Anda di halaman 1dari 12

isu guru ponteng

1.0 Pengenalan Dalam era globlisasi masa kini, seseorang itu dikatakan seseorang yang berdisiplin dalam apa-apa jua bidang mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berdisiplin,bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut .Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah b e r a s a l d a r i p a d a p e r k a t a g r e e k e t h o s y a n g b e r m a k s u d p e r w a t a k a n a t a u keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah lakuatau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak.Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan sertamenyediakan garisgaris perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan carahidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalammelakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujukkepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yangbertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima darisegi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima olehp i h a k m a s y a r a k a t . K e t i d a k s e i m b a n g a n e t i k a i n d i v i d u s e k a r a n g ini banyak membawa kepada gejala -gejala yang tidak bermoral s e p e r t i r a s u a h d a n sebagainya.

Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatuprofesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengank e u p a y a a n d a n k e c e k a p a n d a l a m m e l a k s a n a k a n s e s u a t u t a n g g u n g j a w a b berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika

profesional puladitafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral,profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang b e r t u j u a n meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin d a l a m perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua a s p e k y a n g berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah lakuprofesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individudalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang ting gi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi. 2.0 Kepentingan Etika Dalam Profesion Perguruan Etika kerja adalah nilai -nilai penting yang perlu dilaksanakan dalamsesebuah organisasi. Kemente rian Pelajaran Malaysia (KPM) j u g a t i d a k terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPMtentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana : 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalamprofesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untukdirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawabguru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya jugamembantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara inimenunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.Perbezaan ini memberi guru -guru menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusisejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. M e n e r u s i k o d e t i k a , g u r u d a p a t m e n i n g k a t k a n l a g i i m e j p r o f e s i o n perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka matamasyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi. (INTAN,1991). Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru -guru sebagai role modelk e p a d a pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan m e m b a n t u pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih b e r d i s i p l i n d a n b e r e t i k a . T i n g k a h l a k u g u r u y a n g berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan p o t e n s i p e l a j a r k e a r a h s a t u pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar cenderung kepada tingkahlaku positif 3.0 Isu-Isu Etika Perguruan. Pada era yang serba moden ini guru -guru di Malaysia tidak dapat mengelak dari terlibat dalam masalah et ika perguruan. Antara isu-isu etika guru ialah: Kesantunan guru Kepedulian guru Penampilan guru Berniaga di sekolah Kerjaya sambilan Pengurus masa Pengurus kewangan Antara isu yang terjadi di kalangan guru ialah guru ponteng. Masalah ini selalunya terjadi di sekolah-sekolah kawasan pedalaman dan isu ini selalunya jarang berlaku di sekolah sekolah Bandar. Isu guru ponteng termasuklah di bawah isu etika Penampilan Guru. Contohnya artikel mengenai guru ponteng yang diambil dari laman webwww.jheains.sabah.gov.my.

a) b) c) d) e) f) g)

Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru) Kategori: Berita JHEAINS (Pusat) Jumaat, 21 Mei 2010 Oleh: Ahmad Haji Yassin

TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib seperti termaktub dalam Perintah Am Negeri Sabah PANS kepada mana-mana guru-guru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar atau menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan Taklimat Perjawatan kepada Guru-Guru JHEAINS di Tawau. Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng mengajar selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Ini satu tindakan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej guru-guru JHEAINS. Katanya Jabatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut. Kita mahu semua guru-guru JHEAINS komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Mengulas mengenai perjawatan guru, menurut beliau guru-guru yang dulunya gred DG 6 yang telah lulus Diploma akan dinaikkan pangkat kepada DG A 29. Bagi guru-guru Dg 17 mereka perlu berusaha mendapat kelulusan Diploma supaya gred mereka dinaikkan ke gred DG A 29. 4.0 FAKTOR GURU PONTENG Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Perkara yang

sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan dianggap sebagai ponteng sekolah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan dianggap sebagai ponteng sekolah. Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang terlibat dalam gejala ponteng ini disebabkan sebab-sebab tertentu. Menurut Randolfi (1996), salah satu daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkanpelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di mana salah-satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di sekolah. Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi.

Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari sekolah dan segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Perkara ini turut disokong oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan pengamal pengurusan kerana memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi. Beliau ini juga mengatakan, punca utama untuk pekerja bertindak tidak menghadirkan diri ke tempat kerja adalah disebabkan masalah psikologi akibat tekanan kerja. Ketidakhadiran pekerja boleh membawa masalah yang serius kepada organisasi lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku secara kerap. Segala aktiviti organisasi akan tergendala kerana mereka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mampu untuk menyelesaikannya mengikut perancangan yang telah dibuat. Kegagalan pekerja menyiapkan tugasan mereka mengikut jadual akan turut menggangu kelancaran tugasan pekerja lain dalam organisasi. Bagi jangka masa panjang, organisasi akan menjadi semakin lemah kerana tidak mempunyai kekuatan untuk membangun serta bersaing angkara sumber manusianya yang kerap ponteng kerja. Perkara yang sama boleh berlaku ke atas sekolah jikalau

guru-gurunya sering mengamalkan perlakuan negatif ini. Ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagih akan menjadikan pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap guru untuk mendapatkan ilmu. Prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang bertindak menghilangkan diri dalam memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan.

Menurut Fletcher (1988), tekanan di tempat kerja bukanlah suatu fenomena yang terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Kenyataan ini membuktikan bahawa guru juga menerima tekanan di sekolah di mana ianya bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang sedang berada dalam keadaan tertekan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka dapat keluar dari keadaan tersebut. Bagi guru yang sedang tertekan, tidak mustahil mereka akan terfikir untuk ponteng kerja. Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: a) Sikap guru itu. Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah. b) Persekitaran Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak persembahan

guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.

c) Bebanan kerja Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu. 4.1 Isu Etika Penampilan Guru Masalah guru ponteng sekolah terletak di bawah isu penampilan guru. Isu etika Penampilan Guru dipengaruhi oleh tiga Faktor iaitu pendidikan, persekitaran dan pengalaman. Berdasarkan isu artikel yang di petik dari laman web rasmi (JHEIANS), jelas menunjukkan bahawa isu guru ponteng adalah termasuk dalam ketogori isu penampilan guru. Faktor pendidikan merupakan faktor lebih memfokuskan pendidikan awal yang diterima oleh seseorang guru. jika pendidikan pendidikan yang berterusan diberikan oleh keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan tersebut. Kebiasaannya guru yang terdidik dalam keluarga yang mementingkan penampilan sahsiah diri turut akan menonjolkan penampilan diri dalam amalan kehidupan dan perkhidmatan yang mereka ceburi. Penampilan diri yang disebabkan oleh faktor persekitaran amat luas skopnya termasuklah keluarga, kebuadayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman dan masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran yang baik dan harmonis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya. Ini bermaksud bahawa guru boleh menunjukkan penampilan diri mereka yang lebih baik, jika mereka bijak membawa diri dalam suasana dalam persekitaran yang ada. Guru seharusnya mempunyai jati diri agar mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negative yang ditunjukkan oleh persekitaran mereka. Faktor pengalaman juga memberikan kesan kepada penampilan seseorang guru. pengalaman hidup dan kerja seseorang guru juga, dapat mempengaruhi sikapnya samaada kearah yang lebih postif atau negatif. Seseorang guru yang mempunyai

