Anda di halaman 1dari 13

Kompetensi kecerdasan emosi

Elemen elemen emosi

Pembentangan oleh: Hazwan Hafezee Hajar syukriah

Apa itu emosi??


Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing

Emosi dan perasaan manusia pada amnya mempunyai unsur-unsur yang positif dan negatif. Kegembiraan, keriangan dan kesukaan adalah bentuk-bentuk emosi yang positif kemarahan, kesedihan dan kemurungan melambangkan emosi yang negatif.

Konsep kecerdasan
Kecerdasan ialah keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Teori Vygotsky mengatakan bahawa konsep kecerdasan seharusnya meliputi keupayaan menggunakan kemahiran mengajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding Sternberg( 1982 ) mengatakan kecerdasan sebagai hasil daripada keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia melalui proses kawalan metakognisi

Contoh Elemen emosi positif


Keseronokan kamus dewan edisi keempat : perihal keadaan atau rasa seronok Tomkins salah satu emosi asas manusia Perasaan seronok dapat dilihat dalam pelbagai keadaan samaada kita merasai sendiri atau melihat keseronokan orang lain

contoh
Ibu bapa pasti seronok atau gembira apabila melihat anak mereka perolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran Kita merasa seronok apabila ada orang yang mengambil berat keadaan kita apabila kita sakit Pelajar seronok mendapat kemenangan dalam pertandingan

Contoh elemen negatif


DENGKI Dengki, hasad atau iri hati yang tidak baik ialah perasaan tidak senang atau tidak rela bila orang lain mendapatkan nikmat anugerah dari Tuhan, serta menghendaki hilangnya nikmat itu dan agar supaya nikmat tadi berpindah kepadanya Dengki juga boleh diklasifikasikan sifat keji dan tercela

Perbuatan dengki dilakukan pelbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk Perbuatan itu boleh berlaku melalui penyebaran fitnah, cacian dan umpatan Sifat dengki mungkin juga dilakukan secara tindakan fizikal seperti memukul dan membunuh. Pembunuhan pertama sesama manusia berpunca perasaan dengki

Contohnya Peristiwa itu membabitkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri Seseorang yang dengki melihat kejayaan orang lain di bomoh untuk gagal dalam pekerjaannya Seseorang yang berjaya difitnah melakukan perbuatan sumbang disebabkan perasaan iri hati orang lain melihat kejayaannya.

Elemen positif yang lain


Cinta Kasih sayang Ketawa Bersyukur Tenang

Elemen negatif yang lain


Dendam Pilih kasih Marah Sedih Malu

Kesimpulan
Setiap individu mempunyai bermacam-macam emosi samada sedih atau gembira bergantung kepada masa dan situasi keadaan Elemen positif amat bagus bagi diri setiap orang kerana menjadikan sesorang itu lebih bermotivasi dalam hidupnya Elemen negatif perlu dikurangkan agar kita dapat merasai kehidupan yang gembira dan seronok apabila bersama komuniti yang lain

Sekian terima kasih Kalau ada jarum yang patah, Jangan dibuang merata-rata Andai ada salah dan salah Tangan dihulur maaf dipinta..