Anda di halaman 1dari 69

Dunia Menulis Bacalah...dengan nama Allah yang Maha Pengasih Mengapa Berlaku Plagiat Plagiarism, fenomena atau trend?

merupakan isu bagi penulisan saya kali ini. Plagiarism adalah mudah difahami dengan megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Many people think of plagiarism as copying anothers work, or brrowing someone elsee original ideas. (Sumber: Palgiarism.org). Plagiarism atau amalan/budaya copy dan paste kini makin berleluasa di kalangan pelajar pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita.

Amalan copy paste ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan copy paste kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.

Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum berlakunya amalan copy paste. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar.

1. Pelajar kurang mahir mencari maklumat Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang

tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat.

2. Tidak mempunyai masa yang secukupnya Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain.

3. Suasana pembelajaran di universiti berbeza dengan sebelumnya Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan copy paste untuk menyiapkan tugasan mereka.

4. Kurang kesedaran tentang plagirism Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam copy paste ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

5. Kurang persedian dalam menyiapkan tugasan

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet sematamata.

6. Sifat pelajar itu sendiri Kebanyakan pelajar yang melakukan plagirism adalah terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri. Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke universiti. Saya yakin, apabila di universiti kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

Adakah dengan cara menciplak hasil kerja orang lain akan mendatangkan kajayaan kepada anda? Sebagai pelajar, mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengapa wujudnya amalan copy paste di universiti dan saya yakin juga kebanyakan pembaca blog ini terdiri daripada mereka yang cerdik pandai iaitu pelajar universiti.

Sebelum saya menoktahkan artikel kali ini, saya tinggalkan satu persoalan kepada tuan puan. Patutkah jenayah akademik ini dijatuhkan hukuman atau denda?

Contoh Kaedah Kajian KAEDAH KAJIAN Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan

untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung Kemubu 2) Temu Bual seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung. 3) Soal Selidik saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila rujuk lampiran ) 4) Rujukan selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian pertama : Analisis dokumen Saya telah menjalankan analisis dokumen dengan menggunakan buku yang bertajuk ........................ Dalam buku ini saya telah memperolehi pelbagai maklumat yang berguna. Saya telah menganalisis maklumat yang didapati dalam buku tersebut dengan baik. Saya mengeluarkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan projek sejarah saya. Isi-isi yang telah saya kumpul dipersembahkan dalam hasil projek saya. Kaedah Kajian Kedua : Lawatan ke tempat kajian *Untuk kaedah ini, pelajar perlu membuat satu laporan tentang Lawatan ke tempat kajian. Sila rujuk kepada guru sejarah masing-masing........... Contoh : Kaedah ini telah dijalankan oleh saya semasa kunjungan saya ke rumah saudara mara ketika perayaan.............................. Saya telah memperoleh banyak maklumat mengenai tajuk kajian ini. Antaranya adalah seperti berikut : .................................................................................................................................. ................................................................................................................................... Kaedah Kajian ketiga : Penyelidikan Laman Web Saya telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya secara terperinci. Laman-laman web seperti Wikipedia dan ......................... amat membantu saya dalam kajian saya. Melalui kemudahan Internet, saya

dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat. Contoh laman wab yang saya layari adalah seperti berikut :

....................... ................................

Kaedah kajian Kaempat : Penyelidikan Perpustakaan Saya telah melawat ke Perpustakaan Negara di 232, Jalan Tun Razak, 50572, Kuala Lumpur untuk mengumpulkan maklumat serta fakta yang berkenaan dengan ........................................... Saya telah melakukan penyelidikan saya pada hari ....................................... Saya telah menggunakan katalog on-line Perpustakaan Negara untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan ................................ Di situ, saya telah memperoleh maklumat daripada pelbagai jenis buku ilmiah seperti "........................................". Saya turut mendapat maklumat daripada majalah-majalah dan suratkhabar. Setelah saya berjaya mencari maklumat, saya membuat salinan fotostat tentang maklumat yang telah kami perolehi. Selain itu, saya juga meminjam beberapa buah buku rujukan daripada perpustakaan sekolah yang memberi penerangan tenatng warisan budaya di negara kita. Penyelidikan sumber tersebut telah membantu saya dalam mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dalam kajian kerja kursus sejarah. Kaedah Kajian Kelima : Temu Bual Semasa saya melawat ......................................................................., saya telah bertemu bual dengan ................................ mengenai perayaan ...................................... Saya telah mendapat maklumat serta fakta yang berkaitan dengan perayaan ......................................... Encik...................... telah menerangkan serba sedikit tentang perayaan.............................................. Temu Bual dengan Encik........................... ****Cikgu hanya tunjuk permulaan cara menulis temu bual dalam kursus sejarah, perkembangannya sila rujuk kepada guru sejarah kelas masing-masing.**** Pelajar : Selamat pagi Encik................... bolehkah saya menemu bual encik untuk Kerja Kursus Sejarah Saya ? Ditemuduga : Tentulah boleh, kamu disilakan untuk mengemukakan apa-apa tentang perayaan.................................... ? Pelajar : ................................................................................... Ditemuduga : ................................................

Contoh Pendahuluan, Objektif Kajian dan Kawasan Kajian


PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia mempunyai 25 peratus markah Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami

semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Kemubu, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula pertengahan bulan Ogos sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 2 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas 2) Menyatakan Pola migrasi penduduk di kg Kemubu 3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kampung Kemubu. 4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kampung Kemubu. 5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kampung Kemubu. 6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg. Kemubu mengenai kepentingan migrasi. KAWASAN KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Kampung Kemubu Kuala Langat, selangor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Banting dan kira-kira 5 km dari pekan Telok Panglima Garang. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong 2 yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna. Kampung Kemubu mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 11200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu diikuti dengan kaum Cina dan India. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam padi dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta. PETA KAJIAN 1) Lukis Peta Daerah Kuala Langat 2) Peta Pekan Telok Panglima Garang i) Tajuk dan Bingkai ii) Arah mata angin dan petunjuk 3) Peta Kg. Kemubu ( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan iii) Tajuk dan Bingkai iv) Arah mata angin dan petunjuk v) Simbol Piawai vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta ( peta perlu kemas dan cantik ) - Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

Objektif Kajian
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Menara Condong di Teluk Intan, Perak. Kajian saya ini merangkumi objektifobjektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia. c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Menara Condong di Teluk Intan, Perak ini, ianya menyedarkan saya bahawa kerjasama dan perpaduan sesama kaum akan membawa kebaikan. d) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya. e) Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Saya perlu cekap mendengar dan mencatat perbualan rakan-rakan dengan tokoh yang ditemu bual. f) Saya juga mendapat pendedahan tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalankan sesi temu bual. Kajian ini membolehkan saya mengetahui keunikan bangunan lama di Malaysia, sejarah pembinaannya, peristiwa penting yang berlaku serta asal-usul nama di bangunan lama itu . g) Selain itu, saya juga dapat mengetahui kehebatan senibina, faktor yang mempengaruhi senibina bangunan lama tersebut secara lebih terperinci juga sejarah senibinanya. Maklumat ini sangat penting kepada generasi muda seperti saya untuk mengetahui kekayaan kesenian dan kebudayaan Malaysia khususnya dalam senibina bangunan lama. Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian tersebut. Antaranya ialah melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet.Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa.

Kaedah Kajian
Dalam menyiapkan kajian saya, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan maklumat bangunan bersejarah Menara Condong di Teluk Intan, Perak. Cara ini saya gunakan kerana ianya bersesuaian dengan kemampuan saya kerana saya tinggal jauh untuk melawat sendiri menara tersebut. Kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Kaedah menebual orang sumber. Sebelum kaedah ini dilaksanakan, saya telah meneliti kehendak tugasan. Kemudian saya telah membina soalan. Saya juga mendapatkan pandangan guru pembimbing. Setelah beliau berpuas hati, barulah saya pergi ke rumah orang sumber untuk menjalankan sesi temu bual. Saya telah mencatat, merakam dan mengambil gambar. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan. Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam dan sekolah. Saya cuba mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan bangunan lama yang bersejarah di Malaysia yang berusia melebihi 100 tahun. Saya telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan tugasan kami untuk

dibawa balik dan membaca isi kandungannya. Kaedah Melayari Internet. Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman web yang memaparkan artikel berkenaan bangunan lama yang bersejarah di Malaysia. Kami berjaya mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan. Guru komputer telah mengajar kami cara untuk muat turun bahan-bahan tersebut

Penghargaan
Saya Ba bin Ta, pelajar pra .... di Sekolah Menengah Kebangsaan A ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran xxxxxxxx saya iaitu Puan A Binti B, kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan Kajian Kursus ...... Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan A (SMKA), Puan A Binti B yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik B Bin C dan ibu saya, Puan C Binti D serta kakak saya, Cik E Binti B yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menjalankan tugas ini. Kedua-dua orang tua saya juga telah banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli bahan-bahan yang diperlukan. Bapa saya mempunyai kereta persendirian telah sanggup menghantar saya ke mana sahaja saya perlukan terutamanya ke perpustakaan untuk mengumpul sumber-sumber yang diperlukan. Selain itu, kos penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka. Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah
Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Puan Mardziah binti Che Abdullah kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ...............................................dan

.................................kerana telah memberi saya dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

semangat

dan

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.

Contoh Objektif Kajian :


Melalui kajian ini, saya dapat : 1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah. 2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud. 3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini.

Contoh Kaedah Kajian :

1. Kaedah temu bual Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual ................................dari ............................................untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini. 3. Kaedah analisis dokumen Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya. 4. Kaedah penyelidikan perpustakaan Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. 5. Muat turun internet Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

6. Kaedah Audio visual Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.

Contoh Rumusan

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di tempat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara. Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat. Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang produktif, kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.

Panduan penulisan penghargaan, objektif, kaedah dan rumusan kerja kursus


Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Dato Abdul Razak, Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah

saya iaitu Puan Hasmahan Binti Abd Rahman kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En Hamzah Bin Muhammad dan Pn. Hanis Binti Ahmad kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Sulaiman Bin Halim dan Ismail Bin Ibrahim yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.

Contoh Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, saya dapat : 1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah, secara tidak

langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah. 2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat

menjalankan

untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud. 3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya dan generasi muda

yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan lebih menghargai institusi pentadbiran tempatan yang banyak memainkan peranan dalam membantu masyarakat. Contoh Kaedah Kajian : 1. Kaedah temu bual Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual XXXXXXXXXXXXX dari XXXXXXX untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

2.

Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya telah melawat XXXXXXXXXXX untuk mengkaji sejarah institusi berkenaan. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3.

Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari XXXXXXXXX untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya. 4. Kaedah penyelidikan perpustakaan Saya juga turut mengunjungi perpustakaan XXXXXX untuk menjalankan penyelidikan sumbersumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya. 5. Muat turun internet Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan. 6. Kaedah Audio visual Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan XXXX. Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.

Contoh Rumusan

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. Hasilnya, saya lebih peka dan menghargai fungsi institusi ini dalam membantu ke arah kemajuan dan keharmonian negara.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat.

Akhir sekali, kesejahteraan dan keamanan negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita.

========KAEDAH KAJIAN::===================================

Kaedah perwakilan ( knowledge representation) yang sesuai haruslah dipilih untuk memastikan output y adalah tepat. Kaedah perwakilan pengetahuan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan kaedah pe pengeluaran, dibantu dengan penggunaan kerangka. Kaedah ini dipilih kerana ketika mengenalpasti ses perkara-perkara yang perlu diambil kira ialah bahagian pokok yang diserang, usia pokok ketika seranga tanda yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Berdasarkan metodologi petua pengeluaran, suatu kesimpulan dibuat berdasarkan kepada maklumat-m

diperolehi. Semua jenis petua pengeluaran akan digunakan pada keadaan yang bersesuaian, iaitu jenis hubungan,cadangan, strategi dan heuristik. Ini kerana jika kita cuba menilai jenis penyakit yang dihidap pokok padi berdasarkan pengamatan pada mata kasar, pelbagai jenis simptom dapat dilihat,dan sistem berdasarkan maklumat simptom tersebut. Kemudian, jenis penyakit ditentukan sebagai output.

