Anda di halaman 1dari 1

NAMA : RAJALETCHUME A/P UDAYA SOORIAN

KELAS : THN1PT1

SOALAN : Implikasi fitrah manusia kepada guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Pendidikan : satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembangkan potensi individu. persekitaran pembelajaran berkesan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Guru : berperanan membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifat yang ada dalam diri kanak-kanak seperti sifat ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah perlu dipertingkatkan kerana dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan diri sendiri. 3. Implikasi : Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat menggilap potensi intelek kanak-kanak. Contoh, penggunaan bahan maujud dalam pengiraan Matematik Tahun 1 dapt mengembangkan potensi murid untuk berfikir secara logik. Aktiviti kokurikulum di sekolah membantu mengembangkan potensi murid dari segi bakat, sahsiah dan emosi yang baik. Contoh, sifat tolak ansur dan tolong-menolong dalam kerja kumpulan. Pelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pengajaran selaras dengan gaya pembelajaran murid. Guru perlu merangsang murid untuk mengikuti proses p&p dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Contoh, kesediaan dan kesungguhan melaksanakan tugasan atau menjawab soalan. Elakkan membesarkan kesalahan murid. Hargai komitmen yang diberikan murid dan rangsang mereka untuk terus belajar. Aspirasi sekolah yang menekankan kecemerlangan sukan bagi membantu murid-murid mengembangkan potensi jasmani. Murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor diri.