Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan di Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008). " Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
1

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarg seterusnya kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan adalah untuk

pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 2.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu;philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter(1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum. Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan
3

merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik. Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.

2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalanamalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasardasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal tidak bersifat nisbi, jelas dan logik. Misalnya, ...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi.... Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah.... Perkataan berterusan menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikanpendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, ...bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, .... Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum, kokurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para
5

guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.

3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :1. 2. 3. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara (Malaysia) Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya. Faktor politik yang menentukan idealogi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. 4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. 5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. 6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Akhirnya FPK digubal berasaskan kepada enam faktor penting yang turut menjadi sebahagian elemennya sendiri. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara dan faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dankebudayaannya. Berdasarkan faktor agama, Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Agama- agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya adalah bebas dianuti mengikut kepercayaan dan pegangan rakyat mengikut undangundang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara kerana tiada agama secara universalnya, meletakkan matlamat yang tidak baik kepada penganutnya. Justeru, dilihat setiap agama menggariskan panduan yang baik dalam ajarannya. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataan dalam FPK iaitu mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.. Melalui faktor sosial, dapat dilihat bahawa Malaysia merupakan negara multiracial. Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum .Amalan toleransi, kerjasama dan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain mewujudkan keharmonian dan kemakmuran negara. Amalan-amalan yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuanmencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam FPK, iaitu ....melahirkan rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara.... Faktor ketiga pula ialah faktor politik Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.Peranan pengaruh politik sangat penting dalam membuat penentuan dasar pendidikannegara seterusnya menghasilkan ideologi negara yang tepat. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara . Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah

Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. Faktor keempat ialah ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara .Sistem ekonomi yang kukuhseringkali menjadi perintis kepada kekuatan negara dalam bidang politik dan sosial.Kewujudan modal insan berkualiti dalam pelbagai bidang mampu memberi sumbangan bagi memperkembangkan ekonomi melalui peningkatan daya pengeluarannya danproduktiviti. Hal ini dijadikan target sebagaimana dalam pernyataan ..melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Faktor kelima pula ialah faktor individu yang berkaitan dengan keperluankeperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. FPK menetapkan matlamat berkaitan keseimbangan potensi individu seperti dalam pernyataan ..perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduakan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis dari aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani ialah insan yang selalu bersyukur, sentiasa tenteram jiwanya serta tenang dan bersedia menghadapi rintangan hidup. Justeru, matlamat individu seimbang dan harmonismerupakan keutamaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara juga. Faktor keenam ialah faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visisedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara menyumbang ke arah persefahaman antarabangsa. Penggubalan FPK tidak dapatdielak menerima pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Misalnya,program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan
9

pendidikanseumur hidup yang dicanang UNESCO pada 1980-an telah diceduk ke dalam FPKdalam pernyataan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan....... yang menjelaskan pendidikan seumur hidup.

10

4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4.1 Pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun; Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan; Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka; Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan Elemen ini melambangkan pendidikan sebagai proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang kelangsungannya adalah berterusan. Sebagai contoh, elemen ini dapat dilihat ketika di SK Pasir Puteh iaitu apabila guru-guru disana telah memberikan penekanan kepada murid-muridnya tentang sahsiah diri dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid tersebut kerana apabila mereka dewasa kelah sahsiah mereka akan terjaga dan terpelihara sejak dari sekolah rendah lagi. Oleh itu, walaupun setelah tamat persekolahan, murid tersebut akan terus mencintai ilmu, meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka kerana sudah memiliki sahsiah yang kukuh sepanjang melalui persekolahan membolehkannya mudah melalui adaptasi terhadap perubahan.

11

4.2

Perkembang potensi individu Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam; Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling; Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka perkembang potensi individu Pendidikan hendaklah menjadi laluan utama bagi memberi peluang individu untuk mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka. Banyak aktiviti yang dijalankan di SK Pasir Puteh yang dapat mengembangkan dan mencari kebolehan murid-murid. Sebagai contoh aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan boria, pertandingan melukis poster, pertandingan membuat boneka dan pertandingan dikir barat sempena minggu Bulan Anti Dadah. Oleh itu, melalui aktivti yang sedemikan, ianya dapat mengembangkan potensi setiap murid disamping dapat memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Murid yang berbeza mempunyai bakat dan potensi serta kebolehan atau kemahiran semula jadi berbeza yang mungkin terpendam.

