Anda di halaman 1dari 11

Terapi Intervensi Kaunseling Kanak-kanak Pengenalan Terapi juga dikenali sebagai rawatan di dalam bidang perubatan dimana pesakit

diberi rawatan ke atas masalah kesihatan yang dialaminya sama ada fizikal ataupun mental. Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala, kaunseling adalah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan maslah dengan batuan kaunselor. Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalm membina program bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan. Intervensi kaunseling kanak-kanak terbahagi kepada dua perspektif iaitu terapi bermain dan terapi seni kreatif. Terapi Intervensi Kaunseling Kanak-kanak Terapi Seni Kreatif Terapi Bercerita Terapi Seni Terapi Bermain

Terapi Muzik

Terapi Biblio

Terapi bermain Apabila konsep main digunakan dalam terapi sebagai intervensi kaunseling kanakkanak, ia dikenali sebagai terapi bermain. Terapi bermain adalah satu model pelbagai dimensi yang dikonseptualisasikan berdasarkan konsep-konsep seperti berikut : a) Melalui aktiviti main, kanak-kanak lebih memahami dunia ini b) Proses berulang-alik sepanjang kontinum perkembangan semasa menjalani terapi memberi kanak-kanak pluang untuk menemui dan meneroka identiti masing-masing. c) Unsur simbolik berhubung dengan aktiviti main memberi peluang mereka untuk mengkaji serta menguji pilihan-pilihan secara imaginasi d) Kedua-dua ruang fizikal serta teraputik dibekalkan melalui aktiviti bermain. Penggunaan secara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonal. Sumber : Persatuan Terapi Bermain Suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak-kanak. Sumber : Carmichael 2006 Rasional i) Menolong kanak-kanak mengambarkan masalah yang dihadapi dan bukan melalui bahasa verbal. ii) Objek mainan dan main (perkataan dan bahasa kanak-kanak ) : Membantu kanak-kanak belajar tingkah laku positif Memperkembang kognitif dan memberi persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kanak-kanak. Langkah-langkah prosedur bagi terapi bermain ialah : a) Kenal pasti kanak-kanak yang boleh dapat manfaat daripada terapi bermain b) Buat keputusan untuk sesi berasingan atau duduk bersama dengan kanak-kanak

c) Dapatkan bahan-bahan untuk sesi tersebut d) Letakkan bahan di tempat yang mudah diambil dan selamat e) Berjumpa dengan murid dan perkenalkan kepada kawasan permainan f) Beritahu tentang tempoh sesi. Tempoh sesi mestilah berada di antara 30 hingga 60 minit. g) Benarkan kanak-kanak memilih bahan sendiri h) Gunakan teknik refleksi sebagai respon kepada komen murid i) Beritahu murid tentang tempoh masa yang tinggal j) Beritahu masa telah tamat dan simpan bahan ke tempat asalnya

beritahu murid bila sesi seterusnya akan dijalankan Faedah terapi bermain : Terapi bermain memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak yang menghadapi gangguan mental. Ia menolong kanak-kanak dari segi : a) Lebih bertanggungjawab dan membentuk strategi yang lebih berkesan b) Membangun penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah. c) Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain. d) Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan orang lain. e) Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengan keluarganya. f) Membentuk keberkesanan kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehannya. Selain itu, terapi bermain memberi kepentingan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah dari segi : a) Kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik perpisahan atau perceraian ibu bapa b) Kanak-kanak yang telah mengalami trauma (seksual, penderaan fizikal atau emosi)

c) Kanak-kanak yang berhadapan dengan isu-isu seperti sakit atau kematian orang yang dikasihi d) Kanak-kanak yang telah menyaksikan keganasan rumah tangga e) Kanak-kanak yang didagnosis dengan masalah kurang tumpuan (ADD/ADHD) f) Kanak-kanak yang telah mengalami kemalangan atau bencana yang serius Bagi jenis intervensi kaunseling kanak-kanak yang kedua iaitu terapi seni kreatif, ia merangkumi terapi seperti terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik, dan kaunseling biblioterapi. Terapi Bercerita Konsep : Manusia mengatur kehidupan mereka merka membentuk dan menjadi sebuah cerita Masalah yang berkaitan dengan koklusi-identiti (kendiri) atau persembahan (tindakan) adalah berhubung kait dengan kehidupan yang didominasi oleh problem-satured Sumber : Micheal White & David Epston Bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo serta mengenali kanakkanak dengan lebih mesra lagi. Semasa bercerita, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka. Melalui cerita yang disampaikan, mereka melahirkan perasaan terpendam. Hasilnya, guru kaunseling dapat memahami konflik kanak-kanak. Melalui tema yang menjelma atau berulang semasa analisis, guru kaunseling dapat memahami perasaan mereka serta perjuangan mereka dengan lebih dekat lagi. Prinsip-prinsip panduan bercerita Bagi perlaksanaan dan penguasaan dalam kemahiran bercerita, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip panduan bercerita di mana ia boleh dibahagikan kepada sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan seperti berikut : Sebelum :

