Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Pembelajaran biasanya dikaitkan dengan pembelajaran formal, informal dan bukan formal.

Pembelajaran berlaku pada setiap manusia. Manusia mengalami proses yang disebut sebagai pembelajaran sepanjang hayatnya. Pembelajaran begitu penting sehingga pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi bagi mengetengahkan idea atau konsep pembelajaran. Pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku yang kekal atau bersifat tetap akibat pengalaman yang dilalui oleh seseorang menerusi latihan atau latih tubi yang berterusan, lalu mengalami proses ansur maju,

menyebabkan berlakunya proses pemerolehan ilmu. Inilah yang disebut sebagai pembelajaran. Dalam kata lain, dapatlah diertikan bahawa pembelajaran merupakan satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Dengan pemerolehan itu, tingkah laku seseorang itu juga akan turut berubah. Hal ini berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Sesuatu pembelajaran yang berlaku bukan disebabkan oleh keadaan tubuh yang sementara, tetapi sesuatu proses yang berterusan (Dr. Ragbir Kaur, 2005). Sebagai contoh, seorang murid yang tidak tahu mengira, selepas melalui proses pembelajaran, boleh dan mahir mengira. Ahli psikologi kognitif, Bruner (1973) pula memberi definisi seperti berikut: Pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru atau konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa mereka.

Transformasi Pendidikan Di Malaysia Pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami transformasi menyebabkan gaya pembelajaran juga seiringan dengan perubahan itu. Dari zaman sebelum merdeka sehingga pada waktu kurikulum digubal, wujud KLSR dan selepas itu KBSR digubal, ditambah pula dengan adanya sekolah bestari, dan yang terkini KSSR, menyebabkan proses pemerolehan ilmu banyak mempengaruhi

pencapaian murid, walaupun konflik atau isu Bahasa Kebangsaan timbul semasa pelaksanaan PPSMI, yang menjurus kepada wujudnya dasar baru iaitu Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Jika pada suatu ketika dahulu, pengajaran dan pembelajaran yang berpusat kepada guru dianggap sebagai proses penyampaian ilmu secara langsung, tetapi pada masa kini kaedah tersebut tidak dapat memberi impak yang baik kepada pelajar. Pelajar masih mengalami proses pembelajaran tetapi hasilnya, pemahaman konsep sesuatu intipati kemahiran tidak dapat

disampaikan kepada pelajar. Maka, pembelajaran begini dianggap sebagai pembelajaran yang tidak bermakna atau disebut sebagai loyalty blind the truth (Omar Bin Ahmad, 1994). Pendidikan bukan lagi lambang bagi kelas dan golongan tertentu seperti mana yang berlaku di Tanah Melayu pada awal tahun 1920-an hingga terungkapnya Penyata Razak pada 1961. Ironinya, pendidikan telah menjadi alat penting selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan Dasar Ekonomi Baru 1970; selepas daripada peristiwa penting ini pendidikan telah berubah wajah dan corak kepada berbentuk massa. Dan hari ini, menjelang alaf baru pendidikan sudah semacam

satu keperluan dan tidak terelakkan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum atau kelas sosial Sehubungan itu, kurikulum bagi membina generic skills harus diberi penekanan sama ada dalam pendidikan formal mahupun dalam pendidikan bukan formal. Selain itu, penekanan juga haruslah diberikan kepada perubahan sikap, pembinaan kualiti personal dan kepimpinan, sikap terhadap tugas, kerja dan tanggungjawab, kesedaran dan motivasi untuk membangun dan mencapai tujuan. Rumusan Sesuatu pembelajaran, dalam konteks pendidikan di sekolah, mestilah dapat menghubungkan ketiga-tiga jenis pembelajaran iaitu pembelajaran formal, informal dan bukan formal. Pembelajaran formal sebenarnya bukan satu-satunya pembelajaran mutlak yang mesti dilalui oleh pelajar. Hal ini kerana, selepas menghabiskan persekolahan, mereka akan memasuki dunia pekerjaan,

masalahnya apa yang ada di luar tidak sama dengan apa yang dipelajari di sekolah. Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa pembelajaran yang berterusan dan holistik mestilah yang bersifat kekal dan bermakna serta dapat dikaitkan dengan pembelajaran formal, informal dan bukan formal agar dapat melahirkan golongan insan yang progresif, dapat menyumbang kepada pembangunan Negara serta bermatlamat memenuhi kesepaduan kaum.