4.3

Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Elemen ini menunjukkan bakat, potensi dan kebolehan hendaklah diperkembangkan secara selaras dan tidak boleh secara berasingan. Aspek tersebut hendaklah selalu dihubungkaitkan supaya dapat mengelakkan pertembungan yang menyebabkan ketidakstabilan antara satu sama lain. Pendidikan seharusnya menekankan

12

perkembangan dan peningkatan meliputi empat aspek, iaitu intelek,rohani, emosi dan jasmani 4.4 Insan yang seimbang dan harmoni Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani); Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul 4.5 Unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira; Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar; Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif; Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu) Ini dapat dibuktikan apabila guru besar sekolah tersebut telah menekankan konsep kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Sekolah tersebut juga telah membuat program PROTIM (Program 3M) bagi murid yang belum pandai atau lancar membaca membaca, menulis dan mengira. program ini sememangnya berkesan dan bagus apabila sedikit demi sedikit menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa secara perlahan-lahan. 4.6 Unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan; Bersyukur dengan pemberian Tuhan; Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni Unsur rohani dapat dilihat melalui prgram bacaan Yassin bagi murid-murid darjah enam dan sedikit tazkirah pagi untuk mereka. Hal ini dapt memupuk individu yang berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

13

4.7

Unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil; Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang; Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan

Unsur emosi juga sekaligus dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Muridmurid yang sentiasa dekat dengan Tuhan akan merasai ketenangan jiwa dan membentuk kestabilan emosi dalam diri mereka.

4.8 4.9

Unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial; Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Mengakui tentang kewujudan Tuhan; Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam; Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti Bacaan yasin ,solat berjemaah dan tazkirah seperti ini selaras dengan kehendak FPK bagi melahirkan insan yang patuh kepada tuhan serta bersyukur atas segala kurniaan tuhan. Aktiviti-aktiviti yang berunsur kerohanian ini juga mendidik murid-murid supaya berakhlak mulia dan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

4.10 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Cintai ilmu pengetahuan; Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka

14

Melalui aktiviti Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, guru-guru kebanyakannya telah menerapkan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, guru telah memberi tugasan kepada murid untuk mencari bahanbahan berkenaan dadah didalam surat khabar di pusat sumber. Pusat sumber disana juga tidak kelihatan lengang dan sentiasa dipenuhi oleh murid-murid. 4.11 Rakyat Malaysia yang berketrampilan Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri; Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna; Berpandangan jauh dan berinisiatif; Memupuk pembawaan diri yang baik

4.12 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Mempunyai perwatakan diri yang baik; Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup Setiap sekolah sudah tentu memberikan nilai-nilai murni yang baik dan berkesan kepada murid-murid. Berdasarkan elemen FPK di atas, SK Pasir Puteh sentiasa menerapkan nilai-nilai murini yang baik terhadap murid-muridnya. Selain itu, kelihatan banyak mural di dinding setiap kelas berkenaan nilai-nilai murni yang harus dipraktikkan oleh murid-murid itu sendiri. 4.13 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Boleh dipercayai; Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik; Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; Mematuhi peraturan dan undang-undang negara; Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara Hal ini dapat dilihat melalui sistem pentadbiran di SK Pasir Puteh. Melalui pemerhatian, Guru Besar di sana telah menjalankan tugasnya dengan penuh berdedikasi dan berkaliber. Beliau sentiasa memantau keadaan murid-

15

murid di sana. Ketua pelajar SK Pasir Puteh juga sangat bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh guru-guru. 4.14 Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Berfikiran waras dan berjiwa tenang; Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup

4.15 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya; Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan; Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara; Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara

4.16 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi; Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup

4.17 Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup; Memupuk persefahaman keluarga; Mematuhi norma masyarakat; Cintakan negara

