Anda di halaman 1dari 6

PROSES SEBELUM Program ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ini adalah merupakan satu aktiviti Latihan Dalam

Perkhidmatan (LDP) yang diadakan di SK Sungai Duri. Objektif utamanya adalah meningkatkan kefahaman warga pendidik SK Sungai Duri mengenai profesion keguruan, akauntabiliti, etika & moral dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pendidik. Selain itu Ia juga bertujuan untuk meningkatkan komitmen dan peranan guru-guru SK Sungai Duri bagi mengukuhkan dan menyebarluaskan akauntabiliti di kalangan warga pendidik dan pelajar khususnya serta masyarakat amnya. Program ini juga adalah merupakan salah satu daripada dua tugasan yang perlu dilakukan oleh kami, pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2.

Proses penghasilan program ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan. Bagi proses sebelum pelaksanaan, kami perlu merancang untuk menetapkan tajuk ceramah, tarikh, aktiviti, peruntukan dan tempat yang bersesuaian untuk program ceramah ini dijalankan. Untuk itu, kami berjumpa dengan pihak pentadbir untuk membuat perancangan. Antara perkara yang kami bincangkan ialah yang pertama bilakah tarikh yang sesuai untuk program ceramah ini dijalankan. Kedua bolehkah program ceramah ini dijadikan salah satu daripada 5 LDP wajib yang perlu dijalankan oleh pihak sekolah. Ketiga berapakah peruntukan yang ada untuk kami jalankan program ceramah ini. Jangkaan kami ianya tidaklah sesukar mana, tetapi realitinya tidaklah seperti yang dibayangkan. Kesulitan itu kata orang kelihatan sejak dini lagi. Harapan kami untuk menjadikan program ceramah kami sebagai salah satu daripada lima LDP wajib tidak kesampaian. Pihak sekolah tidak mahu mengubah lima LDP yang telah dirancang sebelum ini dan hanya membenarkan kami menjadikan program ceramah kami ini sebagai LDP tambahan iaitu yang keenam. Apabila keadaan berlaku sedemikian, perkara pertama yang bermain di fikiran kami adalah dari mana kami perlu mendapatkan peruntukan untuk menjalankan program ceramah tersebut kerana sudah tentu peruntukan yang ada telah diperuntukan
1

untuk LDP yang dirancang oleh sekolah. Kedua sekiranya program ceramah ini tidak wajib, bolehkah kami mewajibkan semua guru menghadirinya dan sudah tentu ia tidak dapat dijalankan pada hari Sabtu dan hanya dapat dijalankan pada hari persekolahan dan siapakah antara guru-guru SK Sungai Duri yang dapat menghadirinya nanti kerana terdapat dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Justeru itu, kerana

program ceramah ini bukan LDP wajib jadi kami mengambil keputusan untuk menggunakan wang saku kami sendiri untuk membiayai perbelanjaan program ini. Kami juga terpaksa memilih tarikh pada hari persekolahan dan hanya melibatkan guruguru sesi pagi sahaja.

Bagi mencari tarikh yang sesuai, saya bersama rakan telah beberapa kali berjumpa dan berbincang dengan pihak pentadbir. Perkara ini berlaku kerana kami terpaksa mengubah tarikh program ceramah ini beberapa kali akibat perkara yang tidak dapat dielakkan. Pertama kali bersua, pihak pentadbir meminta kami mengadakan program ceramah kami ini dihujung penggal pertama kerana banyak program sekolah dijalankan sebelumnya. Oleh itu, kami merancang untuk mengadakan program ceramah tersebut pada hari Rabu, 15 Mei 2013. Namun pada hari Jumaat, 10 Mei 2013 kami mendapat tahu bahawa peperiksaan PPG akan diadakan 2 minggu berikutnya bermula dari 13 Mei 2013 hingga 23 Mei 2013. Kami menjadi buntu disebabkan kami perlu menyerahkan tugasan kami ini sebelum 30 Mei 2013. Namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, kami mengambil keputusan untuk mengadakan program ceramah tersebut pada minggu pertama selepas cuti penggal pertama. Perkara berikut yang kami lakukan adalah mencari dan menghubungi penceramah berkaitan. Kami meminta bantuan Cikgu Sarina kerana beliau sering merancang persembahan ceramah di sekolah. Melalui beliau, kami memilih untuk memanggil Encik Ahmad Ezzat b. Ismail, Pengetua SMK Tun Hussein Onn kerana beliau mempunyai banyak pengalaman berharga. Antaranya, beliau pernah menjadi Pegawai JPN, Timbalan PPD dan kini sebagai seorang pengetua. Namun setelah berhubung dengan beliau, kami mendapat tahu bahawa beliau sibuk pada minggu pertama selepas cuti penggal pertama. Beliau hanya mempunyai kelapangan pada minggu kedua berikutnya. Setelah berbincang
2

