Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.

00 PAGI)

MASA

QUE/CATATAN

ANN/TEKS

Assalamualaikum wbth, Salam 1 Malaysia.

Semoga majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama.

1.Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan atau menukarkan nada deringan telefon bimbit masing-masing kepada mode senyap.

2.Hadirin juga diminta berdiri semasa pengumuman ketibaan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia sebagai mengalu-alukan kedatangan beliau dan juga ketika pengumuman keluar beliau dari dewan ini.

3.Majlis juga memohon para hadirin untuk bersama-sama berdiri nanti bagi mengalunkan Lagu Negaraku. Majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

Diumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Diiringi oleh,

Yang Berusaha Tn. Hj. Osman b. Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

dan para tetamu kehormat masuk ke dewan.

Nyanyian Lagu Negaraku ..nyanyian..

Majlis mengucapkan terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN SALUTASI

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat IIlahi, Allah yang maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha BIjaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaan-Nya di langit dan di bumi.

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirahmanirahim. Rujuk lampiran Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Dari Dewan Nik Mohd Mohyiden Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, tetamu-tetamu kehormat, dan hadirin sekalian untuk menjayakan Program Syarahan Perdana Rektor.

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Alfadil Ustaz . untuk membacakan doa Bacaan Doa Amin.amin ya rabbal alamin. Semoga majlis kita diberkati hendaknya.

UCAPAN PENGENALAN

Hadirin yang dimuliakan,

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

UCAPAN PENGARAH

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Osman b. Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Osman b. Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN REKTOR

Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin yang dimuliakan

Inilah saat dan waktu yang dinanti iaitu untuk kita mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia. Majlis dengan penuh rasa takzimnya mempersilakan.

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

Ucapan..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia atas amanat yang telah disampaikan sebentar tadi.

REHAT

Program kita akan berhenti berehat untuk seketika. Program syarahan perdana bersama pelajar akan diteruskan pada jam 10.30 pagi. Mengumumkan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Diiringi oleh,

Yang Berusaha Tn. Hj. Osman b. Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam dan para tetamu kehormat meninggalkan majlis.

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Osman b. Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam diiringi En. Azhari Ismail untuk menyampaikan cerderamata.

Majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada IPG Kampus Pendidikan Islam. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih

Hadirin sekalian,

Dengan ini selesailah sudah Program Syarahan Perdana Rektor kita pada hari ini. Majlis juga mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia atas kesudian hadir untuk menjayakan program ini. Majlis juga mengucapkan sekalung pengargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan

TEKS PENGACARAAN PROGRAM SYARAHAN PERDANA REKTOR (20 APRL 2012,JUMAAT,8.00 PAGI)

program ini. Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat keterlanjuran sepanjang kami mengendalikan majlis.

NYANYIAN LAGU IPG

Mengakhiri majlis pada pagi ini ialah nyanyian Lagu IPG. Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Mengumumkan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili b. Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Diiringi oleh,

Yang Berusaha Tn. Hj. Osman b. Hussain, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam dan para tetamu kehormat meninggalkan majlis.