Anda di halaman 1dari 29

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI

SMK SERI TANJONG, MELAKA

PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU

PPU MERCU GERBANG IPT

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Kandungan : BAB 1 : PENULISAN AKADEMIK Pengertian Penulisan Akademik Ciri-ciri Penulisan Akademik Esei Akademik Yang Baik Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah 3

BAB 2 :

MEMBUAT RUJUKAN Pengenalan Sistem Nama Pengarang dan Tahun Senarai Rujukan Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan

12

Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan Rujukan Internet

BAB 3 :

NOTA DAN NOTA KAKI Panduan Umum Kepentingan nota kaki : Maksud nota kaki Cara Penulisan ibid Cara Penulisan op cit

20

BAB 4 :

FORMAT PENULISAN Kertas dan Saiz Birai Penomboran Muka Surat Penomboran Bab dan Pecahan Bab Penaipan Font Untuk Jadual, Tajuk dan Sumber Jumlah Perkataan Pembukuab dan Penyerahan

22

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 5 :

PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK Kaedah Penilaian Pemarkahan

26

BAB 6 :

PENUTUP Harapan Pihak Pentadbiran dan Pengurusan PPU

28

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 1 PENULISAN AKADEMIK Pengertian Penulisan Akademik : Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedahkaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiaptiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains), ia harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti di bawah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. iix. ix. x. xi. Pengumpulan data dan fakta Pengamatan data dan fakta Pemilihan data dan fakta Penggolongan data dan fakta Penafsiran data dan fakta Kesimpulan umum Perumusan hipotesis Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis Perumusan teori ilmu pengetahuan Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Ciri-ciri Penulisan Akademik : Secara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah : (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik. Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis. Penulisan akademik bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas. Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan. Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri. Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri. (k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri.

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Esei Akademik Yang Baik : Esei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitu pengenalan esei, isi esei dan penutup. A. Pengenalan :

Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu idea utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampai dan memberi maklumat yang baru serta merangsang naluri ingin tahu pembaca. Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat dan menarik. Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu. B. Isi Esei :

Isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya lebih panjang daripada bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebut boleh disertakan dengan penjelasan lanjut dalam bentuk statistik, kutipan, anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea dan pendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah esei lebih menarik dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Setiap perenggan perlu ada tiga perkara penting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberikan perhatian untuk memastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut. Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu untuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranya adalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu, selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembangan ini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan kelancaran idea dalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepada pembaca.

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Bilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepada jumlah isi yang ingin diketengahkan. Bahagian tubuh sebenarnya adalah bahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah yang akan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis perlu memperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supaya penulisan menjadi lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling penting ialah hujah-hujah disusun secara logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikut keutamaan. C. Penutup :

Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan umum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutup harus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang sama dengan pengenalan.Untuk gambaran jelas mengenai struktur esei yang jelas, rujuk Sulaiman Masri. (1988). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 56-63.

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah : Membuat Penyelidikan Ilmiah Penyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan dan kedua, cadangan penyelidikan (research proposal). Kedua-dua proses ini harus dijalankan mengikut peraturan-peratauran tertentu untuk memastikan penulisan terakhir adalah lengkap dan tidak mengalami kecacatan.

1.

Proses Penyelidikan :

Mendapatkan Masalah Atau Tajuk : Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnya masalah di bidang yang hendak dikaji.

ii.

Membentuk Hipotesis : Ia merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji. Hipotesis juga mestilah bersifat khusus dan bukan umum. Sebagai contoh, (a) wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b) pelajar rajin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyai bendang yang luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petani yang mempunyai bendang yang sempit (Ahmad Mahdzan Ayob,1983, hlm.17). Hipotesis juga tidak harus dipengaruhi oleh nilai, pertimbangan moral atau etika; yang merupakan cadangan-cadangan yang

mengatakan sesuatu itu baik atau buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkan perkahwinan di kalangan wanita yang bekerja adalah tidak baik (nilaian) (b) petani yang tidak mengunakan jentera adalah ketinggalan zaman
7

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

(nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih padi baru perlu mengubah sikap (norma). Ketiga-tiga hipotesis ini akan menyukarkan untuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a) ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebih merupakan pandangan peribadi yang bersifat pertimbangan nilai. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran yang objektif untuk menyukat buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubah sikap. Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itu memerlukan data yang konkrit.

