Anda di halaman 1dari 7

http://redskyim.blogspot.com/2011/07/beban-tugas-guru.

html Monday, July 18, 2011 Beban Tugas Guru

Sepanjang aku berada di alam persekolahan, sering kali kedengaran guru-guru mengeluh dengan kerjakerja perkeranian. Adakah begitu berat sekali kerja yang dipikul oleh seorang guru.

Jawapannya Ya. Tugas guru yang sebenar adalah mengajar dan mendidik. Bukannya dibebani dengan tugas yang tiada kaitan dengan proses P&P. Tugas perkeranian sepatutnya diserahkan kepada orang yang mahir dengan kerja tersebut atau dengan erti kata lain, tugas kerani atau pembantu guru. Mungkin ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerani dan pembantu guru, tetapi bayangkanlah jika guru terpaksa meninggalkan waktu P&P gara-gara untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah sepantas yang mungkin. Murid-murid terpaksa diberikan lembaran kerja sahaja walaupun ada guru yang menggantikan kelas tersebut. Jika hanya sekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika beberapa kali bagaimana pula? Sudahnya guru dipersalahkan kerana tidak dapat menghabiskan silibus ataupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Persoalan demi persoalan telah diajukan kepada guru-guru tanah air mengenai "Apakah kerja-kerja perkeranian yang pada pandangan cikgu tidak releven dengan tugas perguruan, dan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas tersebut?"

Soalan cepu emas dari seorang pensyarah. Jawapan oleh guru-guru tanah air pula tidak kurang hebatnya. Bukan nama sebenar: bukan tidak releven, tapi kalau dah terlampau banyak, siapa pula nak ajar murid.. kalau nak isi data atau sebagainya diberi tempoh tak apa, kadang2, jumaat nak, selasa-rabu baru dapat maklumat. pastu sistem yang sentiasa berubah2.. tahun ini dah key in data, tahun depan key in lagi sebab sistem dah lain, kerja2 perkeranian yang banyak ni kadang2 menyebabkan cikgu tak cukup masa nak buat bahan P&P.. itu belum lagi masuk bab aktiviti koku, latihan sukan, pertandingan2.. contoh macam emis, dah ada maklumat guru dalam emis dan ada kerani kat sekolah, guru2 masih lagi kena isi borang maklumat guru lagi.. so apa gunanya sistem yg dibuat..

Ya. Semua perkara perlu disiapkan segera. Bak kata orang putih, 'Ontime!'. Andai kata tugas perkeranian diberikan bulat-bulat kepada kerani pun, kerani belum tentu menang tangan dengan kerja yang sedia ada. Tak lupa juga sistem yang selalu berubah-ubah menyebabkan guru pening kepala. Dari pergi kursus

yuran & resit. NKRA. kerajaan harus mengambil serius dengan program yang dianjurkan. Kerja perkeranian dahulu tidak seperti kerja perkeranian sekarang. bengkel KH. menyelenggara. . norm kerja cikgu ni apa ye? Guru sekarang bukan seperti guru 30 atau 40 tahun dahulu.". Program yang dibuat oleh pihak kerajaan dahulu juga tidak sama dengan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan sekarang. Dari KIA2M ke LINUS pula. data murid & guru.makmal komputer. Dan juga.. tugas perkeranian terpaksa jua disiapkan. Dunia makin moden membuatkan tugas guru dah lari dari tugas yang asal. Terlalu banyak perubahan oleh kerajaan semata-mata untuk mengejar PIPP. Dari buat fail kbsr tukar pulak ke fail kssr.) bilik2 khas . Bukan nama sebenar: jangan cerita banyak. filing. sbb itu guru bukan golongan profesional mcm doktor/engineer/akauntan/lawyer walau hakikatnya guru yg melahirkan mereka. ramai yang akan mengatakan "sangat berbeza. urusan biasiswa.. Bukan nama sebenar: menjaga (in terms of mengemas. Sekolah kecil pula sebaliknya. bila menyebut dikata guru banyak demand tp bila tugas diserah kpd k/tgn sokongan blh pula mnjwb tidak termasuk di dlm norm kerja.. data stok & inventori. merekod.. Ini fakta bukan auta. tidak khusus bidang kepakaran. pusat akses.com/2011/07/beban-tugas-guru. Adakah mereka boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada P&P dan murid sahaja atau dibebani dengan kerja perkeranian seperti sekarang. susah nak takrif kerja guru skrg ni. ABM dsb) tapi terpaksa selesaikan pelbagai urusan bukan berkaitan P&P hingga kadangkala dah masuk kelas baru fikir apa nk ajar ! bukan tak bersyukur & merungut tp adakala melampaui had. habis tu. Cuba anda tanya guru yang sudah berpengalaman mengajar selama 15 hingga 20 tahun. Tugas guru di sekolah kecil lebih berat dari guru yang mengajar di sekolah yang besar. koperasi . Tetapi fail-failnya tetap sama. Saya yakin. jangan tanya banyak. kalau dahulu boleh fokus pada murid dan P&P tetapi sekarang dah tak sempat nak buat macam-macam. Dari kbsr ke kssr. baru kita boleh cerita sama2. awak jadi cikgu sekarang. bilik APD.http://redskyim. bilik BOSS. . bilik bahasa. buku teks. the list is getting longer everyday. Semuanya berubah mengikut arus perdana.. bilik koku... Walau bagaimanapun. Seorang guru di sekolah kecil terpaksa memegang dua hingga tiga jawatan yang penting. pusat sumber. timeless & unlimited. masa tiada kelas tak dapat nak buat persediaan utk mengajar (sediakan bahan P&P. kerana guru bekerja rencam. menceria.. Hairan kerana pendidikan zaman 60-an hingga 80-an tidak begitu rumit tetapi berjaya juga melahirkan insan-insan yang berkualiti dari semua sudut. Transformasi Negara dan sebagainya. penyediaan padang.blogspot. Bukan nak mengeluh tetapi itulah hakikat yang perlu diterima. Buka fail baru lagi.html yang ini terpaksa pula pergi ke kursus yang itu. Ingatlah sekolah besar mempunyai bilangan guru yang ramai. bilik gerakan.