Jadual kerangka bagi setiap penyakit dibina dengan setiap kerangka penyakit mengandungi semula mak penyakit. Semua maklumat tersebut disenaraikan, termasuk simptom-simptom yang mungkin menyeba tersebut. Dengan menggunak set peraturan (ruleset), sebarang input akan disepadankan dengan maklu yang ada pada kerangka.

Walau bagaimanapun, tidak semua penyakit yang didiagnosis berdasarkan simptom mata kasar adalah tepat. Ini kerana tanda-tanda penyakit juga dipengaruhi oleh suhu, iklim, dan cuaca persekitaran. Jika p kebarangkalian digunakan untuk memberikan kombinasi kebarangkalian yang hampir ketika mendiagno tersebut.

Bagi memantapkan hasil output, kaedah pengecaman digunakan dengan kaedah multimedia. Ini kerana pengecaman simptom yang sedang berlaku pada pokok, padi tersebut, penggunaan imej dibuat dan pen memilih imej yang sepadan dengan keadaan semasa pokok padi.

Projek IT : CBBR4103 PROJEK KEPUJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 1 | BAB 3


BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Pembangunan Sistem ini dilaksanakan di dalam dua peringkat iaitu Projek I dan Projek II. Perancangan bagi Projek I dilaksanakan pada semester mei 2008. Pada peringkat pertama, proses pembangunan projek meliputi tugas untuk mengenalpasti pengenalan projek iaitu berkenaan dengan model yang akan digunakan dan system yang akan dibangunkan. Kajian Susastera juga dibuat untuk mengenalpasti teknologi yang digunakan dan perbandingan modelmodel kejayaan sistem maklumat yang berkenaan. Perancangan kerja dan rekabentuk awal bagi sistem cadangan yang menyokong model yang digunakan juga dilakukan. Projek II pula dimulakan pada semester September 2008. Peringkat yang kedua ini meliputi rekabentuk terperinci, pembangunan, implementasi, pengujian dan penyelenggaraan.. Kaedah kajian yang digunakan adalah gabungan beberapa kaedah kualitatif. Projek yang dijalankan pula akan menggunakan model kitar hayat pembangunan sistem (SDLC) dengan menggunakan metodologi prototaip. Setiap fasa perlu diselesaikan dan diulangi selari dengan keperluan sistem dan keperluan pengguna sistem. Oleh itu, perancangan kerja perlu diberi

perhatian bagi memastikan kerja yang dirancang dilaksanakan dengan baik tanpa mengulangi perkara yang sama. Manakala metodologi rekabentuk berorientasikan objek akan digunakan dalam fasa rekabentuk dan analisis untuk tujuan pembangunan sistem. Bagi mencapai objektif pembangunan Sistem Pengurusan Jualan Ghirly Collection ini diantara aspek yang perlu dipertimbangkan ialah penggunaan metodologi yang sesuai dan perancangan kerja yang teratur. Perancangan kerja juga akan dapat memastikan tugas yang dilaksanakan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, memenuhi spesifikasi sistem cadangan dan memenuhi spesifikasi kehendak pengguna. 3.2 Kaedah Kajian Kaedah kajian adalah bermaksud kaedah yang digunakan untuk menjalankan satu kajian iaitu dalam konteks untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan bidang kajian. Kaedah kajian yang biasanya digunakan untuk pembangunkan sistem maklumat ini adalah kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. 3.2.1. Kajian Kualitatif (Dennis, 2005) Kajian kualitatif melibatkan penggunaan data kualitatif seperti temuramah, dokumen-dokumen yang digunakan sepanjang proses dan data yang diperolehi sepanjang melakukan pemerhatian untuk memahami dan menerangkan fenomena sosial. Penyelidik yang menggunakan kaedah ini biasanya boleh didapati dalam banyak peraturan dan bidang, menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik. Dalam sistem maklumat, terdapat beberapa perubahan dalam kajian system maklumat yang tidak melibatkan teknologikal untuk tujuan pengurusan dan isu yang berkaitan dengan organisasi. Oleh itu keadaan ini meningkatkan minat kepada penggunaa kaedah kualitatif untuk membangunkan aplikasi. Kaedah kajian kualitatif direkabentuk untuk membantu penyelidik memahami mereka yang terlibat dalam kajian, sosial dan budaya persekitaran yang melibatkan mereka. Oleh kerana itulah, dalam hal ini kaedah kualitatif diperlukan kerana ianya banyak melibatkan perihal yang subjektif dan kajian yang dijalankan pula adalah secara tidak formal.

3.2.2. Kajian Kuantitatif (Dennis, 2005) Kajian kuantitatif dibangunkan di dalam bidang sains untuk mengkaji fenomena-fenomena semulajadi. Contohnya, kaedah pemerhatian, ujikaji atau eksperimen makmal serta kajian yang melibatkan nombor dan matematik. Kajian dilakukan berdasarkan beberapa sampel yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji. Hasil daripada kajian ini akan dipaparkan dalam bentuk graf atau pun statistik. Kaedah ini digunakan apabila kajian tersebut lebih bersifat fokus iaitu cuba untuk membuat pengukuran terhadap sesuatu kajian di mana tiada kesamaran berlaku tentang sesuatu konsep yang diukur Kaedah kajian yang digunakan oleh pembangun SIstem Pengurusan Jualan Ghirly Collection adalah kaedah kualitatif. Ini kerana kajian banyak melibatkan penggunaan data kualitatif seperti temuramah, dokumen-dokumen yang digunakan sepanjang proses dan data yang diperolehi sepanjang melakukan pemerhatian untuk memahami proses semasa dan pembaikan yang perlu dilakukan terhadap proses-proses tersebut. 3.3 Metodologi Prototaip

Dalam melaksanakan pembangunan sistem yang dicadangkan, pendekatan yang akan digunakan adalah pendekatan prototaip. Proses prototaip terdiri daripada proses membangunkan satu sistem percubaan dengan cepat dan mudah dinilai oleh pengguna akhir (Dennis et al., 2005). Metodologi prototaip merupakan kaedah yang melaksanakan fasa-fasa utama yang terdapat di dalam kaedah metodologi kitar hayat pembangunan sistem. Fasa-fasa tersebut ialah fasa penyiasatan awal, analisa sistem, rekabentuk sistem dan perlaksanaan sistem. Fasa-fasa ini akan dilakukan berulang kali sehingga sebuah sistem yang lengkap diperolehi dan memenuhi keperluan pengguna. Kaedah metodologi prototaip melibatkan komitmen yang tinggi di antara pengguna, pembangun sistem dan teknologi. Rajah 3.1 menunjukkan paradigma prototaip secara umum Rajah 3.1 : Model Prototaip Secara Umum (Mohd Yazid et al., 2000) 3.3.1 Fasa-Fasa Pembangunan Sistem i. Fasa penyiasatan awal Fasa penyiasatan awal merupakan fasa pertama yang dilalui dalam membangunkan sistem. Fasa ini melibatkan proses mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam sistem yang sedia ada. Fasa ini juga menentukan objektif dan skop sistem yang akan dibangunkan serta mengkaji bidang-bidang berkaitan. Mengenalpasti objektif adalah penting kerana ia merujuk kepada faedah yang diperolehi oleh organisasi daripada sistem maklumat yang dibangunkan. Fasa ini penting bagi memberi gambaran awal tentang keperluan sistem yang akan dibangunkan. Kaedah yang digunakan bagi mendapat maklumat yang diperlukan ialah :a. Sesi temuramah Sesi temuramah dengan Pengusaha Ghirly Collection iaitu Puan Ghirwiza Masor untuk mendapat maklumat berkenaan latarbelakang organisasi, maklumat pengurusan perniagaan sedia ada, proses-proses yang terlibat dengan lebih terperinci serta kakitangan-kakitangan yang terdapat di sana. Sila rujuk Lampiran B bagi melihat soalan-soalan yang dikemukakan. b. Buku dan jurnal Buku-buku dan jurnal-jurnal kajian digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan yang lebih terperinci dan lengkap untuk pembangunan sistem ini. Selain daripada itu, contoh-contoh model yang telah digunakan sebelum ini oleh penyelidik-penyelidik yang ada, akan dapat membantu dalam memberi gambaran yang lebih jelas tentang sistem ini dan keperluankeperluan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kajian. c. Internet Penggunaan Internet banyak membantu proses untuk mendapatkan maklumat. Ini kerana, melalui Internet, maklumat maklumat yang lebih meluas dapat diperolehi dengan mudah. Contoh-contoh laman web pengurusan yang berkaitan yang sedia ada juga diperolehi melalui internet. Penggunaan internet juga membantu dalam mendapatkan jurnal-jurnal yang tidak terdapat di Perpustakaan Tawau d. Perbincangan Penyelia Perbincangan dengan penyelia dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan maklumat yang diperolehi menepati keperluan kajian. Perkara yang tidak difahami dan masalah yang dihadapi dapat dijelaskan oleh penyelia melalui perbincangan ini. Perbincangan dengan penyelia ini juga perlu bagi melihat perjalanan kerja yang dilakukan sepanjang projek ini dijalankan.

ii. Fasa analisa keperluan Fasa ini terdiri daripada dua teknik iaitu : a. Analisa Sistem Fasa ini merujuk kepada analisa lengkap berkenaan organisasi Ghirly Collection, operasi yang terdapat dalam organisasi yang dikaji, sistem yang sedia ada dan situasi yang menyebabkan timbulnya permasalahan. Kaedah yang digunakan untuk membuat analisis sistem ini adalah pemerhatian, melalui dokumen-dokumen yang digunakan, temuramah dan penilaian pelaksanaan sistem yang sedia ada. Analisa sistem turut melibatkan penilaian sama ada sistem cadangan akan memenuhi dan memberi penyelesaian kepada permasalahan. b. Kajian Kesauran ( feasibility study ) Menilai kebarangkalian kejayaan keberkesanan system maklumat yang dicadangkan. Sistem yang akan dibangunkan mungkin perlu diuji beberapa kali sepanjang kitar hayat pembangunan sistem, bagi memastikan sistem yang dibangunkan berkesan dan membantu proses perniagaan Syarikat Ghirly Collection. Menentukan elemen-elemen yang diperlukan untuk mencapai objektif pembangunan sistem. Kajian kesauran ini termasuklah mengkaji analisis impak sistem kepada proses perniagaan dan persekitarannya. c. Kajian-kajian Lain Kajian lain meliputi : - Teknologi. Adakah keperluan pelaksanaan sistem dapat dicapai dengan penggunaan teknologi maklumat terkini? - Ekonomi. Adakah hasil yang diperolehi akan meningkat? - Faktor organisasi. Adakah kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan sistem konsisten dengan kemahiran kakitangan yang akan menggunakan sistem? - Keberkesanan. Adakah sistem yang dibangunkan berkesan untuk membantu operasi perniagaan Syarikat Ghirly Collection? Matlamat fasa ini adalah untuk menyelidiki keperluan system berdasarkan kajian keberkesanan, memahami persekitaran sistem, menyenaraikan kefungsian sistem sedia ada dan menentukan keperluan sistem baru yang akan dibangunkan sesuai dengan matlamat untuk membangunkan satu sistem yang berkesan. Maklumat yang diperolehi ini akan digunakan pada fasa seterusnya. Output utama fasa ini ialah spesifikasi model yang akan digunakan, perisian iaitu penyataan fungsi-fungsi yang harus dilakukan oleh sistem. iii. Fasa rekabentuk sistem Fasa ini menekankan kepada rekabentuk logikal dan fizikal. Model logikal adalah rekabentuk sistem pada pandangan pengguna sistem. Analisa akan dibuat untuk menetukan maklumat yang diperlukan, proses yang terlibat dan kefungsian sistem maklumat seperti input, output, pangkalan data. Analisis yang dilakukan akan menggunakan tools rekabentuk berorientasikan objek seperti Rajah aktiviti, Rajah jujukan, Rajah kelas dan Rajah objek untuk menunjukkan proses logikal dan hubungan antara data. Berdasarkan kepada model logikal yang dihasilkan, kemudiannya akan ditukar ke dalam bentuk fizikal. Model fizikal melibatkan rekabentuk antaramuka pengguna dan rekabentuk pangkalan data. Rekabentuk logikal dan fizikal ini akan menggunakan model formulasi semula yang dihasilkan oleh Mclean dan Delone (2003) sebagai garis panduan. Rajah 3.2 : Model Formulasi DeLone dan McLean (2002) Pembangun memilih model ini adalah kerana mendapati hubung kait antara satu elemen