sekali lagi dengan pihak pentadbir, kami merancang untuk mengadakan LDP tersebut pada hari Selasa, 18 Jun 2013.

Setelah mendapatkan maklumat yang diperlukan, kami mengadakan mensyuarat pada hari Isnin, 10 Jun 2013. Antara perkara yang kami bincangkan ialah berkenaan perancangan, tugas guru, aturcara, peruntukan untuk bayaran penceramah,

cenderahati serta makanan vip dan guru-guru. Dalam mesyuarat tersebut kami membuat keputusan untuk mengadakan program ceramah tersebut di Bilik Komputer SKSD kerana ia lebih selesa dilengkapi dengan penghawa dingin, komputer serta LCD untuk aktiviti ceramah dijalankan. Dalam mesyuarat itu kami juga membuat perancangan untuk Program BIG Khidmat Masyarakat. Melalui keputusan mesyuarat yang dilakukan, kami menjalankan tugas masing-masing sebagai persediaan untuk menjalankan LDP. Pada tarikh 14 Jun 2013, saya faksimili surat pemberitahuan kepada pihak maktab.

PROSES SEMASA

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada pagi tu, saya dan Cikgu Siti Mariam yang merupakan guru sesi petang datang awal untuk bersama-sama rakan lain bagi membuat persediaan sebelum program ceramah tersebut dijalankan. Rakan saya

Cikgu Che Khairi dari SK Siputeh, Selama Perak juga datang awal ke sekolah kami. Pada hari itu juga saya telah berhubung dengan penceramah bagi membuat pengesahan samada beliau dapat hadir atau tidak. Bagi memastikan perjalanan program ceramah kami berjalan lancar, saya membuat pengumuman kepada guru-guru SK Sungai Duri yang berkenaan supaya hadir ke LDP pada pagi itu. Saya juga telah bertemu dengan pentadbir untuk mendapatkan bantuannya bagi mempengerusikan majlis dan memberi sepatah dua kata ucapan alu-aluan serta menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebaik saja tirai majlis dilabuh. Disebabkan pada

waktu tersebut hanya Puan Nor Aini bt Senapi, P enolong Kanan petang sahaja yang ada, maka kami menjemput beliau untuk tugasan berkenaan.

Dengan

bersemangat

kami

menjalankan

tugas

masing-masing.

Kami

membersihkan Bilik Komputer SK Sungai Duri supaya ia menjadi selesa untuk rakanrakan menghadiri ceramah. Kami juga memastikan segala peralatan untuk ceramah seperti kelengkapan komputer, LCD dan audio berada dalam kondisi yang baik supaya tidak merencatkan perjalanan LDP tersebut. Perakam video yang dipinjamkan dari pihak sekolah pula digunakan bagi merakam perjalanan LDP tersebut.

Tepat jam 2 petang, Encik Ahmad Ezzat b. Ismail pun hadir. Semua guru yang terlibat sudahpun berada dalam bilik komputer sebelum jam 2 petang lagi. Jadi setelah penceramah tiba, maka program LDP tersebut terus dijalankan. Cikgu Mariam selaku pengacara majlis terus ke hadapan untuk mengaturcara majlis. Pembukaan ceramah tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Salleh b Hassan. Selepas itu Cikgu Nor Aini, Penolong Kanan Petang mewakili Guru Besar membuat ucapan alu -aluan. Pada jam 2.15 petang, saat yang dinanti- nantikan pun tiba, Encik Ahmad Ezzat b Ismail memulakan ceramah beliau yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme.

