Anda di halaman 1dari 12

TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.

Islam mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai. Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka. Allah SWT berfirman :

"Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun)". (Surah Al-Israk ayat 23)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Israk ayat 24) FirmanNya lagi :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan." (Surah al-Ahqaf ayat 15) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim) Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa. Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, "Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw)." (Riwayat Muslim) Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan." Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya di dalam Al-Quran :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman ayat 14)

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau - dengan akal fikiranmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan." (Surah Luqman ayat 15) Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam. Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan uuh' atau aah' dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari) Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu." (Riwayat Muslim) Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya. Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. DICATAT OLEH IBNU MUSLIM DI 8:50 PG 0 ULASAN

Adab Terhadap Ibu Bapa Firman Allah SWT; Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya (Al-Ankabut ayat 8 ) Sabda Nabi SAW; Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a, katanya : Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi : Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah. Beliau berkata lagi: Baginda SAW telah berbicara kep ada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. [Hadis riwayat Bukhari] Hukum berbakti kepada ibubapa Berbakti kepada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim adalah wajib. Al-Birr (berbuat kebaikan/ berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga. Sebab turun ayat 8 Surah Al-Ankabut Imam Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi meriwayatkan: Ibu Saad bin Abi Waqqas r.a. iaitu Hamnah binti Sufyan bin Umayyah. Ibu beliau merupakan sepupu kepada Abu Sufyan bin Umayyah telah bersumpah tidak akan bercakap dengan Saad r.a. selama -lamanya, sehingga beliau kufur dengan agamanya (agama Islam). Ibunya juga berkata kepada beliau: Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu. Aku ini adalah ibumu. Aku menyuruhmu dengan perkara ini ( iaitu keluar dari Islam). Lalu turunlah ayat 8 Surah Al -Ankabut ( Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya ) Pelengkap ayat di atas dalam Surah Al-Ankabut ialah: Jika mereka berdua bersungguh-sungguh mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah kamu taat kepada mereka. Hanya kepada-Ku tempat kembali kamu semuanya. Kemudian Aku akan memberitahu kamu tentang segala apa yang kamu kerjakan (di dunia dahulu). [AlAnkabut Ayat 8] Huraian Hadis Abdullah bin Masud r.a. Abdullah bin Masud salah seorang ulama fiqh di kalangan para sahabat r.anhum. Beliau telah menyertai Perang Badar dan semua perang lain bersama Nabi SAW. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a, katanya : Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya. Maksudnya : Mengerjakan solat dalam waktunya secara tunai, bukan qadha di luar waktunya. Mengerjakan solat pada awal waktu lebih baik dan mulia, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ummu Farwah r.anha. bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda : Amalan yang paling mulia ialah solat pada awal waktunya. Beliau bertanya lagi : Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian berbakti kepada ibubapa. Abdullah bin Masud bertanya lagi, kemudian Nabi SAW memerintahkan supaya berbakti kepada kedua ibu bapa. Maksudnya berbuat baik, melakukan perkara yang elok kepada mereka dan membuat perkara yang menggembirakan mereka seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 8.

Syarat Ketaatan Ayat dan hadis ini berpesan tentang hak kedua ibu bapa, dan memerintahkan supaya taat kepada mereka, sekalipun mereka kafir. Tetapi jika mereka menyuruh anak mereka supaya syirik kepada Allah Taala, sebagaimana tindakan ibu Saad kepada Saad, maka wajiblah menderhaka mereka dalam hal tersebut. Dalam ayat ini terdapat penjelasan tentang perkara yang mujmal (tidak dijelaskan), lalu ia dijelaskan oleh Hadis Nabi SAW ini; Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasaie meriwayatkan daripada Ali r.a. bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda: Tidak harus taat kepada sesiapa pun dalam menderhaka Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melakukan perkara baik. Imam Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Imran dan Al-Hakam bin Umar Al-Ghifari r.anhuma. bahawa Rasul Allah SAW bersabda: Tidak harus taat kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Mencipta. Wassalam. Susunan: Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri, Universiti Mohammad V, Rabat Agdal, Kingdom Of Morocco. Sumber- Kitab Al-Muntakhab, Hadis Bab Adab dalam Sahih Bukhari DICATAT OLEH IBNU MUSLIM DI 8:46 PG 0 ULASAN ISNIN, 15 NOVEMBER 2010 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431H DICATAT OLEH TOK IM