DEFINISI PEMBELAJARAN FORMAL, INFORMAL DAN BUKAN FORMAL

Pembelajaran Formal Pembelajaran formal, yang selalunya dikaitkan dengan pembelajaran di bilik darjah atau di bilik kuliah atau di tempat khas, bermaksud pembelajaran yang mempunyai kurikulum, kebiasaannya dilaksanakan oleh agensi-agensi rasmi seperti sekolah, maktab, universiti, akademi dan sebagainya.

Pembelajaran formal mempunyai matlamat, objektif dan terdapatnya sasaran dan pencapaian yang telah ditetapkan (Ee Ah Meng, 2004). Pembelajaran ini melibatkan pengujian dan penilaian seperti ujian formatif atau sumatif.

Pembelajaran Informal Pembelajaran informal berlaku secara spontan atau tanpa disedari. Pembelajaran ini berlaku dalam lingkungan masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, ahli-ahli dalam kumpulan sosial dan sesiapa sahaja yang terlibat. Pembelajaran jenis ini tidak memerlukan sistem peperiksaan, dalam kata lain sesuatu pembelajaran yang tidak terancang.

Pembelajaran Bukan Formal (non-formal) Pembelajaran yang bersifat bukan formal merupakan pelengkap kepada pembelajaran formal dan informal, iaitu pembelajaran tambahan yang dapat membantu menambah ilmu pengetahuan. Pembelajaran ini berkemungkinan mempunyai kurikulum atau tidak memerlukan kurikulum. Contohnya, seseorang

yang menghadiri seminar, kursus atau bengkel telah mengalami pembelajaran bukan formal. Telah banyak dibicarakan malah tidak sedikit kajian yang dijalankan tentang pembelajaran bukan formal. Terdapat pelbagai istilah yang sinonim dengan pembelajaran jenis ini seperti out of school education, The shadow school system, The educational complex, learning networks dan Non-conventional education (Colleta dan Holsinger, 1982).

Rumusan Sebagai rumusan, ketiga-tiga jenis pembelajaran yang dinyatakan tadi, walaupun amat berbeza dari segi definisi, menjurus kepada satu tujuan, iaitu pemerolehan ilmu yang optimum oleh seseorang individu yang juga memberi faedah besar kepada Negara. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia hal ini dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat. Seseorang individu yang mengikuti pembelajaran formal, akan mengalami suatu pembelajaran standard yang dapat diterima oleh mana-mana institusi pendidikan, bagi tujuan pembelajaran berterusan. Ini memberi gambaran bahawa, kelulusan pelajar Malaysia pada tahap sekolah menengah atau peringkat universiti misalnya, setaraf dengan pendidikan bertaraf dunia dan diiktiraf oleh Negara luar. Manakala, bagi individu yang sering menekankan pembelajaran informal, atau yang sentiasa ada rasa ingin tahu dapat mengukuhkan institusi sosial
5

kerana pembelajaran seperti ini berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran ini juga dapat mengukuhkan pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari dalam pembelajaran formal. Pendidikan bukan formal pula amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun Kesimpulannya, jika ketiga-tiga pembelajaran ini dapat digabungkan terutama dalam pengajaran guru di sekolah, dengan dimurnikan dengan beberapa teori pembelajaran, manfaatnya amat besar. Ramai golongan pelajar akan dapat dilahirkan dengan ilmu serta kemahiran yang tinggi, yang dapat mengaplikasi teori dan amali, seperti mana kebanyakan bijak pandai dari Negara Barat, Timur Tengah, Eropah atau Negara Asia yang maju seperti Korea, Jepun, Taiwan dan China. Dalam konteks gabungan ketiga-tiga pembelajaran ini, sudah tiba masanya, terutama golongan pendidik, tidak perlu terlalu terikat dengan kurikulum sedia ada, malah boleh berperanan sebagai transformer bagi memperkaya kurikulum tersebut sebagai landasan kepada kemajuan dalam struktur atau institusi pendidikan itu sendiri.

SIGNIFIKAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN FORMAL, INFORMAL DAN BUKAN FORMAL Merangsang atau memberi dorongan kepada pelajar untuk memperoleh ilmu bukan satu tugas mudah bagi seseorang guru. Hal ini juga berlaku kepada kebanyakan ibu bapa. Mereka sukar membentuk satu model pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar atau anak-anak disebabkan oleh keupayaan, kebolehan, minat serta tahap motivasi yang berbeza-beza pada setiap individu. Kedapatan pelajar kurang memberi tumpuan di dalam kelas atau tidak berlaku langsung, tetapi pelajar ini berjaya dalam banyak mata pelajaran. Penumpuan atau fokus terhadap sesuatu yang diajar di bilik darjah bukan merupakan faktor utama menentukan kejayaan akademik seseorang itu. Ada ketikanya, pencapaian akademik yang cemerlang, melalui proses pembelajaran formal, memerlukan tambahan ilmu melalui pembelajaran informal dan bukan formal. Pendidikan formal perlu ditampung oleh keperluan pembelajaran bukan formal bagi melahirkan pekerja dan masyarakat yang berpengetahuan (knowledge society). Cabaran-cabaran pada era globalisasi ini merangkumi keseluruhan daripada dimensi hidup manusia iaitu ekonomi, politik dan sosial. Malah lebih penting lagi adalah cabaran terhadap nilai-nilai spiritual dan budaya manusia. Inilah abad kapitalisme (the Age of capitalism) yang menginstitusikan the educated person dan knowledge society sebagai teras pembangunan individu, masyarakat dan negara secara keseluruhannya (Drucker, 2003). Ringkasnya pengetahuan, tidak kira dari mana sumbernya, merupakan teras aktiviti ekonomi, politik dan sosial.

Teori Humanisme dalam proses pembelajaran Suatu pengajaran di bilik darjah perlu mengambil kira kesediaan dan minat murid. Misalnya, terdapat murid yang gemar melukis, ada yang gemar bermain dengan objek, ada juga yang pasif tetapi di luar bilik darjah cenderung dengan aktiviti sukan. Andai seorang guru mengajar Topik Ukuran Panjang, yang melibatkan kemahiran mengukur dalam unit standard, guru mendapati bahawa ada murid yang tidak melibatkan diri (pasif). Kemungkinan besar murid berkenaan tidak menggemari topik atau kemahiran tersebut. Untuk

menyelesaikan masalah seperti ini, guru boleh menggalakkan murid cuba membina objek permainan seperti layang-layang. Guru boleh juga

menggalakkan murid melayari internet secara kendiri di rumah, di cyber cafe atau di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat bagaimana sebuah layanglayang dibina. Mereka juga boleh mengumpul maklumat melalui soal jawab dengan orang yang lebih dewasa. Dalam hal yang berkaitan, murid akan cuba sedaya upaya membina sebuah layang-layang. Murid akan cuba mengenalpasti ukuran panjang(lebar) layang-layang berkenaan dengan membuat pengukuran pada rangka (frame) layang-layang berkenaan. Pada proses akhir menyiapkan layang-layang itu, murid berkenaan akan cuba menganggarkan panjang dan lebar kertas atau plastik yang perlu dilekatkan pada rangka. Pengetahuan dalam membina layang-layang itu tadi sebenarnya amat signifikan dengan kemahiran yang diajar di bilik darjah. Bezanya, murid mengumpul maklumat melalui pembelajaran informal, iaitu melalui internet, soal

jawab dan pemerhatian. Pembelajaran bukan formal juga berlaku semasa murid berkenaan bermain layang-layang. Murid tersebut akan cuba menganggarkan panjang tali yang perlu digunakan bagi menaikkan layang-layang. Jika kaedah seperti ini diterapkan di bilik darjah, maka timbul minat murid terhadap pengajaran guru secara amnya dan minat kepada Matematik khususnya. Proses pembelajaran yang dilalui oleh murid berkenaan sebenarnya memenuhi salah satu teori pembelajaran, iaitu Teori Humanisme. Pengikut fahaman ini berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Teori Kognitif dalam proses pembelajaran Bruner (1973), salah seorang pelopor teori kognitif, menyatakan pembelajaran penemuan tidak terhad pada benda atau objek yang belum diketahui oleh manusia, tetapi meliputi sebarang aktiviti yang menggunakan otak dan usaha sendiri untuk mendapatkan suatu ilmu. Sungguhpun ilmu

pengetahuan yang diperoleh bukan merupakan suatu yang baru dan belum

diketahui, asalkan ia diperoleh melalui daya usaha pelajar sendiri boleh dikategorikan sebagai satu penemuan. Pendekatan pembelajaran penemuan tidak mempunyai model pengajaran yang tertentu tetapi dilaksanakan mengikut kesesuaian subjek dan pelajar yang terlibat. Dalam hal ini, ketiga-tiga proses pembelajaran, formal, informal mahupun bukan formal harus diterapkan oleh guru. Contohnya, dalam pengajaran Kemahiran Hidup, guru menyuruh murid melaksanakan projek kraftangan, murid boleh melawat ke arkib atau pusat kraftangan. Jika ini tidak dapat dilakukan, memadai jika murid berkenaan melihat sendiri hasil kraftangan yang ada di rumah mereka seperti anyaman tikar, bakul dan kerusi rotan atau sebagainya. Melalui cara ini, pengetahuan di luar bilik darjah dapat diaplikasikan sebaik mungkin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, langkah-langkah umum yang digariskan oleh Bruner termasuk pembentukan masalah yang dapat menarik minat pelajar,

