Anda di halaman 1dari 10

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Kaedah Bunyi Suku Kata Awal dan Suku Kata Akhir Terbuka dalam Perkataan : Suatu Pendekatan untuk Murid-murid KIA2M di SK Betau Oleh : Tn Haji Samsudin bin Mahmod Dr. Mashudi bin Bahari Cik Siti Salamah bt. Mohd Yusof Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Betau, Pos Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini bertujuan untuk membaikpulih kelemahan membaca perkataan bersuku kata KVKV dalam kalangan 12 orang murid KIA2M, yang gagal melepasi Ujian Pelepasan peringkat 1. Responden masih tidak dapat membaca perkataan yang terbina daripada dua suku kata terbuka (KV+KV), walaupun telah mengalami proses pembelajaran enam bulan sebelum Ujian Pelepasan 1 dijalankan. Ini menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka lemah membaca walaupun perkataan itu hanya dua suku kata. Dengan menggunakan Kaedah Bunyi Suku Kata Awal dan Suku Kata Akhir Terbuka dalam Perkataan (KV+KV) sebagai intervensi, murid-murid KIA2M diajari oleh guru-guru KIA dan pengkaji. Pengkaji memulakan kaedah ini dengan mengubahsuai Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) oleh Isahak Haron, selepas menerima laporan lengkap kegagalan responden dalam Ujian Pelepasan 1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 95% (Ujian Pos) perkataan KVKV dapat disebut oleh responden dengan bunyi yang betul selepas kaedah ini digunapakai. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratus dan naratif bagi menggambarkan kaedah yang digunapakai. 1. Latar Belakang Kajian

SK Betau bermula dengan sekolah pondok selama 3 Tahun (1955 1957). Tenaga pengajar pada masa itu banyak menggunakan papan batu untuk mengajarkan penduduk-penduduk yang ingin mengenal huruf. Sekolah ini diasaskan oleh guru Dayak dari Borneo. Guru-gurunya terdiri daripada Orang Asli iaitu Menteri Sileh a/l Ganchor, Bah Sep a/l Ganchor dan Bah Perah (Telanok). Jalan perhubungannya hanyalah melalui rakit ke Kuala Medang. Pada Tahun 1960 1969, pihak JHEOA telah memberi khidmat nasihat dan dengan kerjasama orang asli tempatan telah membina sekolah daripada bahan tempatan secara bergotong royong. Perhubungan yang digunakan ialah denai di Felda Sg. Koyan. Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada pegawai dan pengurus JHEOA.

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Pada tahun 1970 1979, asrama telah dibina daripada papan. Perhubungan jalan tanah merah juga telah dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia. Sekolah ditadbir oleh Bahagian Pelajaran JHEOA dan tenaga pengajar adalah terdiri daripada Pegawai Pembantu Luar JHEOA. Melalui zaman peralihan 1980 1995, JHEOA menyerahkan pentadbiran kepada Kementerian Pendidikan pada masa itu. Guru telah dihantar mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC). Dari tahun 1995 hingga sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih pentadbiran sepenuhnya. Guru Besar pertama adalah En. Ros Anuar bin Seman (1996) dan kini, En. Hassan bin Nik Mat telah bertugas di SK Betau mulai 2 JUN 1996. Pembinaan sekolah sekarang bermula pada Tahun 2001 dan beroperasi sepenuhnya pada Tahun 2002. SK Betau menerima beberapa anugerah di Peringkat Daerah antaranya: Diisytiharkan sebagai Sekolah Penanda Aras bagi Sekolah Murid Orang Asli seluruh negara 2004. Anugerah Khas Sekolah Cemerlang Kategori Murid orang Asli pada 24 Julai 2004 Anugerah Khas Sekolah Harapan Kategori Sekolah Murid Orang Asli (Sekolah Rendah) pada 29 Jun 2005 (Sumber : Profil SK Betau, 2007)

Gambar 1 : Sek. Keb. Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur Dengan bervisikan Sekolah Kebangsaan Betau Menjadi Sekolah Terbilang bagi Sekolah Murid Orang Asli Menjelang 2008 (Profil SK Betau, 2007) Sek. Keb. 2

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Betau, Kuala Lipis, Pahang, program KIA2M yang dilaksanakan di sekolah tersebut menjadi wacana untuk mencapai visi tersebut. Selari dengan objektif program KIA2M yang berkehendakkan kemahiran membaca dan menulis dikuasai oleh murid-murid Tahun 1 dengan melepasi Ujian Saringan, Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2, pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik telah diperkenalkan oleh pensyarah IPBMM kepada guru-guru KIA2M di sekolah tersebut. Jadual 1 : Rumusan Ujian Pelepasan 1 SK Betau, Kuala Lipis, Pahang yang dijalankan pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2007 KELAS / SKOR Skor 0 9 Skor 10 44 Skor 45 60 Tidak Hadir JUMLAH 1 BESTARI 9 orang 5 orang 4 orang 18 orang 1 CEMERLANG 6 orang 13 orang 3 orang 6 orang 28 orang