iii

Memungut Data : Data atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua. Sumber pertama merujuk kepada data asli yang dihasilkan oleh penyelidik sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau kajiselidik dan juga penerbitan rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetak yang dihasilkan oleh individu atau institusi. Proses pengumpulan data berbeza-beza mengikut disiplin. Kaedah pemungutan data yang biasa digunakan ialah kajian perpustakaan, siasatan( survey), temuramah ( interview), soal-selidik ( questionares) dan pemerhatian ikutserta ( participation observation).

iv

Analisis Data Analisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalam bidang ekonomi, data akan dianalisa dengan menggunakan ilmu statistik dan kaedah saintifik. Manakala dalam bidang Sejarah/Pengajian Melayu, analisis lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

bukti, memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami. Analisa boleh diringkaskan seperti di bawah : a. Pengenalan Idea pokok Sokongan fakta utama kepada idea pokok Huraian daripada idea pokok dengan sokongan fakta pecahan atau fakta kecil termasuk misalan dan/atau rajah Rangkaian idea pokok Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian idea pokok Analisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat. Setiap idea mesti dikembangkan dengan baik dari satu perenggan ke perenggan yang lain. Pendek kata analisis yang baik mesti mempunyai flow of ideas, thoughts and descriptions yang baik. Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan nota kaki supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidak mengganggu aliran idea dalam para berkenaan. Petikan pula seeloknya digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak dan terlalu panjang. Petikan juga biarlah yang sangat-sangat perlu dan tepat. Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraian dan analisis. Disamping itu untuk membantu pembaca membuat pembacaan lebih lanjut dan untuk memberi perspektif lain tentang isu yang dibincangkan. Ini kerana jika perspektif yang berbeza dibincang dalam teks ia akan menganggu aliran pemikiran

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Menyediakan Cadangan Penyelidikan i Masalah Kajian Dalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataan kajian. Pengkaji harus menyatakan persoalan yang ingin dikaji dan persoalan ini pula boleh dibahagikan kepada persoalan pokok dan sampingan. ii Skop Kajian Skop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana dan kenapa. Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-bab yang dijangkakan. Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkait antara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untuk pembaca atau penyelia mendapat gambaran menyeluruh kerangka tesis pelajar. iii Kepentingan Kajian Dalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaan kajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari sudut akademik dan kepentingan kepada negara. Dari segi akademik, pembuktian adalah dengan membuat literature review bidang yang dikaji dan menilaikan sejauh manakah tajuk yang dipilih belum diusahakan dan ia dapat mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kepentingan kepada negara adalah dengan merujuk kepada kajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh masalah keruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpa izin dari Indonesia dan lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapat membantu kerajaan mengenalpasti masalah golongan-golongan ini dan merancang dasar-dasar yang bersesuaian untuk menangani isu tersebut secara efektif.

10

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

iv

Kaedah Kajian Kaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama kajian perpustakaan, kajian lapangan dan kajian menemudaga dan persamplen. Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikut bidang-bidang yang diusahakan. Bagi pengkaji di bidang Sejarah, kajian mereka adalah bersifat library research dengan merujuk sumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukan penyelidik ke lapangan dan bersama responden yang diselidiki. Bagi pengkaji dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu statistik, persamplen dan kaedah menggunakan komputer untuk menganalisis data.

11

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 2 MEMBUAT RUJUKAN Pengenalan :

Penulisan akademik yang menggunakan penulisan lain, samada melalui petikan secara langsung ataupun melalui rujukan am, mestilah memberikan butir-butir sumber tersebut dalam bibliografi atau rujukan. Sistem Nama Pengarang dan Tahun : Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan Sistem Harvard. 1. Rujukan Dalam Teks Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah : i. Sekiranya pelajar menggunakan pharaphasing nama pengarang ditulis sebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut : Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the behavioural link between the offsprings and their parents, the use of crossover operator should be avoided. ii. Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), nama pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan muka surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut : ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inout and output mapping, adaptability and fault tolerance among others. (Haykin, 1990: 16) Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic, jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.

12

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

iii.

Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang tersebut perlu ditulis seperti berikut : In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle (Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model involves an excessive number of parameters. Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptively control Penicillin acylase fermentation.

iv.

Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas nama pengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut : The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt procedures as described by Korenberg et al. (1998)

v.

Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah ditulis selepas tahun penerbitan. Some of the basic principles widely used by many researchers are Lagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981), Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and dAlembert (G-D) equations (Lee et al.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example of an acceleration control of robot arm/manipulator.