membangkitkan minat pelajar terhadap ketidakpastian masalah, menyatakan pelbagai hipotesis yang mungkin, membantu pelajar pelajar menilai mencari dan dan

mengorganisasikan

maklumat,

memandu

membuat

kesimpulan, memandu pelajar menganalisis kesimpulan yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran penemuan, guru bertindak sebagai pereka bentuk, pemudacara dan pembekal bahan serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif untuk menemui teori atau kesimpulan tertentu. Guru tidak membekalkan jawapan sebaliknya memberi peluang kepada pelajar memikir dan menemui ilmu sendiri.

10

Menurut beliau lagi, penemuan taakulan induktif merupakan kaedah terbaik untuk memperoleh pengetahuan berbentuk hukum dan konsep (terutamamya dalam mata pelajaran Sains atau Matematik) untuk meningkatkan prestasi dalam ingatan jangka panjang dan penguasaan dalam menyelesaikan masalah. Menurut bukunya The Act of Discovery (1961), kaedah pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat pelajar dalam pembelajaran serta membantu perkembangan potensi intelek, pemikiran kritis dan kreatif individu sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan tertentu dalam kaedah pembelajaran penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Jadi, kaedah pembelajaran penemuan tidak semestinya bersesuaian untuk semua pelajar. Selain itu, prosesnya juga akan mengambil masa yang lama serta tidak dapat menjamin hasil dan prestasi pembelajaran yang diinginkan. Justeru, kaedah tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai kaedah pengajaran yang utama, tetapi harus digabung dengan kaedah lain seperti yang dicadangkan oleh mahzab humanisme, mengikut perancangan pengajaran yang bersistematik

11

Rumusan Kesimpulannya, pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sebenarnya dapat digabungkan melalui ketiga-tiga proses pembelajaran, formal, informal dan bukan formal. Keberkesanan kaedah pengajaran guru harus dinilai bersama-sama dengan sejauh mana pembelajaran murid itu dapat mengubah tingkah laku. Hal ini akan berlaku jika kreativiti guru melampaui apa yang dipikirkan atau dilaksanakan pada masa itu. Bermakna, pemikiran futuristik juga perlu diambil berat dengan mengetegahkan pelbagai teori pembelajaran atau kaedah-kaedah pengajaran yang signifikan dengan keadaan pelajar, Hal ini kerana, kemahiran yang diajar di sekolah belum tentu dapat diaplikasikan sepenuhnya di dunia luar. Tambahan pula, era globalisasi, dunia tanpa sempadan, telah menggalakkan penyebaran ilmu yang bukan sedikit untuk diterokai.

PENUTUP- KONKLUSI Dalam usaha membentuk apa juga tingkat masyarakat, institusi

pendidikan dianggap mempunyai peranan yang penting. Kadang-kadang masyarakat terlalu sangat menyerahkan takdirnya kepada sekolah, seolah-olah sekolah dapat menyelesaikan segala kepincangan yang ada. Mungkin juga dari segi kognitif atau ilmu pengetahuan sekolah formal mempunyai peranan yang penting tetapi dari segi pembinaan sikap, tingkahlaku dan nilai, peranan yang dimainkan oleh sekolah bergantung kepada sokongan daripada institusi-institusi

12

atau agensi-agensi lain dalam masyarakat seperti keluarga, media massa, pertubuhan dan lain-lain. Masalah hari ini ialah institusi-institusi lain kadang-kadang tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Oleh itu, hal ini tidak mengukuhkan usaha sekolah, malahan kadangkala merupakan institusi yang kontra kepada usaha sekolah. Ahli-ahli institusi tersebut tidak dapat disalahkan kerana mereka sendiri tidak mengetahui nilai, sikap dan norma sebenar yang sedang disalurkan di sekolah. Di sinilah peranan besar harus dimainkan oleh pembelajaran informal dan bukan formal. Sayugia, jika digabungkan ketiga-tiganya, proses