pengalaman yang luas dalam bidang perguruan tentunya lebih memahami dan mudah beradaptasi dengan mana-mana sekolah di mana dia ditugaskan berbanding dengan guru yang masih lagi mentah di dalam bidang ini. Oleh yang demikian kita boleh lihat bahawa guru yang sudah berpengalaman lebih menonjolkan penampilan diri mereka berbanding guru permulaan yang baru ditempatkan di sekolah. Aspek peribadi guru yang bersifat tidak sesuai, dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkahlaku yang merendahkan martabat diri, contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan murid membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan penampilan peribadi guru itu yang perlu di ubah. Ini juga termasuklah isu guru ponteng yang menunjukkan peribadi negatif kepada murid yang memandang guru sebagai role model. Aspek yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan memiliki keterampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka, pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat , mengajar dengan penuh dedikasi, suka berkerjasama dengan rakan sejaran dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisma dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada setiap individu yang bergelar pendidik. Setiap pergerakan guru juga akan mengambarkan penampilan diri guru yang berkenaan. Cara duduk guru turut dalam pemerhatian murid di sekolah. Murid sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mempunyai penampilan diri yang baik akan sentiasa disenangi murid. Seseorang guru yang mempunyai sifat-sifat penampilan yang mulia dalam diri mereka akan sentiasa mempunyai sifat yang peramah, mesra, penyanyang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak, untuk menarik perhatian murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Guru yang mempunyai penampilan diri akan sentiasa berusaha menepati masa, menghadiri kelas, ikhlas dan sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan yakin kepada diri. 5.0 Lagkah Mengatasi Masalah Perlanggaran Etika Guru. Dalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak melanggari kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memberi kursus dan latihan yang selengkapnya dalam melahirkan guru yang berwibawa pada masa akan datang. Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru.

Selain daripada itu, guru -guru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum mereka di tempatkan untuk mengajar kelak. Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan dalam undang -undang juga akan memberi kesedaran kepada guru -guru lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang.

6.0 Kesimpulan Kesan-kesan yang dihadapi oleh guru antaranya ponteng kerja masih lagi boleh dikawal oleh pihak sekolah. Namun, sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya. Akhir sekali, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

BIBLIGRAFI Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon,(2012) Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional ,Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), Kemahiran Sosial Asas. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/ cuepacs.blogspot.com/2009/.../guru-bermasalah-elok-ke-pejabat.htm http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruanmalaysia.html#!/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html www.jheains.sabah.gov.my

REFLEKSI Tugasan pada kali ini meminta saya guru pelatih membincangkan dan mengulas mengenai isu-isu yang berkaitan dengan etika perguruan. Sebagai guru pelatih yang bakal menamatkan pengajian saya, saya dapati tugasan ini membantu saya untuk mengenalpasti isu -isu berkaitan dengan etika perguruan yang perlu dipatuhi dan dititikberatkan agar membantu saya menjadi guru yang berkualiti dan professional. Berdasarkan huraian saya dalam tugasan ini berkenaan dengan eti ka guru, saya dapati bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid -murid. Pembentukan sahsiah termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan masa dengan lebih berkesan.

Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikuti oleh guru semasa menjalani kursus di institute perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman kepada sifat kejasmanian d an sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima teguran atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajarnya. Guru jug a mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya agar murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Selain tugas dalam bilik darjah guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan dalam oleh masyarakat. Sebagai guru yang terlatih kelak saya haruslah berjaya menunjukkan penampilan diri sebagai pendidik dengan mempunyai ilmu tradisional dan moden. Saya juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan Negara. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan kelak. Sebagai guru kelak, saya haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etika social yang disenangi oleh semua pihak. Saya juga sedar bahawa guru merupakan orang sent iasa beroleh pertahtian di mana mereka berada. Segala tindak tandukn seorang guru akan diperhatikan oleh masyrakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajipan bagi guru dan bakal guru seperti saya mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memertabatkan profesion perguruan. Guru selalunya dijadikan idola dalam masyarakat, maka saya perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai -nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapi nanti. Oleh itu saya bersyukur kerana tugasan ini amat memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya dalam mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang terlatih kelak. Saya juga mula faham dengan kewajipan guru yang sebenar iaitu bukan sekadar di sekolah tetap i turut memainkan peranan dalam masyarakat. Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa tugasan ini harus diteruskan untuk guru pelatih agar guru pelatih sentiasa peka dengan isu-isu keguruan semasa.

Disediakan oleh: Nor Elee Binti Ahmed 200930134073

Anda mungkin juga menyukai