16

5.0 SEJAUH MANA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DIREALISASIKAN DI SEKOLAH. Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Selain itu, sekolah juga merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Justeru, setiap individu di sekolah memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah Pentadbir Sekolah, Ketua Panitia, Guru Bilik Darjah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. 5.1 Disiplin Murid-murid di SK Pasir Puteh kebanyakannya mematuhi peraturan sekolah dengan sempurna. Majoriti murid-muridnya memakai lencana sekolah, berpakaian kemas dan berambut pendek. Selain itu, murid-muridnya juga sangat berbudi bahasa terhadap guru-guru disana. Mereka tidak lupa memberi salam apabila terserempak dengan guru-guru. Walaupun ada segelintir pelajar tidak mematuhi peraturan seperti berkuku panjang dan berambut panjang tetapi mereka tidak lupa memberi salam kepada guru ketika bertembung. Jelasnya bahawa budaya salam di SK Pasir Puteh sangat memberansangkan. Sekiranya keadaan ini dilaksanakan secara berterusan dan diberi pendidikan awal mengenai budaya salam ini, apabila mereka dewasa kelak mereka akan mengekalkan budaya ini mahupun bersopan santun terhadap orang lain. Maka dengan itu masyarakat malaysia dapat melaksanakan FPK dengan sempurna.

17

5.2

Kurikulum Dalam merealisasikan FPK, pihak pentadbir SK Pasir Puteh sangat memberi

penekanan dalam aspek kokurikum. Aktiviti kokurikulum termasuklah persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Pada setiap hari rabu , murid-murid diwajibkan memakai pakaian yang sesuai mengikut unit beruniform yang telah ditetapkan. Kebanyakan murid-murid disana ke sekolah pada hari rabu dengan berpakaian mengikut unit berunifom masing-masing. Penglibatan murid-murid di sana juga sangat membanggakan apabila seorang murid disana telah menjadi wakil bagi sukan hoki sehingga ke peringkat Kebangsaan. Selain itu, ada juga yang telah mewakili sekolah bagi peringkat daerah bagi pertandingan coral speaking. Penglibatan kokurikulum murid di sekolah ini sangat membanggakan. Selain itu, dalam merealisasikankan aktiviti kokurikulum di sekolah ianya dapat memupuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar sebagaimana yang terkandung didalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Sebagai contoh dengan pelantikan AJK bagi setiap persatuan, unit berunifom dan sukan dan permainan membolehkan murid-murid menjalankan tugas dengan penuh

tanggungjawab dan menerapkan nilai-nilai murni sebertai bersikap amanah, mematuhi praturan dan melahirkan insan yang bertanggungjawab. Selain itu juga ianya dapat memupuk sikap positif dalam diri murid-murid. 5.3 Budaya Sekolah Pihak pentadbir sekolah sentiasa menekankan kecemerlangan emosi muridmurid. Selain itu, mereka sentiasa memantau keceriaan dan kebersihan dalam persekitaran dan juga di dalam bilik darjah. Kelas yang tercantik dan terbersih akan diumumkan di perhimpunan pagi pada setiap minggu. Langkah ini sangat berkesan bagi memastikan murid-murid sentiasa menjaga suasana tempat belajar dan sekali gus dapat belajar dengan baik. Disamping itu, untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari pelbagai aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang terkandung dalam FPK, suasana sekolah haruslah sentiasa dalam keadaan yang ceria dan kondusif .Untuk menjayakan lagi keadaan ini, iklim
18

