Anda di halaman 1dari 58

ARKIB : 08/10/2009

Perhilitan aktif dalam konservasi hidupan liar


Oleh LAUPA JUNUS

BEGITU antara bait-bait sajak Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar dan Balada Terbunuhnya Beringin tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya, petikan daripada sajak Sasterawan Negara Datuk Usman Awang yang menceritakan penuh duka masalah yang ditanggung kumpulan burung dan sepohon beringin kerana kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar atas nama pembangunan. Kemusnahan alam sekitar bererti tempat tinggal asal atau bahasa sainsnya dikenali sebagai habitat, sekali gus turut dirosakkan mengakibatkan spesies hidupan liar ini meninggalkan kehidupan mereka. Selain diburu kerana nilai komersial, haiwan liar di hutan ini mati kerana dipisahkan dengan kehidupan asalnya, satu mala petaka yang akhirnya menyebabkan mereka pupus.

lANDAK kelihatan jinak diberi makan oleh Abdul Rasid Samsudin.

Justeru, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil inisiatif mewujudkan program pemuliharaannya sendiri bagi menyelamatkan haiwan ini daripada ancaman kepupusan. Pupus bermakna jumlah akan berkurangan dan generasi akan datang tidak mungkin lagi mengenali apakah haiwan tersebut jika gambarnya ditunjukkan kepada mereka. Mewujudkan zoo mungkin satu penyelesaian tetapi ia tidak dapat membantu secara terus untuk meningkatkan jumlah populasi mana-mana haiwan yang diancam kepupusan. Bait-bait puisi itu bukan sekadar luahan rasa seorang seniman yang kecewa dengan kerosakan khazanah alam, tetapi ramai berkongsi pandangan bahawa program pemuliharaan haiwan liar perlu diperhebatkan. Menyalahkan 'Datuk Bandar' sahaja adalah tidak adil. Oleh itu Perhilitan sebagai sebuah jabatan kerajaan memikul tanggungjawab tersebut.

Selain menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan berdasarkan akta-akta berkaitan, Perhilitan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga menjalankan program pemuliharaan atau dikenali sebagai konservasi. Salah satu program yang diperkenalkan jabatan tersebut ialah pembiakan komersial. Sehingga kini, tiga spesies hidupan liar dimasukkan dalam program tersebut iaitu pelanduk, seladang dan landak raya, Program pembiakan komersial dilaksanakan bermula dengan spesies pelanduk (Tragulus javanicus). Menerusi program itu, Perhilitan mengadakan program kerjasama dengan pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Buat permulaan, spesies seladang telah dipilih dan lokasinya di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu kepada penambahan bilangan Seladang di dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan bioteknologi terkini. Bagi landak raya (Hystrix brachyura), dua projek telah dimulakan bersama orang awam. Projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2005 di Negeri Sembilan. Sebuah lagi projek pembiakan landak raya dijalankan di Banting, Selangor. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pertambahan yang tinggi bagi populasi hidupan liar di dalam kurungan yang boleh diperoleh melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini. Bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi bioteknologi di dalam spesies ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan, dan skop genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program pembiakan komersial ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies dan penggunaannya secara lestari. Perhilitan juga mempunyai rezab hidupan liarnya sendiri untuk membangunkan dan mengurus program konservasi yang jumlahnya kini 13 buah. Setiap rezab tersebut menempatkan spesies tertentu yang dikategorikan sebagai terancam dan perlu ditambah bilangannya. Pada masa sama, rezab-rezab berkenaan mempunyai pusat aktiviti untuk pendidikan dan kesedaran supaya pengunjung lebih menghargai haiwan liar. Justeru, ia juga menjadi pusat rekreasi dan ekopelancongan dan selain menunjukkan bagaimana program pembiakabakaan dijalankan. Salah satu elemen penting ialah Pengurusan Sumber Kepelbagaian Biologi yang mana aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memulihara kepelbagaian biologi in-situ di kawasan perlindungan. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah merancang aktiviti pengayaan habitat dan sumber kepelbagaian biologi.

Salah satu rezab yang diwujudkan ialah Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor yang terletak berhampiran Kuala Kubu Baru atau kira-kira 120 kilometer ke utara ibu negara. Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun ditubuhkan pada 1964 dengan keluasan 4,330 hektar. Kawasan ini merupakan kawasan pertama yang dirizabkan untuk melindungi badak sumatera. Rezab ini terdiri daripada hutan dikterokarp tanah pamah dan hutan paya gambut dengan puncak tertingginya 253 meter dari aras laut. Rezab ini di kelilingi oleh Sungai Dusun di utara dan Sungai Tengi di selatan. Di sebelah baratnya pula terdapat terusan yang menghubungkan Sungai Tengi dan Sungai Bernam. Di dalam Rezab ini juga terdapat pusat pembiakan ex-situ untuk spesies Hidupan Liar seperti tapir dengan laluan masuk melalui jalan utama ke Sungai Besar, Selangor. Pusat ini dikenali dengan nama Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun. Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun ini siap sepenuhnya pada April 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM36 juta. Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek konservasi badak sumatera yang merupakan antara spesies yang diancam kepupusan di negara ini. Pada tahun 2004, pusat konservasi ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan badak sumatera tetapi tumpuan dijalankan terhadap projek konservasi tapir atau badak cipan (Tapirus indicus). Sebagai permulaan tiga ekor badak cipan telah ditempatkan dalam kandang-kandang yang sedia ada. Pada Mac 2005, seekor anak badak cipan jantan telah dilahirkan. Pada Mei dan Jun 2007, sepasang kembar anak badak cipan telah dilahirkan dalam bulan yang berasingan, daripada ibu yang sama di pusat ini. Ia merupakan rekod pertama dunia yang bersejarah di PKHL Sungai Dusun. Ini kerana ia adalah anak kembar pertama spesies ini yang dilahirkan di dalam kurungan. Sehingga kini, selain daripada badak cipan, spesies hidupan lain seperti buaya Julungjulung (Tomistoma schlegelii) dan , landak raya (Hystrix brachyura) juga dipelihara dan terlibat dalam program konservasi ex-situ di sini. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan, Misliah Mohamad Basir, terdapat 153 ekor landak di pusat tersebut ketika ini untuk tujuan pembiakbaakan selain 12 ekor tapir atau badak cipan dan enam ekor buaya julung-julung. Bagi spesies landak raya, ia dibiakkan untuk tujuan komersial yang mana penternak yang memohon anak sebagai baka akan diberikan kebenaran oleh Perhilitan. ''Mereka perlu mempunyai kemampuan menternak selain minat, sebelum di beri kebenaran," ujarnya semasa di temui di Rezab Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun baru-baru ini. Kaedah menternak secara komersial penting bagi meningkatkan populasi landak manakala Perhilitan membantu meningkatkan jumlahnya untuk dilepaskan ke dalam hutan.