dengan elemen yang lain adalah sangat relevan dan dapat menghasilkan satu sistem maklumat yang berkesan. Kualiti Maklumat, Kualiti Sistem dan Kualiti Servis yang terdapat dalam sesebuah sistem itu masing-masing memberi kesan kepada penggunaan sistem tersebut dan kepuasan pengguna terhadap sistem tersebut. Elemen Penggunaan dan kepuasan pengguna pula saling memberi kesan antara satu sama lain. Hasil daripada penggunaan dan kepuasan pengguna inilah yang akan memberikan faedah kepada organisasi dan induividu dalam organisasi tersebut iv. Fasa pembangunan sistem Pada fasa ini ,satu sistem prototaip akan dibangunkan bagi memberi gambaran awal mengenai sistem sebenar. Pembangunan secara prototaip ini merangkumi lima fasa yang utama iaitu keperluan sistem,penentuan rangka sistem, plan pembangunan prototaip,pembangunan prototaip dan pengujian prototaip.

v. Fasa pelaksanaan sistem Fasa perlaksanaan sistem melibatkan spesifikasi rekabentuk yang terperinci untuk pembangunan sistem, pengujian dan pemasangan system yang baru. Semasa peringkat ini, komponen perisian dikodkan menggunakan teknik pengaturcaraan berorientasikan objek. Setiap modul perisian akan diuji sehingga tiada lagi ralat berlaku. Kelebihan paradigma prototaip ialah kerana ia mempunyai fasa pengulangan dan tidak terhad kepada keperluan yang tidak lengkap (Mohd Yazid e.t al, 2000). Pada pertengahan pembangunan, pengguna boleh melihat model prototaip yang telah dibangunkan. Objektif utama prototaip ialah untuk mengurangkan masa pembangunan dan kos. Caranya ialah dengan menggabungkan fasa rekabentuk sistem dan fasa implementasi sistem dengan fasa analisis sistem. Sila rujuk rajah pada Lampiran C bagi langkah-langkah yang dilalui sepanjang pembinaan prototaip. Kaedah Kaedah prototaip ini melibatkan dua strategi iaitu prototaip keperluan dan prototaip evolusi. Namun begitu dalam pembangunan sistem cadangan, pendekatan prototaip yang digunakan adalah prototaip evolusi 3.3.2 Prototaip Evolusi Pembangunan sistem cadangan akan menggunakan pendekatan prototaip evolusi kerana boleh direalisasikan dengan lengkap. Ia menggunakan teknik dan alat bantu yang sama seperti prototaip keperluan tetapi ia tidak akan dibuang malah dijadikan sebagai sistem sebenar (Mohd Yazid et.al, 2000). Rajah 3.3 : Faktor-faktor Strategi Prototaip Evolusi (Mohd Yazid et.al, 2000) Faktor yang terlibat dalam strategi prototaip evolusi ditunjukkan dalam Rajah 3.3. Di dalam prototaip evolusi, proses mengenalpasti dan mengumpul keperluankeperluan sistem yang dikehendaki oleh pengguna perlu dilakukan. Prototaip yang disahkan akan digunakan sebagai komponen kepada perisian yang akan dibangunkan dan ianya dipanggil produk teras. Beberapa perubahan kecil terhadap produk teras akan dilakukan di peringkat pembangunan sebenar sistem. Sistem ini kemudiannya akan diuji dan disahkan sebelum dihantar kepada pengguna Terdapat empat langkah di dalam menghasilkan prototaip evolusi (Mohd Yazid et al., 2000) iaitu:i. Mengenalpasti keperluan-keperluan seperti spesifikasi input dan output, storan, antaramuka dan kawalan yang dikehendaki.

ii. Pembangunan prototaip. iii. Pengujian dan penilaian yang dilakukan bersama pengguna untuk mengetahui maklum balas dari pengguna. iv. Menakrifkan keperluan yang ditentukan oleh pengguna untuk mengenalpasti pengubahsuaian bagi meneruskan pembangunan system sebenar. Pengulangan langkah-langkah tersebuat akan dilakukan sehingga system sebenar memenuhi kehendak pengguna. Prototaip ini sesuai digunakan dalam persekitaran sistem yang bercirikan leading-edge, sistem yang mempunyai keperluan-keperluan yang sentiasa berubah dan sistem yang mengautomasikan sistem sebenar. Aktiviti-aktiviti dalam prototaip evolusi digambarkan dalam Rajah 3.4 Masalah asas yang sering dialami pengguna yang cuba mendefinisi system perisian ialah mereka sukar untuk menafsir atau mengesan bagaimana sistem perisian itu memberi kesan kepada tugas mereka. Dalam proses pembangunan sistem baru terutamanya sistem yang besar dan kompleks, penafsiran adalah sukar dibuat sebelum sistem dibangunkan dan sedia diguna. Bagi memastikan masalah ini terkawal, prototaip yang disahkan akan digunakan sebagai komponen kepada sistem. Beberapa perubahan kecil dibuat diperingkat pembangunan sistem sebenar. Sistem ini kemudiannya akan diuji dan disahkan sebelum dihantar kepada pengguna Rajah 3.4 : Aktiviti-aktiviti Prototaip Evolusi ((Mohd Yazid et.al, 2000) Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan model prototaip evolusi ini dalam pembangunan Sistem cadangan adalah berdasarkan : i. Model ini dapat membantu proses mengenalpasti kehendak pengguna dengan lebih mudah dimana bila versi awal sistem dibina pengguna boleh memberi cadangan dan komen jika ada kekurangan pada versi awal prototaip tersebut. ii. Setiap modul yang dibangunkan akan dinilai bersama-sama pengguna untuk memastikan kehendak dan keperluan pengguna dipenuhi. Ini dapat meningkatkan peranan pengguna dalam menentukan kualiti sistem. 3.4 Justifikasi Pemilihan Metodologi Prototaip Model prototaip evolusi dipilih sebagai metodologi pembangunan system cadangan kerana penghasilan prototaip dapat membantu mengenalpasti dan memenuhi keperluan pengguna dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama, komponen dalam projek ini boleh diperbaiki secara terus. Antara faktor-faktor lain adalah : i. Prototaip meningkatkan penglibatan dan komitmen penguna yang tinggi dalam membangunkan sistem dalam menentukan kualiti projek yang akan dibangunkan. Penglibatan pengguna di dalam pembangunan prototaip akan memudahkan pemahaman ke atas pendekatan dan fungsi sistem, dengan ini latihan penggunaan sistem akan menjadi lebih mudah. ii. Kos dan masa latihan pengguna menggunakan sistem dapat diminimakan. iii. Pembangunan projek yang menggunakan proses lelaran dan peningkatan dapat mengawasi kemungkinan risiko yang dihadapi dan dapat meningkatkan kualiti sistem yang dibangunkan. iv. Sistem yang akan dibangunkan mempunyai persekitaran yang dinamik di mana keperluan pengguna akan sentiasa berubah. Prototaip mampu menangani keadaan ini kerana ia membenarkan pengulangan fasa apabila berlaku sebarang perubahan.

3.5 Analisis dan Rekabentuk Sistem Berorientasikan Objek Metodologi berasaskan objek adalah pendekatan pembangunan sistem yang baru yang mana ianya menggalakkan kegunaan semula komponen-komponen perisian. Dengan metodologi ini, sebuah sistem komputer boleh dibangunkan dengan berasaskan komponen yang membolehkan guna semula komponen-komponen sedia ada dan perkongsian komponen-komponen tersebut dengan lain. Melalui pengimplementasian metodologi berorientasikan objek, dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos selenggara dan kualiti yang baik dapat dicapai. Di dalam fasa analisis dan rekabentuk, pendekakatan berasaskan objek digunakan bagi memodelkan rajah use case, rajah kelas, rajah jujukan, rajah aktiviti dan rajah keadaan. 3.6 Justifikasi Penggunaan Permodelan Berorintasikan Objek (OO) Terdapat banyak faedah daripada penggunaan konsep OO dalam merekabentuk model perniagaan yang diperlukan (Dennis et al., 2005). Antaranya adalah : 1. Mengurangkan kekompleksan dalam pembangunan sistem menyebabkan sistem dapat dibangunkan dan diselenggara dengan lebih mudah dan cepat. Ini kerana setiap objek yang digunakan adalah mudah, lengkap (tidak bergantung kepada sokongan luar) dan mudah diuruskan . 2. Pendekatan OO ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam diri pembangun. Ini kerana apabila sesuatu objek telah dikenalpasti, diimplimen dan diuji ianya boleh digunapakai semula untuk kegunaan sistem-sistem lain yang berkenaan. 3. Sistem yang direkabentuk dan dibangunkan berdasarkan OO lebih fleksibel. Ini kerana sistem berkenaan dengan mudah boleh diubahsuai dan ditingkatkan hanya dengan mengubah objek yang terlibat sahaja atau pun dengan cara menambah objek baru tanpa melibatkan objek-objek lain. 4. Penggunaan pendekatan OO membenarkan pembangun untuk mengembangkan idea berdasarkan situasi sebenar (sebagai pengguna sistem) dan tidak hanya pada aras bahasa pengaturcaraan sahaja. Walau bagaimana pun kelemahan yang tidak dapat dielakkan adalah pelaksanaan sistem yang menggunakan bahasa pengaturcaraan OO secara umumnya lebih perlahan berbanding dengan sistem yang dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan lain (Dennis et al., 2005). 3.7 Ringkasan Pendekatan atau metodologi projek merupakan aktiviti yang penting dalam menentukan persediaan dalam membangunkan projek yang dicadangkan dan output yang akan dihasilkan. Perlaksanaan rekabentuk projek, perancangan kerja dan pemilihan metodologi akan menjadi asas untuk memulakan proses pembangunan projek. Metodologi pembangunan yang dipilih akan menjadi panduan di sepanjang proses pembangunan projek. Perkakasan dan perisian yang bersesuaian digunakan bagi memastikan pembangunan sistem cadangan dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, setiap fasa pembangunan sistem akan dilaksanakan mengikut masa yang telah dijadualkan.

Contoh Kajian Jawi


Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah 1.1 Pengenalan Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa. Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama. Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama-ulama tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr alThamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi. Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin. Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia. Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah

bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu. Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakarpakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan. Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi. 1.2 Latar belakang Kajian Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada. Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015. Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia. Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. 1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua. Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya. Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada. Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi. Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya. 1.4.1 Tujuan Kajian Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai. 2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas. 3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi. 4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi. 5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis dan membaca jawi. 1.4.2 Persoalan Kajian Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan. Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan. Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara

keseluruhannya. Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini. 1.5 Hipotesis Kajian Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas. Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar. Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid. Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya: 1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang

murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. 2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut. 3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi. 4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6. Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN. 1.8 Definisi Istilah SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding GPI - Guru Pendidikan Islam

j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.