dan budaya sekolah haruslah berada dalam keadaan selesa, tenteram, aman damai, mesra dan juga riang. Oleh itu, pihak sekolah telah berusaha untuk meningkatkan tahap keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah dengan mencantikkan keadaan sekolah seperti melekatkan kata-kata semangat di setiap laluan, tangga, dinding sekolah dan lainlain lagi . Kebersihan di seluruh kawasan sekolah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam darjah. Disebabkan hal ini, keceriaan dan lanskap sekolah harus sentiasa dipelihara agar dapat digunakan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pihak pentadbir sekolah sentiasa berusaha mewujudkan kecemerlangan sosial. Pihak pentadbir sentiasa mewujudkan keharmonian di antara anggotaanggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Amalan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia merupakan salah satu elemen yang amat ditekankan di SK Pasir Puteh selaras dengan FPK. Guru-guru di sekolah ini sentiasa mendidik dan menerapkan akhlak mulia dan nilai-nilai murni kepada murid-murid melalui pengajaran dan pembelajaran didalam mahupun diluar kelas. Nilai murni seperti memberi salam kepada guru dan orang yang lebih tua, membaca doa sebelum dan selepas belajar nyanyian lagu negaraku pada setiap pagi sebelum masuk ke kelas adalah yang perkara yang penting diterapkan kepada murid-murid untuk melahirkan warganegara yang beragama dan seimbang serta menyeluruh. 5.4 Guru Sebagai Model Guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau. Menurut temu bual dengan guru Bahasa Melayu En. Ronnie, beliau mengatakan guru adalah insan kedua menggantikan ibu atau bapa ketika murid-murid di sekolah. Oleh itu, beliau perlu mengetahui setiap masalah pelajar supaya sesi pembelajaran tidak terganggu. Beliau juga mengambil berat tentang kehadiran murid ke sekolah. Beliau

19

mengatakan lagi, untuk mengetahui karakter murid-muridnya, beliau sanggup pergi dari rumah ke rumah untuk mendalami jiwa dan sifat anak muridnya. Beliau juga bertanggungjawab untuk membantu murid menghias kelas kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh beliau. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Beliau juga sentiasa membantu murid-murid kelasnya sebagai contoh ketika pertandingan membuat boneka beliau banyak membantu dari segi fizikal agar patung tersebut kelihatan menarik. En. Ronnie juga sentiasa bertanggungjawab dalam

mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Beliau juga sering memberikan nasihat yang dapat membina keyakinan murid-murid mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni sekaligus dapat merealisasikan FPK. En. Ronnie juga seorang yang sangat menepati masa, hampir keseluruhan kelasnya, beliau tidak pernah lambat. Oleh itu, dengan ketepatan masa beliau ke kelas, telah memberi contoh kepada anak muridnya sendiri agar menepati masa. 5.5 Isu-Isu Semasa Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh 1 minggu di sekolah ini. Sebagai contoh aktiviti yang berjalan adalah Minggu Anti Dadah yang terdiri daripada pelbagai pertandingan antaranya pertandingan melukis poster,

pertandingan boria, pertandingan membuat boneka dan pertandingan dikir barat . kedatangan Petrosains ke sekolah tersebut memberi banyak ilmu kepada muridmurid darjah 4 dan sekaligus aktiviti-aktiviti seperti ini dapat merealisasikan FPK dengan sempurna dan berkesan. Pertandingan dan aktiviti yang diadakan di sekolah ini biasanya melibatkan semua murid. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sekolah ini telah berusaha memperkembang potensi murid-murid ke arah dalam membentuk FPK yang sempurna. Aktiviti seperti ini merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah dalam usaha mencungkil bakat murid-murid supaya bakat dan potensi mereka dapat digunakan mencapai kejayaan dalam diri masing-masing. Selain itu juga, nilai keberanian dalam diri murid-murid juga cuba diterapkan dalam merealisasikan FPK. Contohnya, pertandingan boria dan dikir barat membantu murid-murid menyesuaikan

