Anda di halaman 1dari 3

RIWAYAT HIDUP DR. ALI MUHAMMAD AS-SHALLABI Nama lengkapnya Ali Muhammad Muhammad as-Shallabi.

Beliau dilahirkan di Benghazi, Libya pada tahun 1963 M/1383 H. Beliau meraih gelar Licence (Lc) dengan yudicium cumlaude dari Fakulti Ushuluddin, Madinah al-Munawwarah Universiti tahun 1993 M/1414 H. Meraih gelar MA tahun 1996 M/1417 H. dalam bidang tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran pada fakulti Ushuluddin, Ummu Durman Universiti. Beliau meraih gelar Doktor tahun 1999 M/1420 H. pada fakulti Dirasat Islamiyah, Ummu Durman Universiti, Sudan. Beliau banyak mengarang atau menghasilkan buku-buku agama. Antara lain adalah buku ini yang kami beri nama dengan siri Amirul Mukminin, yang terdiri daripada: 1. Amirul Mukminin Abu Bakar as-Shiddiq 2. Amirul Mukminin Umar bin Khattab 3. Amirul Mukminin Usman bin Affan 4. Amirul Mukminin Ali bin Abu Thalib 5. Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz

KEUTAMAAN ABU BAKAR Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu sekalian, tetapi sebenarnya saya bukanlah orang terbaik di kalangan kamu. Kalau saya memimpin dengan baik, maka bantulah saya, tetapi jika membuat kesalahan, maka luruskanlah saya. (Pidato Abu Bakar As-Shiddiq)

KEUTAMAAN UMAR BIN KHATTAB ............. (sudah ada)

KEUTAMAAN USMAN BIN AFFAN Rasulullah s.a.w. pernah menepuk bahu Usman sambil berkata: Wahai Usman, semoga Allah SWT akan memakaikan untukmu sebuah pakaian (khilafah), dan jika orang-orang munafik ingin memelepaskan pakaian tersebut, maka janganlah engkau lepaskan sehingga engkau menemuiku (meninggal dunia).

KEUTAMAAN ALI BIN ABU THALIB Dan di antara manusia ada orang yang rela mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah; dan Allah pula sangat menyayangi hamba-hambaNya. (al-Baqarah: 207) Ali bin Abu Thalib rela mempertaruhkan nyawanya ketika menggantikan tempat tidur Rasulullah pada malam peristiwa hijrah.

KEUTAMAAN UMAR BIN ABDUL AZIZ Sewaktu menjawat sebagai khalifah, Umar bin Abdul Aziz pernah kedatangan tetamu di kediaman rasminya. Setelah mengetahui tetamu itu datang bukan untuk urusan pemerintahan, maka beliau terpaksa mematikan lampu kerana tidak mahu memakai wang milik negara untuk urusan peribadi.

Sinopsis: ALI BIN ABU THALIB Seperti tiga orang khalifah sebelumnya, Amirul Mukminin Ali bin Abu Thalib mempunyai keperibadian yang baik dan menunjukkan ciriciri kepimpinan yang tegas, berwibawa dan patut dicontohi. Di bawah pemerintahan mereka, negara aman dan makmur.

Anda mungkin juga menyukai