Bagi tapir, ia hanya untuk program konservasi sahaja tanpa melibatkan aktiviti untuk tujuan komersial, sama seperti buaya julung-julung. ''Haiwan tersebut diselamatkan daripada berkeliaran kerana habitatnya diganggu atau mungkin tercedera dan dibawa ke pusat itu," katanya lagi. Sementara itu menurut Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Rasid Samsudin, rezab seumpama itu penting bagi menyelamatkan haiwan liar daripada kepupusan. ''Dengan adanya rezab ini, kita biakkan semula spesies terpilih dan lepaskan semula ke dalam habitatnya,'' ujarnya. Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan yang sesuai dalam usaha mengelakkan haiwan liar daripada diancam kepupusan. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia perlu mengadakan projek tertentu yang mungkin dianggap menjejaskan habitat haiwan liar tetapi pada masa sama, usaha konservasi perlu lakukan. ''Kita perlu seimbangkan pembangunan dengan konservasi dengan pengurusan habitat yang sesuai dan orang ramai perlu sama membantu ke arah itu," katanya sambil menambah bahawa undang-undang konservasi yang baru akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membolehkan sebarang hidupan liar akan terus dilindungi. Ini bagi mengelakkan pengunjung luar yang datang ke negara ini tidak mengambil kesempatan membawa balik mana-mana spesies yang mereka temui dalam hutan. Pada masa sama, satu pusat penempatan haiwan liar atau rescue center akan ditubuhkan di kawasan berhampiran rezab Sungai Dusun Dusun yang akan menempatkan manamana spesies yang dijumpai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1008&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm#i xzz2bJZOs3Af Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1008&sec=Agrobiz&pg=ag_01.ht m

Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Sempena Cuti Perayaan Gawai yang panjang dalam minggu lepas, aku berkesempatan melawat Pusat Hidupan Liar (Semengoh Wildlife Rehabilitation) yang dijadikan tempat pelindungan bagi habitat Orang Hutanyang diwujudkan semenjak tahun 1975 lagi . Aku ke sana bersama-sama rakan sekerja yang tidak pulang ke kampung pada cuti pelepasan am yang panjang ini. Terletak tidak jauh daripada Bandaraya Kuching hanya mengambil masa 40 minit @ 20 km untuk sampai dari bandar. Sekiranya hendak ke sana kita akan melalui Bandar Padawan terlebih dahulu untuk sampai ke destinasi. Pusat Hidupan ini juga, turut menempatkan Pusat Kajian Tumbuhan serta Arboretum. Pusat Hidupan Liar telah diwartakan sebagai hutan simpan semenjak 1920 dan pada bulan April 2000 telah ditukarkan untuk menjadi Semenggoh Nature Reseve.

Dengan bayaran RM3 setiap seorang para pelawat dapat menikmati keindahan hutan serta para penguninya terutamanya orang hutan. Dalam sehari terdapat 2 sessi untuk melihat orang hutan. Pada sebelah pagi bermula dari jam 0800-1000 pagi dan sebelah petang bermula dari jam 1500-1700 petang sahaja. Pada waktu tersebut orang hutan akan dipanggil keluar oleh pegawai-pegawai perhilitan untuk menikmati makanan pada suatu tempat.

Tika sampai disana, hujan gerimis mulai membasahkan bumi serta cuaca agak sejuk sedikit pada pagi itu. Setelah selesai mendengar taklimat ringkas daripada pegawai perhilitan serta peraturan-peraturan semasa melawat. kami juga turut di tekanankan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa berada dekat dengan orang hutan. Bayaran tidak dikenakan untuk membawa lensa kesayanganku tetapi flash tidak boleh di gunakan semasa mengambil gambar. Menurut pegawai terbabit, flash akan membuatkan orang hutan terkejut serta menakutkan haiwan tersebut agar haiwan tersebut tidak bertindak balas terhadap pelawat.

Para pelawat hanya perlu melalui denai di dalam hutan sejauh 100 meter dari tempat mendengar taklimat sebelum itu. Tika sampai di lokasi yang telah diterangkan, kita kan menjumpai suatu tempat yang direka khas untuk pelawat untuk melihat mamalia tersebut. Bertentangan dengan tempat pelawat disediakan satu ruangan yang dipenuhi dengan makanan untuk orang hutan. Tidak lama setelah sampai, orang hutan mulai memunculkan dari celahan hutan serta mendekatkan diri dengan tempat makanan yang disediakan. Ada yang datang begitu hampir dengan para pelawat. Kami dinasihatkan untuk berada 4-6 meter dari haiwan ini demi langkah-langkah keselamatan. Pada pagi tu, terdapat 12 ekor orang hutan yang keluar untuk mendapatkan makanan yang telah disediakan. Menurut pegawai tersebut, terdapat lebih kurang 30 ekor orang hutan yang hidup bebas di dalam taman pelindungan itu.

Setelah hampir sejam, melihat telatah dan kerenah orang hutan ini, kami terpaksa beredar awal oleh disebabkan hujan yang mulai turun dengan lebatnya. Ini adalah pengalaman pertama ku melihat orang hutan yang hidup bebas di dalam hutan. Pengalaman ini menjadikan ku bertambah bersemangat untuk melawat tamantaman negara yang ada di Bumi kenyalang ini. Ku telah melawati 5 taman negara sebelum ini, iaituTaman Negara Lambir, Taman Negara Niah, Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Semilajau, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Mas Gading. Pengalaman yang di perolehi di Pusat Hidupan Liar ini jauh berbeza daripada melawati taman-taman negara yang lain sebelum ini.

http://nashjas.blogspot.com/2010/06/taman-negara-semenggoh.html

Pusat Hidupan Liar Semenggoh-Kuching 4

Pintu masuk utama

berjalan kaki sejauh 1.2 km dengan berbukit atau menaiki van (RM1.00)

kawasan Pusat Hidupan Liar

rezeki kami, kebetulan seekor anak orang utan sedang turun ke platform

mencapai beberapa biji pisang

kira kira 4-5 biji pisang dimasukan ke dalam mulutnya dan dibawa naik ke atas

bergayut sambil makan

masuk semula ke dalam hutan

nama nama yang telah diberikan kepada mereka

menuju ke satu lagi platform

Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching, Sarawak ini telah ditubuhkanpada tahun 1975 dengan matlamat utama pemulihan, penyelidikan dan pendidikan mengenai pemuliharaan haiwan terancam di Sarawak. Terletak di suatu kawasan hutan simpan, kira kira 25 kilometer daripada Bandar Kuching. Yuran masuk cuma RM3.00 setiap seorang. Daripada pintu utama hendak ke Semenggoh Nature Reserve, anda perluberjalan kaki sejauh 1.2 km, atau menaiki

van,

tambangnya

RM1.00

seorang.

Orang Utan adalah sepenuhnya di bawah Perlindungan HaiwanHidupan Liar Sarawak Ordinan Perlindungan 1998. Mana-mana orangyang ditemui memburu, membunuh, menangkap, menjual, menawarkan untuk dijual, mengimport, mengeksport atau dalamperarakan trofi atau daging adalah melakukan suatu kesalahan danapabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh 2 tahundan denda sebanyak RM30, 000. Orang Utan dilindungi sepenuhnya kerana banyak aktiviti memburu danmemerangkap mengancam kewujudan mereka di Sarawak. Menjadikan kepupusan yang serius, dengan itu mereka telah diberi perlindunganistimewa kerana mereka adalah yang paling teruk terancam. Orang Utan kini lebih bebas dan boleh mencari makanan mereka sendiri di Rizab Hutan. Mereka boleh mendapatkan makanan sepertiliar ara, durian, daun muda, serangga, bunga, telur dan cicak di hutan yang luas. Mereka jarang pulang untuk berehat di Pusat Pemulihan. ini adalah satu petunjuk yang baik bahawa Orang Utan secara perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan padang gurun yang sebenar dan boleh mencari makanan sendiri, serta mengalami kehidupan yang sebenar, tampa bantuan daripada orang lain Walau bagaimanapun, antara Mac tempatan adalah terhad, kepusat makanan tambahan hingga September, apabila buah-buahan mereka boleh bersiar-siar kembali yang disediakan.

Waktu penyediaan makanan setiap hari adalah pukul 9.00 pagi dan 3.00 petang. Ini adalah paling sesuai untuk membuat lawatan ke sini.

http://atuk-phd.blogspot.com/2011/07/pusat-hidupan-liar-semenggoh-kuching-4.html

Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Orang Utan.


In Alam Sekitar, Pelancongan on February 29, 2012 at 12:15 am

PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan kehidupan liar terutama Orang Utan yang menjadi daya tarikan pengunjung dan pelancong asing ke negeri ini. Ia merupakan simbolik terhadap usaha kerajaan menerusi Sarawak Forestry Corporation (SFC) memelihara flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan Sarawak. Pusat berkenaan telah dibuka sejak tahun 1975. Kini terdapat 28 ekor orang utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Sejarah pemuliharaan orang hutan di situ bermula dari tahun 1996 apabila dua ekor orang utan, jantan dan betina telah dilahirkan dipusat tersebut. Sejak itu, semakin banyak orang utan dilahirkan di pusat tersebut. Apabila dewasa ia dibebaskan ke hutan belantara.

Asas penubuhan pusat berkenaan untuk menjaga dan melindungi haiwan yang cedera, yatim piatu dan yang dirampas daripada orang ramai sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. Selain itu, mereka juga menjalankan kajian terhadap hidupan liar dan melaksanakan program pemuliharaan spesies haiwan yang terancam. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia.

Namun, ia menjadi popular apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula orang utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk orang utan.

Orang utan atau nama saintifiknya Pongo pygmaeus hanya boleh dijumpai dalam hutan tropika di Kepulauan Borneo Malaysia (Sarawak dan Sabah) dan Kepulauan Borneo Indonesia (Kalimantan dan Utara Sumatera). Ia merupakan salah satu primat terbesar di dunia dan sepanjang hayatnya ia hidup di atas pokok. Jangka hayat orang utan di habitat liar mampu mencecah sehingga 45 tahun dan jika dipelihara di dalam pusat pemuliharaan ia mampu menjangkau sehingga usia 60 tahun. Anak orang utan, ia akan bergantung kepada ibunya untuk menyusu dan mendapatkan perlindungan selama satu hingga dua tahun sebelum bergerak bebas secara sendirian. Berat seekor orang utan mampu mencecah sehingga 110 kilogram (kg) dan mencapai ketinggian hampir 150 sentimeter (sm). Makanan utama orang utan adalah pucuk muda, serangga, kulit kayu, bunga, telur burung dan cicak kecil. Di Malaysia dan Indonesia, orang utan dilindungi sepenuhnya dan disenaraikan sebagai spesies terancam. Kini dianggarkan terdapat hampir 20,000 hingga 27,000 ekor orang utan yang masih wujud secara bebas di dalam hutan belantara. Di PHLS orang utan akan diberi makan sebanyak dua kali sehari iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi dan pukul 3 hingga 4 petang.