20

diri dalam keadaan tersebut agar menjadi lebih berani serta meningkatkan keyakinan dalam diri murid masing-masing. PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke a tas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca atau lebih dikenali dengan masalah 3M (membaca, menulis dan mengira). SK Pasir Puteh telah membuat program sedemikian kerana ada segelintir pelajar yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan sempurna. Melalui program ini, bebanan yang ditanggung oleh guru pemulihan akan berkurangan dengan bilangan murid yang ramai. Dari aspek rohani juga sangat ditekankan di sekolah ini. Buktinya, pihak pentadbiran telah menganjurkan bacaan Yassin dan tazkirah bagi murid-murid tahun 6. Program seperti ini adalah menjadi makanan rohani bagi setiap murid darjah 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Daripada tazkirah pagi, ustazah telah memberi penekanan kepada murid-murid agar menghormati kedua ibu bapa mahupun guru. Aktiviti ini dijalankan agar murid sentiasa bertawakal kepada Allah dan bukan hanya dengan berharap dengan usaha semata-mata. Dengan perolehan daripada aspek ini maka, FPK dapat direalisasikan dengan sempurna seberti yang terkandung dalam FPK iaitu.... mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..... Selain itu, bacaan doa belajar pada setiap pagi juga sentiasa dilakukan oleh murid-murid sebelum mereka memasuki ke kelas. Program-program seperti ini telah berjaya memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan aspek rohani untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

21

6.0

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap

sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan

membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut: (i) Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi; Perubahan bersepadu. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Sistem pemdidikan yang berorentasikan ke arah pendidikan umum Perubahan sukatan pelajaran yang susuai untuk melatih pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program

22

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam FPK. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah:

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan.

Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

(ii)

Implikasi terhadap pendidik Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:

Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

23

Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan serta berakhlak mulia.

(iii)

Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai

untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar Keadaan iklim pembelajaran yang kondunsif melahirkan pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya memupuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

24

7.0 CADANGAN-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setelah seminggu menjalankan PBS di SKPasir Puteh, saya mendapati majoriti FPK telah dilaksanakan di sekolah tersebut dengan berkesan dan sempurna tetapi tidak semua sekolah sempurna 100 peratus begitu juga dengan manusia sendiri. Terdapat beberapa penambahbaikan yang ssaya dapati yang patut dilakukan ke atas sekolah ini bagi memantapkan lagi sekolah tersebut demi merialisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cadangan pertama adalah, Guru Besar sebagai pihak pentadbir yang paling penting dalam sesebuah sekolah harus turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Kebanyakan aktiviti yang dilakukan di sekolah ini tidak diikuti sepenuhnya oleh Guru Besar SK Pasir Puteh. Sebagai Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru mahupun murid-muridnya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar dan memberi semangat dan galakan terhadap sesuatu pertandingan yang dijalankan. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Di samping itu, cadangan kedua adalah pihak sekolah berperanan penting dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, peranan sekolah seharusnya menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat murid dan guruguru untuk ke sana. Dengan kehadiran bahan-bahan baru ke pusat sumber mampu menarik minat murid secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mempunyai minat membaca dalam diri masing-masing. Hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Seterusnya, kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah perlu melibatkan

semua murid. Secara tidak langsung, individu yang sihat dan cergas dapat dilahirkan serta dapat melahirkan individu yang prihatan terhadap kesihatan diri. Dengan
25

kehadiran murid 100 peratus menghadiri kokurikulum memupuk sikap kepimpianan dalam diri murid tersebut.

26

REFLEKSI Alhamdulillah setelah berusaha saya membuat kerja kursus ini saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang sudi dan telah memberikan kerjasama sepanjang tempoh masa saya menghasilkan kerja kursus ini dan banyak yang telah saya pelajari. Di samping itu, saya juga bekerjasama bersama rakan sekelas untuk berkolaborasi dengan pensyarah dan mencari bahan di perpustakaan IPGM Kampus Keningau walaupun tidak mendapat bahan rujukan yang mencukupi di sana. Akhirnya,saya telah siap menaip hampir 500 lebih patah perkataan. Saya juga ingin mengucapkan ribuat terima kasih kepada Cik Fazliaton kerana memberi tambahan masa untuk saya menyiapkan tugasan ini. Dengan tambahan masa tersebut dapatlah saya perbaiki tugasan ini dengan lebih sempurna. Selain itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai pengalaman dan kenangan pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, dan terpaksa menamyambung untuk membuat tugasan ini dalam kepenatan selepas menghabiskan program Bina Insan Guru. Sepanjang saya PBS di sekolah SK Pasir Puteh, pelbagai pengalaman baru juga yang telah saya perolehi. Dalam tempoh saya menjalankan PBS ini, saya mendapati bahawa semua pihak terutamanya pihak pentadbiran dan guru-guru menunjukkan sikap yang positif dalam tugas masingmasing bagi merialisasikan FPK di sekolah ini. Sebagai buktinya, banyak program telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak pentadbiran kepada murid-murid bagi memastikan murid-murid mereka mendapat kecemerlangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Murid-murid juga kebanyakannya melibatkan diri secara seratus peratus peratus untuk menjayakan lagi aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, saya dan Rosnaini sempat melakukan pemerhatian ke atas seorang guru bahasa Melayu ketika beliau sedang mengajar. Saya dapati guru ini sangat komited dalam mendidik murid-murid beliau. Pelbagai pendekatan, kaedah
27