Bab 2: Tinjauan Literatur 2.1 Pendahuluan Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci. 2.2 Kajian Yang berkaitan 1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat. 3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan

perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1. 4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my. Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut. 2.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya. Bab 3: Metodologi Kajian 3.1 Pendahuluan Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus. Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas. Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi di SKDN. Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang. 3.3 Populasi Kajian Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7 orang GPI. 3.4 Instrumen Kajian Kajian ini berasaskan beberapa instrumen: 1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian a. Peperiksaan akhir tahun 2008 b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan 2. Kaedah Soal Selidik a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi responden yang telah dipilih. b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan dalam permasalahan kajian. 3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium

untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru. 4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa. 3.5 Lokasi Kajian Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor. Alamat sekolah ialah: SK Dusun Nanding KM 17, Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat, Selangor. 3.6 Pengurusan Data Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri. 3.7 Analisis Data Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan. Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan. 3.8 Kesimpulan Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. 3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. 4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya. 5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my. 6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur. 8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

Contoh Kertas Kerja


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KHALAYAK DALAM PENULISAN

KANDUNGAN 1.0 TUJUAN KAJIAN 2.0 SKOP KAJIAN 3.0 KAEDAH KAJIAN 4.0 HASIL KAJIAN 4.1 Pendahuluan 4.2 Definisi

4.3 Jenis khalayak 4.3.1 Khalayak utama 4.3.2 Khalayak sekunder 4.3.3 Khalayak dalam penulisan berita 4.3.4 Teori Wolfgang Iser 4.3.5 Khalayak kanak-kanak dan remaja 4.4 Keperluan khalayak 4.5 Resepsi 4.6 Ciri-ciri khalayak 4.7 Peranan khalayak 4.8 Isu-isu khalayak 5.0 CADANGAN 6.0 PENUTUP RUJUKAN

1.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengupas tentang khalayak dalam penulisan. Skop kajian meliputi jenisjenis khalayak, keperluan khalayak, ciri-ciri khalayak dan juga isu-isu yang berlaku tentang khalayak dalam penulisan. Kajian juga akan melihat siapakah yang dikatakan sebagai khalayak dalam penulisan atau karya sesorang penulis. Aspek ini dipilih kerana masih tidak ramai yang menyedari tentang kepentingan khalayak dalam penulisan kerana merekalah yang menentukan hala tuju sesuatu hasil karya penulisan. 2.0 SKOP KAJIAN Kajian ini hanya melihat kepada khalayak yang dicapai dalam penulisan. Pembaca menjadi fokus kajian kerana mereka adalah klien bagi karya penulis. Skop kajian tidak melihat khalayak dalam aspek yang lain seperti pendengar radio, penonton wayang atau sebagainya. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mkirofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya. (Bahagian ini sepatutnya diletakkan di bahagian bawah "Pengenalan" kerana ia menceritakan apa yang nak ditulis dalam tulisan ini)

4.0 HASIL KAJIAN (Sistem pernomboran perlu betul. Bagaimana untuk dapatkan hasil kajian sekiranya kajian/tulisan belumpun dimulakan lagi) 4.1 Pendahuluan Seseorang penulis perlu tahu dan mementingkan khalayak pembacanya supaya bahan bacaan yang dihasilkan akan dimanfaatkan oleh khalayak tersebut sebaiknya. Walau bagaimanapun, sesetengah penulis tidak memikirkan tentang khalayak pembacanya dan membuat generalisasi bahawa setiap tulisan itu sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini merupakan satu kesilapan besar malah merugikan diri sendiri. Tindakannya umpama mencurahkan air di atas daun keladi, menulis tetapi tidak dibaca oleh sesiapa pun. Tulisan yang berjaya adalah tulisan yang mendapat tempat di hati pembacanya malah karyanya dihargai oleh sesiapa pun. 4.2 Definisi Khalayak ditakrifkan sebagai sekelompok orang yang mempunyai cita rasa yang sama. Mereka ini mungkin sahaja berbeza dari segi umur, ras, tahap pendidikan, ataupun kedudukan sosioekonomi mereka. Walau bagaimanapun, ada khalayak yang dikelompokkan berdasarkan maklumat demografi seperti pendapatan, jantina, pendidikan, pekerjaan, status perkahwinan, pemilikan rumah, umur, ras ataupun kedudukan sosioekonomi mereka (Mus Chairil Samani, 1997). Selain itu, maklumat berbentuk psikografi juga diperlukan sebagai tambahan untuk mengenal pasti khalayak pembaca. Maklumat ini merupakan data tentang gaya kehidupan, sikap, dan tingkah laku pembaca (Mus Chairil Samani, 1997). Gabungan kedua-dua maklumat demografi dan psikografi akan membolehkan penulis memilih pendekatan yang paling berkesan untuk berkomunikasi dengan pembaca anda itu. Sebagai contoh, (mulakan ayat dengan contoh? Pastikan subjek dan predikat ayat) kesan ekonomi Malaysia yang pesat membangun pada awal 1990-an telah melahirkan generasi eksekutif muda berpendidikan dalam lingkungan umur 25 hingga 35 tahun yang bukan sahaja berduit tetapi mempunyai gaya kehidupan tersendiri. Mereka ini mempunyai cita rasa atau gaya kehidupan memakai pakaian berjenama, memandu kereta jenis sport, kebanyakkannya bujang, tinggal di pangsapuri-pangsapuri dan memakan makanan di tempat yang terpilih. Mereka ini tidak berminat tentang politik secara khususnya. Oleh sebab itu, penulis harus menulis bahan yang selaras dengan minatnya itu dan bukan perkara lain. (copy and paste dari sumber rujukan. sumber rujukannya mana?) Dalam erti kata lain, pengetahuan tentang khalayak sasaran amatlah penting dan secara tidak langsung mencetuskan idea tentang apa yang hendak ditulis. Tanpa pengetahuan ini, penulis mungkin memilih bahan atau tajuk yang tidak sesuai. Aspek ini juga penting dalam melihat keperluan penulisan tentang sesuatu tajuk atau kajian agar ia dapat diterima khalayak.

4.3 Jenis khalayak Khalayak terbahagi kepada dua iaitu khalayak utama dan khalayak sekunder. (Mus Chairil Samani, 1997). Sebarang bentuk proses komunikasi dan penulisan rencana sebagai salah satu saluran dalam proses tersebut, mempunyai kedua-dua bentuk khalayak ini. Penulisan rencana bukan untuk tatapan diri sendiri, maka kedua-dua khalayak ini perlu dipertimbangkan supaya objektif penulisan untuk menyebarkan karya kepada seberapa ramai orang tercapai. 4.3.1 Khalayak Utama

Khalayak utama ditakrifkan sebagai golongan sasaran utama yang cuba dijangkau oleh penulis. Golongan yang membaca buku ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur, taraf pendidikan dan pekerjaan namun mereka dikelompokkan berdasarkan minat yang sama. Ini menunjukkan, umur bukan kriteria utama tetapi minat. Malahan sasaran sampingan dalam kelompok khalayak utama ialah terjangkau. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana buku ini akan diedarkan di pasaran umum serta di pusat pengajian tinggi. Khalayak utama adalah sangat penting sebagai penentu dan kayu pengukur kepada penerbitnya sama ada karya itu berpotensi dan bentuk penerbitnya sama ada bentuk buku, majalah, makalah, surat khabar, atau sebagainya. Sekiranya jumlah khalayak utama itu besar, maka pelaburan menerbitkan sesuatu terbitan itu akan menghasilkan keuntungan yang diharapkan. Mereka mempunyai kuasa pemutus sama ada untuk menerima atau menolak penerbitan yang diberikan kepada mereka. Khalayak sasaran boleh dikenal pasti berdasarkan tinjauan yang dilakukan. Namun, kajian ini kebiasaannya memerlukan belanjawan yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kaedah mendapatkan maklumat tentang khalayak pembaca. Antaranya ialah isi kandungan terbitan, iklan, surat-surat pembaca, dan ada juga yang mengandungi pelbagai segmen masyarakat yang boleh menarik semua peringkat masyarakat. Dalam hal ini, penulis mesti memastikan bahan bacaan yang dihasilkan adalah bersesuaian dan menepati citarasa khalayaknya. 4.3.2 Khalayak sekunder Khalayak sekunder ialah golongan sampingan yang terjangkau secara kebetulan (Mus Chairil Samani, 1997). Dalam erti kata lain, pembaca luar yang menilai sesuatu penulisan sebelum dipilih untuk diterbitkan dan editor yang menyunting penulisan tersebut. Dalam penulisan rencana, khalayak sekunder ialah majalah atau akhbar yang anda tujukan sesuatu tulisan itu. Sewajarnya anda mengetahui dasar penerbitan syarikat itu. Sesetengahnya mempunyai dasar tidak menerima sumbangan penulis luar. Sebagai contoh, seorang penulis menghantar karyanya ke majalah Dewan Bahasa. Maka, majalah ini merupakan khalayak sekunder bagi hasil penulisannya. Dalam usaha mengenalpasti sesuatu terbitan, perhatikan penggunaan gambar dan ilustrasi yang digunakan. (ayat tak gramatis) Peluang untuk menerbitkan sesuatu tulisan adalah lebih baik sekiranya dilampirkan gambar. Gambar akan memberikan kesan rencana menjadi lebih menarik di samping membantu mengambarkan sesuatu tulisan tersebut. Penulisan menjadi lebih jelas dan secara tidak langsung menarik minat pembaca. Selain itu, penulis juga perlu memerhatikan panjang sesuatu rencana itu. Rencana yang dihasilkan mestilah bersesuaian di mana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Malah, berkualiti tinggi dan berkesan kepada pembaca yang membaca artikel tersebut. Penulisan juga kadang-kadang dipengaruhi oleh kekangan ruang dan bilangan helaian penulisan. Di samping itu, dengan mempertimbangkan editor yang mengetuai sesuatu redaksi juga membantu kita mengenalpasti gaya penulisannya. Penelitian editor akan menonjolkan falsafah editorial terbitan berkenaan. Malahan kita boleh memperhatikan gaya penulisan, trend dan corak pengendalian sesuatu isu, jenis rencana yang dihasilkan serta membandingkan keluaran terbaru dan keluaran lama majalah itu. Lagi banyak maklumat yang dapat diterokai, maka banyak yang dapat diketahui, malah tindakan ini akan memandu penulisan dan mengetahui khalayak yang disasarkan oleh sesuatu penulisan.