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak Ibu mengandung akan melahirkan anak Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka CARA MENGHORMATI IBU BAPA 1. Dari Segi Percakapan Bercakap dengan sopan santun Bercakap dengan penuh hormat Merendahkan suara Menggunakan perkataan yang baik Menunjukkan muka yang manis Tidak membantah kata-kata mereka. Tidak menyakiti perasaan mereka. 2. Dari Segi Pergaulan Mencium tangan mereka ketika hendak keluar Meminta izin mereka sebelum keluar Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka. Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki. Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar. Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam. SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA Merupakan perintah Allah S.W.T. Sunnah Rasulullah S.A.W. Sebagai balasan jasa baik mereka Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA 1. Semasa Mereka Hidup Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua Selalu menziarahi mereka Mendoakan kesejahteraan bagi mereka Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian. Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah. Merawati mereka ketika sakit. Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA! 2. Setelah Mereka Meninggal Dunia Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka Membayar hitang mereka sekiranya ada Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak Berbuat baik kepada rakan mereka Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA! AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t Dibenci oleh allah s.w.t Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat Mendapat dosa besar Institusi keluarga akan hancur Masyarakat menjadi kucar-kacir Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T Dihormati dan dikasihi oleh manusia Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T Jiwa tenang dan tenteram Ikatan kekeluargaan bertambah erat About these ads

ADAB KEPADA IBU BAPA Pergertian Bersopan santun kepada ibu dan bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkath laku. Hukum Wajib

Ibu tetap ibu. Tiada apa padanya pabila tua hanya melainkan doa.

Perintah Allah Taala agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa Surah Al Isra :23 "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya (Allah) semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa

Perintah Allah Taala 14} ***** Surah Luqman :14 "Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua orang ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya dan tempoh mencairkan susunya dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Aku dan kepada kedua ibu bapamu dan ingatlah, kepada Aku juga tempat kembali Ayat di atas menjelaskan supaya kita bersyukur kepada Allah Taala dan ibu bapa. Renungkanlah kesusahan dan kepayahan ibu yang mengandung mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan seorang anak, bersusah payah menjaga sewaktu kecil dan menyusui kerana ingin melihat anaknya membesar dan bahagia

Peringatan Allah Taala lagi

Surah Al Isra :23 "..jika salah satu daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengkin mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)

Tata cara adab pergaulan dengan ibu bapa Mengasihi dan mendoakan kebahagian dan kesejateraan dan buat kedua-duanya ketika mereka hidup dan memohon kempunan dan rahamat Allah apabila mereka sudah tiada lagi di dunia Mengormati dihadapan dan dibelakang mereka Memberi salam ketika kembali ke rumah atau keluar daripada rumah Bersopan santun apabila berkomunikasi dengan mereka Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak menyalahi perintah dan hukum Allah Berterima kasih setiap kali pemberiannya dan curahan kasih sayangnya Menjaga perasaan kedua-duanya terutama apabila mereka semakin tua Menolong dan membantu mereka dirumah

Hikmah menghormati ibu bapa mendapat keredhaan dan rahmat Allah taala dihormati dan dikasihi oleh manusia memperoleh kebahagian hidup didunia dan akhirat dikurniakan pahala yang banyak disisi Allah jiwa tenang dan tenteram

Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab. Segera menjawab panggilan mereka. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ). Mendoakan keampunan bagi mereka. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah. Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya. Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat. Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka. Amalan dan Petua Ulamak Silam. m/s : 22. Like

Firman Allah SWT; Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya (Al-Ankabut ayat 8 ) Sabda Nabi SAW; Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a, katanya : Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi : Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah. Beliau berkata lagi: Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. [Hadis riwayat Bukhari] Hukum berbakti kepada ibubapa Berbakti kepada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim adalah wajib. Al-Birr (berbuat kebaikan/ berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga. Sebab turun ayat 8 Surah Al-Ankabut Imam Ahmad, Muslim dan at-Tirmizi meriwayatkan: Ibu Saad bin Abi Waqqas r.a. iaitu Hamnah binti Sufyan bin Umayyah. Ibu beliau merupakan sepupu kepada Abu Sufyan bin Umayyah telah bersumpah tidak akan bercakap dengan Saad r.a. selama -lamanya, sehingga beliau kufur dengan agamanya (agama Islam). Ibunya juga berkata kepada beliau: Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu. Aku ini adalah ibumu. Aku menyuruhmu dengan perkara ini ( iaitu keluar dari Islam). Lalu turunlah ayat 8 Surah Al -Ankabut ( Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya ) Pelengkap ayat di atas dalam Surah Al-Ankabut ialah: Jika mereka berdua bersungguh-sungguh mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah kamu taat kepada mereka. Hanya kepada-Ku tempat kembali kamu semuanya. Kemudian Aku akan memberitahu kamu tentang segala apa yang kamu kerjakan (di dunia dahulu). [AlAnkabut Ayat 8] Huraian Hadis Abdullah bin Masud r.a. Abdullah bin Masud salah seorang ulama fiqh di kalangan para sahabat r.anhum. Beliau telah menyertai Perang Badar dan semua perang lain bersama Nabi SAW. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a, katanya : Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya. Maksudnya : Mengerjakan solat dalam waktunya secara tunai, bukan qadha di luar waktunya. Mengerjakan solat pada awal waktu lebih baik dan mulia, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ummu Farwah r.anha. bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda : Amalan yang paling mulia ialah solat pada awal waktunya. Beliau bertanya lagi : Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian berbakti kepada ibubapa. Abdullah bin Masud bertanya lagi, k emudian Nabi SAW memerintahkan supaya berbakti kepada kedua ibu bapa. Maksudnya berbuat baik, melakukan perkara yang elok kepada mereka dan membuat perkara yang menggembirakan mereka seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 8. Syarat Ketaatan