Bagi orang utan yang baru diterima mereka akan dikurung dahulu untuk dirawat dan diperiksa. Orang utan yang muda pula akan dibawa oleh renjer untuk belajar memanjat pokok, bergayutan antara dahan dan mencari makanan. Selepas mencecah usia dua hingga empat tahun, orang utan yang dilihat mampu berdikari akan dilepaskan ke hutan simpan di sekeliling pusat tersebut. Pada peringkat awal pelepasan, orang utan kadang-kala kembali ke pusat untuk mendapatkan makanan dan akan meninggalkan pusat setelah beberapa tahun membiasakan diri dengan hutan di sekelilingnya. Lebih ketara adalah pada musim buah-buahan, kadang-kala orang utan yang telah dibebaskan tidak akan datang langsung ke pusat tersebut menandakan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan sepenuhnya. Peringkat terakhir adalah orang utan yang telah dikenal pasti benar-benar mampu berdikari akan terus dilepaskan ke Taman Negara Sarawak atau mana-mana kawasan perlindungan hidupan liar sekitar Sarawak.
http://yangsayanampak.wordpress.com/2012/02/29/pusat-hidupan-liar-semenggoh-danorang-utan/

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah Selain daripada PKHL Bota Kanan, Perak, sebuah lagi Pusat Konservasi Hidupan Liar bagi spesiesTuntung terdapat di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. Pusat ini ditubuhkan dalam tahun 1981 danmemelihara dua spesies Tuntung iaitu Tuntung Sungai ( Batagur baska ) dan Tuntung Laut ( Callagur borneoensis ). Tidak banyak perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua spesies ini kecuali padacengkerang dan bahagian kepalanya. Walau bagaimanapun, bilangan Tuntung Sungai adalah lebihbanyak terdapat di dalam peliharaan pusat ini.Sehingga kini, bilangan Tuntung yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak 302 ekor. Sebagaimenyokong usaha konservasi, Tuntung ini dilepaskan semula ke sungai secara berperingkat.Sebagaimana pembiakan Tuntung di Bota Kanan, telur-telur Tuntung diperolehi dari peraih-peraihberlesen pada setiap kali musim bertelur. Semua telur ini akan dieram di dalam pasir secara semulajadi sepanjang tempoh 75 hingga 100 hari sebelum ianya menetas. Anak-anak yang baru menetasakan dikutip dan dipelihara di dalam kolam khas yang telah ditetapkan, berasingan daripada Tuntungdewasa.

http://www.scribd.com/doc/94932359/Pusat-Konservasi-Hidupan-Liar-Bukit-Pinang

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia[sunting]


Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia terletak di Kampung Bota Kanan Daerah perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 16 30an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies in Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntung

konservasi (senarai pusat2 konservasi hidupan liar)

Senarai Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Perak Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor Zoo Melaka Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Johor Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang, Johor Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang Tujuan penubuhan Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis ialah i. Pusat untuk menjadikan ia projek kedua pemuliharaan burung Kuang selepas Pusat Hidupa Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Bilangan spesies Kuang yang terdapat di Musan pusat ini adalah sebanyak lima spesies yang terdiri dari Merak Pongsu (Polyplectron ii. Pusat malacense), Merak Hijau (Pavo muticus), Merah Mata (Lophura erythropthalma), Hidupa Kuang raya (Argusianus argus) dan Pegar (Lophura ignita). Paloh, Kesemua burung-burung Kuang ini ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar di mana terdapat 22 sangkar kecil berasingan mengikut spesies di dalamnya. Setiap Selain spesies dipelihara secara berpasangan bagi menjayakan program pembiakan. PKHL B <!-- more --> Perak, Pusat K Hidupa spesies terdapa Pinang Kedah. ditubuh tahun 1

Selain daripada Napuh (Tragulus napu), Pelanduk (Tragulus javanicus) dan Kijang(Muntiacus muntjac) juga di pelihara di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat ini. Semua Pelan Napuh dipelihara dan dibiakkan di dalam sangkar pembiakan. Manakala Kijang pula ditempatka dalam sangkar pembiakan yang berasingan. Keluasan keseluruhan kawasan untuk projek ini a hektar tetapi hanya 3 hektar atau 9 % sahaja dari keseluruhan kawasan dibangunkan untuk pro pembiakan hidupan liar di kawasan tersebut. Sehingga kini, bilangan hidupan liar yang terdapat di PKHL ini adalah sebanyak 57 ekor Peland ekor Napuh dan lima ekor Kijang.

Sebagaimana pembiakan Tuntung di Bota Kanan, telur-telur Tuntung diperolehi dari peraihperaih berlesen pada setiap kali musim bertelur. Semua telur ini akan dieram di dalam pasir secara semula jadi sepanjang tempoh 75 hingga 100 hari sebelum ianya menetas. Anak-anak yang baru menetas akan dikutip dan dipelihara di dalam kolam khas yang telah ditetapkan, berasingan daripada Tuntung dewasa. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini. Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini. Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun ini siap sepenuhnya pembinaan pada bulan April 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM3,600,000.00. Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek konservasi Badak Sumatera yang merupakan antara spesies yang diancam kepupusan di negara ini. Pada tahun 2004, pusat konservasi ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan Badak Sumatera tetapi tumpuan dijalankan terhadap projek konservasi Badak Cipan (Tapirus indicus). Sebagai permulaan tiga ekor Badak Cipan telah ditempatkan dalam kandang-kandang yang sedia ada. Dalam Bulan Mac 2005, seekor anak Badak Cipan jantan telah dilahirkan. Pada Mei dan Jun 2007, sepasang kembar anak Badak Cipan telah dilahirkan dalam bulan yang berasingan, daripada ibu yang sama di pusat ini. Ia merupakan rekod pertama dunia yang bersejarah di PKHL Sungai Dusun. Ini kerana ia adalah anak kembar pertama spesies ini yang dilahirkan di dalam kurungan. Sehingga kini, selain daripada Badak Cipan, spesies hidupan lain seperti Buaya Julungjulung(Tomistoma schlegelii), Landak Raya (Hystrix brachyura) dan Kongkang (Nycticebus coucang) juga dipelihara dan terlibat dalam program konservasi ex-situ di sini.