4.3.3 Khalayak dalam penulisan berita Berita di dalam surat khabar mahupun secara atas talian merupakan salah satu aspek dalam penulisan. Penulisan berita adalah penting kerana ia memberi laporan tentang peristiwa yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat. Sebagai penulis, seseorang individu itu perlu tahu tentang khalayaknya kerana lebih banyak yang diketahui tentang masyarakat atau khalayak itu, lebih banyak maklumat yang dapat dan khidmat yang dapat diberikan. Di barat penyelidikan khalayak dilakukan secara saintifik untuk mengetahui tentang persaingan di kalangan media. Walau bagaimana pun, masih ramai yang tidak memahami tentang khalayak dalam penulisan berita mereka. Dalam menyampaikan berita, seseorang penulis itu perlu mengetahui tentang maklumat latar khalayak mereka. Sebagai contoh, bagi khalayak yang tinggal di bandar, mereka memerlukan berita yang ringkas dan padat kerana kehidupan mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca sesuatu berita yang panjang. (sumber rujukan) Selain itu, penulis juga perlu mengetahui sejauh mana pengetahuan khalayak, pendapat mereka, prasangka dan sebagainya. Aspek seterusnya ialah melihat sama ada berita yang disampaikan mudah difahami atau tidak. Berita yang ditulis juga perlu benar dan sahih. Penulis juga perlu melihat dari segi jantina, umur, kumpulan sosioekonomi dan sebagainya. Kesemua aspek ini penting untuk memastikan khalayak dalam sesebuah penulisan dapat dikekalkan. Misalnya, akhbar kosmo mensasarkan khalayak diperingkat umur remaja awal dewasa dalam penulisannya. Maka, ciri-ciri yang ada dalam surat khabar ini harus memenuhi kehendak dan jiwa remaja seperti ringkas, menarik dan menghiburkan. (sumber rujukan)

4.3.4 Teori Wolfgang Iser Menurut pandangan Iser, (tiada dalam rujukan) istilah pembaca dapat dibahagikan kepada 'pembaca yang diperlihatkan' dan 'pembaca yang sebenarnya'. Pertama, khalayak yang diciptakan sendiri oleh teks itu dan merupakan 'rangkaian struktur yang mengundang jawapan', yang mengarahkan kita membaca dengan cara tertentu. 'Pembaca yang sebenarnya' menerima beberapa imej mental dalam proses pembacaan; tetapi imej itu pasti akan dipengaruhi oleh pengalaman lepas pembaca. Seseorang yang tinggal di Filipina mempunyai pandangan yang berbeza berbanding mereka yang tinggal di kota London. Perbezaan ini berlaku disebabkan hasil pembacaan dan tafsiran yang berbeza. Perkataan yang ditulis dalam sesuatu karya penulisan tidak akan berjaya menyampaikan apa-apa jika minda khalayak tidak berjaya menafsirkan maksud penulisannya. Bahasa cereka membantu khalayak mencipta objek imiginari dalam fikiran mereka. Sebagai contoh, penulis menulis watak yang ganas, pembengis dan kaki pukul. Maka, pembaca akan membayangkan keadaan watak yang cuba disampaikan pengarang. (ayat tak gramatis) Selain itu, pembaca turut dipengaruhi oleh norma-norma yang dipegang. Apa yang cuba disampaikan oleh penulis akan ditapis oleh norma-norma ini dan mempengaruhi proses pembacaan khalayak. Kesedaran yang ada dalam diri khalayak akan menentukan penyelesaian dalaman yang memungkinkannya menerima dan memproses sudut pandangan yang asing yang cuba dinyatakan oleh penulis. Wolfgang (seragamkan cara tulis sumber rujukan di dalam teks) turut membahagikan khalayak kepada lapan jenis khalayak. Khalayak pertama ialah khalayak ideal. Khalayak ini adalah khalayak

yang diidamkan oleh penulis. Mereka akan membaca dan menerima hasil penulisan tersebut dengan hati yang terbuka. Mereka akan setia dengan seseorang penulis dan bersifat klasik. Pembaca ini berupaya memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Keadaan ini banyak membantu penulis dan ia sangat ideal bagi pandangan seorang penulis. Kedua ialah khalayak fiksyen. Khalayak fiksyen berlainan dengan khalayak ideal di mana ia berfungsi dalam mencari perbezaan dalam penulisan. Ia merupakan satu strategi penting yang digunakan untuk memenuhi kekosongan khalayak sebenar. Pembaca ini lebih berbentuk khayalan yang mengubah streotaip yang mungkin telah berlaku dalam sesebuah penulisan. Maka, khalayak fiksyen memberi satu perspektif baru dan membuka minda pembaca lain. Khalayak jenis ini penting agar idea baru dapat dicerna. (sumber rujukan) Seterusnya ialah khalayak kontemporari. Seperti yang kita semua sedia maklum, kontemporari bermaksud sezaman. (ayat tak gramatis. Tulisan ilmiah pelu elakkan penggunaan kata ganti diri seperti saya, kita, kami) Di sini kita boleh mengatakan bahawa khalayak kontemporari merupakan khalayak yang sama dari dulu hingga sekarang. (ayat) Khalayak ini tidak mempunyai banyak perubahan sama ada dari segi pendapat mahupun pegangan kerana mereka tidak mengalami perubahan yang besar. (sumber rujukan) Keempat pula adalah khalayak hipotetikal. Khalayak andaian ini adalah berlawanan dengan khalayak sebenar. Golongan ini bukan pembaca sebenar tetapi hanya bayangan penulis yang digunakan untuk mengarang. Penulis akan mengandaikan pembaca bagi hasil karyanya. (ayat tergantung ) (sumber rujukan) Kelima adalah khalayak bermaklumat. Khalayak ini mewakili konsep pengstrukturan kendiri yang mensasarkan kepada peningkatan maklumat seseorang pembaca dan daya juang mereka melalui pemerhatian yang dapat dilihat daripada pembacaan bahan-bahan di dalam teks. Mereka mempunyai maklumat yang banyak untuk disampaikan kepada pembaca lain. (sumber rujukan) Keenam pula adalah khalayak bayangan di mana khalayak ini cuba memahami pendapat penulisnya dan disampaikan kepada individu lain. Khalayak ini juga menghasilkan perkaitan antara sejarah dan dorongan kendiri di dalam teks yang ditulis dan menjadikannya mudah dicapai. Konsep khalayak bayangan ini juga membolehkan penulis mentafsir kesan dan respon pembaca terhadap teks penulisannya. (sumber rujukan) Ketujuh ialah khalayak cadangan. Apabila seseorang penulis mempunyai khalayak cadangan, dia berupaya mencipta dan menghasilkan satu bentuk penulisan yang akan diterima dan disukai oleh pembaca. Realiti ini perlu diakui dan hasil penulisan akan masuk ke dalam pemikiran pembaca seterusnya membentuk satu fahaman atau pengetahuan yang sama dengan maksud penulis.(sumber rujukan) Seterusnya ialah khalayak yang sebenar-benarnya. Khalayak ini merupakan khalayak yang dilihat oleh penulis sebagai golongan yang merefleks kepada sesuatu masyarakat di mana mereka berada. Ia merupakan khalayak yang akan memberikan gambaran sebenar tentang keadaan dan penerimaan masyarakat terhadap penulis. Pembohongan tidak akan berlaku dan khalayak ini berlawanan dengan khalayak fiksyen. (sumber rujukan) Akhir sekali ialah khalayak yang lebih baik atau super. Khalayak ini merupakan golongan yang mempunyai banyak maklumat dan seringkali mendapat apa yang cuba disampaikan penulis. Khalayak ini juga digunakan untuk memahami teks yang ditulis. Penulis turut menggunakan khalayak ini sebagai satu jalan atau kaedah untuk menulis fakta atau maklumat yang dikira berguna dan

penting. (sumber rujukan)

4.3.5 Khalayak Kanak-kanak dan Remaja Golongan khalayak adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur tidak kira orang dewasa, warga emas, remaja mahupun kanak-kanak. Golongan muda perlu dilatih dan diasuh dari kecil supaya suka membaca. Namun, kita mengetahui bahawa tidak ramai penulis yang ingin menulis buku untuk kanakkanak. Walaupun ramai yang ingin menceburi bidang ini, mereka belum memahami sepenuhnya keperluan khalayak mereka yang muda ini. Khalayak kanak-kanak memerlukan bahan bacaan yang menggembirakan, berbentuk penerokaan dan dipenuhi gambar yang berwarna-warni. Maka, kupasan ini bertujuan membuka mata penulis tentang kepentingan mengambil kira keperluan golongan muda ini. Sebagai penulis, mereka dapat membantu memberikan rangsangan dan pengalaman kepada kanakkanak dengan cara menyediakan bahan-bahan bacaan di dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan pengetahuan. Kemudahan dan kesukaran sesuatu peringkat pengalaman itu terpulang kepada konsep-konsep yang hendak disampaikan oleh bidang pengalaman dan pengetahuan yang berkenaan. Jika seseorang tidak mendapat konsep asas, maka adalah sukar untuknya memahami dan menguasai pengetahuan tersebut. Jika pembacanya adalah seorang kanak-kanak, konsepkonsep yang disampaikan melalui pembacaaan itu perlulah merupakan lanjutan daripada konsep yang telah dikuasainya. Ini bererti, tahap yang tinggi akan mematikan minat dan semangat kanakkanak tersebut. Kanak-kanak juga memerlukan gambar, rajah, graf dan sebagainya untuk membantunya memahami sesuatu maklumat. Selain itu, gambar-gambar ini akan menambahkan minat dan mengurangkan kebosanan mereka. 4.4 Keperluan khalayak Keperluan khalayak itu dapat dibahagikan kepada:i.Kepuasan segera Kepuasan segera diperolehi daripada bahan bacaan yang diminati oleh pembaca. Minat yang tinggi mendorong pembaca membaca bahan tersebut kerana bahan itu boleh membantu mengatasi masalah seharian yang lebih mendesak. Sebagai contoh, bagi seseorang kanak-kanak, membaca komik atau kartun memberikan kepuasan kepada mereka. ii. Kepuasan tertangguh Kepuasan ini diperolehi daripada bahan bacaan yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan dan pendidikan pembaca. Bahan seumpama ini hanya dibaca pada masa lapang apabila berkesempatan. Antaranya ialah bahan rujukan yang tebal dan ensiklopedia. Pembaca tidak akan menumpukan pembacaan kepada bahan ini kerana ia dibaca untuk mendapatkan maklumat di dalamnya. Oleh yang demikian, kepuasan yang diterima adalah kepuasan tertangguh. Keadaan ini dapat dilihat pada pelajar sekolah mahupun universiti yang membaca hanya untuk lulus peperiksaan. 4.5 Resepsi (resepsi atau resensi?) Resepsi ialah reaksi pembaca terhadap sebuah teks. Sebuah resensi diteguhkan apabila sesuatu teks dihayati dengan sepenuhnya. Resensi ini akan membantu penulis untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan penerimaan khalayak terhadap hasil tulisannya. Resepsi boleh diambil dari

sumber-sumber seperti:- (sumber rujukan) a) laporan daripada pembaca tidak profesional: catatan harian, catatan di pinggir buku, laporan dalam autobiografi dan sebagainya. b) laporan profesional. c) terjemahan dan saduran. d) pengolahan dalam buku-buku. e) resepsi produktif: unsur-unsur dari sebuah karya sastera diolah dalam sebuah karya baru. Resepsi juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sejarah resepsi dan penelitian terhadap orangorang dalam abad yang sama. Sejarah resepsi melihat bagaimana sebuah atau sekelompok teks, sejarah penerbitannya diterima dan bagaimana reaksi para pembaca. Dapat diilihat bahawa sejarah resepsi mempunyai dua aliran pula iaitu pertama yang memegang kepada pendapat sendiri dan yang kedua, pihak yang mengambil kira keperluan khalayaknya. Walau bagaimanapun, kedua-dua aliran ini melihat perkaitan khalayak dan teks yang dibaca. Dalam meneliti penerimaan orang-orang dalam abad yang berbeza, dapat dikenalpasti bahawa penerima sesebuah masyarakat yang berlainan masa adalah berbeza. Sebagai contoh, penceritaan sastera di zaman Renaissance adalah berbeza jika dibandingkan dengan zaman Kesultanan Melayu Lama. Oleh itu, penulis seharusnya menyedari perubahan minda dan pengaruh kepada khalayak mereka agar karya yang dihasilkan dapat diterima. 4.6 Ciri-ciri khalayak Khalayak dibezakan berdasarkan minat, amalan, sikap, dan kepercayaan. Sikap berkaitan dengan kegemaran atau kesukaan seseorang itu bersifat kekal dan separuh kekal. Manakala sikap ialah pegangan seseorang itu tentang sesuatu perkara dan tidak mudah berubah iaitu falsafah hidup seseorang itu yang tidak mungkin dipinda walau apa pun keadaannya. Minat khalayak boleh dibahagikan kepada dua iaitu minat jangka pendek dan minat jangka panjang. Minat jangka pendek bersifat tidak kekal dan ia akan pudar apabila hasrat atau keinginan pembaca tercapai. Contohnya, hasrat seseorang untuk membeli kereta menyebabkan dia membaca semua risalah, iklan, tulisan tentang pelbagai model kereta dalam kelas yang ingin dibelinya. Menerusi pembacaan, dia boleh membuat perbandingan serta mendapat keputusan membeli model kereta yang sesuai dengan keperluannya. Keperluan khalayak jenis ini mungkin sukar dipenuhi kerana sebaik sahaja mereka membeli kereta yang diinginkan, mereka tidak lagi membaca penulisan tentang kereta. Walau bagaimnapun, minat ini tidak juga terhenti secara mendadak. Pembaca akan membaca selagi kereta tersebut belum dibelinya dan berlarutan hingga beberapa ketika selepas pembelian itu. Tempoh ini dikenali sebgai tempoh pengukuhan di mana maklumat masih diperlukan bagi menyakinkan bahawa keputusan memilih model kereta tersebut adalah keputusan yang bijak. Berikutnya ialah minat jangka panjang yang bersifat kekal. Contohnya, khalayak yang berminat dalam bidang sukan bola sepak. Oleh itu, mereka sudah tentu akan cuba dan sentiasa mencari maklumat tentang perkembangan aktiviti sukan ini. Minat merupakan ciri khalayak yang aktif. Khalayak akan meninjau persekitaran dan mencari bahan yang bersesuaian dengan minatnya. Selain itu, mereka bukan sahaja membaca dari pelbagai bahan bacaan namun turut terlibat dalam persatuan dan pertandingan bola sepak yang dianjurkan di kawasan setempat. Minat khalayak golongan ini lebih mudah dipenuh. Amalan khalayak juga bersifat kekal. Biasanya, seseorang yang sudah biasa mengamalkan sesuatu

