Anda di halaman 1dari 2

PERISTIWA HITAM KU.

Aku merupakan seorang manusia yang penuh dengan dosa dalam hidup ku. Aku pasti, setiap orang mempunyai peristiwa hitam mereka masing-masing dan begitu juga aku. Aku berasa seperti sentiasa bergelumang dengan dosa yang mungkin sukar di maafkan. Segala-galanya bermula ketika aku berumur 15 tahun iaitu pada 5 tahun yang lepas. Aku yang lebih di kenali dengan panggilan Ani amat terkenal sebagai seorang pelajar yang pintar dan anak yang taat bagi kedua orang ibu bapa ku,pelajar contoh terhadap rakan-rakan ku,dan menjadi kegilaan kepada pelajar lelaki di sekolah ku. Peristiwa hitam ku bermula bila aku mula mengenali seorang lelaki yang bernama Sham,lelaki yang mempunyai rupa paras yang cukup menawan. Dia berusia 5 tahun lebih tua dari ku. Kematangannya cukup memikat hatiku. Tanpa menyedari bahawa dialah yang bakal menghancuri kehidupan ku kelak. Di awal perkenalan ku dengannya,segala-galanya terasa indah bagai di syurga. Dia menjanjikan segala-galanya.. Tanpa di sedari,aku sudah mulai pandai ponteng ke sekolah dan mengikut Sham berjalan-jalan. Bagi ku,ponteng sekali seminggu itu tidak mengapa dan tidak akan menjejaskan pelajaran ku sedikit pun. Lama-kelamaan aku berubah. Aku kerap keluar dengan Sham,bukan sahaja siang malahan malam. Alasan ku terhadap orang tuaku cuma satu,pergi ke rumah Asmah teman baikku untuk mengulang kaji pelajaran. Dan yang seronoknya,kedua orang tua ku percaya seratus peratus akan kata-kata ku. Aku mula merasai kehidupan sebenar para remaja. Aku keluar dengan pakaian yang agak terdedah. Aku mula menjadi kutu-kutu malam. Aku mula hanyut sedikit demi sedikit. Aku bermula dengan rokok. Sham yang menyuruh aku agar mencubanya. Katanya inilah trend remaja masa kini. Rasa sekali takkan ketagih punya katanya pada ku lagi . Dan aku seperti lembu dicucuk hidung, terus mencubanya. Setelah mahir dalam merokok, aku mula di ajar menghisap bendabenda yang tidak sepatutnya ku sentuh sekalipun. Kata Sham barangtersebut boleh menghilangkan segala tekanan yang ada. barang tersebut mampu membuatkan kita lupa segalanya tentang masalah yang kita hadapi.

Aku pada mulanya ragu. Namun Sham adalah pelakon yang hebat. Dia berjaya memujuk ku. Sehinggala aku mulai ketagih dengan barang tersebut. Dari shabu hinggalah ke dadah,semuanya telah ku cuba. Pelajaran ku mulai terjejas. Guru kelas ku mulai menghidu perubahan yang berlaku pada diri ku. Aku jarang menghadiri kelas,prestasi ku mulai corot, perwatakan ku mula berubah, dari seorang yang lemah lembut dan sopan bertukar menjadi seorang yang kurang ajar,suka mencarut dan suka bergaduh. Benar kata orang,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Akhirnya aku di tangkap dalam satu serbuan besar-besaran. Aku di tangkap ketika aku baru ingin menyuntik dadah durjana tersebut ke lengan ku. Aku tidak dapat bayangkan betapa hancurnya perasaan ibu bapa ku pada ketika itu. Aku lah anak yang sering di bangga-banggakan,yang kononnya menjadi harapan keluarga kami. Kini aku kembali seperti insan biasa,menghirup udara segar kurniaan-Nya. Aku telah di bebaskan 5 bulan yang lepas dari pusat pemulihan. Masyarakat di sekeliling ku telah menyambut baik kepulangan ku tanpa berasa jijik terhadap diri ku. Aku kini ingin sekali menyumbang sesuatu kepada negara dan bangsa ku dan aku telah banyak menyertai kempen anti dadah yang telah diadakan. Di sinilah aku ingin menebus semula semua kesilapan lampau ku.