Pusat Konservasi Hidupan Liar

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Johor ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjalankan program konservasi terhadap spesies Kijang. Dua spesies Kijang yang terdapat di pusat ini adalah Kijang Semenanjung (Muntiacus muntjac) dan Kijang dari Borneo (Muntiacus atherodes). Pusat ini bermula dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2003 dengan lima ekor Kijang dari baka berlainan iaitu baka Semenanjung dan Borneo. Baka Semenanjung diperolehi dari Zoo Taiping, manakala baka Borneo diperolehi dari Jabatan PERHILITAN Perlis. Kelahiran pertama dua ekor anak Kijang di pusat konservasi ini ialah pada bulan April dan Mei 2004. Sehingga kini, terdapat 21 ekor Kijang kesemuanya.

Pusat KPusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang ini ditubuhkan dalam tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi. Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 Jabatan telah menangkap empat ekor Seladang jantan dan dua ekor Seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor Seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap Seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus. Kelahiran pertama anak Seladang dalam kurungan pada 12hb April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari tahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan Seladang ialah 33 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan. Selain itu, Jabatan PERHILITAN juga telah mengadakan program kerjasama dengan pihak MARDI dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (Aplikasi Bioteknologi di dalam Konservasi dan Pembiakan Hidupan Liar yang Bernilai Komersil) pada 3 Oktober 2005. Di mana, ia melibatkan program pembiakan spesies Seladang di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu kepada penambahan bilangan Seladang di dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan biotek

terkini.

Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor

Pusat Konsrvasi Hidupan Liar Gua Musang ini terletak di sebuah kawasan dataran yang dikelilingi oleh hutan-hutan serta bukit-bukit batu kapur. Spesies pertama yang diperkenalkan di kawasan projek ini ialah Rusa Sambar (Cervus unicolor) dan Rusa Timor. Kemudiannya pada tahun 2003, tiga ekor Seladang (Bos gaurus hubbacki)dipindahkan masuk ke pusat ini dari Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang sebagai permulaan program pembiakan Seladang di kawasan tersebut. Sehingga akhir tahun 2006, bilangan Rusa Sambar yang terdapat dalam pemuliharaan pusat ini ialah sebanyak 58 ekor, lima ekor Seladang dan sepasang Kijang Semenanjung (Muntiacus muntjac).

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu Pusat Konservasi Bukit Paloh Terengganu juga merupakan pusat Tuntung di bawah Jabatan PERHILITAN. Tuntung Sungai (Batagur baska) merupakan spesies Tuntung yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di pusat ini. Telur-telur Tuntung yang diperoleh daripada peraih-peraih berlesen pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat tersebut Tempoh masa pengeraman telurtelur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat lapan buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung induk dipelihara di kolam berasingan. Sehingga kini, terdapat 1037 ekor Tuntung yang dipelihara.
http://studentipg.blogspot.com/2011/03/konservasi-senarai-pusat2-konservasi.html

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung



Mengenai NRE Awam Warga NRE Piagam Pelanggan

Dengar Teks

o o o o o

Eko Pelancongan Hutan Simpan Royal Belum Hutan Lipur Bukit Nenas Hutan Simpan FRIM Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Pusat Konservasi Hidupan Liar TuntungCurrently selected

o o o o o o o o o o o o

Santuari Burung Kuala Gula Taman Laut Labuan Taman Laut Pulau Payar Taman Laut Pulau Redang Taman Laut Pulau Tinggi Taman Laut Pulau Tioman Paya Indah Wetlands Taman Negara Pahang Taman Negara Pulau Pinang Tapak Ramsar Tasek Bera Taman Negara Kelantan Taman Negara Terengganu Pusat Informasi Media dan Penerbitan Tender & Sebut Harga Tanah Mineral dan Geosains Hutan Biodiversiti Alam Sekitar Air

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung terletak di Kampung Bota Kanan Daerah Perak Ten Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengump Info Pelawat : Aktiviti

Pelancong yang datang boleh melawat kolam-kolam tempat dikumpulkan ibu-ibu tuntung juga k dilakukan. Bagi pelancong yang bertuah mereka mungkin berpeluang melepaskan anak-anak t Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Ketua Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Jabatan PERHILITAN, 32600 Bota Kanan, Perak Tel: 05-3762726

http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/PusatKonservasiHidupanLiarTuntung .aspx

Pusat ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1964 di bawah pentadbiran bahagian Mergastua. Jabatan Perhutanan Sabah dan kini setetah bahagian ini dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan pada 1988, segala pengurusan dan pentadbiran hidupan liar telah dikelolakan oleh Jabatan Hidupan Liar di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar. Objektif utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat kembali semula hidup di dalam hutan. Namun pada tahun kebelakangan ini objektif tersebut telah diperluaskan kepada pendidikan konservasi, penyelidikan dan kebajikan terhadap Jenis-jenis hidupan liar yang lain seperti pembiakan badak dalam kurungan. Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang seramai 37 orang termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar yang bertindak sebagai Pegawai Penguasa Pusat ini, Pegawai Veterinar. Pembantu Hidupan Liar dan Pekerja Rendah Awam. Dl-samping itu, Pusat ini juga menyediakan beberapa infrastruktur untuk menyokong fungsi-fungsinya seperti bangunan Pusat Penerimaan Tetamu, Pusat informasi Sepilok. pejabat untuk kakitangan, bangunan klinik, kuarantina dan kandang-kandang untuk proses pemulihan orangutan, pembiakan badak dan hidupan liar yang lain. Pusat ini telah terkenal dengan usaha yang dilakukan untuk memulihkan dan menyelamatkan orang utan. Dengan kedudukan pusat ini yang terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar yang juga merupakan sumber makanan utama kepada orang utan dan haiwan lain telah menarik minat kepada para pelancong tempatan

dan antarabangsa untuk berkunjung dan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh pusat ini. Ini secara langsung menyedarkan mereka akan kepentingan perlindungan undangundang terhadap habitat orang utan dan hidupan liar yang lain.