a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. b) Sebelum sesi bercerita bermula, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan, kad-kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sbelum sesi bererita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus disediakan. d) Sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Semasa : a) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru. b) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh dengan emosi. c) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid dalam tumpuan kepada cerita yang disampaikan. d) Pastikan suara guru jelas dan lantang. Kemahiran variasi ransangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watakwatak dan kandungan cerita itu. e) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. f) Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk mnggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi mereka. g) Pastikan ayat dan perkataan yang digunakan untuk bercerita bolh difahami oleh murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar. h) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dngan gerak geri secara semulajadi. Aktiviti lakonan guru haruslah dielakkan.

Selepas : a) Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid-murid untuk

menjalankan aktiviti lakonan. Melalui terapi bercerita ini, guru bimbingan dan kaunseling perlu peka kepada lima komponen utama iaitu wira dan watak jahat, peristiwa utama dan sampingan, perkaitan antara watak, bagaimana cerita merentasi masa dan mesej yang disampaikan dalam cerita. Selain daripada itu, antara contoh bahan-bahan yang boleh digunakan di dalam terapi bercerita alat tulis, bahan seni, boneka dan anak patung serta pita rakaman dan video. *Bagi contoh bahan seni ialah kertas, krayon, pensel warna di mana digunakan sebagai alat ilustrasi cerita. Menurut Webb (dalam Orton,1997), beliau menerangkan mengenai satu versi kreatif bagi terapi bercerita yang disampaikan secara bersiri oleh kanak-kanak berumur 9 tahun. Terapis menaip segmen-segmen cerita. Kemudian dijilidkan bersama ilustrasi yang disertakan kanak-kanak tersebut. Terapi seni Konsep utama bagi terapi seni : a) Seni dianggap sebagai sublimasi di mana kehendak tidak sedar kanak-kanak ditunaikan b) Mempunyai lambang visual c) Mendorong luahan pemikiran positif dan negatif tentang diri, keluarga dan dunia d) Melahirkan keunikan dan kreativiti kanak-kanak Bagi prosedur dan hasil terapi seni ini, menurut Jung (dalam Nystul 2003) warna boleh dikaitkan dengan persepsi dan pertimbangan. Contohnya, warna kuning berhubung kait dengan intuisi, merah melambangkan perasaan, hijau pula sensasi manakala bagi biru

ialah pemikiran. Turut sama, menurut Kenny (dalam Nystul 2002), pilihan warna berkait rapat dengan emosi di mana warna warna hitam dan kelabu mewakili kemurungan manakala warna putih menandakan ketegaran emosi. Tiga jenis lukisan yang digunakan di dalam terapi seni ialah potret diri, lukisan bebas atau spontan dan lukisan keluarga. Terapi Muzik Konsep : Suatu profesion penjagaan kesihatan yang menggunakan muzik untuk menjaga keperluan individu dari aspek fizikal, emosi kognitif dan sosial. Intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang diakui. Sumber : (American Music Theraphy Association) Selain itu, konsep lain yang diketengahkan ialah : a) Secara intrinsik muzik sebahagian daripada budaya kita b) Memberi kanak-kanak peluang untuk mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam c) Muzik mempunyai struktur asas untuk menstruktur semula pemikiran kanakkanak yang bercelaru. Proses perancangan dan pelaksanaan : a) Mendapat persetujuan dengan rancangan rawatan dan etika intervensi. b) Mengatur prasesi untuk klien menghadiri di bilik terapi c) Mengadakan tempoh penilaian d) Merekod secara terperinci semua aktiviti yang dilaksanakan setiap sesi terapi e) Refleksi atau tindakan terapis diadakan selepas setiap sesi f) Memberitahu klien dan penjaganya rancangan dan rawatan sesi berikutnya