2.

Senarai Rujukan

Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai Rujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad. i. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunan hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulis oleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun sebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.

13

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

ii.

Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah disusun mengikut pengarang yang pertama.

3.

Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan : Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama pengarang adalah seperti berikut : i. Nama Barat Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain. Contoh : nama : John Noick Pavlovic (dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N. (dalam teks) Pavlovic (tahun) ii. Nama Melayu Tuliskan nama penuh pengarangnya. Contoh : nama : Mohd Noor Bin Abdullah (dalam teks) Abdullah,M. N. (Tahun) ditulis : Abdullah, M.N., (Tahun), iii. Nama Arab atau berunsur Arab Tuliskan nama keluarganya Contoh : nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas rujukan : Muhammad Naquib, S.A. teks : Muhammad Naquib (tahun) atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganya Contoh : nama : Malik ibn Anas ditulis : Malik ibn Anas

14

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

iv.

Nama Cina Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di depan nama. Contoh : nama : Tan Beng Keat Rujukan : Tan, B. K. (dalam teks) Tan (Tahun)

v.

Nama India Tuliskan nama pengarangnya. Contoh : nama : Srinivasan Venkataraman ditulis : Venkataraman, S. (dalam teks) Venkataraman (tahun) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan. Contoh : nama : S. N. Gupta ditulis : Gupta, S.N. (dalam teks) Gupta (tahun)

vi.

Nama Punjabi Tuliskan nama pengarangnya Contoh : nama : Karam Singh ditulis :Karam Singh (dalam teks) Karam (tahun) atau nama : Surjit Kaur Grewel ditulis : Surjit Kaur Grewel (dalam teks ) Surjit (tahun)

15

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Cara Penulisan :

Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut : i. Satu dan beberapa pengarang Contoh satu pengarang : Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. New York : Gordon and Breach Science Publishers. Contoh dua atau beberapa pengarang : Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom: Prentice Hall International Ltd. Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-Acceleration Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25 (3) : 468-474. ii. Penyunting / Penyusun Contoh Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre : Fishing New Book. Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage. Chischester : Ellis Horwwod. iii. Penulis / Penyunting Korporat Contoh Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientific terms.New York : Engineers Council. American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors of American Chemical Society publications.Washington, D.C : American Chemical Society.

16

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan :

Terdapat pelbagai bahan rujukan yang dirujuk di dalam penyediaan projek ilmiah dan ianya hendaklah ditulis di dalam Senarai rujukan seperti berikut : i. Buku Nama pengarang. Tahun. Tajuk. Edisi (sekiranya terdapat lebih daripada beberapa edisi). Tempat diterbitkan : Penerbit. Contoh : Theusen, G.J. and Fabrycky, W.J., 1984. Engineering Economy. 6th ed. Englewood Cliffs, N.J : Prentice-Hall. ii. Artikel dalam buku Nama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam : Pengarang buku. Tajuk buku. Tempat diterbitkan : Penerbit. Mukasurat. Contoh : Hussein, S.B., Jamaluddin, H., Mailah, M. and Zalza, A. M. S., 2000. An Evolutionary Neural Network Controller for Intelligent Active Force Control. In : Parmee, I.C. ed. Evolutionary Design and Manufacturing. London : Springer-Verlag.351-362. iii. Jurnal Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Tajuk Jurnal. Volum (Bilangan) : mukasurat. Contoh : Billing, S. A., 1980. Identification of Nonlinear Systems : A survey. Proc.IEE, Part D.127 (6) : 272-284.

17

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

iv

Artikel Seminar Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Nama Seminar. Tarikh seminar. Tempat diterbitkan : Penerbit, mukasurat. Contoh : Sheta, A.F. and De Jong, K., 1996. Parameter Estimation of Non Linear Systems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1996 IEEE International Symposium on Intelligent Control.September 15-18. Dearborn, Michigan : IEEE, 360-365.

v.

Tesis Nama pengarang (Tahun). Tajuk tesis. Institusi pengajian : Tesis. Contoh Hasniza, M. R., 2003. Pasaran Buruh Tempatan Dalam Sektor Pembinaan. Universiti Malaya : Tesis PhD.(unpublished).

vi.

Buku Perundangan Nama negara. Tahun. Tajuk buku perundangan. Nombor perundangan. Contoh Malaysia 1983. Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah. P.U. (A) 41 1983.

vii.

