Anda di halaman 1dari 22

Langkah Pengajaran Pendekatan Konstruktivisme

KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.

Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME


Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Menyokong pembelajaran secara koperatif. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


LEBIH BERFIKIR LEBIH FAHAM LEBIH INGAT LEBIH YAKIN LEBIH SERONOK LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL

PERANAN MURID DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS

Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan


dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut

dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.

Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

PERANAN GURU DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS


Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.

Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik TKP : Linguistik KBKK : kaedah konstruktivisme, menghubungkait

Catatan

Set Induksi / Masa 5 minit 1. Murid melihat tayangan hari sukan sekolah. 2. Murid diminta menyatakan pengalaman semasa sukan sekolah yang telah lepas. 3. Maklumbalas murid dikaitkan dengan tajuk hari ini.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

Langkah 1 / Masa 5 minit

1. Guru memberi penerangan berkaitan tajuk karangan Hari Sukan di Sekolah Anda. 2. Murid membina pemahaman sendiri berdasarkan penerangan guru dan pengalaman sedia ada.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

Langkah 2 / Masa 10 minit 1. Murid dikelompokkan dalam kumpulan dan berbincang sesama mereka berkaitan idea baru berkaitan tajuk yang dikemukakan. 2. Murid membuat rangka karangan secara berkumpulan berdasarkan tajuk Hari Sukan di Sekolah Anda. 3. Murid mendapatkan maklumat tambahan mengenai hari sukan sekolah.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

Langkah 3 / Masa 10 minit 1. Murid menyenaraikan jenis acara yang dipertandingkan pada hari sukan sekolah. 2. Murid mengaitkan situasi hari sukan sekolah dengan pengalaman sedia ada.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

Kemuncak (penilaian) / Masa 20 minit 1. Secara individu, Murid dikehendaki menulis karangan berdasarkan bahan dan idea perbincangan tadi.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

Kemuncak (penilaian) / Masa 20 minit 1. Guru bertanya secara umum bagi mengetahui sejauh mana pengetahuan sedia ada muridmurid sebelum membuat kesimpulan pelajaran pada hari itu.

RUMUSAN
Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu alternatif yang wajar diaplikasi guru. Selain itu, guru juga harus lebih kerap ambil tahu perkembangan muridnya termasuk di luar bilik darjah yang ada kaitan dengan pelbagai bentuk latar belakang murid. Perkara ini memberi impak besar ke atas penguasaan bahasa kerana menguasai bahasa adalah suatu proses berterusan; dan penguasaan bahasa itu juga adalah satu proses sosial yang utama.

Sekian

TERIMA KASIH