Ceramah beliau sangat menarik. Ia juga memberi banyak input yang berguna kepada kami mengenai profesion keguruan, akauntabiliti serta etika dan moral. Di samping itu, ia menyedarkan kami betapa pentingnya untuk kami meningkatkan komitmen dan peranan sebagai warga pendidik bagi mengukuh dan menyebarluaskan akauntabiliti di kalangan warga pendidik khususnya serta pelajar dan masyarakat amnya.

Dalam ceramah beliau juga ada menceritakan mengenai pengalaman beliau sebagai pengetua SMK Tun Hussein Onn dalam menangani pelbagai permasalahan berkaitan dengan sekolah. Contohnya baru-baru ini tersebar luas dalam youtube
4

berkaitan dengan video buli dikalangan pelajar sekolahnya dimana beliau dihubungi oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Ini menunjukkan segala perkara dalam perbentaran persekolahan menjadi tumpuan pelbagai pihak. Justeru, beliau menasihati semua guru supaya senantiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu dan perlulah menyelesaikan sesuatu masalah itu berlandaskan undang-undang dan mengikut etika dan moral yang selaras dengan profesion perguruan. Ceramah beliau memakan masa kira-kira 2 jam sahaja. Sebaik saja tamat ucapan tersebut, sekali lagi Puan Nor Aini bt Senapi, selaku wakil Guru Besar dipanggil untuk menyampaikan cenderahati pula kepada

penceramah. Selesai saja program, semua guru diminta ke kantin untuk menjamu selera. Saya bersama rakan-rakan mengiringi penceramah ke kantin untuk jamuan ringkas. Dan pada waktu yang sama juga pensyarah kami, Encik Nordin b Sadali pun tiba. Setelah selesai jamuan, kami bersama-sama berkumpul bertemu dengan pensyarah untuk berbincang mengenai perkara yang perlu dilakukan berikutnya.

Melalui perjumpaan dengan pensyarah kami mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara yang perlu dilakukan berkenaan LDP ceramah ini. Kami juga berbincang dengan beliau tentang program BIG kedua iaitu Khidmat masyarakat. Beliau memberi panduan bagaimana untuk menjalankan program gotong-royong. Program itu akan dijalankan pada hari Sabtu, 22 Jun 2013. Selepas tamat perjumpaan dengan pensyarah, kami ke bilik komputer semula untuk mengemas dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan. Hasil kerjasama rakan-rakan seperjuanggan perjalanan program LDP ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya .

PROSES SELEPAS

Proses selepas pula adalah merupakan satu cabaran getir bagi kami. Melalui panduan dan borang yang diberikan oleh Encik Nordin b Sadali, pertama kami diminta membuat portfolio berkaitan dengan perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Kedua kami juga diminta membuat refleksi berkaitan program yang dijalankan mengikut analisis SWOT untuk setiap program yang dijalankan, Ketiga kami juga dikehendaki membuat penilaian kendiri berkaitan program yang dijalankan. Dan akhir sekali kami perlu mengedit gambar-gambar dan video sebagai dokumentasi program.

Keperitan dalam membuat laporan tersebut hanya Allahlah yang tahu. Bagi menyiapkan tugasan yang diberikan kami kerap berhubung sesama sendiri dan rakanrakan dari kumpulan lain supaya tidak berlaku keciciran data. Saya amat suka merancang untuk menjalankan sesuatu program. Di sekolah selaku Setiausaha Sukan saya sering merancang dan menjalankan pelbagai program berkaitan dengan sukan seperti Temasya Sukan Tahunan Sekolah, Pertandingan Bola Sepak 12 Tahun Ke Bawah MSSPP Zon Nibong tebal, klinik-klinik berkaitan dengan sukan dan sebagainya. Namun terus terang saya katakan proses mengarang untuk membuat tugasan ini adalah merupakan satu proses yang paling membosankan dan sukar sekali. Walau bagaimanapun, saya kuatkan semangat menyiapkan juga tugasan ini sedaya mungkin.

Setelah selesai semuanya, saya mendapatkan penilaian daripada pihak sekolah tentang pencapaian diri saya sepanjang menjalankan program ini. Saya merasa bertuah dan puas kerana akhirnya dapat juga menyiapkan program yang secara luarannya nampak mudah, juga remeh. Namun bagi sesiapa saja yang pernah mengalaminya, ia akan dikatakan sebagai sesuatu yang begitu mencabar sekali hingga ukiran senyum anda tidak lagi ikhlas dari sanubari.