Piawai Nama Institusi. Tahun. Tajuk standard. Tempat diterbitkan. Nombor piawai Contoh British Standards Institution 1987. Tongued and Grooved Software Flooring. London, BS 1297.

viii.

Patent Nama pemilik. Tahun. Tajuk patent. Nombor patent. Contoh Lindgren, E.A., 1960. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925, 457.

18

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

ix.

Katalog Nama pengeluar Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota. Contoh Howick Partitioning Ltd. 1984. Howick : Partitioning in Business. Redhill (U.K) : Trade Brochure.

x.

Lukisan terukur Nama. Tahun.. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota Contoh Zairul Azidin A., 1980. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung Gajah, Perak. UTM : Lukisan Terukur.

xi.

Bahan yang tidak diterbitkan Nama. Tahun.Tajuk. Tempat/Institusi. Tidak diterbitkan tidak diterbitkan perlu ditulis diakhir ayat.

Rujukan Internet Maklumat yang dirujuk dari internet merupakan maklumat yang akan berubahubah. Oleh kerana itu, rujukan yang dibuat perlu dirujuk semula dengan rujukan asal. Walaubagaimanapun, jika maklumat tersebut perlu digunakan dalam projek latihan ilmiah cara penulisannya sama seperti rujukan artikel lain tetapi hendaklah dinyatakan alamat web dan tarikh dilayari adalah seperti berikut; Dalam rujukan ditulis, (sumber web/linkpage/tarikh) Website

i. ii.

www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. 15/05/2003 www.midvalley.com.my/about.cfm. 15/05/2003 Contoh dalam teks adalah sama seperti rujukan dari sumber lain. Jika tiada nama penulis tetapi hanya artikel atau laman web resmi selepas akhir teks di tulis dalam kurungan contoh seperti (www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm.15/05/2003).

19

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 3 NOTA DAN NOTA KAKI Panduan Umum

Nota seperti nota kaki, nota atas dan sebagainya pada sesuatu halaman tertentu tidak digunakan bagi penulisan projek ilmiah dalam bidang Sains dan Teknologi. Walau bagaimanapun, penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan kajian ilmiah dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman berkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan berturutan iaitu 1,2,3 dan seterusnya. Kepentingan nota kaki : i. ii. iii. Memudahkan pembaca meneliti semula sumber rujukan penulis. Sebagai bukti sifat tanggungjawab penulis terhadap disiplin penulisan ilmiah. Memuaskan hati pembaca.

Maksud nota kaki (Inggeris) : i. ii. Ibid ( ibidem ) : pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama. op.cit ( opere citato ) : in the world cited, dalam rujukan yang telah diterangkan.

Cara Penulisan ibid :

1.

Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks and allied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.

2. 3.

Ibid. p24. Ibid, p38.

20

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Cara Penulisan op cit :

1.

Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks and allied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.

2.

Andrews, M., (2002). Using technology in your presentation. In: White, L. and Davids, E. eds. Enhancing your presentation. London: Sage. pp91-104

3.

Cornish, W. op.cit. p35.

21

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 4 FORMAT PENULISAN 1. Kertas dan Saiz Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baik iaitu 80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak. 2. Birai Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm (untuk penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan kanan. (semua maklumat termasuk nota kaki, muka surat mesti didalam margin yang telah ditetapkan) 3. Penomboran Muka Surat Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan. Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut sebelah kanan iaitu 1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.

Penomboran muka surat mestilah seperti berikut : i. Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nombor kecil roman secara berturutan seperti i, ii, iii. ii. Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap sebagai muka surat (i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat pertama selepas muka surat yang mengandungi judul dicetak sebagai muka surat (ii) iii. Teks am dan semua mukasurat termasuk rujukan dan lampiran dicetak dengan nombor Arab secara berturut seperti 1, 2, 3 bermula dengan nombor 1.
22

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

iv.

Sekiranya kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau kerta pembahagi di antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu diberi nombor muka surat

4.

Penomboran Bab dan Pecahan Bab Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nombor Arab seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya. Pecahan kecil di dalam setiap bab perlu diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada tiga peringkat pecahan seperti : 4.1 4.1.1 4.1.1.1 Peringkat pertama (Tajuk pecahan kecil) Peringkat kedua (Tajuk pecahan-pecahan kecil) Peringkat ketiga (Tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil)

Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnya hendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c dan seterusnya.

5.