kaedah dalam melakukan kerja tidak akan menerima cara lain. Khalayak ini akan mencari mesej yang selaras dengan amalannya setiap hari. Manakala sikap pula merupakan pendirian yang dipegang oleh seseorang itu berhubung sesuatu perkara dan bersifat jangka panjang. Sikap selalunya terbentuk dalam jangka masa panjang dan perubahan sikap selalu berlaku secara perlahan-lahan. Penulis tidak boleh mengharapkan tulisannya boleh mengubah sikap seseorang. Perubahan sikap boleh berlaku apabila tulisan itu disokong oleh komunikasi bersemuka. Dalam hal ini, orang yang bersemuka dengan khalayak itu harus dikenali dan diyakininya. Bukan sebarangan orang menepati syarat ini. Biasanya orang itu terdiri daripada pemimpin masyarakat atau pemimpin setempat yang tinggal berhampiran dengan khalayak. Kepercayaan merupakan ciri khalayak yang paling sukar untuk berubah. Kepercayaan melibatkan pegangan seseorang itu kepada ideologi sama ada bersifat keduniaan atau keagamaan. Contohnya,seseorang yang menganuti agama Buddha yang percaya akan kelahiran semula dan kelahiran tersebut ditentukan oleh kehidupan sekarang. Walhal, bagi agama Islam, kehidupan di dunia hanyalah sementara dan sekali sahaja. Kedua-dua agama ini berbeza kepercayaan maka sukarlah sekiranya pandangan Islam yang tidak mempercayai kelahiran semula ini diserapkan kepada golongan penganut agama Buddha. Kepercayaan seseorang sukar diubah dan bahan bacaan yang mereka pilih juga berdasarkan kepercayaan ini. 4.7 Peranan khalayak Khalayak memainkan peranan yang penting kepada hasil penulisan penulis. Antara peranan mereka ialah merefleks kepada hasil penulisan. Apabila sekumpulan khalayak dalam sesuatu masyarakat membaca hasil karya seseorang, mereka akan berpegang kepada norma dan budaya di dalam masyarakatnya. Maka dari situ, penulis dapat melihat keadaan dan sikap yang pelbagai di sesebuah kawasan itu. Penilaian khalayak terhadap karya penulis boleh digunakan oleh penulis untuk lebih mengenali kehendak dan keperluan khalayaknya. Selain itu, khalayak juga membantu menyebarkan maklumat dan pengetahuan yang cuba disampaikan oleh penulis. Mereka menjadi ejen yang secara tidak langsung memberi semangat dan mempengaruhi penulisan pengkarya pada masa akan datang. Sebagai contoh, seorang penulis muda mendapati khalayak memuji hasil penulisannya. Sudah tentu ini merupakan satu bonus yang menaikkan semangat untuknya terus berkarya. Peneguhan positif ini amat bermakna dan ia bergantung kepada penerimaan khalayak. Namun begitu, jika kritikan yang diterima, mereka harus memandangnya sebagai cabaran untuk melakukan yang lebih baik. Semasa proses membaca, khalayak akan cuba menghayati dan memasukkan diri mereka ke dalam karya penulis. Pembaca akan berimiginasi dan membayangkan keadaan dalam sesebuah penulisan itu. Keberkesanan penulisan akan dapat dilihat apabila pembaca memahami dan merasai sendiri suasana yang cuba digambarkan penulis. Di sini, khalayak berperanan sebagai penterjemah idea penulis yang merupakan satu peranan penting dan mempengaruhi individu di sekeliling untuk turut membacanya.

4.8 Isu-isu khalayak Penulis dan pembaca tidak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing. Namun, berdasarkan pemerhatian kini, penulis kesusasteraan terutamanya sudah ketinggalan berbanding dengan pemikiran pembaca. Oleh hal yang demikian, sambutan terhadap penulisan juga merosot dan bahan yang dihasilkan tidak diminati oleh para pembaca.

Selain itu, berlaku "pendedahan paksaan" iaitu keadaan di mana para murid sekolah atau penuntut pengajian tinggi dipaksa membaca bahan kesusasteraan. Murid sekolah, penuntut maktab dan universiti dipaksa membaca, menghayati, mengulas dan mengupas sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Jadi, bidang sastera cuma mempunyai khalayak yang terkepung dan dipaksa. Malahan di luar khalayak ini juga mungkin kesusateraan ketandusan peminat dan kekurangan pengikut.Anggapan bahawa kesusateraan membosankan dan memuakkan membuatkan khalayak yang menerima pendedahan paksaan akan terhenti selepas tamat pengajian. Namun, perubahan berlaku pada tahun 1950-an dan 1960-an di mana sastera dan kesusateraan menjadi lebih menarik dan mendapat sambutan yang baik dari pembaca. Hal ini berlaku kerana penulisan membangkitkan dan membicarakan tentang isu dan perkara yang melibatkan kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun, penulisan juga berperanan mengembalikan manusia kepada kemanusiaan, serta mengembalikan insan kepada keinsanannya. Cara penyampaian boleh berubah dan pelbagai tetapi tidak menjejaskan matlamat asal. Mutu dan isi penulisan yang berkualiti mampu menarik ramai khalayak. Budaya membaca kurang menjadi amalan di hati rakyat Malaysia. Ini merupakan isu yang menyebabkan hasil penulisan kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Malaysia. Kurang minat menjadi batu penghalang kepada budaya membaca. Walau bagaimanapun, hanya sesetengah peringkat masyarakat sahaja yang menyedari akan kepentingan membaca dan mahu menambahkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, penulis berperanan menghasilkan karya yang menarik dan mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat supaya mencintai budaya membaca. Setiap penulis ingin tulisannya dibaca oleh khalayak. Tanpa mengira tujuan mereka menulis sama ada untuk menyebar maklumat, mengubah sikap, menyampaikan pengetahuan atau untuk memberi pengalaman baru kepada pembaca, penulis hanya ingin tulisannya dibaca. Bagi memancing khalayak, penulis mesti berupaya menarik minat serta perhatian pembaca seterusnya mengekalkan pembacaan. Ini bermaksud, tulisan penulis mesti mematuhi beberapa syarat iaitu tulisannya mesti menarik, berisi dan seronok dibaca. Keseronokkan dan kepuasan dalam pembacaan adalah bersifat subjektif dan bergantung kepada citarasa pembaca. Unsur inilah yang menentukan sama ada sesuatu tulisan itu akan mendapat sambutan atau tidak, sama ada ia akan mencapai tahap best-seller atau kekal di tahap non-seller. Setiap pengkarya berusaha untuk memenangi hati pembaca melalui penulisannya. Namun, yang menjadi persoalannya ialah apakah yang menjadikan sesuatu tulisan itu seronok untuk dibaca. Selain itu, tulisan yang dihasilkan juga perlulah rasional dan munasabah agar dapat menarik minat pembaca. Dari segi istilah pula, didapati khalayak tidak menggemari penulisan yang terlalu sukar dan menggunakan istilah hebat-hebat atau istilah besar-besar yang menyukarkan proses penyampaian maklumat. 5.0 CADANGAN Penulisan adalah suatu seni yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat tidak kira dalam bentuk rasmi atau tidak. Namun, kehadiran khalayak menjadikan perkara atau isu yang disampaikan lebih bermakna. Golongan inilah yang akan memastikan seseorang penulis terus menulis dan berkarya. Bagi mewujudkan lebih ramai khalayak tidak kira usia, kaum, budaya mahupun pendapatan, penulis boleh mempelbagaikan penulisan dengan mengetengahkan isu berkaitan kehidupan, isu terkini, masalah dunia mahupun penulisan berdasarkan kisah benar.

Selain itu, penulisan yang dapat memenuhi keperluan pembaca juga memberi impak yang besar dalam menyampaikan isu penulisannya. Sebagai pembaca, seseorang berhak memilih bahan bacaan yang ingin dibaca. Oleh itu, penulis serta pengkarya harus bijak membaca minda khalayak. Sebagai contoh, ketika dunia digemparkan dengan berita kekejaman zionis di Iraq dan Palestin, terdapat penulis yang cuba menghasilkan karya berbentuk artikel mengenai keperitan hidup rakyat di sana. Sudah tentu hasil penulisannya akan dibaca dan mendapat perhatian kerana masyarakat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Apabila penulis telah mensasarkan khalayak mereka, maka mudahlah untuk mendekati mereka. Bagi penulisan yang berkualiti, pembaca tidak akan ragu-ragu untuk mengakui tentang kehebatan penulisan tersebut. Untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, seseorang penulis perlu banyak berlatih di samping tidak malu untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka. Keyakinan pembaca terhadap karya seseorang penulis tidak akan diperoleh dengan hanya satu hasil penulisan tetapi memerlukan usaha jangka panjang seperti yang dilakukan oleh A. Samad Said. Beliau tidak hanya dikenali kerana penulisan yang berkesan tetapi berjaya mencipta pengaruh sehingga diberi anugerah sasterawan negara. 6.0 PENUTUP Sebagai kesimpulannya, khalayak adalah golongan yang penting dalam menjadikan karya seseorang penulis itu bermakna. Tanpa khalayak, penulisan yang dihasilkan tidak akan dihargai dan boleh berkubur begitu sahaja. Ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Maka, setiap penulis yang ingin memulakan penulisan perlu mengambil kira aspek yang penting ini. (kesimpulan tidak menjawab persoalan yang dikaji secara menyeluruh. Tidak menggambarkan keseluruhan isu yang dibincangkan)

RUJUKAN

Hasnah Ibrahim. 1982. Menulis untuk Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SDN BHD. Jan V. L, Mieke B., Willem G. Weststeijn. 1984. Pengantar Ilmu Sastra. Terj. Dick Hartoko. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Mansor Ahmad Saman. 1995. Penulisan dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mus Chairil Samani. 1996. Penulisan rencana berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh, Abdul Ahmad. 1984. Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Panduan menulis tesis gaya UKM. 2007. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, UKM. Paul De Maeseneer. 1986. Inilah Berita. Penterjemah Mohd Safar Hasim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raman Selden. 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Terj. Umur Junus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wolfgang Iser. 1974. The Act of Reading. London: The John Hopkins University Press.

KAJIAN KUALITATIF & KUANTITATIF


KAJIAN KUALITATIF

1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan persoalan kajian :

(i) jangka masa kajian; (ii) jenis data yang hendak dikutip; (iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut; (iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan; (v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel; (vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan; (vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan (viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.

