Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Topik Objektif Pembelajaran

: 3 April 2013 : 9.40 pagi 10.40 pagi : 4 Harapan : 31 orang : Memahami ukuran panjang : -Murid dapat menyatakan pelbagai cara mengukur panjang -Murid menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.

Hasil Pembelajaran i. ii. iii. Pendekatan Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada

: Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat : Menyatakan pelbagai cara mengukur panjang sekurang-kurangnya tiga daripada empat cara pengukuran. Menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang menggunakan sistem metrik iaitu mm,cm,m dan km. Menyenaraikan secara lisan sekurang-kurangnya dua daripada tiga alatan pengukuran. : Induktif : Murid mengetahui alatan pengukuran yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti pembaris meter, pembaris pendek dan pita Pengukur.

Kemahiran Proses Sains

: 1) Mendefinisi secara operasi tentang apakah pengukuran 2) Berkomunikasi tentang alatan pengukuran yang biasa digunakan.

Kemahiran Berfikir Sikap dan Nilai Saintifik

: Menghubungkait : Berani, yakin, dan berdikari.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: Alat pengukuran, lembaran kerja, kepingan gambar.

Langkah / Masa
Set Induksi (10 minit)

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Perbandingan pengukuran yang digunakan pada

Guru memulakan pengajaran dengan mempamerkan beberapa contoh kepingan gambar alatan pengukuran zaman dahulu dan alatan pengukuran yang digunakan zaman terkini kepada murid.

zaman purba dan zaman terkini.

Seterusnya guru meminta pandangan murid mengenai gambar yang dipamerkan. Kemudian, guru menyoal murid-murid sekiranya mereka

mengetahui cara pengukuran semasa zaman dahulu dan zaman terkini. Contoh soalan: Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang meja zaman dahulu? Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur panjang meja pada zaman terkini? Guru memulakan pelajaran dengan mengaitkan gambar yang ditunjukkan dengan tajuk yang akan dipelajari. dua

Langkah 1 (15 minit)

Definisi pengukuran -Jarak diantara

Guru memberikan penerangan mengenai tajuk yang dipelajari di papan hitam. Guru meminta murid untuk memberikan perhatian dan membuat catatan ringkas berdasarkan penerangan guru.

titik/tempat/kedudukan.

Guru mengaitkan gambar dengan pengukuran yang digunakan semasa zaman purba. Contohnya : Depa Hasta Jengkal Kaki

Guru meminta murid untuk menunjukkan pengukuran tersebut. Seterusnya, guru mengarahkan murid untuk mencuba dengan mengira panjang meja, pensel, buku dan pemadam. Guru meneruskan pengajaran dengan menerangkan

pengukuran terkini. Langkah 2 (20 minit)

Mengukur meja, pensel buku, dan pemadam alat

Guru meneruskan pengajaran dengan menunjukkan alat-alat pengukuran terlebih dahulu. Guru memperkenalkan setiap alat yang ditunjukkan kepada murid. Guru bertanya kepada murid alat pengukur yang sesuai digunakan untuk mengukur meja ,pensel, buku dan pemadam. Murid mengukur meja menggunakan pembaris meter dan pita pengukur, mengukur pensel dan pemadam menggunakan pembaris pendek, mengukur buku menggunakan pembaris meter.

menggunakan

pengukuran terkini iaitu pembaris meter,

pembaris pendek dan pita pengukur.

Guru menerangkan unit piawai untuk panjang dalam sistem

metrik. Antaranya : Milimiter Sentimeter Meter Kilometer Guru membimbing murid untuk membuat refleksi bahawa mengukur menggunakan alat menggunakan bahagian badan. Guru menyoal murid unit piawai yang digunakan bagi alat yang ditunjukkan. Contoh soalan: Apakah unit piawai bagi pembaris? Apakah unit piawai bagi pita pengukur? pengukur lebih tepat dari

Langkah 3 (10 minit)

Alat pengukuran

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Murid perlu mengukur panjang objek di lembaran kerja menggunakan pembaris pendek, pembaris meter dan pita pengukur.

Penutup (5 minit)

Terdapat

pelbagai

cara

Guru merumuskan isi pelajaran dengan aktiviti soal jawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah dipelajari.

mengukur panjang seperti menggunakan badan seperti angota zaman

Contohnya:

dahulu, pembaris pendek, pembaris meter, dan pita pengukur.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ukuran panjang? 2. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk ukuran panjang? 3. Apakah unit piawai untuk ukuran panjang?

Unit piawai untuk panjang dalam sistem metrik ialah mm,cm,m dan km.