amat berpatutan.

4. Bengkel ini menggunakan pendekatan ceramah 50%, permainan bermodul 25% serta perbincangan dan pembentangan 25%. 5. Sasaran penyertaan bengkel adalah dari kalangan pelajar tahun 6 (persediaan ke sekolah menengah), tingkatan 1 dan 2 iaitu pelajar yang berumur dari 12 hingga 14 tahun.

BUTIRAN PELAKSANAAN BENGKEL|

Butiran bengkel yang disusun mengikut modul adalah seperti berikut; 1. Jadual bengkel di lampiran A muka surat 3. 2. Isi kandungan bengkel di lampiran B muka surat 4 6. 3. Latar belakang ketua pembimbing bengkal di lampiran C muka surat 7.

PENUTUP| Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan

kecemerlangan peserta yang menyertai bengkel ini secara khususnya dan keseluruhan peserta secara amnya. Apa yang diharapkan daripada MeKAR, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan pengertian hidup sebagai ahli masyarakat pada diri setiap peserta disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya bengkel ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

LAMPIRAN A| Jadual Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)


MASA 7.30 pagi 7.50 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi AKTIVITI Peserta mula hadir ke sekolah

Majlis pembukaan dan penyerahan peserta kepada IQ Class Management* Sesi Pengenalan dan Taklimat (Fokus) Rehat dan minum pagi* Sesi Ceramah: Selamat Tinggal Dunia Kanak-kanak Sesi Permainan Dalam Kumpulan: Remaja Kesimpulan Bengkel

10.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 12.30 tengahari 1.00 petang 1.30 petang

Sesi Perbincangan dan Pembentangan: Peranan Majlis Perasmian Penutup*

Solat berjemaah Zohor, makan tengahari* dan bersurai

*Disediakan oleh pihak penganjur.

Peralatan pelajar yang perlu di bawa: 1. Pakaian; 1.1. Pakaian sekolah atau yang ditentukan oleh pihak penganjur 2. Alat tulis; 3. Buku nota @ catatan

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

LAMPIRAN B| Isi Kandungan Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)

1. Sesi Taklimat dan Pengenalan (Fokus) 1.1. Objektif sesi: 1.1.1. Untuk memulakan perjalanan bengkel; 1.1.2. Untuk memperkenalkan fasilitator bengkel; 1.1.3. Untuk memperjelaskan matlamat yang ingin dicapai melalui bengkel serta; 1.1.4. Untuk memberikan beberapa penegasan disiplin sepanjang perjalanan bengkel. 1.2. Jangka masa sesi: 60 minit. 1.3. Pelaksanaan sesi: 1.3.1. Sesi akan dimulakan oleh ketua pembimbing bengkel. 1.3.2. Peserta berkumpul di dewan selepas penyerahan daripada penganjur kepada pihak IQ Class Management. 1.3.3. Peserta akan diperkenalkan dengan fasilitator seorang demi seorang. 1.3.4. Peserta kemudian akan melihat paparan slaid melalui LCD projektor dan komputer riba. 1.3.5. Peserta pada awalnya akan dijelaskan mengapa mereka berada di dalam bengkel ini. 1.3.6. Kemudian peserta akan diperkenalkan dengan disiplin fokus dalam pembelajaran melalui 4 anggota utama iaitu tubuh badan, mata, telinga dan tangan. 1.3.7. Peserta kemudian akan dibimbing untuk melakukan beberapa latihan fokus. 1.3.8. Akhir sekali peserta akan dipaparkan mengenai matlamat akhir bengkel ini dan harapan penganjur terhadap apa yang bakal mereka pelajari.

2. Sesi Ceramah: Selamat Tinggal Dunia Kanak-kanak 2.1. Objektif sesi: 2.1.1. Untuk merungkai kembali dunia yang mereka diami sebelum ini (dunia kanakkanak); 2.1.2. Untuk menilai kedudukan mereka sama ada mereka berada di dunia kanakkanak atau remaja serta; 2.1.3. Untuk memperkenalkan ciri-ciri yang ada pada seorang remaja secara jasmani, emosi dan intelektual. 2.2. Jangka masa sesi: 60 minit. 2.3. Pelaksanaan sesi: 2.3.1. Peserta akan bersama salah seorang fasilitator. 2.3.2. Fasilitator akan memberikan ceramah secara interaktif dengan peserta akan dipaparkan slaid. 2.3.3. Peserta juga akan mendapat salinan slaid ceramah tersebut. 2.3.4. Fasilitator akan menyampaikan sesi dengan menghidupkan komunikasi 2 hala melalui pertanyaan, meminta pendapat dan berkongsi pengalaman.

