Anda di halaman 1dari 5

ITEM ISD KEMAHIRAN MENGEJA.

objektif: untuk mengenalpasti sama ada murid dapat 1. mengeja perkataan mudah dengan betul atau tidak. 2. mengeja perkataan sebagaimana yang disebut atau tidak 3.menyusun abjad dalam perkataan sebagaimana yang sepatutnya. 4.meletakkan suku kata sesuatu perkataan di tempat yang betul. 5. membezakan bunyi abjad yang hampir sama yang terdapat dalam suku kata

ITEM ISD KEMAHIRAN MEMBACA


objektif: guru ingin mengenalpasti bahawa 1.murid dapat membaca teks panjang dengan betul menggunakan tanda baca yang ada. 2.murid tidak meninggalkan perkataan yang tertentu semasa membaca teks yang panjang. 3.murid tidak menambah perkataan sendiri dalam ayat yang dibaca. 4.murid tidak menyebut perkataan lain selain perkataan yang sepatut dibacanya. 5.murid tidak membaca ayat secara melangkau baris dengan meninggalkan baris-baris ayat yang tertentu dalam teks panjang. 6.murid dapat membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding//diftong//diagraf//konsonan berganding. 7. murid tidak berasa was-was atau teragak-agak semasa membaca.

ITEM ISD KEMAHIRAN MENULIS


objektif:guru ingin mengenalpasti sama ada 1.hasil kerja murid kemas atau tidak. 2. murid mencapuradukkan huruf besar dengan huruf kecil dalam satu perkataan. 3.murid menulis mengikut garisan yang disediakan. 4. saiz huruf murid sama atau sebaliknya. 5.murid mampu menyalin semula dengan lengkap maklumat yang ditulis pada papan tulis. 6.murid mampu menulis semula semua maklumat yang disebut oleh guru. 7.tulisan murid boleh dibaca atau sebaliknya. 8.murid menulis dengan jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain atau sebaliknya.

ITEM ISD KEMAHIRAN MATEMATIK.


Objektif:guru mengenalpasti sama ada 1.murid dapat mengenalpasti kumpulan yang mempunyai himpunan objek yang banyak//sama banyak//sedikit. 2.murid dapat membuat perbandingan dari segi ukuran//saiz//berat timbangan//bilangan. 3. murid dapat menyusun nombor mengikut urutan menaik//menurun 4.murid dapat membilang mengikut urutan menaik//menurun bermula dari awal//tengah 5. murid memahami konsep nilai tempat 6. murid keliru atau tidak dengan maksud simbol. 7.murid dapat membaca waktu.

8.murid dapat mengira wang 9. murid dapat mengikut peraturan dan prosedur untuk menyelesaikan masakah pengiraan matematik. 10. murid dapat membezakan bentuk nombor. 11. murid dapat membezakan nilai besar dan kecil TAMBAHAN NOTA: Kesalahan-kesalahan dari segi bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan. Membaca lambat dan teragak-agak. Mengikut bacaan dengan jari. Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali. Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi. Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat. Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak. Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya. Menyusun perkataan dengan susunan yang salah. Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja. Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu. Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa. Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam. Menulis secara mirror writing. Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d. Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang. Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi. Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja. Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang. Tidak dapat menulis huruf yang disebut. Tidak dapat memilih huruf yang disebut. Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama. http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/09/ciri-ciri-kanak-kanak-disleksia.html Masalah Yang Sering dihadapi oleh Kanak-Kanak Disleksia Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat - cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 35-8 9-6 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/09/masalah-yang-sering-dihadapi-olehkanak.html CIRI DAN MASALAH KANAK DISLEKSIA 1. Bahasa dan Pertuturan - Kesukaran fonologikal dalam proses pertuturan termasuklah ( perkataan, salah sebut, mencampur adukkan perkataan, lemah sintaksis 2. Urutan ( sequencing ) - kesukaran visual dan audiotori. Sukar dalam memadan, mengasing, sukar memakai pakaian, masalah membuka/tutup paip, butang baju, buka pintu.

3. Kemahiran motor -motor kasar dan halus ( penggunaan garpu, sukar gunting, menekap, memegang pensil, ikat tali leher, melompat, menangkap bola, sukar naik tangga,naik basikal, menyiapkan kerja, berenang, arahan kiri, kanan, undur, maju kehadapan. 4. LATERALITI - Lateraliti bersilang menggunakan kedua belah bahagian kiri dan kanan dalam melakukan pekerjaan. ( contoh : sepak kaki kiri, lensa kamera mata kanan) Masalah Murid Disleksia 1. Keliru dengan bentuk huruf seakan-akan sama. Contoh : ( h --n, c -- e, f -- t, g --q ) 2. Keliru huruf yang terbalik. Contoh : ( w -- m, h -- y, u -- n ) 3. Keliru huruf songsang. Contoh : ( p -- q , b -- d ) 4. Keliru dengan bunyi seakan-akan sama Contoh : ( b -- p, d -- t, m -- n 5. Keliru dengan konsonan berganding Contoh : ( sy, ny ) 6. Keliru semasa menyebut bunyi suku kata Contoh : ( lari disebut lali ) MASALAH MATEMATIK Keliru dengan nilai nombor Keliru angka 6 : 9 Bilang mengikut urutan. Keliru dengan angka belas Tidak boleh mengenal angka Tidak boleh menulis angka dengan betul Tidak boleh melengkap nombor turutan menaik. Tidak boleh menyusun dua kumpulan nombor untuk menjadi ayat matematik Tidak boleh menulis ayat matematik bagi operasi tolak MASALAH PERTUTURAN

Lisan Artikulator tidak sempurna Sebutan kurang jelas Intonasi bacaan

Lisan Artikulator tidak sempurna Sebutan kurang jelas Intonasi bacaan MASALAH DALAM PEMBELAJARAN

Lemah dalam bacaan Lemah menyelesaikan masalah matematik Perlakuan mengigit jari dan pen ketika melakukan kerja bertulis Bahasa lisan baik dibandingkan daripada penulisan

Tulisan sukar dibaca, menekan semasa menulis, Kerap menggunakan pemadam dan tidak memulakan huruf besar memulakan ayat

Lemah dalam bacaan Lemah menyelesaikan masalah matematik Perlakuan mengigit jari dan pen ketika melakukan kerja bertulis Bahasa lisan baik dibandingkan daripada penulisan Tulisan sukar dibaca, menekan semasa menulis, Kerap menggunakan pemadam dan tidak memulakan huruf besar memulakan ayat http://yaaan33.blogspot.com/2009/08/desleksia-ciri-kanak-bermasalah.html Dyslexia Online