dan strategi telah digunakan sepanjang beliau mengajar bagi memastikan muridmurid mereka fokus terhadap apa yang beliau ajar. Saya amat kagum dengan sikap beliau yang sangat bijak mengawal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya juga kagum dengan sikap ketegasan dan kelembutan beliau apabila mengajar . Saya yakin, guru-guru lain di sekolah ini juga mempunyai sikap yang sedemikian. Guru Besar sekolah ini juga selalu memantau keadaan guru dan murid-murid semasa sesi P&P telah menarik perhatian saya di sekolah ini. Beliau sering membuat tinjauan dan pemantauan. Hal ini menjadikan semua guru-guru disana sentiasa berwaspada agar tidak sesekali mencuri tulang ketika sesi P&P dan sekaligus menjadikan P&P sentiasa terbaik bagi murid-murid. Kesannya, murid-murid sentiasa mendapat didikan dengan cara yang paling baik dan akhirnya akan menjadi murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Melalui pemerhatian saya di SK Pasir Puteh banyak ilmu yang saya perolehi melalui tugasan ini antaranya adalah faktorfaktor pembentukan FPK, elemen-elemen dalam FPK, sejauhmana FPK direalisasikan di sekolah ,impikasinya terhadap sistem pendidikan negara dan lainlain lagi. Oleh itu, Peranan semua pihak di sekolah ini adalah amat penting dalam membentuk kecemerlangan murid-murid dari aspek JERIS seperti yang terkandung dalam FPK. Kesimpulannya ,sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Dalam usaha melaksanakan tugasan ini, sudah pasti setiap individu menginginkan hasil yang terbaik. Saya juga tidak terkecuali dan saya telah berusaha memberikan sepenuh komitmen dan dedekasi bagi memastikan tugasan ini dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

28

Bibliografi Choong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008), Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Choong.L.K. (2009), Falsafah dan pendidikan di Malaysia untuk program perguruan pendidikan rendah pengajian tahun 4. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php. http://www.docstoc.com/docs/25455857/Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia http://abuakhyar1.blogspot.com/2009/02/konsep-falsafah-pendidikankebangsaan.html?zx=c4a25c5e5768be81 http://pedagogi-islam.blogspot.com/2008/09/faktor-faktor-pembentukan-falsafah.html

29

30

Sisitem pentadbiran di SK Pasir Puteh

Penerapan nilai-nilai murni di tangga sekolah dan laluan pejalan kaki

31

Perhimpunan pagi bagi pengawaspengawas sekolah

Temu bual bersama Guru Besar mengenai tugasan FPK

Pertandingan melukis poster sempena minggu Anti Dadah

32

Dua orang pelajar menunjukkan hasil karya mereka

Murid-murid secara berkumpulan berbincang untuk membuat bumper kereta semasa aktiviti petrosains

Kelihatan murid-murid kagum melihat sekiranya bumper mereka berjaya ataupun tidak

33

Pada hari rabu, murid-murid berpakaian lengkap mengikut unit berunifom masing-masing

Gelagat laila dan Ros ketika mengambil gambar.. hehe..

Bacaan Yassin dan tazkirah pagi 34

Pertandingan dikir barat dan boria

Persembahan selingan iaitu Modern Dance

35