Tetapi tetap dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Hehe apabila seseorang yang bukan dari golongan guru menyuarakan pendapat tetang isu ini.html tugas saya: setiausaha peperiksaan PMR warden guru tingkatan ketua panitia pendidikan moral ketua pentaksir lisan PMR ketua pentaksir kerja kursus pendidikan moral SPM guru penasihat ICT guru penasihat Pengakap guru penyelaras mentor mentee guru penyelaras kecemerlangan akademik guru penyelaras program guru muda saya belum cerita lagi tentang menguruskan kursus.PLBS.PROTIM. duit minyak hantar pergi balik murid ke pertandingan-pertandingan sekolah. mana perginya cadangan dahulu yg nk mengurangkan paper work utk para guru? . Kerajaan dah bagi elaun. Ujian bln. dan sewaktu dengannya tidak mampu untuk diperkatakan. Harus diingat. Mereka hanya boleh memberi gambaran sahaja. hanya guru boleh menjawab isu yang dialami oleh guru. "Ahh dah bagi betis nak peha. Harus diingat juga bahawa duit fotostat. imbuhan mahupun elaun yang diterima tidak mampu menandingi duit yang dikeluarkan oleh guru setiap hari bagi memastikan murid berjaya. Pep sem 1 & 2. belum lagi ujian PBS. Orang yang bukan dari bidang yang sama tidak mampu merasai apa yang guru rasa. Betullah.blogspot.http://redskyim. ganti tugas saya seminggu. Jadi guru hanya menghalalkannya demi berbakti kepada sekolah. online markah diperkenalkan dan perlu juga diprint. Sesungguhnya guru adalah insan yang mulia dan susah untuk berkira kepada anak muridnya. Fikir mereka. majlis dll. Claim sekolah pun kadang-kadang susah nak dapat. ceramah.HC. imbuhan macam-macam pun mahu bising!". jawapan yang diterima membuatkan saya tergelak. Nak tambah lg sistem fail yg seorg guru perlu pegang.com/2011/07/beban-tugas-guru. SAP. awak datang sini. saya nak tengok awak boleh senyum atau tidak. Bukan nama sebenar: kerja2 pengkeranian ni masih lagi menjadi2 setelah LINUS.KSSR. Mengada-ngada.

