Anda di halaman 1dari 2

Bahasa sebagai jiwa bangsa memberikan implikasi bahasa.

Perkembangan sesuatu bahasa berkait rapat dan selaras dengan sejarah perkembangan Negara, khasnya, ketinggian martabat dan kekuasaan politik bangsa itu sendiri. Tegasnya kedudukan bahasa Melayu sepanjang sejarahnya bergantung kepada martabat kedaulatan bangsa Melayu. Bahasa Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka telah mencapai tahap kegemilangan yang sasngat tinggi. Hal ini disebabkan kerajaan Melayu Melaka pda waktu itu telah muncul sebagai kuasa politik, ekonomi dan maritime yang tiada tolok bandingnya di rantau ini. Bahasa sebagai asas perpaduan Negara memang menepati moto bersatu teguh bercerai roboh . Melalui Dasar Bahasa , bahasa Melayu telah tinggi martabatnya daripada bahasa yang kurang nilai ekonominya, iaitu sebagai bahasa penghantar di semua sekolah Melayu atau sekolah atap kepada bahasa penghantar utama di semua sekolah menengah kebangssaaan di sekitar awal tahun 1960-an. Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaannya mengangkat martabat pendidikan menerusi penghantar Melayu untuk mencapai nilai ekonomi yang lebih tinggi. Bahasa Melayu kini berdepan cabaran dalam era globalisasi. Jika Negara Negara yang menuturkan bahasa berkenaan tidak mengambil langkah ke hadapan, alamatnya bahasa akan terpinggir dan dilupakan apalagi dengan kehebatan bahasa inggeris yang kini memonopoli dunia, baik, dalam perdagangan antarabangsa, ekonomi mahupun komunikasi serta ilmu pengetahuan. Hal ini jelas kerana dalam mesyuarat antarabangsa, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Jadi selayaknya, dalam kemelut era globalisasi, bahasa melayu harus mampu memainkan peranan yang lebih besar dna berupaya menembusi dunia sejagat. Kita bukan hanya setakat berbangga sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara di Negara Brunei Darussalam, tetapi mampu melonjakkan bahasa berkenaan ke tempat asalnya yang dahulunya pernah menjadi bahasa lingua franca. Kegemilangan sedemikian itulah yang perlu dikekalkan dan

meletakkannya di tempat yang paling tinggi sebaris dengan bahasa-bahasa dunia yang ada sekarang.

Anda mungkin juga menyukai