g) Mengakhiri sesi terapi dengan teknik yang sesuai dan membenarkan masa yang cukup bagi klien memahaminya Menurut Freshmandan fryrear (dalam Nystul 2003), terapi muzik merangkumi empat muzik : a) Pengalaman rekreasi dan berorientasikan hiburan untuk memupuk proses sosiolisasi b) Kelompok teraputik yang mendengar lagu bertujuan meningkatkan kejelekitan kelompok c) Aktiviti mirip psikoterapi untuk meransang emosi, galakkan perbincangan, memupuk pemahaman kendiri dan meningkatkan hubungan sosial d) Terapi individu dan kelompok yang menuju kepada masalah klien Terapi biblio Definisi Terapi ini melibatkan penggunaan buku-buku untuk membantu individu menyelesaikan masalah. Merupakan satu teknik menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien. Pemudahcara dengan klien berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur yang dibaca. Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bacaan bahan penulisan yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanakkanak (peroleh ilmu, luahkan perasaan dan selesaikan masalah). Ia juga dikenali sebagai bimbingan melalui bacaan. Konsep Menurut Fleshman dan Fryrear (dalam Nystul,2003), beliau menyatakan bahawa konsep utama kaunseling biblioterapi berasal daripada teori psikoanalisis Freud iaitu unsur kesejagatan, identifikasi, catharsis, celik akal dan penyelesaian masalah. Rasional Terdapat sembilan rasional yang boleh didapati di dalam terapi ini iaitu seperti berikut :

Menolong individu membincangka n masalah secara senang hati

Memupuk konsep kendiri positif individu

Menambahbaik kefahaman tingkah laku manusia dengan motivasi

Menujukkan kepada klien bukan dirinya sahaja yang menghadapai masalah tersebut

Memupuk penilaian dan refleksi kendiri individu secara jujur

Rasional

Menolong individu merancang tindakan konstruktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya Menimbulkan minat terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling

Melepaskan tekanan emosi atau mental

Menunjukkan kepada klien terdapat pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya

Prosedur pelaksanaan Terdapat lima prosedur pelaksanaan di dalam terapi biblio ini iaitu pertama, memotivasikan individu menyertai aktiviti pengenalan. Kedua, mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca bahan berkaitan. Ketiga, membenarkan masa refleksi dan penilaian. Keempat, menyediakan masa susulan dan terakhir, sebagai penutup yang merangkumi penilaian kaunselor dan penilaian klien.

Memotivasikan individu menyertai aktiviti pengenalan

Mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca bahan berkaitan

Membenarkan masa refleksi dan penilaian.

Merangkumi penilaian kaunselor dan penilaian klien.

Menyediakan masa susulan dan terakhir

Contoh rentetan situasi yang boleh diinterpretasikan dalam terapi biblio ini ialah : Situasi : Seorang kanak-kanak bersedih atas pemergian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan. Kanak-kanak tersebut berasa sangat kesunyian dan tiada tempat bergantung. Kanak-kanak membaca atau dibacakan dengan cerita dan sesuatu bahan bacaan yang menarik. Jenis-jenis buku yang boleh digunakan ialah cerita pendek, biografi, buku bantu (kendiri), cerita dongeng dan buku bergambar. Terhibur dan kesunyian yang dirasakan akan berkurangan. Kesimpulannya ia adalah proses mengenal manusia melalui ekspresi dalam literatur dan seni.

Seperti terapi lain, terapi biblio ini juga mempunyai keburukan dan kebaikannya. Ia boleh dijelaskan seperti dalam rajah di bawah : Kebaikan Kelemahan

Bagus untuk individu yang tidak boleh Tidak boleh dijalankan terhadap individu ditegur (cepat terasa) kerana membantu yang tidak boleh membaca proses dalaman secara tidak langsung Memupuk sifat suka membaca Lebih efektif kepada individu yang lebih dewasa, lebih matang untuk memahami dan mengaplikasi apa yang dibaca. Konsep yang digunakan ialah do it yourself

Anda mungkin juga menyukai