html Berita Harian Isu beban tugas guru ditangani 2011/06/20 KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat oleh ‘Sang Algoljo. tetapi sampai bilakah isu bebanan guru ini dapat diatasi? Hehe. Saya tak nak komen panjang. Kadangkala kita tak dapat memberikan yang terbaik didalam kelas disebabkan kerja2 yang dikatakan pengkeranian tadi. Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru ditubuhkan.com/2011/07/beban-tugas-guru. mereka takkan faham apa masalah sebenarnya yang dialami oleh guru. jawatan kuasa itu sedang melaksanakan beberapa perakuan bagi mengatasi beban tugas guru. Tepuk dada tanya selera. Untuk makluman. Nak tahu lebih lanjut mengenai beban tugas guru hanya taip pada Google. Melaka’ dalam ruangan ini pada 7 Jun lalu bertajuk ‘wujud segera jawatan pembantu guru’. Walaupun kerajaan dah mengambil langkah dengan mewujudkan Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru. anda akan dapat jawapannya :) Nak yang lebih mudah hanya layari Aliran Pemikiran Pendidik. Bagi mereka yang bukan guru dan duduk di level pengurusan. Jika kita cakap lebih2 org kata cikgu2 ni mengada-ngada. Semoga berjaya semua. Kementerian sangat prihatin terhadap beban tugas dihadapi guru. Aliran Pemikiran PendidikBeban Kerja Guru 74 Jam Seminggu . tak mengapa.blogspot. 'Beban Tugas Guru'.http://redskyim. Kredit kepada Ziauddin Sharuddin dan Nasron Sira Rahim. Dan sebagai penutup yang sangat panjang mengenai bebanan kerja guru. Sehubungan itu. Merlimau. cukuplah saya petik sahaja kata-kata dari seorang guru tanah air. Saya paparkan untuk perhatian anda. Walaupun org tak faham kerja kita yang membawa sampai kerumah atau hingga ke hujung minggu tapi kita tetap melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. tapi fikir2kan lah sendiri. Kajian bagi jawatan pembantu tadbir tambahan di 50 sekolah gred A sedang dilaksanakan hingga hujung tahun ini. Malas juga. Harap rakanrakan guru sekalian tabah menghadapi segala cabaran. Bagi penempatan guru pembantu ditangguhkan kerana tiada jawatan baru diluluskan agensi pusat dalam masa terdekat.

Adakah kita hanya mahu menggalakkan pelajar mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan.com/2011/07/beban-tugas-guru. . berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar. lebih 100 mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar. katanya. tetapi ini dihalang oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar. memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan. kokurikulum dan kelima.html Guru di empat negeri. sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran.blogspot. Lok berkata. bendahari. Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain. pertama. kedua. Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business mereka. Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran. bilangan mata pelajaran semakin banyak dan melalui Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiausaha NUTP. kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru. Katanya. sekolah menengah. iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). baru-baru ini. katanya kepada Berita Minggu. Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru meliputi sekolah rendah. semalam. iaitu mengajar. jurujual. Lok Yim Pheng. mengurus data. ketiga. Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar. setiausaha. Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani. urusan pentadbiran. Ada pelajar tidak berminat aspek akademik. Melaka. buku rekod dan laporan. Selangor.http://redskyim. Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan. urusan hal ehwal murid. Jangan lupa bahawa aspek bukan akademik juga penting. kegiatan kurikulum. berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran. pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan. keempat. fail. jurutaip dan juruhias. tetapi mempunyai potensi dalam bidang lain. Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu.

Katanya. katanya guru lebih menghabiskan masa menguruskan data. buku rekod dan laporan # Pemprosesan maklumat guru.html Bagaimanapun. guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar. stok mata pelajaran dan bengkel # Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan # Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS) # Buku Nilam Sekolah # Laporan Adab Belajar # Baitulmal dan biasiswa # Laporan guru bertugas # Urusan disiplin pelajar # Urusan pusat sumber # Program khas dari Jemaah Nazir # Buku rekod kerja sekolah B: Pentadbiran # Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah # Pengurusan pentadbiran # Kutipan yuran dan pelbagai # Guru kelas C: Kurikulum # Jenis peperiksaan # Program sekolah. Katanya.blogspot. fail. INFO: Kaji selidik NUTP mengenai beban tugas guru A: Urusan data. beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran melantik guru khas untuk mengendalikan kegiatan kurikulum dan kokurikulum serta mewujudkan jawatan pembantu guru yang dapat menjalankan kerja perkeranian.com/2011/07/beban-tugas-guru. fail.http://redskyim. Sehubungan itu. Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran # Kertas kerja kajian tindakan . rekod dan laporan. Tan Sri Ambrin Buang. kaji selidik itu dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran dan menjadi pelengkap kepada kajian serupa iaitu Kajian Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah. pelajar dan sekolah # Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

html # Panitia # Mata pelajaran # Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) # Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) D: Kokurikulum # Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar E: Hal Ehwal Murid (HEM) # Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama .http://redskyim.com/2011/07/beban-tugas-guru.blogspot.