Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan kesukaran yang anda hadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Saya Arvinsundaram a/l Sithambranathan sebagai

guru pelatih IPGKSAH, semester 2 telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran literasi bahasa. Tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk mendapat lebih pengetahuan mengenai kaedah pandang sebut . Kaedah pandang sebut merupakan salah satu kaedah asas yang dipelajari oleh murid-murid sebelum mereka dapat membaca satu perkataan dengan sepenuhnya tanpa kesalahan. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang mudah kerana murid-murid dapat menyebut perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Antara kesukaran yang saya hadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah murid lebih tertarik dengan gambar yang ditunjukan oleh guru berbanding dengan perkataan yang ingin disampaikan. Iaitu apabila guru menunjukkan gambar mereka lebih tertarik dengan gambar tersebut terutamanya dengan gambar yang berwarna-warni dan tidak dapat fokus kepada abjab-abjad. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran diganggu dan objektif yang ingin disampaikan oleh guru tidak dicapai. Melalui ini saya mendapati bahawa guru harus memberi lebih tumpuan kepada perkataan berbanding dengan menunjukkan gambar yang berwarna-warni kepada pelajar Di samping itu, kesukaran lain yang saya mendapati dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah para murid mudah cakap perkataan yang ditunjukkan berbanding dengan mengeja perkataan yang ditunjukkan. Iaitu apabila gambar ayam ditunjukkan murid dapat menyebut perkataan tersebut tetapi apabila mereka diminta untuk menyebut perkataan tersebut tanpa bantuan gambar mereka menghadapi kesukaran dalam penyebutannya. Melalui ini saya mendapati bahawa murid-murid beri perlu diberi pendedahan kepada perkataan terlebih dahulu sebelum menunjukkan gambar. Tambahan pula, kebarangkalian para murid untuk melupakan gambar yang ditunjukkan selepas pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi . iaitu pengajaran dan pembelajaran dalam teknik ini berlangsung berdasarkan gambar. Biasanya murid dapat memberitahunya dengan tepat melalui jangkaan daripada melihat gambar tersebut sahaja. Kemungkinan mereka tidak dapat mengingati abjab

perkataan tersebut dengan sepenuhnya. Oleh demikian mereka tidak dapat mengeja perkataan tersebut dengan betul. Hal ini juga menyukarkan mereka untuk memahami perkataan yang mempunyai persebutan yang hampir sama. Sebagai contoh, perkataan ayam and perkataan bayam. Melalui ini saya mendapati bahawa guru harus melekat gambar yang ditunjukkan di sesuatu sudut supaya pelajar dapat melihat dan mengingatinya. Akhir kata, saya telah memperoleh banyak ilmu melalui tugasan ini. Walaupun menghadapi beberapa rintangan tetapi saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja saya pada masa yang ditetapkan