Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGU 3 1.

MASALAH Pada minggu ke-3 saya berpraktikum di SK Budu, saya tidak banyak menghadapi masalah seperti 2 minggu yang terdahulu. Namun begitu, saya dapat mengenal pasti dua masalah yang saya hadapi sepanjang minggu ke-3 ini. Masalah pertama yang saya hadapi sepanjang minggu ini ialah dari segi kelewatan murid-murid untuk masuk ke kelas pada waktu pengajaran saya. Masalah kedua pula ialah terdapat murid iaitu Nur Zahirah dan Iskandar yang tidak serius dan mengambil perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh saya menyebabkan mereka berdua lambat untuk menyiapkan latihan atau lembaran kerja yang diberikan. 2. ANALISIS Setelah analisis dilakukan, saya dapat mengenal pasti beberapa perkara atau faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya beberapa masalah yang saya hadapi sepanjang minggu ini. Bagi masalah murid yang lewat untuk masuk ke kelas pada waktu pengajaran, saya dapat mengenal pasti bahawa faktor guru sebelum waktu pengajaran saya lambat untuk melepaskan murid-murid walaupun tempoh masa pengajarannya telah tamat. Oleh itu, faktor ini akan menyebabkan beberapa orang murid-murid lambat untuk masuk ke kelas sekaligus mengganggu masa bagi setiap aktiviti yang telah dirancang oleh saya sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Bagi masalah murid yang tidak serius dan tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan, tindakan saya yang kurang tegas sebagai salah satu penyebab yang menjadikan dua orang murid iaitu Nur Zahirah dan Iskandar selalu leka semasa di dalam kelas sekaligus menyebabkan mereka lambat untuk menyiapkan lembaran kerja yang saya berikan sebagai aktiviti pengukuhan.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Bagi masalah kelewatan murid-murid untuk masuk ke kelas pada waktu pengajaran, saya akan berjumpa dengan guru yang mengajar sebelum waktu pengajaran saya agar dapat melepaskan murid-murid tepat pada waktu yang telah ditetapkan agar tidak menggangu masa pengajaran guru-guru serta saya bagi subjek yang lain. b) Bagi masalah murid yang tidak serius terhadap pengajaran yang disampaikan oleh saya di kelas, saya akan bertindak dengan tegas pada sesi pengajaran yang akan datang agar mereka lebih serius dan tidak berani lagi untuk bermain dan tidak mengambil perhatian semasa di dalam kelas. Saya juga akan cuba untuk selalu memberi peneguhan kepada murid terutamanya kepada Nur Zahirah dan Iskandar agar mereka lebih bersemangat dan mengambil perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran yang disampaikan oleh saya.

4. TEMPOH MASA

Saya telah mencuba untuk mengatasi masalah-masalah ini secara beransur-ansur bagi masalah murid seperti Nur Zahirah dan Iskandar dengan memberi mereka bimbingan yang lebih banyak berbanding murid yang lain agar dapat menyelesaikan latihan dan lembaran kerja yang diberikan. Saya juga selalu memanggil mereka berdua ke hadapan kelas untuk menyelesaikan latihan agar mereka lebih diberi perhatian dan memberi keyakinan diri kepada mereka. Bagi masalah kelewatan murid-murid untuk masuk ke kelas, saya akan berusaha untuk menyelesaikannya pada kelas yang akan datang melalui perbincangan bersama dengan guru yang mengajar sebelum waktu pengajaran saya. Segala masalah yang wujud ini perlu diatasi dengan segera untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

5. PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk menilai kejayaan saya dalam melakukan perubahan dan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran saya pada minggu yang seterusnya.

6. TINDAKAN SUSULAN

Semasa menyediakan dan merancang pengajaran yang seterusnya, saya akan membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan dari segi tindakan, arahan yang lebih tegas dan bermakna serta bimbingan bagi murid-murid yang tidak peka terhadap pengajaran yang disampaikan oleh saya. Di samping itu, saya juga akan memperbaiki segala kelemahan yang saya sudah kenal pasti sebelum ini agar sesi pengajaran dan pembelajaran pada kelas yang akan datang lebih baik dan berjalan lancar.