Berdasarkan Jadual 1, didapati jumlah murid KIA2M di SK Betau ialah 36 orang. Hal yang lebih membimbangkan ialah murid-murid yang memperoleh skor kurang daripada 9 markah sebanyak 6 orang. Jika murid yang memperoleh skor kurang daripada 9 markah, murid-murid tersebut dicadangkan untuk dirujuk kepada pengamal perubatan (Kertas Konsep : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia: 2006). Namun begitu, usaha yang sewajarnya perlu dilakukan agar murid-murid yang memperoleh markah kurang daripada skor 9 markah dapat mempertingkat markah atau dapat mengenal dan menguasai abjad sebelum Ujian Pelepasan 2 pada 29 Oktober hingga 2 November 200 . Hasil tinjauan daripada pihak sekolah didapati ada beberapa sebab yang dapat dikenal pasti yang menjadi punca murid-murid gagal dalam Ujian Pelepasan 1, iaitu murid-murid : 1. masih tidak mengenal huruf 2. tidak dapat membaca perkataan KVKK, KVKVKV 3. membaca ayat mudah 4. menulis ayat mudah 5. menyusun perkataan Selain itu, menurut guru KIA di sekolah berkenaan, terdapat beberapa kemahiran yang masih belum dapat dikuasai oleh murid-murid Tahun 1 seperti yang terdapat dalam Jadual 2.

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Jadual 2 : Kemahiran yang Masih Belum Dikuasai oleh Murid KIA2M di SK Betau KEMAHIRAN YANG BELUM DIKUASAI Mengenal abjad Mengenal suku kata Membina perkataan BILANGAN 10 orang 12 orang 16 orang

2.

Fokus Kajian

Berdasarkan Jadual 2, didapati sebanyak 12 orang murid KIA2M di SK Betau masih belum dapat menguasai kemahiran KVKV. 12 orang murid ini dijadikan responden untuk mengajarkan mereka dengan Kaedah Bunyi Suku Kata Awal dan Suku Kata Akhir Terbuka dalam perkataan KVKV. Responden adalah terdiri daripada murid-murid Kelas 1 Bestari (n=5) dan 1 Cemerlang (n=7). Namun begitu, daripada 12 orang responden yang dikenal pasti, dua orang boleh membaca VKV, KVKK dan KVKVKV. Namun begitu, bukan semua perkataan boleh dibaca dan disebut dengan betul oleh dua responden berkenaan, hanya perkataan-perkataan tertentu sahaja yang boleh disebut. Oleh itu, asas suku kata KVKV harus ditekankan kepada mereka agar mereka dapat menguasai kemahiran yang lain dengan lebih tuntas. Semasa melaksanakan pengajaran, 12 orang responden dikumpulkan di kelas 1 Cemerlang kerana pengkaji memfokuskan kaedah yang dipilih kepada mereka. Ujian pra dilakukan untuk mengenal pasti tahap kemahiran responden. Dapatan Ujian Pra ditunjukkan dalam Jadual 3. Pelaksanaan kaedah ini dilakukan mulai 7 September 2007 selama 3 jam oleh pengkaji sendiri dengan kerjasama guruguru KIA untuk melaksanakan Ujian Pra dan Ujian Pos. Jadual 3 : Perkataan / Responden R1 R2 R3 R4* R5 R6 R7 R8 R9 Ujian Pra Kekerapan Responden Menyebut Perkataan KVKV dengan Betul {lidi} X / X X / / / / / {dagu} / X / X X X X X X {pasu} X X X X X X X X X {kayu} / X X X X X / X X {jari} X / X X / / / / / JUMLAH 2 2 1 0 2 2 3 2 2

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

R10* R11 R12 JUMLAH

X X / 7

X X X 2

X X X 0

X X X 2

X X X 6

0 0 1 17

3. 4.

Objektif Kajian Kaedah / Metodologi

Untuk menangani masalah yang dihadapi oleh responden, Kaedah Bunyi Suku Kata Awal dan Suku Kata Akhir Terbuka dalam Perkataan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran 12 orang responden. Guru KIA2M telah didedahkan dengan kaedah tersebut dan diminta untuk menggunakannya membantu murid yang masih belum dapat membaca suku kata. Perkataan yang dipilih ialah perkataan suku kata terbuka KV + KV

5.

Perancangan

6.

Pelaksanaan

Dalam melaksanakan kaedah yang diajarkan kepada murid-murid KIA, masalah yang dapat diperhatikan ialah mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka KV + KV. Oleh itu, beberapa langkah untuk mengajarkan murid KIA dengan menggunakan kaedah ini.

