Anda di halaman 1dari 39

BELAJAR CARA BELAJAR

DEFINISI

Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).

DEFINISI
Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka
i. Peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. ii. Murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka iii. Dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai Guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

MATLAMAT BELAJAR CARA BELAJAR (GURU)


Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid Membimbing guru mengenal pasti startegi pembelajaran yang sesuai untuk murid. Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan contoh rancangan pengajaranpembelajaran untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR


Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad. Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad. Sikap tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR


Murid perlu belajar untuk memperolehi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan. Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajar dalam matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid

OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR (MURID)


Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran mendengar dengan berkesan. Kemahiran mengingat Kemahiran membaca

Kemahiran menulis

Kemahiran mencatat nota

Kemahiran Mendengar dengan Berkesan


Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses.

PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR


Apa yang didengar

Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar

Mengapa perlu mendengar

Bagaimana mendengar dengan berkesan

Siapa yang didengar

APAKAH YANG DIDENGAR

Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi, muzik, ucapan, arahan, lakonan, lagu, berita, pengumuman, syarahan dan pelbagai lagi.

MENGAPA PERLU MENDENGAR


Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan pengetahuan dari apa yang didengar. Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. Untuk mengetahui perkembangan semasa. Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.

SIAPA YANG DIDENGAR

Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan mereka yang memberikan pendapat.

BAGAIMANA MENDENGAR DENGAN BERKESAN


Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh perhatian terhadap apa yang disampaikan. Pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang tenang dan selesa.

BAGAIMANA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR


Kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara memotivasikan diri untuk memberikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu. Mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai. Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis.

KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu:
i. ii. iii. iv. Luncuran Imbasan Bacaan Intensif Bacaan laju

1. SKIMMING/LUNCURAN
Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera. Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

2. SCANNING/IMBASAN
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan. Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

4. BACAAN INTENSIF
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan yang tinggi dan mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca. Tujuan untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

4. BACAAN LAJU
Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Contohnya dengan membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan. Untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk memperolehi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas.

KEMAHIRAN MENULIS

Menulis Laporan Kemahiran menulis cepat

KEMAHIRAN MENULIS LAPORAN


Memilih topik sekiranya tidak diberikan. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik. Membuat nota . Menyediakan kerangka laporan.

Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik. Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai. Menyemak draf. Membuat pemurnian dan menulis draf kedua. Menerbitkan laporan.

KEMAHIRAN MENULIS CEPAT


Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut: Kelajuan menulis. Tulisan yang boleh dibaca. Kandungannya difahami.

KEMAHIRAN MENGINGAT
Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja

Manakala ingatan jangka panjang adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan. Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:
i. Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan. ii. Menyimpan maklumat iii. Mengingat kembali maklumat.

KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid.

Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

STRATEGI METAKOGNISISI

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses seperti berikut:
i. Merancang apa yang dipelajari. ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. iii. Menilai apa yang dipelajari.

PROSES MATAKOGNITIF
a. Proses Merancang Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.

b. Proses Memantauan Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti:
i. ii. iii. iv. Apakah soalan yang perlu saya kemukakan? Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?

c. Proses Menilai Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
i. Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? ii. Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya? iii. Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?

Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.

RUMUSAN
Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang memaksa . Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang.

Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.

Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:
i. Kemahiran belajar ii. Kemahiran maklumat iii. Strategi metakognitif

Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat dan strategi metakognitif yang mana murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku.

RUJUKAN
Ee Ah Meng. Pedagogi Satu Pengenalan, edisi ketiga. Kuala Lumpur. Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1992

Ee Ah Meng. Seri Pendidikan Guru, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1995
Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Belajar Cara Belajar.

Anda mungkin juga menyukai