Anda di halaman 1dari 3

Adat Resam Masyarakat Kaum Iban Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma

yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera. Selain itu adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-termurun dalam sesebuah masyarakat, sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat resam ialah cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Di Sarawak, Iban merupakan suku kaum terbesar. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititiberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Dalam konteks berkait dengan adat resam masyarakat etnik Sarawak, maklumat hanya merujuk kepada masyarakat Iban, iaitu satu daripada tiga suku kaum utama selain masyarakat Melanau dan Bidayuh. Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat daripada peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Dalam temph tujuh bulan semasa mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang. Antaranya ialah: Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bati yang baru lahir tidak akan bernanah. Suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Mereka tidak boleh mananam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin. Wanita Iban akan berpantang selama 30 hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran.kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini. Selepas bersalin, wanita Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, diaman si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah daripada jenis kayu yang baik. Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat, iaitu ketika bayi berusia empat hai. Beyi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat bayi sambul mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mantera dibacakan agar kesihatan bayi akan terperlihara. Kaum Iban begitu mementingkan adat memberikan nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Hal ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa depan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan.bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama bersempana dengan nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang penah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletakkan di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian, seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara-mara yang terdekat. Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Upara ini dijalankan semasa bayi berumur satu bulan dan tujuannya adalah untuk membiasakan bayi

dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tesebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panjipanji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan mambaca mantera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang laki mengendong bayi. Bayi tersebut akan dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mantera yang meminta supaya bayi iu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mantera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merahyang digantung pada alah berayang. Manakala bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi akan diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, para tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak, iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.

Anda mungkin juga menyukai