Langkah 1 : menunjukkan gambar

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Gambar 2 : Pengkaji menunjukkan gambar {gigi} kepada responden Cara pelaksanaan : Gambar ditunjukkan kepada responden, dan responden diminta menamakan gambar tersebut. Gambar-gambar yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas telah diguna pakai dalam melaksanakan kaedah bunyi suku kata awal dan akhir terbuka ini. Lima keping gambar ditunjukkan kepada 12 orang responden dan jawapan yang diberikan adalah seperti dalam Jadual 4. Gambar {gigi} jawapan responden yang betul ialah lapan, gambar {yoyo} lima, gambar {buku} 12, gambar {bubu} 10 dan gambar {pipi} sembilan. Jadual 4 : Analisis Kekerapan Jawapan Responden Tentang Gambar yang Diperlihatkan Gambar / Responden R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 JUMLAH Gambar {gigi} / / X X / / / / X X / / 8 Gambar {yoyo} X / X X / / / / X X X X 5 Gambar {buku} / / / / / / / / / / / / 12 Gambar {bubu} / / / X / / / / / X / / 10 Gambar {pipi} / / / X / / / / / X X / 9 JUMLAH 4 5 3 1 5 5 5 5 3 1 3 4 44 6

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Analisis Jawapan Responden : Gambar {buku} dapat disebut oleh semua responden. Hal ini sedemikian kerana {buku} adalah benda yang sering dilihat, dipegang dan disebut oleh responden. Manakala gambar {yoyo} merupakan gambar yang banyak kesilapan dalam menyebutnya oleh responden. Ada responden menyebutnya {gasing}, {butang} dan senyap tidak menjawap. Responden tidak begitu mengenali gambar {yoyo} kerana alat permainan itu adalah asing bagi mereka. Oleh itu, penggunaan gambar {yoyo} kurang sesuai dalam kalangan anak-anak orang asli. Pengenalan kosa kata ini mungkin sesuai jika dilakukan dalam bacaan luas. Langkah 2 : Tunjukkan kad perkataan dan sebut suku kata awal , suku kata akhir dengan berlagu

Gambar 3 : Menyebut Perkataan KVKV Pengkaji menunjukkan kad perkataan {gigi} dan menyebutnya /gi/ /gi/ /gi/ , /gi/ /gi/ /gi/ {gigi} . Seterusnya kad perkataan {yoyo}, {buku}, {bubu} dan {pipi} dengan berlagu. Responden mengikut sebutan pengkaji membunyikan sukusuku kata KVKV terbuka awal dan akhir secara berlagu juga. Pengkaji membetulkan bunyi sebutan yang salah daripada responden. Latih tubi dibuat secara berlagu, oleh individu demi individu, oleh kumpulan demi kumpulan sehingga mereka dapat menyebut perkataan yang diberikan kepada mereka dengan betul. Langkah 3 : Tunjukkan gambar dan perkataan dan minta murid menyebut suku kata awal dan suku kata akhir serta perkataan gambar tersebut 7

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Gambar 4 : Responden Menyebut Gambar dan Membunyikan Suku Kata Pengkaji menunjukkan gambar dan perkataan sambil melagukan suku kata awal dan suku kata akhir diikuti oleh responden secara kumpulan dan individu. Langkah 4 : Responden menyebut perkataan yang ditunjuk tanpa membunyikan suku kata dan melihat gambar

Gambar 5 : Responden Menyebut Perkataan Tanpa Bantuan Guru Langkah 5 : Secara berpasangan Responden Menyebut Perkataan

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Gambar 6 : Responden Menyebut Perkataan KVKV Berpasangan Langkah 6 : Ujian Pos

Gambar 7 : Ujian Pos Kaedah Bunyi Suku Kata Awal dan Suku Kata Akhir Terbuka : Salah Seorang Daripada Responden Ujian Pos dijalankan dengan mengujikan lima perkataan KVKV yang telah diajarkan secara latih tubi selepas waktu rehat murid-murid Tahun 1. Pada pukul

Pelaksanaan Program KIA2M di SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

11.00 pagi Ujian Pos dilaksanakan oleh Pengkaji sendiri, manakala murid-murid KIA diajar oleh guru-guru KIA di kelas masing-masing. Jadual 5 : Ujian Pos : Menggunakan Perkataan KVKV Perkataan/ Responden R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 JUMLAH {gigi} / / / / / / / / / / / / 12 (100%) {yoyo} / / / X / / / / / X / / 10 (83.3 %) {buku} / / / / / / / / / / / / 12 (100%) {bubu} / / / / / / / / / / / / 12 (100 %) {pipi} / / / / / / / / / X / / 11 (91.6 %) JUMLAH 5 5 5 4 5 5 5 5 5 3 5 5 57 (95%)

7. 8. 9.

Refleksi Rumusan Penutup

Bibliografi

10

Anda mungkin juga menyukai