Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN KEPADA GURU PSV - SUBJEK PSV3107 Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.

Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak2. Mengikut Sukatan PSV KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Sehubungan dengan itu mengapa guru perlu memahami Teori Perkembangan Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Beri pendapat anda sebagai seorang guru PSV.

Jawapan:

Secara ringkasnya, guru PSV perlu memahami teori-teori perkembangan ini kerana:

1) Dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran PSV yang berkesan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid

2) Dapat meningkatkan kemampuan seorang guru PSV dalam membantu muridmurid untuk memperkembangkan atau meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi mereka

3) Guru juga akan mampu mewujudkan situasi pembelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid.

4) Membantu guru untuk menjadi seorang guru PSV yang lebih baik, kreatif dan inovatif

5) Guru dapat mengenal potensi dan kemampuan diri sendiri seterusnya mengenal dunia seni dengan lebih mendalam.

6) Dapat membantu guru untuk mengenalpasti masalah-masalah murid yang mungkin timbul semasa sesi pembelajaran PSV dijalankan seperti masalah tingkah laku.

7) Guru akan dapat membantu murid-murid mengenal diri dan memahami diri mereka sendiri.

8) Dapat merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.

9) Dapat mengenalpasti tahap kemampuan imaginasi, ekspresi dan kreativiti murid.

Menurut Lowenfeld (1975), beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini jelas dan disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.Dalam pembelajaran PSV, terdapat beberapa teori perkembangan berkaitan seni dan kreativiti yang ditekankan. Antaranya Teori Perkembangan Kreativiti Fisher, Teori Perkembangan Artistik Lowenfeld, Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Perkembangan Kreativiti Wallas, Teori Kreativiti Laura Chapman dan beberapa lagi teori-teori yang terkenal.

Teori-teori ini merupakan panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran PSV yang berkesan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid. Jika dilihat secara khusus dalam konteks pendidikan seni visual, seseorang guru itu perlu memahami Teori Perkembangan Pembelajaran Dalam PSV kerana teori-teori ini dapat meningkatkan kemampuan seorang guru PSV dalam membantu murid-murid untuk memperkembangkan atau meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi mereka semasa pembelajaran PSV dijalankan. Guru juga akan mampu mewujudkan situasi pembelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid.

Pemahamanan terhadap teori-teori ini juga akan membantu guru untuk menjadi seorang guru PSV yang lebih baik di samping dapat mengenal potensi dan kemampuan diri sendiri seterusnya mengenal dunia seni dengan lebih mendalam. Ini penting kerana guru PSV perlu mempunyai kreativiti yang tinggi sebelum dapat menggalakkan perkembangan kreativiti para pelajar. Seorang guru yang

berkemahiran akan mampu menjadikan pemikiran kreatif para pelajarnya befungsi dengan sebaik mungkin.

Selain daripada itu, pemahaman terhadap teori-teori ini juga akan dapat membantu guru untuk mengenalpasti masalah-masalah murid yang mungkin timbul semasa sesi pembelajaran PSV dijalankan seperti masalah tingkah laku. Dengan memahami dan mengaplikasikan teori yang bersesuaian seperti Teori Psikoanalitik Sigmun Frued, guru akan faham mengapa murid-murid bertindak sedemikian dan mengenalpasti punca murid berkelakuan sedemikian. Di samping itu guru juga dapat membantu murid-murid mengenal dan memahami diri mereka sendiri. Ini penting kerana perkembangan kreativiti, imaginasi dan ekspresi murid akan terganggu sekiranya masalah yang dialami oleh murid berkenaan dibiar berterusan tanpa sebarang tindakan yang diambil. Hasilnya intervensi yang bersesuaian dapat dirancang dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.

Seterusnya dengan pemahaman yang jelas tentang teori-teori ini guru akan dapat mengenalpasti tahap kemampuan imaginasi, ekspresi dan kreativiti murid. Tahap kemampuan murid adalah berbeza dan sangat luas antara satu murid dengan murid yang lain berdasarkan faktor yang mempengaruhi murid tersebut. Dengan menggunakan pendekatan yang sesuai seperti yang disarankan dalam teori-teori yang diperkenalkan, guru akan dapat meningkatkan krativiti murid-murid yang lemah di samping meningkatkan lagi kreativiti murid yang sememangnya kreatif dengan merancang aktiviti-aktiviti seni yang lebih tersusun bagi menjamin proses pembelajaran yang bermutu dan berkesan.