3. Sesi Permainan Dalam Kumpulan: Remaja 3.1. Objektif sesi: 3.1.1. Untuk menilai fitrah diri manusia yang gemarkan kesempurnaan dan mengelak dari sebarang keburukan atau kerosakan;

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

4. Sesi Perbincangan dan Pembentangan: Peranan 4.1. Objektif sesi: 4.1.1. Untuk mengetahui siapakah ejen yang menjadi perosak kehidupan; 4.1.2. Untuk mengenalpasti cara untuk mereka mengelak dari kerosakan; 4.1.3. Untuk mengenali siapakah ejen pembimbing diri; 4.1.4. Untuk menilai diri tentang peranan dan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.

3.2. Jangka masa sesi: 60 minit. 3.3. Pelaksanaan sesi: 3.3.1. Peserta akan berkumpul di dewan selepas rehat. 3.3.2. Peserta akan disusun dalam barisan panjang. Peserta akan berada berasingan mengikut jantina. 3.3.3. Peserta akan diberikan sebiji gelas yang berisi air. 3.3.4. Fasilitator akan memberikan arahan dan permainan akan dimulakan dalam 3 pusingan. 3.3.5. Kumpulan peserta yang menamatkan permainan dengan pantas akan diberikan hadiah. 3.3.6. Permainan akan ditutup dengan perbincangan oleh fasilitator.

3.1.2. Untuk memberikan kesedaran bahawa semua mahu menjadi remaja yang baik dan cemerlang; 3.1.3. Untuk menjelaskan kesilapan yang remaja lakukan dalam mengambil tindakan untuk meneruskan kehidupan serta; 3.1.4. Untuk mengetahui kepentingan memberikan kepercayaan, mendengar nasihat dan mencari kepastian kepada kebenaran.

5. Kesimpulan Bengkel 5.1. Objektif sesi: 5.1.1. Untuk mengingati semula isi kandungan penting bengkel; 5.1.2. Untuk memberikan pesanan dan nasihat akhir serta; 5.1.3. Untuk memberikan penekanan kepentingan menghadiri bengkel ini. 5.2. Jangka masa sesi: 30 minit.

4.2. Jangka masa sesi: 60 minit. 4.3. Pelaksanaan sesi: 4.3.1. Peserta akan dibimbing fasilitator untuk melakukan aktiviti Kertas Itu Saya. 4.3.2. Peserta akan membincangkan apakah yang boleh merosakkan kehidupan dan masa hadapan mereka. 4.3.3. Peserta akan diminta membentangkan hasil perbincangan. (Penyertaan yang ramai akan menghadkan masa yang ada, jadi pembentangan adalah berdasarkan peserta yang terpilih, tidak semua). 4.3.4. Fasilitator akan memaparkan gambar-gambar melalui slaid sebagai maklumat tambahan gejala yang boleh merosakkan mereka. 4.3.5. Peserta membincangkan pula tindakan yang boleh mereka ambil dan siapakah yang boleh membantu mereka. 4.3.6. Fasilitator akan mengupas semula hasil pembentangan peserta dengan memaparkan peranan diri remaja, remaja dan keluarga serta remaja dan masyarakat.

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

5.3. Pelaksanaan sesi: 5.3.1. Peserta berada di dewan. 5.3.2. Ketua pembimbing akan memulakan dengan membuat ulangkaji perjalanan bengkel. 5.3.3. Kemudian, fasilitator akan diberikan ruang untuk memberikan ucapan. 5.3.4. Sesi di akhiri oleh ketua pembimbing dengan memberikan penekanan tentang kepentingan untuk ingat, amal dan sebarkan apa yang mereka perolehi di dalam bengkel ini.

Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja

LAMPIRAN C| Ketua Pembimbing Bengkel Melangkah Ke Alam Remaja (MeKAR)


Ketua Pembimbing - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam halhal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana program ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).