Anda di halaman 1dari 1

Cetakan Jepun

Tema : The Great Wave of Kanagawa Tahun : 1832 Pengkarya : Hokusai Karya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun. Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan harmoni dan selesa dipandang. Interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan. Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita dapat berjaya dalam kehidupannya. Sudut pertimbangan pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, tetapi karya ini kurang menampakkan sebagai karya cetakan blok kayu kerana karya ini kurang menampakkan kesan urat-urat kayu pada karya.