2 Pemilihan Bentuk Kajian

(a) Bentuk Kajian Lapangan-data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

(b) Bentuk Kajian Kes-adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.

(c) Bentuk Kumpulan Terfokus- proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas untuk

kumpulan kecil. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar . satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap.

(d) Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

(e) Bentuk Analisis Dokumen Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan- Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

3 Membina Alat Kajian Kualitatif

(a) Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang,rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti , j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ) ,Memproses ( pkurangan data, pamir data , verifikasi data ) ,Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder , Minterpretasi penemuan )

(b) Alat Pemerhatian Ciri-ciri Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

(c) Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra -penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan.

Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.

4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Dari segi: (1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data;dan (3) kaedah analisis data.

Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. Jenis triangulasi : (i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama. (ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama. (iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama. (iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

5 Persampelan dalam Kajian

Kualitatif

(a) Strategi Persampelan dalam kajian kuanlitatif strategi persampelan bukanberkebarangkalian digunakan (non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian :

(i) persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh (ii) persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi. (iii) persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian. (iv) persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan.

6. Kaedah Pengutipan Data

data yang didapati daripada dokumen; ( dimana, siapa , bila ) ,Tubuh system organisasi data. data yang didapati daripada temuduga; satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung data yang didapati daripada pemerhatian .

7. Proses Menganalisis Data (i) Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. (ii) Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan dalam word processing atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. (iii) Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. (iv) Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat (v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan interpretasi dapatan.

8. Interpretasi Data

(a) Data Dokumen

(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks. (ii) Teks dilabel dan dikategorikan. (iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan Menjelma. (iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya. (v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan

(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan. (ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej. (iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema.

(c) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi

(d) Data Pemerhatian

Kebolehpercayaan Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan data dibuat semula. Kesahan Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa yang kita ingin tahu. Pemerhatian Satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. Temubual Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung. Triangulasi Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan maklumat untuk kajian kualitatif.

KAJIAN KUANTITATIF

1. REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN - mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variabel bersandar, - alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik

a) Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen :

(a) Sejarah (b) Kematangan ( tempoh masa )] (c) Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua (d) Alat ukuran (e) Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau skor tingi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah. (f) Pemilihan berlaku bias dlm pemilihan sample (g) Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan (h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu eksperimen: (a) Kesan Interaksi Pengujian Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat mengingat soalan dan jawapan ujianpra. (b) Interaksi Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian dengan variabel yang dikaji. (c) Kesan Tindak Balas Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam suasana biasa (suasana bukan eksperimen). (d) Gangguan Rawatan Berganda Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus.

2. Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

(a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif (i) Reka bentuk kes (case design) (ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design) (iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design) (iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design) (v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design).

(b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen (i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): reka bentuk ujianpra-ujianpossatu-kumpulan (singlegroup-pretest-posttest design), reka bentuk siri-masa (time-series design)

(ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpos-sahaja (controlgroup-posttestonly design); Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpraujianpos (control-group-pretestposttest design). Reka bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmoncontrol-group design), Reka bentuk faktorial (factorial design).

Kajian Deskriptif Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000 subjek. Reka bentuk Kajian Deskriptif : a) Kes satu subjek kajian sahaja. b) Siri kes beberapa kes c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap subjek kajian d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur pada awal kajian, kemudian selepas beberapa ketika, hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan e) Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku . lebih sukar dan memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan untuk menunjukkan wujudnya hubungan sebab-kesan.

Kajian Eksperimen - Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu kesan . dua (2) jenis, iaitu

(i) reka bentuk takberkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka bentuk ini ialah reka bentuk ujianpra-ujianpos-satukumpulan.

(ii) reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar.

3. Soal-Selidik

Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. Langkah-langkah membina soal-selidik. (i) Membangunkan item sesuai dgn obj kajian. (ii) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai. (iii) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item. (iv) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis. (v) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data.

4. Inventori - Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang individu,

(a) Skala Likert - satu skala nombor integer yang mempunyai sama Selangnya

5. PENJELMAAN DATA

- dua proses dalam menganaliss data: (a) Memproses data dari borang soal selidik (b) Memproses data dari inventori

Data perlu diolah kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. langkah-langkah dalam analisis data: (a) Fasa pra-analisis (b) Fasa pengurangan saiz data (c) Fasa paparan data

(d) Fasa pengesahan data (e) Fasa dapatan

- Prosedur Pemprosesan Data (a) Surat memohon kebenaran (b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua (c) borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta sample mengisikannya. (d) data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian (e) Data daripada alat kajian, seperti soal selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. (f) pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian. Inventori Satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk psikologi tertentu seseorang individu. Kajian deskriptif Kajian di mana rawatan tidak dibrikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur seperti yang sedia ada. Kajian eksperimen Kajian di mana rawatan diberikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur sebelum dan selepas rawatan diberikan. Kajian kuantitatif Kajian yang mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variable bersandar/hasil. Placebo Rawatan yang diberikan kepada kumpulan kawalan supaya mereka tidak rasa berbeza daripada kumpulan eksperimen.

ANALISIS DATA KUANTITATIF

1 ANALISIS DESKRIPTIF kaedah analisis bagi tujuan menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentaabiran ke atas parameter populasi. a) Kekerapan dan Kekerapan Relatif Set data, sama ada dari jenis kualitatif (perkataan) atau kuantitatif (taburan data), boleh dipaparkan

dalam bentuk jadual taburan kekerapan b) Min dan Sisihan Piawai - min yang merupakan purata data adalah berperanan sebagi pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan lokasi sesuatu taburan data. - Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah sukatan pada paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi di bawah median, dan 50% lagi berada pada lokasi di atas median

Min Data Tak Terkumpul Untuk data yang tidak dikumpulkan kepada beberapa kelas, min diberi seperti berikut: Min = (Jumlah semua nombor) / (bilangan nombor).

c) Korelasi Linear dan Regresi Linear Mudah (i) Korelasi Linear - mengukur kekuatan hubungan linear antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan symbol (huruf Greek berbunyi rho) dan untuk sampel menggunakan simbol r. (ii) Regresi Linear Mudah - kajian kebersandaran satu variable ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang pertama dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan variabel takbersandar.

2 PENGUJIAN HIPOTESIS HUBUNGAN

Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentakbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sample untuk mentakbir/menganggar paprameter populasi. a. Hipotesis nol, H0 Ia adalah hipotesis statistik yang menyatakan kesamaan parameter populasi dengan satu nilai tertentu, atau menyatakan tidak ada perbezaan antara dua parameter populasi. b. Hipotesis pilihan, H1 Adalah hipotesis statistik pelengkap kepada hipotesis nol. Hipotesis ini merupakan pernyataan yang lazimnya pengkaji ingin mengesahkan kebenarannya.

Langkah Pengujian Hipotesis

a. Bangunkan pernyataan hipotesis: H0: Tiada hubungan antara prestasi pelajar dengan kaedah pengajaran. H1: Prestasi pelajar bergantung kepada kaedah pengajaran. b. Pilih taburan yang akan diguna, dan tentukan rantau penolakan hipotesis. c. Statistik ujian d. Keputusan pengujian statistic e. Kesimpulan pengujian.

3 PENGUJIAN HIPOTESIS PERBEZAAN

a) Perbezaan Min Dua Populasi i. data daripada kedua-dua populasi mengikut taburan normal atau hampir normal; ii. saiz sampel kecil (n1< 30 dan n2 < 30); iii. kedua-dua sampel adalah tak-bersandar; dan iv. sisihan piawai data daripada kedua-dua populasi diandaikan sama. b) Perbezaan Min Lebih daripada Dua Populasi Kita akan menggunakan ANOVA sehala dalam pengujian perbezaan min lebih daripada dua (2) populasi. ANOVA sehala hanya menganalisis satu faktor sahaja. Andaian ANOVA sehala ialah: i. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil adalah mengikuti taburan normal, atau mengikuti taburan yang hampir normal; ii. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil mempunyai varians yang sama; iii. semua sampel yang diambil dari masing-masing populasi adalah tak-bersandar antara satu sama lain.

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

1 GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN (a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda (b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup

(c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai (d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa (e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan (f) Gunakan Transisi antara Perenggan (g) Jauhkan Clich (perkataan sama diulang) (h) Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan

2. Bahasa Komunikasi Kajian - jelas, baik dan jangan menggunakan slanga

3. Terminologi dan Nahu yang Sesuai - setiap perenggan mesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Gariskan perkataan bahasa asing dan nama-nama saintifik.

4. Petikan dan Rujukan - Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasuk ayat serta frasa dan dan perenggan pendek. - menyalin sesuatu peta, carta atau gambar;- perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh bahan tersebut. - pastikan setiap gambar atau carta mempunyai topik yang jelas atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan gambar atau carta tersebut. a. Bagi hasil bertulis nyatakan: Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan), bandaraya, penerbit, tahun halaman. b. Bagi kertas journal nyatakan: Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal,nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang halam kertas journal. c. Bagi buku nyatakan: Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi the title sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka surat yang dirujuk. d. Bagi rujukan daripada internet nyatakan: Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman web dan URL yang lengkap.

MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN

a) Masalah Kajian - Pernyataan masalah kajian perlu rIngkas dan dapat menunjukkan variabel kajian. - perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut penting untuk dikaji. - menenrangkan skop dan perincian masalah tersebut

b) Tinjauan Literatur -Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini. - pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak dapat dijawab. - Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru. - Masalah yang biasa dlm tinjauan literature a. kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan; b. mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks; c. memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan; d. memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu; e. tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian; f. tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan g. gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.

c) Kaedah Kajian -meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian.

d) Rujukan dan Lampiran

Contoh rujukan buku: Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). "What is Anthropology" Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey:

Prentice Hall. Contoh rujukan video: "NOVA: The People of the Forest," KHET_TV, Honolulu, Hawaii, 1-23-91, 7- 8:00 pm.

HASIL KAJIAN

Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalan-soalan kajian. Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) profil responden- subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian (latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur,pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi.) (b) dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang digunakan. - Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap dan organisasinya mestilah baik.

- Rumusan - rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

a) Pengenalan - memaklumkan kepada pembaca tentang kandungan bab secara keseluruhan. b) Ringkasan Kajian - mengimbau kembali kajian yang telah jalankan. Kandungan penting ringkasan kajian ialah objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, pengutipan data, dan

kaedah analisis data. c) Perbincangan Dapatan Kajian - membentangkan bagaimana dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang berkaitan. d) Kesimpulan Dapatan Kajian - menyenaraikan dapatan-dapatan kajian dalam urutan yang sesuai, e) Implikasi Dapatan Kajian - membincangkan apakah implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran. f) Cadangan Kajian Lanjutan - menyenaraikan cadangan beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang yang dikaji. g) Rumusan - memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini.

MAKLUMAT BERKAITAN

(a) Halaman Topik Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah, jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan. Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek (lazimnya, 13-perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi bidang kajian, variabel kajian dan tempat kajian. (b) Pengakuan Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu kenyataan bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya (c) Abstrak - ringkasan kajian yang dijalankan dan juga dapatan-dapatannya (d) Penghargaan (e) Jadual Kandungan (f) Senarai Jadual (g) Senarai Rajah (h) Senarai Singkatan (i) Rujukan (j) Lampiran

PENDEKATAN PENGAJARAN

1. PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

a) pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan guru dan murid. (i) Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka (ii) Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah pengajaran di mana seorang guru memberi panduan kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran. (iii) Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas. (b) Kaedah pengajaran bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran. (c) Teknik pengajaran - bagaimana guru mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah pengajaran. Prinsipprinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi (motivation-M), pemahaman (understanding-U), pengukuhan (reinforcement-R) dan pepriksaan (examination-E). Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical ContentKnowledge PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta latar belakang pelajar dan pedagogi.

MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURE (a) Motivasi (b) Pemahaman- membaca dan membuat latihan (c) Pengukuhan membuat tugasan, latihan (d) Peperiksaan - contoh atau soalan peperiksaan lepas

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN

(a) Pengetahuan Mata Pelajaran- menentukan pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran, memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan tepat kepada murid. (b) Pengetahuan Pedagogi - menjelaskan topic dan memahami topic

(c) Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran menyediakan rancanganmengajar yang berkesan bagi sesuatu topik pengajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN

a) Pendekatan Pengajaran Terus kelebihan kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat; objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah; pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran asas; pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah; Kelemahan : pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru; teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik; kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal; guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir peringkat tinggi.

(a) Kaedah Kuliah - membentang maklumat berstruktur yang telah disediakan lebih awal Kelebihan kaedah kuliah ialah: dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan logik; cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid; dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka; boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas. Kelemahan kaedah kuliah ialah: pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik; peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi; pembelajaran sukar dikesan; dan komunikasi biasanya satu hala sahaja.

(b) Kaedah Penyoalan- untuk membuka minda muridmurid dan menggalakkan mereka berfikir dan berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru. (c) Kaedah Bacaan/Resitasi Buku - pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih oleh guru (d) Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi - mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak. Ciri- cirinya : latihan adalah untuk mengingatkan maklumat; mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh pelajar;

mengulang-ulang apa yang telah diajar; memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau tu lisan; dan menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran. (e) Kaedah Simulasi dan Main Peranan- aktiviti dalam situasi yang hamper sama dengan situasi sebenar. Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu - seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya untuk mereka melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. (a) Kaedah Perbincangan dan Perbahasan (b) Kaedah Sumbangsaran- memberi idea atau pendapat berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan. (c) Kaedah Kolaboratif dan Koperartif Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana muridmurid bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satu soalan penting. Kaedah Koperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid-murid. empat (4) perkara diperlukan dlm kaedah koperatif, iaitu: Murid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat melaksanakannya. Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi sumbangan. Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan dengan jelas. Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain. Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-kaedah lain, iaitu: Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama. Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas kasihan. Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.kelemahan, kaedah koperatif iaitu: Sesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini. Murid-murid yang suka bersendirian (loners) sukar untuk menglibatkan diri dalam perbincangan. Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan. Murid-murid pandai cuba berlagak bijak. (d) Kaedah Eksperimen - digunakan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data serta menyediakan laporan. (e) Kaedah Permainan - untuk murid-murid memahami dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang ingin disampaikan.

Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulin

(a) Kaedah Inkuiri- menjalankan kajian untuk menemui sendiri konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu. Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri, iaitu: Mengenal pasti bidang masalah. Membina hipotesis. Melaksanakan eksperimen empirikal. Mengutip dan menganalisis data. (b) Kaedah Penyelesaian Masalah- memberi masalah kepada murid-murid dan meminta mereka menyelesaikannya. mengenal pasti masalah; memahami masalah; merancang penyelesaian; melaksana rancangan penyelesaian; dan menilai penyelesaian. (c) Kaedah Kerja Lapangan - kerja kumuniti , memerhati orangorang bekerja. (d) Kaedah Eksplorasi- secara penemuan Menyediakan kerja-kerja asas. Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang. Membantu murid dalam apa cara jua. Meminimumkan masalah jika wujud.

RANCANGAN MENGAJAR maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran); maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,pendekatan dan kaedah pengajaran); langkah pengajaran (motivasi, pengetahuan/kemahiran asas,konsep bersama kandungan/bahan Bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan, rumusan, dan kerja rumah); rujukan.
POSTED BY KT13 AT 2:45 AM 1 COMMENTS

TUESDAY, APRIL 22, 2008

tujuan kajian tindakan


Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah, ia mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik

darjah.

b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membanttu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid.

e. Penggunaan kaedah baru dalam penagjaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama danperubahan sikap. Ini penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.

f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.

isu kesesakan jalan raya 2008


senarai kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

penghargaan pendahuluan objektif kajian kawasan kajian kaedah kajian hasil kajian rumusan lampiran rujukan

penghargaan

saya (nama) dari tingkatan (kelas) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan kerja kursus geografi ini .pertamanya saya ingin mengucakan terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu (nama bapa) dan (nama ibu)yang telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini .

kedua, terima kasih diucapkan kepada pengetua sekolah saya (nama pengetua),guru geografi saya iaitu (nama guru).akhir sekali ,ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan rakan kerana telah memberi dorongan dan bantuan sepanjang kajian inidilaksanakan dan disiapkan .

pendahuluan

bagi memenuhi sukatan pelajaran geografi,murid tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kajian amali di lapangan .kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah .murid2 diberi peluang memilih tajuk masing2.

saya telah dijalankan di (tempat kajian ).masa yang diberikan untuk manjalankan kajian ini ialah 8 minggu.setiap palajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan .

objekif kajian

1. 2. 3.

mengkaji kesesakan jalan raya mengkaji kesan negatif kesesakan jalan raya mencadangkan langkah2 mengatasi kesesakan lalu lintas

kawasan kajian

saya telah memilih jalan pekan kapar sebagai kawasan kajian saya .saya memilih tempat kajian kerana tempat kajian berdekatan dengan tempat tinggal saya .tujuan saya memilih tempat kajian kerana saya ingin mengatahui berapa kali tempat kajian mengalami kesesakan jalan raya .jalan raya pekan kapar terletak di pekan kapar dan ia terletak di daerah klang.kawasan kajian ini.ditadbir oleh majlis perbandaran klang,Selangor Darul Ehsan .Jalan Raya pekan kapar,terletak di sebelah barat daya klang iaitu kira2 10 kilometer dari bandar Klang.Sebelum jalan ini dibina,kawasan ini adalah sebuah ladang kelapa sawit .jalan ini menghubungkan kepada 3 tempat pekan meru ,kuala selangor dan klang.jalan raya pekan kapar dibina kawasan yang rata

peta (peta tempat kajian) untuk mendapatkan peta klik disini

kaedah kajian

kaedah kajian yang telah saya jalankan

1. 2. 3.

kaedah kajian pembacaan internet

hasil kajian

daripada hasil maklumat yang saya perolehi ,bahawa kesesakan jalan raya berlaku apabila berlaku kemalangan ,pembetulan jalan atau semasa lampu trafik light rosak .selain itu ,kesesakan jalan raya juga berlaku semasa palajar sekolah balik dari sekolah .kesesakan biasanya berlaku pada waktu pagi .disebalah muka surat ini ada jadual dan graf yang telah saya kaji pada hari jumaat

(graf)

jadual pukul kereta lori motor bas 8.45-9.15 195 70 98 8 9.15-9.45 145 82 67 3 9.45-10.15 125 72 74 5 10.15-10.45 115 63 66 4

tafsiran graf

jadual a dan b menunjukkan jumlah kenderaan yang lalu di jalan kapar pada 5/9/08 dan pada hari jumaat .kedua dua jadual dan graf tersebut telah membandingkan jumlah kenderaan yang lalu di jalan pekan kapar diantara pada pukul 8.45-9.15,9.15-9.45,9.45-10.15dan10.1510.45.kereta yang paling banyak lalu di jalan kapar pekan kapar ialah 8.45-9.15 iaitu sebanyak 195,berbanding,pada pukul 9.15-9.45,145 pada pukul 9.15-10.15, 125 dan pada pukul10.15-10.45 sebanyak 115 .jumlah lori paling banyak lalu di jalan kapar pada pukul 9.15-9.45 iaitu sebanyak 82 buah lori 8.45-9.15 ,9.45-10.15 dan 10.15-10.45mencatatkan 70,72, dan 63 buah lori .jumlah motor yang paling banyak lalu di jalan pekan kapar adalahpada pukul 8.45-9.15 sebanyak 98 ,namun demikian 9.159.45,9.45-10.15,10.15-10.45 mencatatkan sebanyak 67,74 dan 66 buah motor.jumlah bas yang banyak lalu di jalan pekan kapar ,ialah pada pukul 8.45-9.15 sebanyak 8 buah bas manakala 9.15-9.45,9.4510.15,10.15-10.45 mencatatkan sebanyak 3,5, dan 4.secara keseluruhannya kenderaan yang palin banyak lalu i jalan pekan kapar ialah kereta iaitu sebanyak 580 .manakala lori,motor dan bas sebanyak 287,305 dan20 buah kenderaan

antara faktor fonomena ini berlaku

pekan dan bandar menjadi tumpuan para pekerja dan orang ramai masyarakat tidak mengunakan kenderaan awam perkhidmatan pengkangkutan awam masih kurang sempurna pemanu kenderaan tidak menghormati paraturan jalan

pusat pentadbiran terletak di bandar atau pekan

kesan negatif kesesakan jalan raya

pekerja swasta ataupun kerajaan lewat datang ke tempat kerja membuang masa dan menghabiskan minyak kereta pencemaran udara dan bunyi menambahkan tekanan perasaan

langkah mengatasi fonomena ini

jabatan kerja raya mesilah proaktif dan memantau sebarang kelemahan bilangan kenderaan awam mestilah ditambah berkongsi kereta

rumusan

hasil daripada kajia yang telah saya jalankan menunjukkan kesesakan jalan raya terjadi apabila berlaku pembetulan kerosakan jalan raya ,kemalangan dan lampu trafik light rosak .selain itu kesesakan jalan raya memberi kesan negatif kepada penguna jalan raya di pekan kapar antaranya pekerja swasta dan kerajaan ini kerana mereka akan lewat datang ke tempat kerja .di samping itu ,kesesakan jalan raya juga membuang masa penguna jalan raya

akhirnya saya mencadangkan supaya masyarakat di pekan kapar ,berkongsi kereta atau menunakan kenderaan awam .tambahan pula ,dengan cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan jalan raya malah dapat mengurangkan pencemaran udara dan bunyi

Kaedah Penulisan Ilmiah (Nota kaki dan Bibliografi)


KAEDAH PENULISAN ILMIAH

6.0 Pengenalan Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran. Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.

6.1 Jenis-jenis Penulisan Ilmiah Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi.

6.1.1 Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.

6.1.2 Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya

ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.

6.1.3 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

6.1.4 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-voc.

6.1.5 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-voc.

6.2 Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian: 1. Catatan Pustaka 2. Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat 3. Petikan Langsung dan Tak Langsung 4. Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka

6.2.1 Catatan Pustaka Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut: Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh: Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat. atau Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.... atau Mengikut pandangan Saville Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi.... Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh: Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan

pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. (Keris Mas, 1988 : 136)

6.2.2 Catatan Kaki Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh: .....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik... ________________________________________________ 1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna. 6.2.3 Catatan Kaki Singkat Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka. ibid. (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas). Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya. op.cit (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain. loc.cit (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik) seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain. Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut: 1. John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75 2. Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25 3. Ibid, hal. 45 4. John Dewey, op.cit., hal 89. 5. John Dwey, loc.cit. Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten.

6.3 Petikan Tak Langsung Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringksan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.

6.4 Petikan Langsung Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri, terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang-kadang diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan. Petikan langsung diberi tanda petik ( ) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz hurufnya seperti contoh yang berikut: segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran. (Zaba, 1965 : 165) Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemrhatian mereka iaitu: .......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang. (Brown, 1951 : X)

6.5 Bibliografi Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi: 1. Bibliografi tidak diberi nombor 2. Urutan nama penulis mengikut urutan huruf 3. Gelaran penulis tidak dimasukkan 4. Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan 5. Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis. Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah: Nama penulis Tahun penerbitan Judul digaris atau dicetak miring Tempat penerbitan Nama penerbit Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini. Bibliografi Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston. Houghton Mifflis Company. Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur. Penerbitan Geetha. Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash. Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251. Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani, dlm. Berita Harian. September, hlm 12. http://www.dbp.gov.my/ http://www.bharian.com.my http://ww.utusan.com.my/majalah/massa