Pandangan atas Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok Projek pemulihan orang utan Sabah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961. Beliau juga bertanggungjawab dalam penubuhan bahagian mergastua dalam Jabatan Perhutanan dan merangka Ordinan Pemuliharaan Haiwan 1963. Dengan bantuan Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia yang baru ditubuh-kan, Puan Barbara Harrisson, isteri kepada Kurator Muzium Sarawak telah melawat Sabah (pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara) dan melaporkan bahawa Orangutan adalah haiwan terancam dan mengalami kepupusan. Di Sabah, orangutan adalah haiwan di-lindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.

1965 - Renjer mergastua yang pertama Kapis Siridion dan Orang Utan Amit. 1965 - First game ranger, Kapis Siridion and Orang Utan Amit Waden mergastua pertama En. G.S De Silva dan ahli Botani terkenal W. Meijer First game warden Mr. G.S De Silva and famous botanist W. Meijer

APAKAH DIA PROSES PEMULIHAN? Kemasukan

Proses pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada dirampas atau di-serahkan secara sukareia oleh pemilik-pemi!ik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup. Tapi kini menjadi tanggungjawab kakitangan pusat ini pula untuk memastikan anak-anak orang utan ini terus hidup dan dapat kembali semula ke dalam hutan.

Kuarantina

Apabila sahaja orangutan tiba di pusat ini, ianya akan dimasukkan ke dalam klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang perlu sebelum menjalani tempoh kuarantina. Tempoh kuarantina anak orangutan ini sekurang-kurangnya 3 atau 6 bulan bergantung kepada takat kesihatan orangutan tersebut semasa diterima. Peringkat kuarantina adalah amat penting bagi memastikan tidak ada jangkitan penyakit kepada orangutan yang lain. Bahagian Klinik akan menjalankan pemeriksaan am seperti pemeriksaan tahi (bagi melihat kehadiran jenis cacing dan bakteria), ujian kencing, Malaria, ujian TB dan sinaran-X (pemeriksaan dada dan karpus).

Taman Asuhan
Sebaik sahaja selesai menjalani pering-kat kuarantina, orangutan akan dinilai sama ada dibebaskan di kawasan taman asuhan bagi orangutan di bawah umur 3 tahun atau

dibebaskan terus di pelantar A ataupun B. Bagi orangutan yang dibebaskan di taman asuhan, orangutan ini akan dilatih dengan bantuan dari kakitangan pusat ini supaya dapat me-manjat sendiri. Mereka akan dilepaskan pada setiap pagi dan dengan ini diharap-kan agar mereka dapat mula membina kemahiran hidup di dalam hutan.

Pelantar Makan A (Latihan Semangat)


Setelah orang utan itu bertambah yakin dan mahir, ianya akan dibawa ke pelantar makan A di mana kehidupan di dalam hutan bermula- Pada peringkat ini, kakitangan pusat ini akan membawa makanan hanya 2 kali daiam sehari yang terdiri dari buah-buahan dan minuman susu ditambah zat galian dan vitamin.

Pelantar Makan B (Latihan Kehidupan)


Akhir sekali setelah orang utan ini telah keupayaan untuk mencari makanan sendiri, iatihan pun bermula. Bagi peringkat ini, orang utan akan pelantar makan B yang terletak lebih kurang 1.5 km untuk dilepaskan. Biasanya pemberian makanan semakin dikurangkan supaya mereka dapat kehidupan berdikari yang sepenuhnya dan berintegrasi dengan populasi orang utan liar yang hutan simpan Sepilok. Semenjak pusat ini lebih kurang 100 ekor orangutan telah berjaya dan balik ke dalam hutan. menunjukkan kehidupan dibawa ke dari pusat ini akan mencapai seterusnya terdapat di ditubuhkan, dipulihkan

Pengenalan | Sejarah | Proses Pemulihan | Galeri

Pandangan Atas Pusat Pemuliharaan Orang Utan Asyiknya !!!!

Aerial view of Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Aksi Orang Utan di Pelantar A Orang Utan's Action at platform A

Amboi !!!! comelnya.

Aksi Orang Utan di tali. Orang Utan's action at rope.

http://www.sabah.edu.my/srm012.wcdd/BM/galeri.html

PUSAT PEMULIHAN ORANG UTAN SEPILOK

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu. Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu : lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya. Pengangkutan Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan. Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas. Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh

setengah km ke dalam. Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran) Cara ke Sana Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan atau MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.

TAMBANG PENGANGKUTAN DARI BANDAR SANDAKAN

Teksi RM100.00 (ulangalik)

Bas RM2.10 sehala

Masa Dibuka

Pagar Keselamatan Kaunter Tiket

Setiap hari Setiap hari

8.00 pagi 5.00 petang 9.00 pagi 11.00 pagi 2.00 ptg - 3.30 ptg 9.00 pagi - 4.30 petang

Dewan Pameran

Setiap hari (kecuali Jumaat)

Pagar Keselamatan : Kaunter Sambutan dan Tiket : Dewan Pameran : Pusat :

Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang

Yuran Kemasukan

Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00 Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00 Keterangan Lanjut Alamat Batu 14, Jalan Labuk WDT200, 9009 Sandakan Sabah Tel: +6089531180 Faks: +6089 531189 E-mel : soutan@po.jaring.my Laman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/

http://www.sabah.gov.my/ppnskl/tempat_menarik_sabah/pusat_pemulihan_orang_utan_s epilok.html