pembelajaran boleh dimantapkan secara progresif lalu melahirkan cendikiawan yang bukan hanya tahu teori atau hukum tetapi tahu amalinya atau secara praktikal. Pembelajaran formal, informal ataupun bukan formal, walau apa corak atau jenisnya, haruslah menjadi institusi yang menyokong usaha sekolah tadi. Peranannya ialah memberi latihan kepada mereka yang amat memerlukan bagi masa depan dan survival pada masa depan , khususnya bagi mereka yang tidak terlibat dalam sekolah atau pendidikan formal secara langsung. Jika pihak pentadbir atau pendidik dapat menyalurkan nilai, sikap dan norma yang ada dalam ketiga-tiga proses pembelajaran itu tadi, seperti sekolah menerapkan pendidikan formal, agensi-agensi dapat melaksanakan pembelajaran informal dan bukan formal serta peranan semua pihak menerapkan segala pengetahuan kepada pelajar melaluinya, maka proses pemasyarakatan ke arah mencapai matlamat dan Wawasan 2020 lebih praktikal dan relevan.

13

Sehubungan itu, seharusnya pelbagai agensi, pertubuhan sukarela, institusi dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) segera melakukan reformasi sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara. Zaman yang cepat berubah harus dilihat dalam perspektif yang sihat dan proaktif. Hal ini kerana, sebarang perubahan yang berlaku dalam banyak sistem kehidupan masyarakat akan berkadar terus dengan sistem pendidikan itu sendiri. Era ledakan teknologi maklumat dan digital economy ini turut memberi impak kepada kelangsungan, sumbangan dan peranan sistem pendidikan sama ada formal, informal mahupun bukan formal. Tegasnya kombinasi proses-proses pembelajaran dilihat semakin penting dan perlu pada zaman yang begitu cepat berubah. Apa yang perlu adalah sebarang perubahan yang berlaku di luar harus cepat dihidu dan direncanakan pelan tindakan yang teratur. Dalam hal ini, kurikulum sedia ada juga harus dinilai semula. Peranan ahli akademik, para guru dan pengkritik kepada sistem pendidikan perlu diberi perhatian dalam memberi idea berkenaan perubahan kurikulum yang betul-betul memenuhi aspirasi Negara. Peranan atau pengaruh ahli politik dalam pengubalan hal-hal pendidikan Negara perlu segera dikurangkan supaya tidak timbul perkara seperti memenuhi kehendak individu. Hal yang lebih penting lagi adalah kejayaan pembelajaran formal, informal dan bukan formal bukan sekadar terletak pada satu-satu institusi dan agensi sahaja. Masyrakat harus tahu bahawa, proses pembelajaran yang melibatkan sesuatu yang formal, informal dan bukan formal dapat meningkatkan kemahiran paling optimum kepada individu.

14

Oleh hal yang demikian, pembelajaran formal dapat meningkatkan kognitif individu seperti mana usaha-usaha yang dilakukan oleh sekolah, universiti dan sebagainya, tetapi tidak dapat memenuhi dari segi pembinaan sikap yang menyeluruh teutama apabila terlibat dalam sektor pekerjaan. Hal ini kerana kombinasi ciri-ciri pembelajaran formal, informal dan bukan formal perlu diterapkan pada setiap aspek kehidupan sama ada kepada pelajar atau kepada golongan belia yang lebih liberal sifatnya. Keseluruhannya, hasil yang progresif daripada ketiga-tiga proses pembelajaran ini tadi sebenarnya dapat mengatasi masalah seperti keciciran pelajar, membasmi kemiskinan, penyelesaian kepada cabaran ekonomi luar Bandar, peningkatan keilmuan dan penggunaan teknologi optimum serta memenuhi kehendak sebenar aspirasi individu, masyrakat dan Negara.

15

BIBLIOGRAFI

Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang .(2006). HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Bhasah Abu Bakar .(2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Hak Cipta Quantum Books. Dr. Ragbir Kaur.(2005).Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan lepasan Ijazah(KPLI).Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ee Ah Meng.(2004). Pedagogi lV Semester lV.Ed. ke-2. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang .(1998). Pedagogi 3, Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang .(2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah Komponan 1 & 2, Psikologi dan Pedagogi ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mokhtar Ismail.(1995). Penilaian Di Bilik Darjah. Pulau Pinang : Sinaran Bros Sdn . Bhd. Mohd. Azhar Abd. Hamid, Muhammed Fauzi Othman, Zainudin Hassan, OthmanA.Kassim.1995.Pendidikan Bukan Formal Di Malaysia (atas talian) http://eprints.utm.my/2287/1/ (2.3.2012) Omar Bin Ahmad @ Hamat.(1994). Koleksi 151 Rekreasi Matematik. Kota Bharu,Kelantan :M.A.R. Publishing(M) Sdn.Bhd.

16