Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN Assalamualaikum.

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk solat. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Islamic Learning study. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada Pengarah, Puan Shaariah Binti Dahman kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini. Selain itu, kami juga sangat

menghargai jasa guru subjek kami kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu kami dari semasa ke semasa ketika kami susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masingmasing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat yang tidak akan kami lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami

secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan.

MUQADIMAH Solat merujuk kepada ritual ibadah bagi pemeluk agama Islam. Menurut syariat Islam, praktik solat harus sesuai dengan segala petunjuk tata cara Nabi Muhammad, sebagai figur pengejawantah perintah Allah. Umat muslim diperintahkan untuk mendirikan solat, kerana menurut Surah Al-'Ankabut dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar: ...dirikanlah shalat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-

perbuatan) keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) (Al-Ankabut: 45) Solat juga mempunyai beberapa maksud. Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataanperkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun filiyy. Ibadah sembahyang adalah rukun Islam yang ke-2 selepas mengucap dua kalimah syahadah yang telah diperundangkan sebagai salah satu cara bagi umat mensyukuri dan berterima kasih kepada nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya kepada kita. Ibadah sembahyang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan keseluruhannya. terutama kepada agama, individu umat dan islam masyarakat diwajibkan

Sehubungan

itu,kita

sebagai

menunaikan solat lima waktu sehari.

KEPENTINGAN SOLAT Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada ALLAH, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa. Pertama: Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila solat ditinggalkan penganutnya. Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara ? Aku menjawab, Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah Jihad. ( H.R Tarmizi ) Kedua: Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia merupakan salah satau cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. ( H.R Muslim ) Ketiga: Ibadah solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj. Keempat: Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak
3

akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya. ( H.R Bukhari & Muslim ) Kelima: Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan solat. (H.R Muslim) Hazrat Ubadah bin Somit r.a telah berkata,Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w,Jangan

menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.( H.R Imam Tabrani ) Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalanamalan lain. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )

Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Solat mestilah dilaksanakan dengan segera mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisa ayat 103 : Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka

dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Ibadat solat mempunyai kepentingannya dan berkait rapat dengan kehidupan manusia. Di antara kepentingan solat yang dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita ialah solat dapat membina keperibadian dan akhlak yang mulia. Ibadat solat dapat mempengaruhi jiwa seseorang hamba untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia. Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah, maka jiwa kita akan mengalami perubahan dari satu keadaan yang buruk ke satu tahap yang
5

lebih baik. Dengan solat, seseorang akan belajar mengenai sifat sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut sepanjang melakukan pekerjaanpekerjaan solat. Secara tidak langsung, amalan ini akan dapat mendidik seseorang dan membiasakannya dengan akhlak-akhlak yang baik di dalam kehidupan sehariannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 - 23:

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.

Ibadat solat dapat menjaga pelakunya daripada melakukan perkaraperkara mungkar dan dosa serta mengikut hawa nafsu. Apabila solat dilakukan dengan sempurna dan khusyuk, ia akan dapat mempengaruhi jiwa pelakunya untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat mencegah pelakunya dari perkaraperkara keji serta membimbingnya ke jalan kebaikan dan sifat-sifat yang terpuji. Dalam hal ini, ada diriwayatkan bahawa nabi Syuaib A.S. pernah

memerintahkan kaumnya agar mendirikan solat kerana solat dapat mendorong mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lalu kaumnya menjawab sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Huud ayat 87 :

Mereka (kaumnya) berkata; wahai Syuaib, apakah solatmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami atau supaya kami tinggalkan apa yang kami suka lakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?.

Di antara kepentingan solat juga adalah ia menjadi jalan keluar bagi orang yang beriman apabila menghadapi sebarang kesulitan atau kesusahan. Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan, bahawa setiap manusia akan menghadapi ujian dalam hidup sama ada ujian harta, ujian ketakutan, kelaparan dan lain-lain lagi. Justeru solat adalah merupakan satu-satunya cara yang paling mujarab bagi seorang hamba yang ingin meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. Dengan

solat, jiwa orang yang beriman akan menjadi tenang dan tenteram, lantas mereka dapat mengharungi segala ujian dan cubaan dengan tabah dan bertawakal kepada Allah SWT. Rasulullah s.a.w, ketika mana baginda merasa resah dan terhimpit disebabkan oleh penghinaan kaum musyrikin terhadapnya, maka Allah SWT telah memerintahkan baginda supaya mendirikan solat dan berzikir kepada-Nya. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Hijr ayat 97-98 :

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orangorang yang sujud(solat).

Selain daripada itu, solat juga dianggap sebagai pembuka jalan atau pemudah cara yang dapat mempermudahkan rezeki kita. Sebagai hambanya yang beriman, kita mestilah menerima hakikat bahawa setiap rezeki yang diterima adalah datangnya daripada Allah SWT. Dia berhak memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga berhak menahan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Araf ayat 96 ;
8

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Sesungguhnya ibadat solat merupakan hak Allah SWT yang paling utama untuk kita laksanakan. Melalaikan ibadat solat atau meninggalkannya bererti kita telah merendah-rendahkan hak Allah SWT. Adapun orang yang merendah-rendahkan hak Allah SWT ini pasti akan mendapat akibat dan balasan azab yang sangat pedih daripada-Nya. Di antara akibat melalaikan dan meninggalkan ibadat solat ialah;

1. 2.

Mereka dianggap sebagai kufur dan juga munafik Mereka tergolong di dalam golongan yang dimusuhi oleh Rasulullah s.a.w sehinggalah mereka mendirikan solat

3.

Hati mereka akan menjadi gelap dan tidak mendapat nur hidayah daripada Allah SWT

Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mulamula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Huraian Hadith: i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

10

PENUTUP Sebagai kesimpulan, kewajipan ibadah solat bukanlah sebenarnya suatu bebanan kepada kita semua, sebaliknya ia mempunyai banyak kebaikan dan kepentingan yang dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian kita. Di antara manfaat dan kebaikan solat ini ialah; 1. Ia dapat membantu diri kita, keluarga dan juga masyarakat kita untuk membina generasi yang baik akhlak dan budi pekertinya. 2. Ibadat solat juga dapat membantu kita dalam menangani pelbagai gajala yang merosakkan kehidupan masyarakat kita seperti rasuah, membunuh, merompak, zina dan perbuatan-perbuatan maksiat yang lain. 3. Ibadat solat juga dapat memotivasikan diri kita untuk terus tabah menghadapi segala cabaran yang datang kepada kita. 4. Ibadat solat juga menjadi kunci utama untuk kita mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti solat kita setiap hari agar kehidupan yang kita jalani pada hari ini akan menjadi lebih baik dan lebih sempurna serta mendapat beberkatan daripada Allah SWT.

11

RUJUKAN Khutbah Jumaat 5 April 2013: Kepentingan Solat Dalam Kehidupan Seharian Jabatan Agama Islam Selangor http://yusmialfaruqi.blogspot.com/2010/07/kepentingan_solat http://pondokustazawang.blogspot.com/2346753/solatdankepentingan

12