Penaipan Penulisan akademik hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial saiz 11. Jarak di antara dua baris teks ialah 1 jarak. Hanya satu jarak digunakan untuk : i. ii. iii. iv. Petikan yang panjang Abstrak Nota / Sumber /Petikan Senarai rujukan

23

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianya perenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan tersebut mempunyai kurang daripada dua baris yang lengkap, perenggan tersebut hendaklah dimulakan pada muka surat yang baru. Tajuk setiap bab hendaklah ditaip menggunakan abjad besar dan menggunakan font Arial Saiz tidak melebihi 16. Bab yang baru hendaklah dicetak pada muka surat yang baru. Tajuk dan pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan. Abjad pertama untuk pecahan tajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar kecuali untuk kata penghubung seperti dan, dari, ke, di dan seumpamanya.

6.

Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu. Jarak Penaipan Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cm Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak baris Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak baris Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah 4 jarak baris v. vi. vii. viii. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak baris Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiri Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2 jarak baris.

24

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

7.

Jumlah Perkataan Teks projek ilmiah hendaklah tidak kurang 2500 patah dan tidak melebihi 3500 patah perkataan (atau rujuk kepada keperluan Jabatan). Lampiran, jadual dan rajah tidak termasuk dalam jumlah perkataan.

Penjilidan untuk Penyerahan Penulisan Akademik hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak empat (4) salinan asal. Satu (1) salinan dalam bentuk cakera padat (pdf format) hendaklah dimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang penulisan akademik.

1.

Warna Kulit dan Tulisan Kulit penulisan akademik hendaklah menggunakan jenis art paper 100g/m2 dan bertulisan hitam. Saiz minimum untuk tulisan ialah font 14 jenis Arial. Warna yang perlu digunakan adalah seperti berikut : i. ii. iii. Program Ekonomi : Merah Jambu Biri Muda Hijau Muda

Program Pengajian Perniagaan : Program Kesusasteraan Melayu :

Muka Hadapan Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan akademik, nama pelajar, Program Persediaan Universiti dan tahun penyerahan penulisan akademik dan hendaklah dicetak dengan huruf besar.

25

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 5 PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK 1. Kaedah Penilaian

Pelajar yang mengambil subjek projek latihan ilmiah ini akan dinilai secara berterusan bermula daripada minggu pertama semester 2. Pelajar akan diberi bimbingan dan panduan melalui syarahan pada beberapa minggu mengenai cara melaksanakan kajian penyelidikan, metodologi dan struktur penulisan. Pelajar akan diberi pilihan tajuk-tajuk untuk projek ilmiah oleh jabatan masingmasing. Secara amnya draf pertama yang sempurna hendaklah dihantar pada minggu ke-10 semester 2. Mengikut syarat yang telah ditentukan penulisan akademik yang telah siap dibukukan mengikut warna yang telah ditentukan hendaklah diserahkan pada minggu ke- 20. 2 Permarkahan

Pecahan permarkahan untuk penulisan akademik mulai dari sessi 2009/10 adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kesesuaian Tajuk : Isi Kandungan : Pendahuluan : Pembentangan Isi/Idea : Kesimpulan : Persembahan dan Kreativiti : Rujukan : Kepatuhan Format : Jumlah Keseluruhan : 03 Markah 02 Markah 05 Markah 70 Markah 05 Markah 05 Markah 05 Markah 05 Markah 100 Markah

26

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

Markah untuk kepatuhan format dibuat oleh penyelia atau penyelaras penulisan akademik masing-masing mengambilkira prestasi kemahiran insaniah (soft skill) pelajar dalam perkara berikut : i. ii. iii. iv. v. Ketepatan masa untuk temujanji Ketepatan masa menyiapkan tugasan Tindakbalas pelajar dan pemberian idea Perancangan dan proses kerja Tanggungjawab dan minat

27

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

BAB 6 PENUTUP

Pihak pengurusan dan pentadbiran Program Persediaan Universiti (PPU) amat mengharapkan agar pelajar PPU dapat menyiapkan penulisan akademik ini dengan mengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Penulisan akademik ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum digraduasikan pada akhir semester 3. Pematuhan kepada format penulisan akademik yang disediakan oleh PPU adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar PPU, berkenaan cara sesebuah tesis disiapkan oleh pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam di negara kita. Semoga dengan usaha ini, perkembangan ilmu terus subur dalam diri pelajar PPU, sekaligus dapat melahirkan modal insan kelas pertama di SMK Seri Tanjong, Melaka.

28

Anda mungkin juga menyukai