Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PUTERA JALAN PADANG KATONG, 01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS CADANGAN PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN PERTAHANAN AWAM SRK PUTERA

Anjuran

: Guru-guru Pelatih Internship IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Perlis

Tempat Tarikh Hari Masa

: Sekolah Rendah Kebangsaan Putera : 17 Julai 2013 : Rabu : 9.30 pagi 11.30 pagi

1. Pendahuluan Program demonstrasi latihan kebakaran ini dirancang oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Perlis sebagai salah satu projek internship. Program ini bertujuan mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran serta melatih murid mengenai kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah disamping memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada murid terhadap cara memadam kebakaran kecil. Program ini juga diharapkan dapat menjalinkan hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

2. Objektif a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain. d) Memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada murid cara

menggunakan alat pemadam api dan cara memadamkan kebakaran kecil. e) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3. Tarikh 17 Julai 2013 (Rabu)

4. Masa 9.30 pagi hingga 11.30 pagi

5. Tempat Padang Sekolah Rendah Kebangsaan Putera

6. Pengelolaan Guru Praktikum Sekolah Rendah Kebangsaan Putera, Kangar, Perlis.

7. Penglibatan :

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

SUMBER MANUSIA GURU MURID STAF SOKONGAN PEMBERSIH SWASTA PEGAWAI KESELAMATAN SWASTA JUMLAH

LELAKI 15 258 3 2 2 17

PEREMPUAN 38 215 9 3 50

JUMLAH 53 473 12 5 2 536

8. Pelan Kecemasan SRK PUTERA. 8.1 Seperti Lampiran 1

9. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran 9.1 Seperti Lampiran 2

10. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran 10.1 Seperti Lampiran 3

11. Kewangan

Bil. 1.

Perkara Peralatan / Bahan i. Minyak petrol 5 liter = RM10.00 ii. Minyak diesel 5 liter = RM 10.00

Kos (RM)

Peruntukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Perlis.

2.

Cenderahati bomba

kepada

anggota

30.00

JUMLAH

30.00

12. Jawatankuasa Induk Keselamatan (HEM)

Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II

: Pn. Hjh Ibtisam Binti Othman : En. Zulbakri Bin Khalid : Pn. Norehan Binti Ishal : En. Abdul Kader Bin Ali : En. Zakaria Binti Abdullah

Setiausaha

: En. Azman Bin Mat (Manual Keselamatan Sekolah)

Ahli jawatankuasa: 1. Pn. Asna Binti Mahayuddin (Keselamatan Fizikal sekolah) 2. En. Ammar Bin Ahmad (Keselamatan Sosial) 3. Pn. Che Timah@Salmah Binti Bakar (Krisis/Bencana) 4. En. Mohd. Hadi Bin Khamidun (Aktiviti pergi dan Balik)

13. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

Pengerusi

Pn. Hjh. Ibtisam Binti Othman En. Zulbakri Bin Khalid En. Azman Bin Mat

(GB SRKP) (GPK HEM)

N/Pengerusi : Penyelaras :

Ahli Jawatankuasa Loceng Kawalan murid : : En. Faizal Bin Saadon Guru Kelas Tahun 1- Tahun 6 Guru Pendidikan Khas, Guru Pra Sekolah Dan Pembantu Pengurusan Murid Cik Lili Farhana Binti Md. Yasin

Jururakam peristiwa

Guru peronda

En. Mohd. Hadi Bin Khamidun Pn. Telasiah Binti Nanyan

Cenderamati

Cik Norshafiqah Binti Ahmad

Penyediaan Alatan

Pihak Jabatan Pertahanan Awam

Penjaga Masa

En. Hamzah Bin Azizan

Penilai

En. Azman Bin Mat

14. Penutup

Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan program Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Pertahanan Awam di sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah mendapat pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah dan bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

. (LILI FARHANA BINTI MD YASIN) Guru Pelatih Internship IPG Kampus Darulaman

............. ( AZMAN BIN MAT ) Penyelaras Program Latihan Kebakaran SRK Putera, Kangar, Perlis.

Disokong oleh :

Disahkan oleh :

( ZULBAKRI BIN KHALID ) Guru Penolong Kanan HEM SRK Putera,01000 Kangar, Perlis.

.. ( HJH. IBTISAM BIN OTHMAN ) Guru Besar SRK Putera, 01000 Kangar, Perlis.

Lampiran 2

SRK PUTERA, KANGAR, PERLIS LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM 1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalutalu. 1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut: 1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 1.2.2. Padamkan lampu dan kipas 1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa. 1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang dilampirkan. 1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas. 1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab membuat demikian. 1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID 2.1. Masukkan kerusi di bawah meja 2.2. Tidak dibenarkan membawa beg 2.3. Matikan suis lampu dan kipas

2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke padang dengan senyap dan pantas 2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH 3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu. 3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam pelan laluan keluar. 3.3. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP 4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan muridmurid 4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket-soket berkenaan. 4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas. 4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES. 5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal. 5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang berkenaan 5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar secara senyap dan pantas.

5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN : 6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau. 6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT 7.1. Tutup semua tingkap 7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas. 7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket. 7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan. 7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA 8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik dengan rapat. 8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN 9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta. 9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut laluan yang ditetapkan.

9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut plug daripada soket. 9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan kunci dengan segera.

10. PERONDA 10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan seolah dan membuat laporan kepada bomba jika dikehendaki.

11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA 11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau Guru Besar)

Lampiran 3

Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

TARIKH : 17 JULAI 2013 (RABU) MASA : 9.30 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

MASA 9.30 10.00 pagi

Butir-Butir Aktiviti

Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan. Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam plan kecemasan

Guru kelas memeriksa kehadiran murid.

10.00 11.00 pagi

Post mortem oleh pegawai pertahanan awam. Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak

Jabatan Pertahanan Awam.

11.00 11.30 pagi

Refleksi dan sesi soal jawab bersama pihak pertahanan awam Penyampaian cenderahati kepada pihak tetamu. Para murid bersurai ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai