Anda di halaman 1dari 4

Apam Polkadot /Apam Strawberry Fp Masriyah Oleh; Dapurmamasya

Bahan 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu kecil ovallete 2 sudu esen vanilla 1 cawan susu segar 2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung ) pewarna yg disukai.

Cara 1.Panaskan pengukus 2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja 3. Masukkan susu segar, gaul sebati 4. Masukkan tepung, sebatikan 5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat). 6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti. 7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan) nota dapurmamasya;

yang ni best
Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum 1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum 110 gm gula halus 75 ml susu segar atau susu cair 2 biji telur 1 sudu kecil ovelette 1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing Sedikit perwarna hijau - untuk daun Sedikit pewarna merah - untuk strawberi Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi 30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan

dengan susu segar 3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu 4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. 5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. 6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas. 7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit. 8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan. 9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

3 biji telur dari peti sejuk (gred A) 275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan) 220 gm gula halus (anggaran 1 cawan) 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan) 3 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla filling coklat (ikut citarasa) Cara-caranya: 1. Masuk telur + gula + ovallete ke dlm bekas mixer dan pukul sampai kembang. 2. 3. 4. Kemudian, dah kembang adunan tadi, masukkan susu + tepung + baking powder + esen vaniilla, pukul sampai kembang. Bahagikan adunan dan masukkan pewarna ikut kesukaan masing2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, corakkan ikut citarasa korang (Boleh belajar cara lukis di entri Cik Tom :Cara Nak Lukis Resepi Apam Polkadot Versi Ladybird

5. 6.

Akhir sekali, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. Siap !!

*Tips: Kenapa apam jadi keras bila dah sejuk? tadi search2 kat google tejumpa tips apam tak keras di blog MamaMimi,Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

Topping kek coklat


GANACHE SIMPLE resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan-Bahan Cara: 150gm cooking chocolate 1/4 cawan susu cair 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

1. 2. 3.

Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair. Masukkan.minyak dan kacau.

4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek *kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..