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang utan.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini. Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hentar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.[1] Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

Tujuan[sunting]
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Laurentius Ambu, tujuan utama pusat ini ialah membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semula jadi apabila masanya sesuai. Pusat ini juga berfungsi menyelamat dan mengembalikan semula ke dalam hutan anak orang utan yang terpisah daripada ibunya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Pemuliharaan_Orang_Utan_Sepilok

PUSAT PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR (KONSERVASI HIDUPAN LIAR) SUNGKAI, PERAK

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai adalah dibawah tadbir Jabatan Perhilitan, dimana Pusat ini telah ditubuhkan pada 1971 dan menempatkan

binatang perlindungan seperti rusa, seladang dan burung-burung kawalan seperti merak, kuang, enggang, mata merah dan sebagainya. Pusat ini terletak lebih kurang 15km dari Pekan Sungkai.Dibuka pada hari dan waktu bekerja.Setelah berkesempatan melawat kesini memang menyeronokkan kerana dapat melihat hidupan liar yang jarang dan tidak pernah ditemui sebelum ini.

Rusa yang terdapat disini adalah rusa yang sememangnya hidup dan berasal dari hutan Malaysia yangmana bilangannya berkurangan akibat kemusnahan hutan dan aktiviti perburuan.Untuk mengelakkan kepupusan maka Pusat Pemuliharaan ini telah membiak dan memulihara rusa-rusa tersebut sebelum dilepaskan semula kehutan.Rusa yang terdapat disini dikenali sebagai Rusa Sambar Malaya.

Selain rusa disini juga terdapat pemuliharaan haiwan seladang, yang memang berbadan gagah, bengis dan suka hidup dalam kumpulannya tersendiri.Seladang merupakan spesis lembu yang terbesar didunia tetapi seladang di Malaysia adalah kecil sedikit dari seladang di negara lain di Asia.

Semasa melawat Pusat Pemuliharaan Binatang liar di Sungkai barulah dapat tahu bahawa seladang ini tidaklah sebanyak mana yang tinggal di hutan Malaysia akibat habitatnya terganggu dan akibat pemburuan.Adanya pusat ini adalah diharapkan genarasi akan datang dapat lagi melihat rupa seladang dan tidak pupus akibat kerakusan manusia.

Disamping telah diberi taklimat oleh Pegawai Perhilitan dan kami turut dibawa ke Galeri Pameran di situ dan mengenali haiwan-haiwan lain yang telah diawetkan.Pegawai Perhilitan disitu sungguh mesra dan memberi layanan yang cukup baik.Terima kasih dan sekiranya ada kelapangan mahu sahaja kesana lagi..

Bergambar bersama Pembantu tadbir RISDA Bidor Puan Jamilah Jamal di Galeri Perhilitan Sungkai.

Rombongan Pegawai dan staf RISDA Batang Padang Daerah Tapah di Pusat Pemuliharaan dan Pembiakan Seladang diberi taklimat oleh Pegawai perhilitan.
http://tokwanmatarun.blogspot.com/2010/11/pusat-perlindungan-binatang-liar.html

SUNGKAI
beberapa hari lepas, kelas cik aifa dah buat lawatan biodiversiti di sungkai, perak.. tempat yang kami tuju adalah pusat konservasi hidupan liar sungkai.. kat sana ada rusa, seladang dan 6 spesies burung kuang antaranya enggang

yang mcm ada kat serawak tu.. so.. malas nk cite banyak2... enjoy the pic k.. hari pertama

testing camera mase baru bertolak

rehat sebentar di hentian hulu perak..(yeke??xingat da)

gambar di snap semasa berjalan dicelahan bas

homestay kami~~!! chantekk

hari kedua

burung enggang betul ni tau..... cian dia kehilangan pasangan seumur hidupnya...

dgn ratu cantik kelas kami, cik aida.. comelkan dia..=))

burung ni burung kuang..

enggang yang baik...

sesi refleksi

a moment in the forest.. penat kaw...haha

barbeku di malam hari.. syedap weyhhh...

like this pic.. looks matured.. (im old..)

hari ketiga

suka sgt tgk gmbr nie.. pandai gak aku snap pic..haha.. but really.. look lively..

dekat kolam air panas sg.klah.. chantek sgt tempat dia..

otw balik singgah di cni = Ipoh...

pemandangan indah Tasik Banding

http://cikaifa.blogspot.com/2012/09/sungkai.html

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia[sunting]


Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bota, Perak, Malaysia terletak di Kampung Bota Kanan Daerah perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 16 30an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies in Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan

spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntung

Zoo Melaka & Zoo Malam


Zoo Melaka telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada 1963 adalah merupakan zoo kedua terbesar di negara ini. Pada tahun 1979, pengurusan Zoo Melaka telah diambil oleh PERHILITAN dan kini menjadi tarikan utama pelancong Negeri Melaka. Dengan keluasan 54 ekar, Zoo Melaka kini mempunyai hampir 1,500 hidupan liar yang hampir pupus dan terancam. Zoo Melaka ini memainkan peranan penting sebagai pusat Konservasi Hidupan Liar disamping menjadi pusat rekreasi yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

http://www.mphtj.gov.my/257

Seladang - Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang

Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang

Pusat konservasi ini ditubuhkan dalam tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi.

Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 Jabatan telah menangkap empat ekor Seladang jantan dan dua ekor Seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor Seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap Seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus. Kelahiran pertama anak Seladang dalam kurungan pada 12hb April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari tahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan Seladang ialah 33 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan. Selain itu, Jabatan PERHILITAN juga telah mengadakan program kerjasama dengan pihak MARDI dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (Aplikasi Bioteknologi di dalam Konservasi dan Pembiakan Hidupan Liar yang Bernilai Komersil) pada 3 Oktober 2005. Di mana, ia melibatkan program pembiakan spesies Seladang di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu kepada penambahan bilangan Seladang di dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan biotek terkini. http://temerlohpahang08.blogspot.com/2008/05/seladang-pusat-konservasi-hidupanliar.html

Re: Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang


Deto_8 on Tue Mar 23, 2010 9:45 am

Tempat ini merupakan pusat untuk menjinakkan seladang yang ditangkap. Ini dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan ini. Para pengunjung dibenarkan melihat seladang secara lebih dekat jika berkunjung ke sini. Untuk melihat kesemua hidupan ini, pengunjung perlu berjalan kaki mengelilingi kesemua kandangkandang yang ada di mana seladang di tempatkan. Secara keseluruhannya terdapat 36 ekor seladang di tempatkan di dalam 5 kandang besar yang disediakan. Walaubagaimanapun ada seladang yang akan dipindahkan. Kesemua seladang ini di beri

nama mengikut jantina seperti Noni, Pooja, Ciku, Mawar, Michael, Ogy dan sebagainya. Terdapat juga seladang yang jinak dan boleh bermesra dengan pengunjung. Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat penyelidikan pelajar-pelajar Universiti dan juga sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing. Sebagai maklumat untuk para pengunjung, apabila seladang mengamuk atau 'naik angin' ia boleh di redakan dengan menggunakan ranting kayu atau batu halus kerana haiwan ini takut pada keduaduanya. Para pengunjung tidak perlu risau akan keselamatan diri apabila berkunjung ke sini kerana seladang-seladang di tempatkan di dalam kandang besi yang kukuh.

sumber : temerlohpahang08.blogspot

_________________ bangga menjadi pioneer....bangga juga melihat orang lain berjaya...TAHNIAH!

http://tokgajahfanatic.forumotion.com/t1292-pusat-konservasi-hidupan-liar-jenderakselatan-pahang

Pusat Konservasi Seladang

Tgh mengeringkan peluh setelah mendaki tangga ke tingkat 13. Actually starting from today, aku berazam untuk tidak lagi menggunakan lif kecuali untuk saat2 kecemasan. Wah...baguskan azam aku, bukan apa sekarang badan aku dh makin tembam, lesu, penat, malas semua bersatu menjadi 1 hehehe..tgk gmbr pun frust sbb wow..bulatnya muka aku huhu....cedey mak! dah..dah le citer joyah tu sume. Ni nk citer first time aku berhadapan n menyentuh seladang, my feveret animal hehehe..errr..agak2 kalo aku bela buat binatang peliharaan blh tak ek?

Pada 12-14hb yang lalu, kami dikehendaki menghadirkan diri ke Taman Negara untuk program berjimba heheheh..xde la, program suka2 je...pas tu nk g taman negara ni kena lalu kuala krau dimana

terletaknya pusat konservasi seladang. Kami iaitu aku, anjang n pn laila dh berkira2 utk singgah time otw balik nanti. Maka, pengembaraan bermula huhu...ptg 14hb tu, kira2 jam 4.30 petang, kami menyusuri jalan berbatu n bertahi lembu (wah...mmg kaya binatang liar aka lembu di kawasan felda nih), nk ke sana kami kena menempuh perjalanan +-12km masuk ke dalam Felda Jenderak Selatan..n dgn konfidennya kereta kementerian tu nk la masuk pagar pusat nih. Tetiba kami dihalang oleh guard kt situ..Huk aloh..igt tempat ni mcm kt Kuala Gandah tu tp rupa2nya dia x bukak utk public...dgn kefrustan yg menonggeng, berpatah baliklah kami semua... Nk dijadikan cerita, masa kt Tmn Negara si Ana ni sebilik dgn officer PERHILITAN, namanya Beatrix Sim...dptlah idea utk menelefon kawan ni, nk mintak bantuan utk kami masuk. N alhamdulillah, dgn niat yg murni hehehehe dapatlah kami masuk, berjumpa dgn En. Saiful, dia punya pegawai kt sana. Patutlah yg first td x dpt masuk, kami nk jumpa seladang, seladang mana yg kenal kami..bila ckp nk jumpa En. Saiful trus dpt masuk hehehhe...(bercerita sambil melompat riang)

Ok2... Sedikit latar belakang, Pusat ini dibuka pada tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia.Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi. Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 PERHILITAN telah menangkap 4 ekor seladang jantan dan 2 ekor seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap seladangseladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus. Kelahiran pertama anak seladang dalam kurungan pada 12hb April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari setahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan seladang di puasat ini berjumlah 33 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu

mengikut keperluan.

Yang ni aku bersama Waja, seladang yang lahir di pusat ini pada tahun 2007, umur dia 4 tahun dgn berat kira2 800kg. Waja ni manja n tak mendengus macam seladang2 lain kt pusat ini. Kira, kita blh gosok2...n baru aku tau kenapa seladang ni berminyak..rupa2nya secara semulajadi tubuh seladang mengeluarkan minyak untuk menghalang daripada gigitan serangga.

Oklah Waja, kami nk balik hah. walaupun tak lama kt sini, at least aku dapat melihat seladang secara dekat. Dan kt kandang sebelah sebenarnya kami telah diberi warning oleh 2 ekor seladang betina (cuba tgk kt belakang aku tu, ada kandang lain yg menempatkan 6 ekor seladang betina) yg berdengus kt kami. kemuncaknya en saiful ajak kami balik bila salah seekor daripada seladang betina tu meluru ke arah kami dgn dengusan n siap main sepak2 tanah lagi. Mungkin mereka tak biasa tgk kami..masa tu pn.laila, ana n anjang dh ke belakang, berfikir mana nk lari kalo2 seladang ni dapat lompat daripada pagar tuh hahaha....

Aku keluar drp Pusat konservasi Seladang dgn gembira n berazam untuk kembali lagi..TQ En. Saiful atas layanan n bantuan. Aku akan kembali lagi..pasti!!!! http://kecopong.blogspot.com/2011/10/pusat-konservasi-seladang.html