Anda di halaman 1dari 8

Lanjutan daripada perkongsian kami berkenaan dengan rebat RM200 yang dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500

dan ke bawah sebelum ini, kini pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini. Antaranya adalah termasuk:

Alcatel One Touch Inspire 2 The Buzz Phone HTC Wildfire Huawei Ideos X3 LG Optimus L3 Ninetology Black Pearl II Ninetology Palette Nokia 2730 Nokia 7230 Nokia Asha 305 Nokia Asha 308 Nokia C2-03 Nokia Lumia 610 Samsung Galaxy Chat Samsung Galaxy Mini Samsung Galaxy Pocket Samsung Galaxy Y Sony Xperia Tipo ZTE Acqua ZTE V790 Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu. Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.

http://amanz.my/2012/12/skmm-mengeluarkan-senarai-lebih-20-peranti-yang-akan-ditawarkanmelalui-pakej-komunikasi-belia/

Senarai Lebih 20 Smartphones Yang Layak Menerima Rebat RM200


Pihak SKMM telah pun mengeluarkan kenyataan dan berkongsi senarai telefon pintar 3G yang akan ditawarkan melalui rebat RM200. Antaranya adalah termasuk:

Alcatel One Touch Inspire 2 The Buzz Phone HTC Wildfire Huawei Ideos X3

LG Optimus L3 Ninetology Black Pearl II Ninetology Palette Nokia 2730 Nokia 7230 Nokia Asha 305 Nokia Asha 308 Nokia C2-03 Nokia Lumia 610 Samsung Galaxy Chat Samsung Galaxy Mini Samsung Galaxy Pocket Samsung Galaxy Y Sony Xperia Tipo ZTE Acqua ZTE V790

Pihak SKMM juga mengatakan berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi dengan Belia ini, pelbagai pengedar syarikat rasmi, telekomunikasi yang mana akan akan menawarkannya, kerjasama

memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu.

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 kelak melalui laman rasmi SKMM untuknya.
http://terbakor.com/2012/12/29/senarai-lebih-20-smartphones-yang-layak-menerima-rebat-rm200terbakor/

Senarai smartphone yang boleh beli pakai rebate RM200 oleh kerajaan
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam. Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan. Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas. Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran, katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat. Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G. Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka. Oleh itu, belia seharusnya mencari logo Pakej Komunikasi Belia yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian, katanya. Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi

kontrak pascabayar. Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi Get Malaysian Business Online mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/. Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya.

Antara telefon pintar yang boleh dimiliki menggunakan rebate RM200 ialah : Alcatel 993D Alcatel One Touch Glory 2 Alcatel One Touch Inspire 2 The Buzz Phone HTC Wildfire Huawei Ideos X3 LG Optimus L3 Ninetology Black Pearl II Ninetology Palette Nokia 2730 Nokia 7230 Nokia Asha 305 Nokia Asha 308 Nokia Asha 311 Nokia C2-03 Nokia Lumia 610 Samsung Galaxy Chat Samsung Galaxy Mini Samsung Galaxy Pocket Samsung Galaxy Y Sony Xperia Tipo ZTE Acqua ZTE V790

http://www.indiamuslim.com.my/senarai-smartphone-yang-boleh-beli-pakai-rebate-rm200-olehkerajaan/

oleh mendaftar di sini : SKMM

Sebaik sahaja berjaya mendaftar di laman web Komunikasibelia SKMM, anda akan dibawa ke satu halaman untuk mencetak slip pendataran anda. Hanya perlu cetak slip tersebut dan bawa ke kedai-kedai telefon bimbit berdekatan. Slip ini mempunyai tarikh luputnya. Ianya akan dipaparkan pada slip masingmasing. Namun begitu, sekiranya slip ini tidak digunakan dan telah melepasi tarikh luput, anda boleh mendaftar kembali di laman web Komunikasibelia SKMM hanya selepas 2 bulan daripada tarikh permohonan.

Semoga dengan adanya rebat dan diskaun telefon pintar 3G ini dapat membantu belia untuk turut sama menjalankan perniagaan online. Bagi usahawan online, moga ianya dapat membantu meningkatkan jualan online anda. Gambar : Arkib CeritaIM, SKMM
http://www.ceritaim.com/pakej-komunikasi-belia-rebat-rm200-telefon-pintar-3g.html