Anda di halaman 1dari 5

Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru.

(a) Terangkan lima jenis tingkah laku bermasalah di dalam bilik Darjah. (b) Huraikan lima cadangan bagi mengatasi halangan kepada pengurusan masalah disiplin bilik darjah.

Soalan (a) Terdapat pelbagai jenis tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dan antaranya adalah murid kurang memberikan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran(p&p) guru dalam bilik darjah. Ini berlaku apabila seseorang murid itu tidak mendengar apabila guru sedang mengajar dan tidak dapat fokus terhadap tugasan yang diberikan. Sebaliknya mereka telah bertindak berbuat bising di belakang kelas sehingga mengganggu perhatian pelajar lain di dalam kelas yang ingin melibatkan diri dalam proses p&p guru berkenaan.

Selain itu, salah satu tingkah laku bermasalah lain di dalam bilik darjah adalah terdapatnya murid yang suka melengahkan kerja ataupun membuat kerja secara sambil lewa. Kelakuan murid-murid ini adalah tidak baik di mana mereka suka bersikap selamba dan melakukan tugasan mengikut jadualnya sendiri tanpa menghiraukan akibatnya. Contohnya, apabila guru memberikan arahan kepada murid untuk menyapu lantai di dalam bilik darjah, murid ini akan mengambil masa yang sangat lama sebelum bertindak ataupun berkelakuan seolah-olah tidak nampak sampah di sekitar mejanya.

Terdapat juga tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah di mana murid suka mengganggu rakan sekelas atau membuli murid lain di dalam bilik darjah. Murid ini suka mengacau rakan sekelasnya, memanggil nama mereka berulang kali atau dengan cara yang tidak betul, mengambil barang rakan atau sengaja membaling gumpalan kertas kearah mereka. Murid seperti ini adalah murid yang bertindak mementingkan diri sendiri di mana mereka suka mengganggu perhatian orang lain di dalam kelas.

Selain itu, tingkah laku yang kurang sopan juga merupakan suatu tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Murid seperti ini selalu bersikap tidak sopan terhadap guru dan rakan sekelas, misalnya menjawab guru dengan nada suara yang menjengkelkan, menunjukkan muka masam atau mengeluarkan bunyi-bunyi sebagai tanda tidak setuju atau bosan dengan aktiviti kelas atau guru. Jika mereka bersikap keterlaluan, mereka juga akan mengeluarkan perkataan lucah dan kesat di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah seterusnya merupakan tingkah laku berbohong atau menipu di dalam bilik darjah. Murid ini mempunyai kecenderungan untuk tidak bercakap benar di dalam bilik darjah. Contohnya, murid ini akan sentiasa memberi alasan yang berbagai-bagai apabila diminta menghantar tugasan yang diberikan oleh guru, misalnya menyatakan kerja rumahnya sudah siap tetapi bukunya terjatuh ke dalam longkang, menuduh rakan mengambil barangnya atau menyatakan dia telah melihat rakan mengambil buku gurunya.

Soalan (b) Terdapat pelbagai cara bagi mengatasi halangan kepada pengurusan masalah disiplin bilik darjah dan antaranya adalah seseorang guru haruslah merancang sebelum beliau masuk ke dalam bilik darjah. Perancangan beliau mesti mengambil kira setiap murid dalam kelasnya, iaitu dari segi prestasi, keupayaan dan pengetahuan sedia ada mereka. Seseorang guru haruslah meramalkan kejadian-kejadian yang tidak dijangka yang mungkin berlaku semasa p&p beliau. Oleh itu, dengan adanya perancangan yang rapi, guru akan tahu cara menangani masalah yang mungkin akan berlaku dalam sesebuah bilik darjah dengan baik. Kelas akan terkawal dan masalah disiplin murid dapat dikurangkan. Selain itu, seseorang guru itu haruslah mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi dalam sesebuah bilik darjah dalam pengurusan masalah disiplin bilik darjah. Murid sangat peka kepada sikap dan perasaan guru dan akan mengambil peluang untuk membuli atau berkelakuan sesuka hati jika mereka merasakan guru tersebut kurang yakin. Guru haruslah mengajar dengan yakin dalam p&p mereka dan percaya kepada kebolehan sendiri dalam sesuatu proses pengajaran. Murid sejurusnya akan berasa takut dengan guru dan menyiapkan kerja yang diarahkan oleh guru dengan secepat mungkin. Dengan ini, banyak masalah disiplin bilik darjah dapat diselesaikan. Sesebuah sekolah haruslah membina perasaan kemasyarakatan dalam kalangan murid bagi mengatasi halangan kepada pengurusan masalah disiplin bilik darjah. Murid mesti merasakan mereka ialah anggota yang dapat menyumbang ke arah pencapaian matlamat sekolah dan bukan hanya sebagai penumpang. Oleh itu, semasa aktiviti sekolah seperti waktu perhimpunan mingguan, acara sukan, sambutan Hari Guru, Hari Kebangsaan dan Hari Anugerah Cemerlang seeloknya pengumuman, arahan atau nasihat daripada Guru Besar. Dengan ini, sikap sekolah terhadap status dan peranan muridnya dalam organisasi tersebut membantu membina semangat kekitaan terhadap sekolah. Selain itu, ibu bapa para pelajar haruslah sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam membimbing dan menasihati anak mereka bagi mengatasi halangan

kepada pengurusan masalah disiplin bilik darjah. Ibu bapa seharusnya menyokong tindakan yang diambil oleh pihak sekolah terhadap anak mereka yang telah menimbulkan masalah disiplin. Sikap sedemikian akan membantu para pelajar malah mendorong mereka berfikir bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan perlu menghormati keputusan guru atau sekolah. Antaranya cara lain bagi mengatasi halangan kepada pengurusan masalah disiplin bilik darjah adalah mengawal emosi dalam kalangan murid. Masalah ini boleh bersifat dalaman dan mungkin tidak jelas kepada guru. Oleh itu, guru perlulah mengambil masa dalam mengambil berat akan masalah para pelajar ini yang menghadapi masalah tidak mempunyai kawan, sukar menyiapkan tugasan, kerap tidak hadir ke sekolah, menunjukkan sikap afektif yang kurang sesuai dan sebagainya. Guru haruslah belajar memahami mengawal emosi dalaman pelajar mahupun emosi luaran pelajar iaitu di mana mereka menunjukkan sikap agresif, tidak mengendahkan amaran guru, kerap tidak hadir ke sekolah, merosakkan harta benda, membuli dan sebagainya. Setiap kelakuan mereka semestinya terdapat alasan di belakangnya. Jadi, guru haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak pelajar mereka dengan baik bagi mengurus masalah disiplin dalam bilik darjah.