Ayat dan hadis ini berpesan tentang hak kedua ibu bapa, dan memerintahkan supaya taat kepada mereka, sekalipun mereka kafir. Tetapi jika mereka menyuruh anak mereka supaya syirik kepada Allah Taala, sebagaimana tindakan ibu Saad kepada Saad, maka wajiblah menderhaka mereka dalam hal tersebut. Dalam ayat ini terdapat penjelasan tentang perkara yang mujmal (tidak dijelaskan), lalu ia dijelaskan oleh Hadis Nabi SAW ini; Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasaie meriwayatkan daripada Ali r.a. bahawa Rasul Allah SAW telah bersabda: Tidak harus taat kepada sesiapa pun dalam menderhaka Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melakukan perkara baik. Imam Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Imran dan Al-Hakam bin Umar Al-Ghifari r.anhuma. bahawa Rasul Allah SAW bersabda: Tidak harus taat kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Mencipta. Wassalam. Susunan: Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri, Universiti Mohammad V, Rabat Agdal, Kingdom Of Morocco. Sumber- Kitab Al-Muntakhab, Hadis Bab Adab dalam Sahih Bukhari

BAHAN BACAAN Bicara Pengerusi Sidang Setiausaha Minda Siswi Direktori Artikel Salam Perantau Email Pilihan Semasa Cari Artikel Tarbiyah ARTIKEL PILIHAN Ramadhan Bulan Jihad Nafsu Pemuda: Di Ambang Ramadhan, Sudah Bersiapkan Kita? Awas "Belitan Ular Sawa" Nilai Hidup Menurut Islam Motivasi: Allah itu jauh? GALERI

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak Ibu mengandung akan melahirkan anak Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka CARA MENGHORMATI IBU BAPA 1. Dari Segi Percakapan Bercakap dengan sopan santun Bercakap dengan penuh hormat Merendahkan suara Menggunakan perkataan yang baik Menunjukkan muka yang manis Tidak membantah kata-kata mereka. Tidak menyakiti perasaan mereka. 2. Dari Segi Pergaulan Mencium tangan mereka ketika hendak keluar Meminta izin mereka sebelum keluar Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka. Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki. Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar. Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam. SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA Merupakan perintah Allah S.W.T. Sunnah Rasulullah S.A.W. Sebagai balasan jasa baik mereka Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA 1. Semasa Mereka Hidup Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua Selalu menziarahi mereka Mendoakan kesejahteraan bagi mereka Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian. Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah. Merawati mereka ketika sakit. Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA! 2. Setelah Mereka Meninggal Dunia Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka Membayar hitang mereka sekiranya ada Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak Berbuat baik kepada rakan mereka Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA! AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t Dibenci oleh allah s.w.t Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat Mendapat dosa besar Institusi keluarga akan hancur Masyarakat menjadi kucar-kacir Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T Dihormati dan dikasihi oleh manusia Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T

Jiwa tenang dan tenteram Ikatan kekeluargaan bertambah erat About these ads

Photography by Nikaizu Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan. Dewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham. Yang lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia. Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting. Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu (Luqman, 31: 14) Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua - dua ibu bapa (al-Ahqaf, 46: 15) Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa. Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang ti dak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami. (Hadis riwayat Tabrani). RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini. Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa. (Hadis riwayat at Tirmizi) Sebagai contoh mudah, cerita lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah menjadi nahkoda kapal, mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan berdoa kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya. Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian. Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ah, cis, uh dan sebagainya. Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ah terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (al-Isra, 17: 23 ) Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup. Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil (al -Isra, 17: 24) Menghormati dan berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat. wmazmi / Photo by: www.nikaizu.com